24 December 2008
PMG 2008 -edited 1 januari 2009
Walaupun sudah beberapa hari berlangsung,namun tidak terlambat untuk diberikan ucapan tahniah kepada adik-adik penggerak PMG 2008. Walaupun tidak berada di program itu sepenuh masa, di saat mendengar adik-adik peserta mengalunkan lagu PMG terasa syahdu dan meresap ke dalam jiwa. Sungguh benar hati ini begitu tersentuh dengan lirik dan lontaran suara adik-adik.
Tahniah diucapkan!!!! Ingat adik-adik...kejayaan program kita bukan bergantung kepada apa yang kita nampak tetapi usaha yang kita letakkan dalam memastikan program itu berjaya.... Terima Kasih atas komitmen yang diberikan... hanya Allah yang mampu membalasnya....
klik Sini untuk mendengar adik-adik peserta menyanyikan lagu menara
atau
23 December 2008
Enakmen Ugama Bukan Islam 1988
Enakmen ini telah diluluskan oleh DUN Selangor pada 4 April 1988 dengan nama Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988). Walaupun telah lama telah diwartakan tetapi baru kini buat pertama kali ia dibahaskan. Ini kerana melihat sejak PRU 12 telah banyak pihak telah berani mencabar agama Islam dari segenap sudut akibat dari kelemahan politik orang Islam itu sendiri. Orang Islam dilihat bercakaran sesama sendiri. Parti Politik pula berlumba-lumba mengejar kuasa dan pangkat tetapi tidak mahu menegakkan agama.
Secara ringkasnya enakmen ini memperuntukkan perkara-perkara berikut;
1. Kesalahan jika memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimnanannya.
2. Kesalahan mendedahkan orang belum dewasa berugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam.
3. Kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.
4. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.
5. Kesalahan membahagikan di tempat awam, terbitan awam mengenai ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.
6. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkatan-perkatan dan perbahasan tertentu yang bersumberkan Islam.
Walau bagaimanapun, enakmen ini masih terbuka untuk ruang penambahbaikan dari semasa ke semasa. Mungkin PEPIAS boleh menyumbang sesuatu.Wallahua'lam
22 December 2008
Hormati Pimpinan Baru, Budaya Kasih Sayang menjadi Pemersatu
Kehadiran kepimpinan muda, baru dan berketrampilan merupakan cita-cita besar setiap tahun muktamar agung PEPIAS berlangsung. Alhamdulillah, tiba tahun 2008, keadaannya dapat dipenuhi dan ana pasti ia menjadi tanda aras untuk setiap muktamar yang akan berlangsung.
Kepada Pimpinan PEPIAS 2009-2010
Sambutlah perjuangan kami dahulu dengan satu agenda dan matlamat perjuangan yang jelas dan jitu. Anda adalah contoh dan teladan kepada adik-adik di dalam PEPIAS. Maka berikan mereka ruang untuk bersama dengan kalian. Cita-cita dan harapan perlu dikongsikan jangan dirahsiakan. Mereka adalah kekuatan anda semua. Berikanlah kepercayaan dan rasa terbuka untuk perkongsian.
PMG telahpun berlalu, ana yakin dan percaya anda pasti telah melalui satu perjalanan pahit dan manis bersama. Teruskan perjuangan. Jangan berhenti atau merasai cukup. Ingat pesan Ibnu Mas'ud ini: Manusia binasa kerana 2 hal, putus asa dan bangga diri.
Wujudkanlah suasana Muhibbah diantara pimpinan dan mereka yang dipimpin. Berikan mereka ruang untuk berkembang dan menjadi pemimpin yang disegani. Ingat, anda melakukan tanggungjawab untuk menamatkan tugasan itu di dunia, dan akan dipersoalkan diakhirat kerana orang yang berpangkat akan ditanya, apa yang telah dilakukan dengan pangkatnya, adakah untuk kebaikan diri sendiri atau orang lain? Ingat, pemimpin tidak bermakna tanpa sokongan pengikut, dan tidak juga bermakna anda semua jika tidak wujudnya wadah PEPIAS ini...
Buat adik-adikku di dalam PEPIAS;
Berikan wala' kepada pimpinanmu selagi mereka tidak mensyirikkan Allah, ingatkan mereka jika mereka lupa dan turutilah mereka demi kebaikan ummat. Jika berlaku kekacauan kembalikan lah kepada Allah dengan bermesyuarat (syura). Jangan sesekali menuding jari kepada mereka kerana anda semua adalah sebahagian dari kepimpinan ini.
Kepimpinan diwakili 3 elemen iaitu ketua, pengikut dan situasi. Kita biasa dengan tentang 'leadership' tetapi sangat jarang kita dengar tentang 'followership'. Asasnya mudah sahaja, untuk menjadi pemimpin yang baik mesti bermula dengan menjadi pengikut yang baik. Andalah yang menentukan kekuatan PEPIAS ini. Pemimpin akan bergantung dengan kalian maka berpakatlah...
KEKALKANLAH PERJUANGAN PEPIAS;
Kita semua mungkin tidak bermakna tanpa adanya wadah PEPIAS ini, maka peliharalah ia, suburkanlah ia dengan membesarkan Allah dan memperjuangkan SUNNAH Rasulullah. Jadikan wadah ini diberkati dan kita semua bakal mendapat syafaat dari Rasulullah...
18 December 2008
Besarkan Allah dalam hati, ALLAHU AKBAR
Minggu yang panjang...
Lama telah ana meninggalkan blog ini, banyak yang baru tak kurang juga yang lama (lagi banyak). Namun sepanjang lama berjauhan ini ana dapat merasai dan berkesempatan berdepan dengan pelbagai pengalaman yang mungkin akan dapat dikongsikan bersama nanti. Suasana selepas Muktamar Agung Tahunan PEPIAS ke 17 cukup manis dan membakar semangat untuk terus berada di dalam rantaian perjuangan ini. Setiap hari, apabila tidak dapat hadir ke usrah, rasa kosong jiwa, rasa resah dan cuba mencari ketengangan dengan mengingati Allah. Ternyata, penangan usrah ini benar-benar sampai ke benak hati ana ini. Sangat terasa.
Dalam tempoh beberapa minggu ini, ana sebenarnya berada dibanyak tempat, belajar, timba pengalaman, mengikat ukhuwah dan cuba membina pandangan dan pendirian diri sendiri khususnya dalam kerja dakwah ini. Ternyata ia berhasil dan sangat-sangat tersentuh jiwa ini. Setiap kali ana mendengar lagu Khalifah Pertama (Mirwana), ana akan menangis kerana mengenangkan bagaimana sanggup beliau berkorban demi Rasul Allah itu. Mungkin kerana beliau bersama dengan baginda ana fikir. Tetapi siapa pula kita pada Baginda? Jika kita bukan kepentingannya, mengapa pula ummati, ummati, ummati yang disebut sebelum Baginda wafat?
Kelmarin, kami IQ Class Management bersama fasilitator Syamel dan Azlan berprogram bersama pelajar KKSI USIM. Seronok juga dapat berjalan bersama ke Bukit Tinggi Genting. Semasa di sana, Allah telah memberikan pengajaran yang besar buat saya yang hampir-hampir membuatkan saya menangis dan menitiskan airmata. YA ALLAH, AKU INI HAMBA YANG LEMAH TIDAK BERDAYA, BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENYAMBUT TANGGUNGJAWAB KHALIFAH INI...
Saya berbincang dengan sahabat seperjuangan, rakan berfikir, kawan sepergaduhan, susah senang, hidup mati (tapi tak pasti boleh ke, setakat ni alhamdulillah), Jo, bagaimana abang-abang dalam gerakan Islam ini telah memesongkan perkara yang betul kepada keadaan yang seolah-olahnya betul. Setelah berbincang panjang (nak cerita semua panjang sangat), ana faham dan ana membuat kesimpulan, rupa-rupanya, selama hari ini, kita semua ini tak pasti apa yang kita cari dan tak pasti apa yang Allah mahukan dari kita. Kita anggap kita dah buat apa yang Allah suruh tetapi rupa-rupanya tak sampai 10% pun yang kita semua buat ni untuk Allah.
Sebab itulah, kenapa perjuangan kita sebagai Da'I, nak menjadi khalifah yang 'functional' tidak pernah kesampaian dan kita masih ada minda yang diliputi dinding yang keras yang menghadkan pergerakan kita. sahabat-sahabat, adik-adikku...
KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN... untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, daerah, negeri dan negara. Untuk melihat perubahan semua ini, UBAHLAH DIRI KITA DAHULU. Tanamkan jiwa besar untuk berbakti dan beramal, buat kerana Allah. BESARKAN ALLAH DALAM HATI KITA. Sejak berkurun lamanya, Allah ini telah kita gantikan dalam hati kita dengan berhala-berhala yang lain. Takutkan orang kata, takutkan orang kutuk, malu kalau kita cakap pasal agama orang kata kita kuno, tak moden, takut kalau tak lulus periksa mak akan marah, malu dengan adik-adik kalau repeat paper... Ini lah hati TIKUS... Ana berfikir, ana kena mulakan dulu. Berani untuk ubah diri sendiri. Bila kita dah besarkan Allah dalam hati, maka SUNNAH RASUL juga wajib ditegakkan. Hidupkan. Bukan solat berjemaah sahaja, tetapi biarlah solat berjemaah di Masjid, kerana inilah Sunnahnya. Bila dah berkahwin, itu sunnahnya, tetapi Rasulullah selepas berkahwin bukan semakin lari dari tanggungjawab agamanya, bahkan lebih bertanggungjawab, berani dan bersemangat untuk perjuangan AGAMA ALLAH ini.
INGAT WAHAI LELAKI... (termasuklah ana sendiri) Berjuanglah untuk diri sendiri wahai sahabatku, perjuangan untuk SYURGA FIRDAUS yang menanti kita, berjuanglah untuk isteri, ahli keluarga perempuan, anak perempuan kita, kerana setiap orang lelaki (wali) akan dituntut dari mereka ini apa tanggungjawab yang kita laksanakan untuk mereka, INGAT WAHAI LELAKI dan PEREMPUAN... Apabila anda menjadi seorang Profesor, gaji yang besar boleh pakai kereta Jaguar, menjadi Dekan difakulti, dapat hidup sehingga ke umur 65 tahun (bonus 2 tahun), maka fikir-fikirkanlah tanggungjawabmu, kerana anda yang paling lama akan berdiri...
11 December 2008
Moga Semangat Terus Membara
Seketika men'google'kan PEPIAS di laman sesawang maka terjumpalah beberapa keping gambar yang nostalgik.Memberikan dan membuahkan rasa rindu kepada sahabat-sahabat,senior dan junior yang sama-sama mencurahkan tenaga agar Perkampungan Menara Gading atau MENARA atau PMG terus menjadi program yang relevan untuk adik-adik kita diluar sana.
Dua orang trainer senior - abg Alifi - penyanyi nasyid kumpulan suara hati dan suaranya berkumandang di setiapkali lagu menara gading di alunkan...dan Abg Zamzuri..
Dari kiri ke kanan - tak kenal,tak kenal, Abg Jimi Dollah,Abg Lifi, dan tak kenal jgk
Ermm...abg-abg PKPIM...rasanya mcm abg Fawaz..tp tak tahulah..hehe
Salah seorang trainer yang mendidik saya jadi seorang fasilitator - Abg Jimi Talib (dua dari kiri)
rasanya ini PMG-3 tahun 1998 baru je nak masuk Matrik UIA-mungkin Izzat boleh bantu ingatkan semula
PMG 4 kot di Matrik UIA
PMG 4 lagi
Abg Fad, En Khir Ngadiron (Ex Deputy Dean A&R MCIIUM) Tan Sri Prof Kamal Hassan (Ex-Rector IIUM) dan Abg Rosemanizam
PMG 4
PMG 4 -Lupa nama kakak ni, Kak Asma' (PSU PEPIAS GOMBAK), Kak Nang,Kak Sa'ie (Isteri Abg Nizal) dan Lupa juga nama abg ni
10 December 2008
Teruskan Perjuangan...
Salam Perjuangan,
Muktamar Agung Tahunan ke-17 PEPIAS telahpun berlalu. Tahniah kepada yang telah diberikan amanah. Berjiwa besarlah... Bulatkan Tekad, Serlahkan Matlamat, Corakkan Sikap...
Jazakallahu khairan Kathira kepada Sdr Kamarul Azami (mantan SUA) Sdr Ahmad Zulhilmi (mantan Bendahari Agung) dan pimpinan lain atas jasa, bakti dan budi yang tidak mengenal erti penat. Hanya Allah shj yang dapat membalas jasa kalian.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas : Mantan Presiden ke-4 PEPIAS
02 December 2008
Warkah dari Kingston
kawan2 jgn lupa datang muktamar PEPIAS 5-6 Disember ni di dewan Sri
Siantan Selayang. Berilah sokongan & dokongan kpd kepimpinan baru kita.
Namun saya hanya dpt mendoakan agar majlis berjalan dgn baik kerana saya sekarang berada di Kingston, Canada kerana bertugas di sini selama sebulan. Lepas raya haji baru balik. Biasalah, kena test performance train baru.
Namun apa yg menarik di sini adalah komuniti Islam yg amat sedikit bilangannya namun dpt bersatu-padu dan bekerjasama dgn baik. Dalam daerah yg sebesar negeri Selangor ini, hanya terdapat 2 masjid shj, itupun sebuah di dlm universiti utk pelajar2 Islam. Bayangkan betapa sedikitnya umat Islam di sini.
Saya & rakan2 setugas seramai 3 orang amat kagum dgn kesungguhan masyarakat Islam di sini menampilkan imej yg mulia kpd mereka yg bukan beragama Islam. Dengan berpusat di masjid yg dipanggil Islamic Centre, dibina hasil kutipan bersama umat Islam di sini, setiap hujung minggu ada shj aktiviti yg dijalankan utk pentarbiyahan masyarakat Islam di sini. Setiap bulan pula ada aktiviti besar yg mana melibatkan masyarakat bukan Islam di sini.
Saya sempat mengunjungi salah satu aktiviti tersebut iaitu community bazaar yg mana sambutannya. ..subhanallah. ..kehadiran masyarakat bukan Islam jauh lebih ramai drpd bilangan keseluruhan umat Islam di sini. Ini menunjukkan kesungguhan umat Islam di sini menjayakan program ini dgn cara menghebahkan kpd jiran2 & rakan sekerja, juga byk poster
promosi di tampal di shopping complex. Disamping itu, risalah tentang Islam juga disebarkan kpd mereka & mereka menerima dgn hati yg terbuka.
Walaupun penyebaran Islam tidak secara terus namun aktiviti ini secara tidak langsung mencerminkan budaya & imej Islam yg mulia, sehingga mengubah mentaliti masyarakat tempatan yg melabelkan Islam sbg terorist. Faktor utama yg mengikis tanggapan negatif ini adalah personaliti atau pembawakan watak setiap individu Islam di sini sbg role model kpd masyarakat setempat.
Saya sempat berjalan di Toronto, pusat perdagangan antarabangsa Canada pada hujung minggu, di setiap penjuru kaki lima shopping complexs terkemuka terdapat beberapa kumpulan anak muda menyebarkan risalah berbentuk pamplet, buku & cd secara percuma kpd para pengunjung yg terdiri drpd masyarakat berbilang agama. Mereka bersungguh2
menyebarkan Islam, lebih bersungguh drpd promoter supermarket mempromosikan barang.
Apa yg saya lihat & alami ini cukup menyentuh hati. Terdetik di hati, mangapa di negara kita yg majoritinya masyarakat Islam tidak mampu utk kita menyebarkan Islam secara terbuka spt mereka walhal kebebasan mereka terhad berbanding kita. Mengapa semangat jihad anak2 muda spt kita yg hidup selesa di negara Islam tidak setanding dgn jihad mereka di negara yg terdapat beribu onak duri & halangan?
Mudah2an generasi baru pejuang2 yg bergerak dlm jemaah Islam mampu utk menandingi semangat & kesungguhan Muslimin di negara ini.
sumber : emaasus@yahoo.com
p/s: penulis adalah Ex-YDP PEPIAS UIA yang ke -5. Sekarang menjawat jawatan sebagai Jurutera di Rapid KL, Subang.
28 November 2008
Warkah Buat Yang Cintakan Perjuangan..
Salam perjuangan… Bahang kehangatan muktamar kian terasa. Semangatnya sudah makin membara. Malam semalam sudah berlangsung mesyuarat penyelarasan muktamar kali ke 17. Tarikh keramat 5-6 Disember 2008 bertempat di Dewan Sri Siantan, Selayang telah menjadi pilihan ahli jawatankuasa pelaksana. Walaupun mesyuarat malam tadi agak lewat ditamatkan, namun ahli jawatankuasa terus bersemangat untuk menjadikan muktamar kali ini kembali seperti zaman kegemilangannya. Bagaikan semuanya sudah sekata dan sejiwa bersepakat mahu mengibarkan panji perjuangan tanda bermulanya era baru perubahan.
Oleh hal yang demikian,bagi terus menyemarakkan lagi muktamar kali ini, ahli yang masih sayang dan cintakan perjuangan PEPIAS ini diseru untuk menyemarakkan lagi muktamar pada kali ini. Mari kita bersidang dan menyuarakan pendapat yang bernas dan bertenaga bagi menunjukkan kesetiaan kita pada wadah ini. Bagi sdr. Presiden yang kita kasihi, beliau menganggap muktamar kali ini adalah paling istimewa. Apakah akan ada kejutan2 yang akan diumumkan oleh sdr. Presiden? Mungkinkah akan ada tsunami besar dalam peralihan kepimpinan? Ataupun suasana muktamar yang akan memberikan kelainan? Bersama-samalah kita menantikan hari kejadian.
Mari adik2, kakak2, abang2, tuan2 dan puan2 tanpa segan silu menganjakkan sedikit tarikh pulang ke kampung menyambut Aidiladha dgn melakukan pengorbanan terbesar dengan menginfa'kan masa, tenaga bahkan wang ringgit dgn menghadirkan diri ke muktamar kali ke 17 bagi bersama-sama kita bina cita dan harapan, utk hari ini dan masa depan, kita aturkan langkah seiringan, demi satu wadah perjuangan, agar esok menjanjikan kegemilangan...
Ayuh kita teruskan langkah..
JOM KE MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS!!!
sumber : bapolz@yahoo.com
09 November 2008
Pemimpin; tamsil dan ibarat
...Dalam buku itu memberitahu siapakah pemimpin? Diterangkannya dengan kaedah matematik juga, katanya:
Yang didahulukan selangkah. Yang ditinggikan seranting.
Yang dilebihkan serambut. Yang dimuliakan sekuku.
Bukan mustahil jika anda menjawab, saya tidak bertemu pun pemimpin seperti ini. Jika begitu, pemimpin bagaimanakah yang anda hendak memilih? Memilih tidaklah sukar kerana sudah ada yang menawar diri. Yang penting anda kena berfikir hendak memilih pemimpin seperti apa?
Adakah hendak memilih pemimpin yang berkeperibadian:
Banyak Tahunya? Banyak Tahannya? Banyak Bijaknya? Banyak Cerdiknya?
Banyak Pandainya? Banyak Arifnya? Mulia Budinya? Banyak relanya?
Banyak Ikhlasnya? Banyak taatnya? Mulia Duduknya? Banyak Sedarnya? Atau
Banyak Tidaknya?
Buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu dalam bab Kepantangan Pemimpin menyebut betapa adanya pemimpin bertabiat:
Mengejar pangkal mau menjilat.
Mengejar harta mau melata.
Mengejar kedudukan mau melendan.
Mengejar pengaruh mau bergaduh.
Dalam mesyuarat berbantah-bantah.
Dalam berunding tuding menuding.
Dalam helat cacat mencacat.
Sesama keluarga laga melaga.
Sesama kawan makan memakan.
Sesana sahabat sebat menyebat.
Sesama bangsa paksa-memaksa.
Tenas Affendy dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu memberitahu jenis pemimpin.
... ringkasan daripada artikel oleh : Azizi Abdullah
(aziziabdullah.blogspot.com)
Fikrah Imayu - saya tolong bacakan... anda huraikan. Macam mana? Ada berani?
25 October 2008
Kepentingan perkahwinan dan berkeluarga
Umum diketahui bahawa generasi terbilang dahulu adalah hasil tarbiyah dan didikan. Yang seterusnya melahirkan generasi gemilang. Di sini dicoretkan beberapa kemuliaan (bagi padangan penulis) seorang wanita dalam erti kepada perjalanan kepada perkahwinan.
Apabila dituruti sirah nabi-nabi , kemuliaan wanita adalah terletak pada apabila mereka dikahwinkan oleh bapa mereka. Mungkin kita sedikit mencebik apabila dikatakan bahawa perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa adalah perkahwinan zaman dahulu, tetapi hakikatnya ia adalah sunnah para Nabi. Mari kita turuti beberapa kisah dari pengamatan yang terhasil :
1. Perkahwinan Nabi Musa dengan anak penternak (Surah Alqosos : 22-28 )
Kisah bermula apabila Nabi Musa sampai di sebuah tempat setelah jauh membawa diri dari pihak Penguasa Firaun. Ketika sampai di suatu sumber air di sebuah tempat bernama Madyan , baginda melihat dua orang anak gadis muda sedang menghambat ternakan mereka. Terus ditanyakan pada mereka
“mengapa kamu buat begitu”
‘kami tidak boleh memberi minum pada ternakan kami sehinggalah penternak-penternak yang lain pulang sedangkan ayah kami adalah seorang yang sangat berumur. ‘
kata kedua-dua anak gadis tersebut.
Maka di atas sifat seorang manusia, Nabi musa membantu kedua anak gadis tersebut memberikan minuman pada ternakan-ternakan mereka. Sehingga selesai dari kerja itu, Nabi Musa kembali ke tempat perteduhannya.
Setelah beberapa ketika, seorang dari dua perempuan yang dibantu Nabi Musa datang kepadanya dengan keadaan yang malu-malu, sifat semula jadi seorang wanita, menjemput Nabi Musa kerumahnya kerana ayah mereka ingin membalas budi yang ditaburkan Nabi Musa kepada merkea.
Perkenalan Nabi Musa dengan ayah gadis-gadis ini dan setelah penceritaan semua peristiwa yang berlaku, salah seorang dari wanita gembala itu, mengusulkan pada ayah mereka agar diambil Nabi Musa bekerja dengan mereka kerana pada Nabi Musa ada sifat orang yang dipercayai dan juga seorang yang kuat.
Terus dikatakan pada Nabi Musa oleh ayah pada wanita ini,
“aku sangat ingin untuk menikahkan kamu dengan salah seorang anakku,dengan (mahar) dasar kamu bekerja denganku 8 tahun dan kalau kamu mahu cukupkan 10 tahun, itu terserah padamu.”
‘Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Maka Nabi Musa dikahwinkan dengan salah seorang dari wanita anak kepada penternak binatang ini.
Kesimpulan cerita :
Seorang wanita mulia adalah mereka yang dijodohkan dengan seseorang yang dipercayai kebaikan dan akhlaknya oleh ayahnya sendiri. Yang datang dari mulut ayahnya bukan dari pihak lelaki.
2. Kisah Nabi Lut dengan kaumnya (surah Hud : 76-77)
Ketika datang utusan ( malaikat ) yang membawa berita dari Allah dalam bentuk manusia. Mereka mendatangi Nabi Lut sebagai tetamu. Berita tentang kedatangan tetamu ini, diketahui oleh kaumnya.Kita ketahui bahawa kaum Nabi Lut merupakan pelaku sodom (homoseksual- lesbian-suka sama jenis).. apabila diketahui ada lelaki yang datang bertamu ke rumah Nabi Luth,segera mereka datang kepada Nabi Lut dalam keadaan bergesa-gesa.
Melihatkan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya ini, Nabi Lut tahu dengan apa maksud yang merka ingin darinya,terus ditawarkan pada mereka anak-anak perempuannya dengan maksud dikahwinkan dengan mereka :
“wahai kaumku, ini merupakan puteri-puteriku, mereka lebih suci bagi kamu semua.bertakwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu mencemarkan aku dihadapan tetamu-tetamu ku ini.tiadakah dikalangan kalian orang yang berakal?” ayat ini disebut oleh Nabi Luth setelah sikap yang dipamerkan mereka dihadapan tetamu yang hadir. Sebagai seorang manusia yang berakal, timbul perasaan malu pada diri Nabi Luth dengan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya.
Jawapan yang diberikan oleh kaumnya :
“Kamu dah tahu bahawa kami tiada keinginan terhadap anak-anak kamu, dan kami pasti kamu tahu apa yang kami mahu” jawapan yang sangat mengharu-birukan perasan seorang manusia yang berakal terhadap sikap yang dipamerkan oleh satu kaum yang sudah tidak kenal erti kemanusiaan.
Kesimpulan cerita :
Seorang ayah akan menjodohkan anaknya yang mulia dengan lelaki yang sanggup untuk membuat perubahan ke arah lebih baik.
3. Kisah perkahwinan Muhammad dengan Khadijah
Umum sudah kita ketahui kisah ini, yang Khadijah merisik Nabi. Kecerdikan, keramahan, dan sifat mulia yang ada pada diri Muhammad s.a.w sangat menarik hati dan naluri khadijah terhadap budi pekerti muhammad.
Dari perkahwinan antara Khadijah dan Muhammad , lahir seorang wanita yang menjadi antara wanita yang mula-mula sekali masuk ke syurga.Itulah Fatimah Azzahra.
Kesimpulan cerita :
a. Seorang wanita yang mulia akan memulakan langkah dengan merisik sendiri lelaki idamannya dengan melalui saluran yang betul. (guna orang tengah tanya bahagian lelaki).
b. Zuriat yang bagus juga dari hasil bermula cara perkahwinan dari ayah dan ibunya.
4. Perkahwinan Ali dan Fatimah
Nabi menawarkan pada para sahabat baginda tentang hasrat hatinya untuk mengahwinkan salah seorang dari kalangan mereka dengan puterinya Fatimah . Perkahwinan ada syarat yang diperlukan. Akhirnya, Ali cukup syarat yang diperlukan.
Hasil perkahwinan Ali dan Fatimah melahirkan Hasan yang diketahui oleh kita telah menyatukan kembali perpaduan umat Islam yang berpecah di zamannya.
Kesimpulan cerita :
a. Seorang ayah akan mengahwinkan anaknya yang mulia dengan seorang lelaki yang cukup ciri kemuliaan dengan anaknya.
b. Ciri seorang pemimpin yang terbilang dihasilkan/dilahirk an dari pertemuan atau bagaimana cara pertemuan perkahwinan ibu bapanya.
5. Umar al-Khattab mengahwinkan anaknya
Suatu hari , saidina Umar melakukan rondaan di waktu malam untuk melihat suasana rakyatnya disamping mengetahui keadaan sebenar rakyatnya. Diri beliau yang selaku seorang khalifah umat Islam, cuba melakukan seadil mungkin di atas amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahunya.
Suatu ketika ketika melakukan rondaan, beliau terdengar suatu pebualan di suatu rumah, Umar berhenti untuk mendengar perbualan tersebut.. Seorang ibu menyuruh anaknya agar memerah susu untuk dijual esok dan periksa berapa banyak susu yang ada. Hasil dari pemeriksaan, anaknya (seorang perempuan) memberitahu bahawa susu yang ada hanya sedikit.
“kamu tambahkan air ke dalam susu tersebut. Biar banyak sedikit hasil yang akan kita peroleh” kata si ibu.
“tidak boleh ibu, iu seperti kita menipu timbangan pada manusia’ , kata si anak.
“tidak mengapa, saidina umar tidak tahu perkara ini” balas si ibu.
Ketika ini, saidina umar semakin tertarik dengan perbualan mereka dan cuba mendengar apa jawapan dari anak perempuan tersebut.
‘ibu, saidina umar sememangnya tidak mengetahui perkara ini, tetapi Tuhan saidina Umar tahu akan perkara ini.’
Terkejut saidina Umar dengan jawapan yang diberikan oleh anak perempuan wanita tersebut. Setelah itu , keesokannya, Saidina umar mengarahkan pengawalnya memanggil kedua-dua beranak ini ke pejabatnya. Dan menawarkan kepada wanita tua tersebut untuk anaknya (seorang lelaki) dikahwinkan dengan anak wanita itu.
Hasil dari keturunan inilah lahirnya khalifah umar abdul aziz, seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat adilnya dalam pemerintahan.
Kesimpulan cerita :
a. seorang wanita yang mulia akan ditawarkan/dirisik oleh ayah seorang lelaki yang ingin mengahwinkan anaknya dengan wanita tersebut.
b. Seorang pemimpin yang terbilang adalah hasil dari benih pertemuan ketika bermulanya perkahwinan dari ibu dan ayah mereka.
Kesimpulan dari cerita-cerita
Dari kisah-kisah yang dipamerkan, jelaslah kepada kita, bahawa sunnah orang-orang beriman dalam perkahwinan banyak yang datang dari pihak perempuan dahulu. Hasil dari tarbiyah dan didikan itu, melahirkan pemimpin-pemimpin umat. Jodoh pertemuan adalah seperti nasi/makanan, yang mana ianya perlu diusahakan , bukan sekadar hanya mengharap tetapi usaha perlu dahulu dimulakan.
Akhir kalam, janganlah kalian (para wanita) untuk malu melakukan langkah dahulu dalam memastikan kebahagiaan di dunia sebagai wasilah cemerlang diakhirat. Jika sudah dikenal pasti siapa yang berkenan di hati, jangan ragu-ragu untuk menyatakan hasrat melalui saluran yang betul.(elok ibu ayah atau orang tengah ).
Terbukti bahawa dari kisah-kisah di atas bahawa permulaan kepada pernikahan yang dimulakan oleh wanita menunjukkan kemuliaan wanita itu.Mahu menggunakan ibu ayah, maka Nabi Muhammad sebagai contoh dalam mengahwinkan anaknya, mahu mencari sendiri , maka khadijah (isteri Nabi) sebagai suri contoh .
Sifat malu itu bertempat. Dalam perkara ini, jika wanita memulakan dahulu bukan bermakna dia tidak punya sifat malu, tetapi wanita yang kata dia tidak mahu memulakan itu kerana malu ia adalah salah konsep, ia adalah segan bukan malu atau istilah lain, malu tidak bertempat.
Ingatlah, bahawa lelaki mulia dengan memilih seorang ibu yang baik untuk anak-anaknya, dan kemuliaan seorang wanita adalah dengan memilih calon bagi dirinya untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya.
Percayalah bahawa anda seorang yang mulia walaupun anda yang memulakan dahulu.
(sumber: pepias@yahoogroups.com)
17 October 2008
Kukuhkan ukhuwah; Teruskan Tarbiyah
Kalau tidak ada masalah, mana mungkin ada hero atau penyelamat yang merungkaikan masalah tersebut. Inilah asas kepada politik;Ahli politik seharusnya membawa kepada keadaan yang lebih baik. Bagi media pula, the worst story is the best story. Barulah akhbar akan terjual. Barulah stesyen televisyen akan mendapat banyak penajaan. Yang berhati mulia, akan mengambil peluang (take opportunity) untuk menabur bakti dan jasa. Yang berhati busuk, akan mengambil kesempatan (take advantage) di air yang keruh.
Di kesempitan ini, ramai pula yang akan terkeliru siapa kawan, siapa lawan. Cakap siapa yang boleh dipercayai? Konflik peradaban ketatacaraan dalam kehidupan (life ethics) akan tercabar dengan masing-masing akan menonjolkan diri, kumpulan atau fahaman mereka adalah benar dan yang selainnya adalah salah. Warna kehidupan sudah tinggal dua. Kalau tidak hitam, maka ia adalah putih. Kalau tidak melibatkan diri kita, tidak mengapa. Kalau tidak mahu melibatkan diri dan memikirkan tentang Malaysia, lebih baik tinggal dan jadi warga negara lain, atau pun jadilah warga planet yang lain! Memelihara negara (daulah) adalah tuntutan agama, malah mana-mana negara di atas muka bumi ini juga mahukan rakyat yang bersama-sama membina tamadun negaranya.
Pejuang (Mujahid) sebenar tidak dipengaruhi oleh kata-kata orang ramai; Sesungguhnya, kita semakin alpa dan tertipu dengan konsep demokrasi. Yang ramai, tidak semestinya benar, dan begitulah sebaliknya. Tetapkan pendirian berasaskan kepada akal, dan bukan kepada emosi dan sentimen; melainkan pendirian kita dilapik dengan perasaan takut, bimbang, dan punya kepentingan tertentu yang harus dipertahankan. Akhirnya, itulah yang akan menterjemahkan sikap kita atau topeng kita yang sebenar
Maka, ia perlukan sikap mengambil peduli (concern) dengan segala yang berlaku di sekeliling kita. Bukan bermakna harus menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang berbeza pendapat dan pendirian, apa lagi menjadi ahli dan terlibat secara terbuka; cukuplah sekadar mengikuti dengan kekuatan dan keupayaan peribadi. Apa yang paling penting, menyusuri permasalahan ini dengan akal dan ilmu pengetahuan yang adil secara serwajagat dengan dipandu oleh wahyu Illahi dan sunnah nabi.
Soalan bagaimana hendak mengukuhkan ikatan ukhuwah, maka jawapannya- ikhlaskan jiwa; buang segala kebimbangan dan ketakutan; peduli dengan masyarakat sekeliling; terjemahkan ilmu tentang keadilan, kebajikan dan kemuliaan dalam tindakan dengan insan di sekeliling kita.
Kukuhkan ukhuwah, teruskan tarbiyah.
Selamat datang ke alam pejuang agama, dan negara.
01 October 2008
HUBUNGI KAMI
Tel/Faks: 03 - 6184 2943
Email: pepias@yahoo.com
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor -0132008249 - 0125133309
PEPIAS GOMBAK-Sdr. Razman
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - 017 3314568
-PEPIAS BANGI-Sdr. Muzakkir
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor - 0132005672
-PEPIAS SHAH ALAM-Sdr. Ammar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor - 0176435364 - 0192458962
-PEPIAS AMPANG-Sdr. Mus
Pusat Teknologi & Pengurusan Lanjutan (Ampang) - 0173395740
-PEPIAS PANDAN-Sdr. Syafiq
Cybernatics International College of Technology-017 9204353
-PEPIAS PETALING JAYA-Sdr. Lokman
Center for Foundation Studies UIAM (Petaling Jaya) -017 3314568
SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI LAHIR PEPIAS
MAAF ZAHIR BATIN
dan hari ini genaplah 16 tahun umur penubuhan PEPIAS secara rasminya...mg terus melahirkan ahli-ahli yang mampu menyinari bumi Selangor Darul Ehsan...
24 September 2008
Syura : Prinsip dan Amalan
Kepimpinan PEPIAS adalah dilantik melalui sistem Syura. Syura merupakan institusi tertinggi dalam PEPIAS yang wajib dipatuhi segala keputusannya. Syura bukan saja berfungsi untuk memilih kepimpinan tetapi juga untuk menetap halatuju dan agenda PEPIAS seterusnya.
(Ali Imran:159) dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
(Asy Syura:38) Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya;
Dua ayat tadi jelas menuntut kita untuk bermesyuarat / syura dalam perkara-perkara keduniaan dan pentadbiran. Ini tidak membabitkan perkara yang telah tetap dalam agama.
Ahli syura pula dipilih dari kalangan ahli al-hal wal aqd iaitu mereka yang sering dijadikan tempat rujukan walaupun tiada berjawatan lagi (mantan) dalam PEPIAS. Tiada istilah lobi melobi dalam syura kerana dasar syura tidak meminta jawatan dan bukan medan untuk mencari kuasa.
Dalam syura tiada istilah pembangkang dan watch dog kerana dasar syura bukan konflik. Keputusan syura bukan dengan majoriti mengangkat tangan. Keputusan akhir perlu dibuat oleh amir / pengerusi syura setelah mendengar pendapat dari ahli-ahli syura.
Keputusan syura wajib ditaati kerana keputusan syura adalah tepat atau hampir tepat.
23 September 2008
Bersangka Baik
Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior memberi amanah tatkala kita tidak bersedia
Rupa-rupanya melatih kita untuk lebih bersedia
Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior kesat sungguh kata-kata mereka
Rupa-rupanya melatih kita untuk lebih berani
Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior rajin sungguh mengambil kita dan mengajak kita pergi ke program
Rupa-rupanya melatih kita ukhuwah yang berpanjangan
Dahulu kita seringkali bertanya mengapa begitu dan mengapa begini apabila sang senior bersifat pelik dihadapan kita
Rupa-rupanya semua itu ada hikmah yang baik disebaliknya
KINI kita seringkali bertanya mengapa sang junior 'itu' diberikan amanah sedangkan dia tidak layak.
Rupa-rupanya kita TERLUPA
Kini kita seringkali bertanya mengapa sang junior tidak tahan dengan kata-kata lembut kita.
Rupa-rupanya kita TERLUPA
Kini kita seringkali bertanya mengapa sang junior sungguh manja dengan sang senior
Rupa-rupanya kita TERLUPA
Kita ingat kita tahu
tp DIA lagi mengetahui
Kita ingat kita sudah hebat
tp DIA lagi hebat
Kita ingat kita sedikit
Dan ingatlah sesungguhnya DIA tidak sedikitpun lupa untuk membantu
Bersangka baiklah atas apa jua yang berlaku
kerana DIA tidak menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya
Maka belajarlah untuk percaya dan bersangka baik.
WaAllahua'lam
22 September 2008
Program Ihya' Ramadhan oleh Daie Muda PEPIAS
Minggu lalu, 19 sehingga 21 September 2008 merupakan hari yangbersejarah untuk kita semuanya khususnya PEPIAS. Sekali lagi bersyukurkepada Allah kerana memberikan kita bersama kesempatan untukmenjayakan 6 program serentak di 4 kawasan berasingan. PEPIASsebagaimana tahun-tahun yang lepas kali sekali lagi dijemput untukmemenuhi beberapa undangan program yang dijadualkan oleh beberapapihak masjid. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjuryang berjaya menganjurkan program yang baik untuk umat kita juga tidaklupa kepada dai'-dai muda PEPIAS yang bertungkus lumus membantu danmenjayakan program-program ini.
4 program yang telah PEPIAS jayakan bersama beberapa NGO lainkhususnya ABIM Selangor dan WADAH Selangor adalah:
1. Program bersama orang asli di Serendah pada 19 dan 20 Septemberyang lalu dengan kekuatan PEPIAS seramai 20 orang. Diwakili olehda'i-da'i muda dari UIAM Gombak, UKM, Asasi UIAM Petaling Jaya, KUISdan Kolej Cybernatic. Operasi disana diketuai oleh saudara Zafrullah Aris.
2. Program Ihya' Ramadhan dan SMART Solat di Masjid Ar-Rahimah KualaKubu Baru. Berlangsung pada 20 dan 21 September juga dengan kekuatanyang sama dan diketuai juga oleh saudara Zafrullah b. Aris.
3. Program Ihya' Ramadhan anjuran bersama JIM Daerah Kuala Langat diSurau Raudhatul Muttaqin Taman Kemuning Banting selama 2 hari iaitu 20dan 21 September. Dengan kekuatan seramai 7 orang da'i muda PEPIASdari KUIS, 5 dari USIM dan 4 orang da'i muda yang dibawa dari TanjongKarang, Sungai Manggis dan Olak Lempit. Program diketuai sendiri olehsaudara Raden Imaduddin dan dibantu oleh saudara Nur Firdaus (KUIS).
4. Iftar bersama ABIM Selangor bermula pada petang 20 Septembersehingga 21 September 2008. Pada malam 20 September, pembentanganMenghadam Ucapan Dasar (MUDA) telah berlangsung bersama PEPIAS, ABIMSelangor dan WADAH Selangor. Pada keesokannya harinya (21 September)telah berlangsung misi agenda bersama masyarakat sebaik sahaja tamatkuliah Subuh.
5. Masjid Jalan Kebun Shah Alam. Dengan kekuatan da'i-da'i muda 4 dariKolej Cybernatic, 7 dari UIAM Gombak, 1 dari Asasi UIAM Nilai danseorang dari Cheras (bakal pelajar Morocco), telah berjaya menjalankanprogram ini sehinggalah kepada majlis tadarus dan khatam Al-Quran.Dengan bilangan kekuatan yang mencecah 16 orang, perjalan cukup lancardan berkesan. Program ini diketuai oleh saudara Abdul Syukur dansaudari Noor Adila.
6. Surau Al-Falah Jalan Kebun pula dikunjungi oleh 3 orang da'i-da'imuda dari Kolej Cybernatic. Diketuai oleh saudara Zulhelmi, programini juga berjaya menarik minat pihak surau untuk menjalankannya lagipada tahun-tahun akan datang.
Semoga usaha berterusan ini akan memberi kekuatan rohani dan istiqamahdalam jiwa da'i-da'i muda dalam PEPIAS secara khususnya. Programsebegini amat diyakini akan mampu membentuk jatidiri, pemikiran dankesatuan hati dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah yang semakinmencabar.
Buat adik-adik ku di PEPIAS,
Rintangan pasti datang, ujian pasti melanda, kekuatan kita bukanbergantung kepada siapa kawan kita, kekuatan kita tidak dinilai padasiapa lawan kita, tetapi ianya adalah bergantung kepada ketinggianTAQWA kita. Bertaqwalah kepada Allah, perlakukanlah tugas dakwah inikerana Allah, nescaya, belajar, semangat hidup, berdikari dan dayajuang pasti Allah akan bekalkan pada jiwa yang suci dan bersih sertaistiqamah dijalan-NYA. ..
sumber : kamyghebat@yahoo.com
21 September 2008
Kebenaran-Keadilan-Kepentingan (Truth-Justice-Interest)
2) Ada pemimpin yang memberi fokus kepada kebenaran - perjuangannya menuntut kebenaran. Segala yang salah ditentang, dan segala yang benar atau sekurang-kurangnya lebih benar antara yang salah akan diperjuangkan. Masalahnya, benar dari kaca mata siapa? Benar adalah ilmu. Maka, mestilah dari ulamak (ilmuan). Kalau soalan objektif, mungkin mudah mencari kebenaran, tapi bila soalan subjektif, siapa yang boleh menyatakan yang mana benar? Berani kerana benar, takut kerana salah? Boleh pakai lagi kah?
3) Ada pula pemimpin yang kental menegakkan keadilan - perjuangan ini cukup klasik dan sering menjadi pilihan pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Ia banyak melibatkan persoalan hak. Keadilan sejagat, atau keadilan terpilih? RAmai pemimpin yang gagal menghayati konsep keadilan yang sebenar, dan biasanya 'memilih-milih' untuk berlaku adil. Biasanya, musuh politik akan dibawa ke muka pengadilan bersungguh-sungguh, dan apabila terkena pada kroni-kroni, dipejamkan sahaja mata. Musuh politik ini adalah mereka yang berpotensi untuk menjejaskan perjuangan pemimpin itu. (tidak kira perjuangan baik atau sebaliknya). Dengan erti kata lain, keadilan yang terpilih? Setidak-tidaknya, ada point dan kes yang membuktikan pemimpin ini berlaku adil.
4) ADa banyak pula pemimpin yang cekal dengan menegakkan kepentingan-kepentingan pihak yang diwakilinya - Memang menarik melihat pemimpin bersungguh-sungguh membela kepentingan pihaknya. LEbih menarik melihat pemimpin lain pula melakukan perkara yang sama; lebih teruk, menjaga kepentingan peribadi, dan pemimpin-pemimpin ini pasti akan bertembung. Pada waktu pertembungan ini, hujah berdasarkan fakta yang bersifat objektif akan memberikan kelebihan, berbanding yang datang dengan emosi.
5) Bolehkah pemimpin survive atau berjaya mengemudi bahtera organisasi beliau dengan bersandarkan perjuangan kepada salah satu daripada agenda di atas? Mungkin boleh, tapi, biasanya tidak kekal lama, dan akan membawa kepada kehancuran, dan konflik kepada umat manusia di sekelilingnya, kerana diselubungi ketidak syumulan dalam perjuangan.
6) Lantas, ia harus bergerak secara seiring; tidak meninggalkan mana-mana salah satu, dan dilengkapkan dengan pakej AMANAH (jujur). Sebab itulah, nabi kita, Muhammad S.A.W diberi gelaran Al-Amin sebelum mencapai akil baligh lagi. Soal Amanah, adalah soal asas kepada mana-mana pemimpin yang berjaya, untuk mendpat redha Allah.
7) Dengan Amanah- pemimpin akan punya kejujuran, dan keihklasan. Inilah yang akan mengemudi agenda kebenaran - maka, kebenaran ilmu akan menyerlahkan hikmahnya. Kebenaran dengan mematuhi disiplin keilmuan; berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan aturannya seterusnya.
mengemudi agenda keadilan - maka, prinsip berkatalah benar;walaupun pahit akan dilaksanakan tidak kira lawan atau kawan. Keadilan dalam kaca mata syariah, bukan sivil semata-mata.
mengemudi agenda kepentingan - maka, perjuangan berkepentingan tidak akan membawa kepada kejahilan peribadi dan assabiyyah sempit. dan akhirnya, yang paling penting, hanyalah kepentingan agama Islam.
8) TAnggungjawab pemimpin adalah untuk membawa visi dan perjuangan organisasi ke arah redha Allah taala. Meningkatkan tahap kehidupan kemanusiaan dari hari ini kepada yang lebih baik, dan lebih baik, dan lebih baik... Inilah sebenarnya tugas Khalifah Allah di atas muka bumi.
9) Bagaimanakah perjuangan kita pada hari ini? Benar ke? adil ke? ke hanya berkepentingan tertentu?
19 September 2008
Kerja Dakwah : Sekadar Mengisi Masa Lapang?
Tugas berdakwah adalah tugas yang mulia iaitu menyambung tugas para rasul yang telah wafat beribu tahun dahulu.
(Ali Imran:110) Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
Ayat ini menjelaskan tentang mulianya umat sekiranya mereka menjalankan tugas amar makruf dan nahy mungkar. Ini sebagai menifestasi keimanan di dalam hati setiap muslim.
Sekiranya kita istiqamah dalam melaksanakan dakwah, itulah tanda iman kita kuat dan mantap tetapi sekiranya kita bermalasan, maka itu tanda iman kita ada cacat celanya.
(Ali Imran : 104) Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
Justeru perlu wujud satu kumpulan yang melaksanakan tugas dakwah ini. Kewajipan kita menggabungkan diri dalam kumpulan ini adalah perlu bagi kita menghadapi cabaran umat yang amat besar dewasa ini.
(Al-Maidah:2) dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).
Nah! Kita sudah tahu apa tugas kita, kita sudah tahu apa gerakan Islam di depan mata, kita juga sudah tahu apa hukum menggabungkan diri dengan gerakan itu, apa lagi alasan kita?? Masih mahu menjadikan kerja Dakwah ini sekadar mengisi masa lapang? Marilah kita bermuhasabah diri.
18 September 2008
Tegas dengan prinsip
Posted at -> http://kawansejati.ee.itb.ac.id/18-tegas-dengan-prinsip
Seorang Islam yang tegas dengan prinsip ialah orang yang kuat berpegang dengan agamanya dan senantiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hukumnya. Menyatakannya dengan tidak segan-segan. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, kapan saja, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi dan kondisi yang bagaimana pun.
Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas dirinya, sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya melawannya. Misalnya dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya. Maka waktu itu, banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi. Dia tidak dapat melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini artinya sudah di dalam keadaan darurat.
Orang Islam Yang Tegas Dan Teguh Dengan Prinsip
Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Karena Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati, telah mendarah mendaging dan telah sejiwa dan menjadi tabiat dirinya. Dia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu yang dia terlupa mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya. Dan dia sangat tersinggung kalau ada orang menentang dan menghina agamanya.
Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati karenanya. Orang ini tidak akan dapat diancam atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya baik Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati karenanya.
Sebab Tegas Dengan Prinsip/Berprinsip
Orang Islam yang tegas dengan prinsip tidak banyak sekalipun di kalangan para pejuang dan pendakwah-pendakwah atau dai-dai.Oleh karena itulah Islam amat susah diterima oleh orang banyak sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka sangat takut dengan Islam.
Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang dengan prinsip atau dikatakan orang ada prinsip ialah:
1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang baik pula.
2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.
3. Seseorang itu ada cita-cita. Islam bukan sebatas untuk dirinya tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di alam sejagat ini.
4. Karena seseorang itu benar-benar faham tentang Islam, kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.
5. Karena seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang baik yang dapat menyampaikan Islam secara baik dan pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh pribadinya.
6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia rasa senang mengamal dan memperjuangkannya.
Orang Yang Tidak Tegas Atau Tidak Teguh Dengan Prinsip
Biasanya orang Islam yang tidak teguh dengan prinsip atau pegangan hidup dikatakan orang yang tidak ada prinsip. Dia mengamalkan Islam itu tidak istiqamah. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Berganti saja suasana dia pun berganti sikap. Berpindah saja tempat, dia longgar dengan syariat. Kalau bergaul saja dengan orang yang lalai maka dia pun ikut serta lalai. Bila berhadapan saja dengan orang-orang besar, amalan biasa yang selalu dibuatnya dia pun malu hendak membuatnya. Kalau ada orang yang bercakap bertentangan dengan Islam di sesuatu majlis, lebih-lebih lagi kalau majlis itu majlis orang-orang besar, dia diam saja. Sudah tidak berani lagi memberi pandangan. Dia rasa rendah diri atau inferiority complex di dalam majlis itu. Keberaniannya hilang. Hanya mendengar saja apa yang orang kata. Begitu juga sibuk saja kerja, prinsip pun tertinggal. Susah hati sedikit, hukum-hukum syariat pun terlanggar. Sakit saja sedikit, syariat pun lalai.
Sebab Orang Islam Tidak Tegas Dengan Prinsip
Antara sebab orang-orang Islam tidak lagi tegas dengan prinsip adalah seperti berikut:
1. Karena sudah jahil dengan ajaran Islam. Apabila sudah jahil, bagaimana hendak mengamalkannya. Betapalah pula untuk memperkatakan dan memperjuangkannya.
2. Kalaupun dia seorang yang alim, tapi tidak teguh dengan prinsip ialah dikeranakan oleh kelemahan iman atau jiwa lemah. Lemah iman karena cinta dunia. Cita-cita Islam sudah tidak ada.
3. Karena mengamalkan Islam itu secara tradisi atau ikut-ikutan, bukan atas dasar keyakinan dan kesedaran beragama.
4. Seseorang yang mengamalkan Islam itu kerana dididik oleh suasana, bukan karena didikan oleh satu pengajian dan ikutan. Apabila bertukar suasana maka dia pun bertukar prinsip hidupnya.
5. Seseorang yang belajar atas dasar ilmu atau mental exercise, bukan atas dasar penghayatan. Dia belajar itu mungkin tujuan dibayar dan sebagainya. Orang itu akan hanyut mengikut arus masyarakat walaupun dia mempunyai ilmu Islam.
6. Seseorang yang mendapat didikan Islam secara kasar dan paksa, bukan mendapat didikan yang penuh berhikmah serta dapat mengikut suri teladan yang baik. Apabila bebas daripada suasana itu, maka dia pun bebas meninggalkan atau membuat secara lalai.
7. Seseorang yang asalnya tegas dengan prinsip, entahkan macam mana satu masa terpengaruh dengan dunia yang menipu, maka dia pun berubah prinsip hidupnya dari tegas kepada lemah mengamalkan atau lalai mengamalkannya.
8. Mungkin seseorang itu lemah kerana dia sendirian. Kawan-kawan tidak ada, maka di sini keberaniannya menjadi kurang atau luntur. Maka di dalam suasana yang tertentu, tidak berani lagi dia menyatakan kebenaran itu dengan tegas.
9. Boleh jadi juga seseorang itu karena ujian yang berat, dia tidak tahan lalu kecewa serta diburu oleh ketakutan. Akhirnya dia longgar atau rasa segan mengamalkan prinsip hidupnya.
Islam menyuruh Tegas, Bukan Keras
Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum. Tegas menyampaikannya atau menyatakannya dan gigih memperjuangkannya di mana saja dan di dalam keadaan apa sekalipun. Islam tidak menyuruh kita berlaku keras tapi menyuruh tegas.
Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas. Kebanyakan umat Islam terutama para pejuang dan pendakwah-pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya. Di dalam mengamalkan, sama saja dengan orang lain.
Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum-hukumnya. Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan seenaknya. Di dalam menyampaikan Islam, dia mengata, mencaci dan menuduh kepada golongan-golongan yang tertentu. Adakalanya hingga sampai caci-maki, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya longgar, akhaknya rusak, kehormatannya tidak dijaga. Mereka menyangka cara itulah yang dikatakan tegas. Sebenarnya sikap mereka itu bukan tegas tapi keras.
Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam. Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana-mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri. Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta keluarga. Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum-hukum.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip. Oleh karena tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras menyatakan dan memperjuangkannya, maka orang banyak jadi benci dengan Islam. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam. Melihat peribadi para pejuang dan para dai serta keluarga mereka, Islam itu tidak ada di dalam diri mereka. Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran. Keindahan tidak dapat dilihat karena bersikap keras bukan tegas.
16 September 2008
Kesilapan Kerap Muslim di bulan Ramadhan
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah
al-Baqarah.Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith
sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu
dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang
diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam,
Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di
hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa
ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih
. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana
Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang
ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia
adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya
: "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil,
individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat
At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
08 September 2008
Segenggam tabah
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah setitik
Gugur berderai di pipi
**
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedar
rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan diperjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar (dan menderita)
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum dibibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air dihulu
Mungkinkah jernih dimuara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya.
(inteam)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Lagu ini adalah rintihan hati yang cukup unik, yang pada saya mempunyai nilai kepada pejuang-pejuang. Jalan yang kita pilih sebagai satu persada untuk dakwah dan tarbiah ini menjadikan kita sebagai seorang yang tabah dan mempunyai jati diri dalam konteks melayari bahtera kehidupan. Itu pun, sekiranya kita mengikuti penuh proses pentarbiyahan dan ranjau duri yang datang dengan kebenaran dan kesabaran. (Al-Asr) Kalau tidak, kita hanyalah membuang masa.
Soalnya, berapa ramai yang pernah berada dalam persada ini yang tidak membuang masa? Yang ini, perlukan proses muhasabah diri yang serius. Cabaran sebenarnya bermula setelah keluar dari kelompok kawan-kawan satu persada dan berada dalam masyarakat. Malah, inilah sebenarnya lapangan yang harus diterokai dengan bersendirian. Berdikarilah kita sepanjang hayat kita. Lantaran itu, pemilihan jalan untuk menegakkan syiar Islam terpulang kepada Ilmu, dan iltizam yang telah terbina sepanjang dalam persada PEPIAS ini. (kerana jalan ini yang kita pilih)
Lantaran, perjuangan diteruskan jua. PAtah kaki, bertongkat sayap. PAtah sayap, bertongkat paruh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Ini adalah matlamat kehidupan. Dengan penuh ketabahan, kita yang punya fikrah yang sama, meneruskan agenda ini dengan Allah sebagai tempat mengadu, tempat kita memohon kekuatan. Di landasan ini juga, SAhabat fid Dunya Wal Akhirat akan terpacul bila kita kesakitan, bila kita kelemasan, bila kita kelalaian... Di sinilah tempat kita melihat yang mana manusia, yang mana insan. Kita sudah tidak mampu bersandarkan kepada kenangan lalu. Kata orang, jalan harus ke depan; bukan kebelakang. Sekadar menoleh kebelakang hanya untuk memastikan sudah jauh kita berjalan!
Segenggam tabah dipertahankan, buat motivasi untuk terus ke depan. Lontarkan senyuman kepada yang lain. Daie kan seharusnya melihatkan kemanisan dalam perjuangan. Generasi muda juga akan menguntum senyum dan punya harapan menggunung. Di sini saya bermula, dan saya percaya bukan di sini juga saya akhirnya. PEPIAS adalah suatu persada yang saya pilih pada waktu itu. Kini, saya meneruskan agenda suci dan murni dengan memlilih persada yang sealiran dan fikrah yang sama. Kepada yang muda, ini jugalah yang akan saya sampaikan. segenggam tabah harus dipertahankan; Kata orang tua, genggam bara api, biar jadi abu. Biar melecur tangan. Biar apa kata orang. Yang pasti, kita lakukan tugas kita dengan penuh kesungguhan dan istiqamah pula terhadapnya.
Biar keruh dihulu... Harapannya, kita akan bertemu jernih di muara.
Salam
Fikrah Imayu
04 September 2008
Hukum Merokok
1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.
2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.
3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.
4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.
10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.
Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.
03 September 2008
PEPIAS akan terkubur??
Ini bermakna prog kampus lg berjaya menyubur minat dikalangan ank2 muda. ataupn, anak2 muda sudah bijak mendisiplinkn masa dgn membhagikn sepenuh masa, jiwa dan raga fokus utk studi. krn alasan itu juga sering digunakn utk tidak turun ke lapangan (mcmla org lain bkn bergelar mahasiswa) atau mngkn dh semakin tandus org kat kampus ni nk menyumbang agknye.. senior2 seprti hidup segan, mati xmau dlm gerakan ini, yg sedang menanti hr utk bermuktamar bg menyempurnakan agenda peralihan kuasa. kalo blh xnkla lg terikat ngn pepias ni. byk lg tugas hakiki yg memberatkn kpale.
Cawangan yg mnjd ibu sawat atau simbolik kpd kekuatan gerakan ini juga sudah makin malap. lihat shj pd usrahnye.. kalo ditanya mengapa jd sedemikian, diberi amaran pula jgn memandai2 nk pertikai.. kalaulah ade cawangan2 lain berpaksikn gerak keje kpd cawangan tersebut, malap jugkla gamaknye.. dulu kt mnghadapi kekangan kewangan, tp kekuatan tenaga kt mantap, sush jugk nk bergerak aktif. sehinggakan ade agenda yg terbantut sbb xcukup duit. skang ni minyak pelincir dh bg pn, terbantut jugk..(xde kne mengena ngn hrge minyk) timbul plak persoaln, ngko ke yg nk jlnkn bnde ni. duit ni pn antara fitnah yg terbsr. smpi hilang kredibiliti sbg seorg kwn..
Kemana hilangnye ukhwah sesasama ahli sehinggakan konsep amal jamaie yg sering terngiang2 ditelinga satu ketika dulu, sudh hilang serinya.. ahli2 yg sedikit berjauhan dr gerakan, dibiarkn berjauhan.. sbb katenye, rmi lg diluar sane yg memerlukn pepias ni. pokok pangkal kpd punca persolan ni adalh kepntingn diri mengatasi kepntingn gerakan ini. termasuklah org yg menaip ni, same je.. sudah tidak ada lagikah nilai kasih syg dan kesetian kt kpd pepias. atau mngkn mmg xprnh ade pn.. sekadar menyelesaikn amanah yg diberikn atau sronok2 berprogram dan berorganisasi. kesian kat pepias ni.. dulu mase tgh gah, rmi yg tatang. smpi snggpla toreh tangan yg blh mengeluarkn darah pepias bg membuktikn kecntaan pd gerakan ni. tp skang ni,seolah2 kt bersama2 gali lubang utk kuburkn pepias.
Tp xblh jugk kate cmtu,ade jugk ahli yg btl2 ikhls mmprjuangkn gerakan ini dan trus istiqomah dr mmbiarkn ianya terkubur. yg prlu disematkan dlm jiwa, syiar Islam adalah matlamat utama dan pepias itu adlh wadah. walaubagaimanapun, bg melihat Islam itu unggul, sudh pstinya dilihat drpd kekuatan jemaahnye dan wadah yg kt dukung inilah punca kekuatan jemaah.. yg pstinye, lambat laun pepias ini akn terkubur jua. kalo bkn dlm mase terdkt, hr kiamat nnt pasti terkubur. tp sbg seorg yg syg dan cntakan pepias ini, tergamakkah kt membiarkan ianya terkubur sebelum tiba wktunya.. Wallahuaklam.. Selamat mengimarahkan Ramadhan al-mubarak.. salam perjuangan.. .
sumber : bapolz@yahoo.com
28 August 2008
Budaya Pincang Berpakaian
Masalah wanita berpakaian ketat ini ditegaskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي رِجَالٌ يَرْكَبُونَ عَلَى السُّرُوجِ كَأَشْبَاهِ الرِّجَالِ يَنْزِلُونَ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ نِسَاؤُهُمْ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ عَلَى رُءُوسِهِمْ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْعِجَافِ الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌMaksudnya: “Akan ada di akhir ummatku orang-orang yang naik di atas pelana seperti layaknya orang-orang besar, mereka singgah di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian namun telanjang, di atas kepala mereka ada semacam punuk unta, laknatlah mereka karena sesungguhnya mereka itu terlaknat.”
(Hadis riwayat Ahmad. Al-Haitsami berkata: Para periwayat Ahmad dinilai Sahih).Sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam “kasiyat ‘ariyat” telah ditafsirkan:
1- Berpakaian dengan pakaian pendek yang tidak menutupi aurat yang harus ditutup.
2- Mengenakan pakaian tipis yang tidak menutupi kulitnya dari pandangan di baliknya.
3- Pakaian ketat yang memang menutupi kulit dari pandangan namun tetap menampakan lekuk dan bentuk kemolekan tubuh wanita.
Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lagi:صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَاMaksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihat mereka; satu kaum (penguasa) yang membawa cambuk (besar) seperti ekor lembu, dengannya mereka memukul manusia; dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, menggoda dan melenggok-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati aromanya, padahal aromanya boleh didapat dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
(Riwayat Muslim)Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan tentang dua fenomena: Sadisme dan Pornoaksi. Golongan pertama adalah kaum lelaki sedangkan golongan kedua adalah kaum wanita. Antara kedua golongan yang berlawanan jenis ini tentu saja ada interaksi. Ini kerana, dalam suatu komuniti masyarakat yang banyak dijumpai wanita-wanita seperti golongan kedua, pasti akan banyak terjadi perkosaan, kekerasan, sadisme, pergolakan dan penganiayaan seperti yang dilakukan golongan pertama.
Golongan pertama menggunakan kekerasan sebagai senjatanya sedang golongan kedua menggunakan kelembutan (keindahan) sebagai senjatanya. Golongan kedua sering berselindung di balik istilah moden, seni dan keindahan, untuk menipu manusia. Orang sering mengutuk perbuatan golongan pertama dengan kata-kata kejam, sadis dan buas, tetapi menyanjung golongan kedua dengan sebutan seperti artis, ratu kecantikan dan wanita moden.
Justeru perlu diingat bahawa tidak mendedahkan diri kepada khalayak adalah lebih baik daripada berdedah dengan perhiasan seperti orang yang jahil agama. Firman Allah SWT:وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَىMaksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Al-Ahzab: 33)
Teknik Menangani Tekanan Perasaan
Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Punca stress amat penting diketahui jika tidak anda akan teraba-raba dan gagal mengatasi masalahnya. Buat beberapa garis panduan yang menjadi keutamaan dalam menyelesaikan masalah anda. Cuba selesaikan satu persatu.
Teknik Melegakan Stress Walaupun tidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.
1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.
2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.
3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.
4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.
5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.
6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.
7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.
8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.
9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.
16 July 2008
Pelan Peralihan Kepimpinan PEPIAS
Pemimpin datang dan pergi silih berganti,
Itulah perumpamaan yang selalu disebut-sebut dalam masyarakat kita. tidak ketinggalan juga dalam wadah pepias ini, pemimpin yang lama perlu diganti dengan pemimpin baru yang lebih serba segar dengan idea baru dan tenaga mereka.
saya terpanggil dengan sepotong ayat Quran yang menyebut "adakah kamu tidak takut akan meninggalkan keturunan yang lemah di belakang kamu?". ayat ini menuntut kepimpinan yang ada sekarang memastikan asas kepimpinan dan idealisma perjuangan diterap dalam setiap jiwa sanubari pelapis kepimpinan yang akan datang.
justeru barisan kepimpinan pelapis perlu bersedia bagi menggantikan kepimpinan yang ada untuk meneruskan perjuangan di persada dakwah ini.
Dibuang terasa sayang, digenggam panas membara...
02 July 2008
Tentang PEPIAS
Pengenalan
PEPIAS merupakan akronim bagi Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan. PEPIAS adalah sebuah pertubuhan pelajar yang telah bergerak aktif sejak tahun 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1992.
Berasaskan dua gagasan utama iaitu kebajikan dan pendidikan Islam, PEPIAS menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di merata pelusuk bumi Selangor. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman lebih 17 tahun, PEPIAS menjalankan pelbagai aktiviti yang realistik dan relevan dengan realiti semasa.
Visi
PEPIAS sebagai sebuah gerakan belia Islam komited membina secara berterusan generasi yang mengamalkan Islam dengan menyeluruh bagi merealisasikan kebangkitan peradaban Islam di negeri Selangor.
Misi
Melahirkan secara berterusan aktivis dakwah muda yang punya kefahaman Islam yang baik dan istiqamah bagi merealisasikan visi PEPIAS.
25 June 2008
Mengenal Tubuh Kita
Bagaimana kamu mengenali tubuh kamu sendiri, yang bekerja tanpa henti dan dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila rosak?
Jendela Kita Ke Dunia Luar: Mata
Setiap organ di dalam badan kita amat penting kepada kita. Hidup kita akan berubah sekiranya kita kehilangan satu daripadanya. Sebagai contoh, mata kita... Dapatkah kamu fikirkan apa yang dapat kamu lakukan jika kamu tidak mempunyai mata? Kamu tidak akan dapat mengetahui bagaimana rupa paras ibu bapa kamu, adik beradik, atau kawan-kawan. Kamu tidak dapat melihat semua benda-benda yang indah ini. Kamu tidak dapat bermain permainan yang kamu main sekarang. Kamu tidak akan dapat membaca buku ini dan melihat gambar berwarna-warni di dalamnya. Kamu tidak dapat membayangkan bagaimana rupa seekor arnab atau seekor anjing, kerana kamu tidak pernah melihatnya. Kamu tidak dapat melihat kartun di TV. Kamu tidak dapat melakukan aktiviti kamu dengan mudah. Kamu mungkin tidak dapat mencari jalan di sekitar rumah kamu. Kamu tidak dapat melihat sebarang warna atau bentuk, kamu juga tidak dapat mengenali warna atau mengenal pastinya. Senarai ini tidak akan habis.
Allah menjadikan setiap manusia dengan mata yang membolehkan mereka melihat. Allah telah memberikan manusia anugerah berharga ini.
Mata kita memainkan fungsi paling penting. Ia menjalankan proses-proses penting yang tidak kita sedari, dan hanya selepasnya kita dapat melihat sekeliling.
Mari kita kaji secara ringkas bagaimana kita melihat:
Setiap objek di dunia ini memantulkan dan memancarkan cahaya ke sekelilingnya. Sebagai contoh, semasa kamu melihat buku ini, cahaya yang terpantul dan terpancar daripada buku tersebut sampai ke belakang mata kamu melalui pupil.
Cahaya ini, setelah melalui satu siri proses di belakang mata kamu, telah ditukar menjadi isyarat elektrik. Isyarat elektrik ini sampai ke otak kamu. Di belakang otak kamu terdapat pusat penglihatan yang membolehkan kamu melihat. Pusat penglihatan ini adalah sebuah tempat yang kecil. Di kawasan kecil inilah isyarat elektrik ini membentuk imej buku ini dan ia berlaku ketika kamu melihat buku ini.
Untuk menerangkan secara ringkas proses-proses ini sahaja telah memakan masa, sedangkan proses ini berlaku dengan pantas. Proses-proses ini berlaku secepat kamu melihat artikel ini, pada kelajuan yang tidak dapat kamu melihatnya.
Jurutera-jurutera telah menghasilkan kamera fotografi dan kamera video dengan meniru mata manusia. Bagaimanapun, tidak satu pun peralatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas seperti mata kamu. Sekarang angkat kepala kamu daripada buku ini dan lihat sekeliling kamu. Tidakkah pandangan kamu begitu jelas? Tidak terdapat sebarang kekaburan, bintik-bintik putih atau garisan terputus di dalam penglihatan kamu. Sering berlaku, kamu melihat bintik-bintik putih atau garisan-garisan terpisah di dalam satu imej. Walaupun ini semua tidak terjadi dan dengan semua teknologi terkini, televisyen masih tidak dapat menghasilkan imej yang sempurna seperti mata kamu.
Telinga Kita Yang Dapat Mendengar Tanpa Sebarang Gemercikan
Allah telah menjadikan telinga kita sempurna seperti mata. Bayangkan sebuah stereo, sebagai contoh. Walaupun kamu memasang stereo terbaik, kamu tetap akan mendengar bunyi gemercikan dan desiran. Rangkaian radio sering bercampur aduk. Sekarang, jangan bercakap tapi dengar sahaja! Dapatkah kamu mendengar sebarang bunyi desiran? Telinga kamu tidak akan menghasilkannya. Kamu mendengar suara dengan begitu jelas sekali. Jadi apakah kamu merasakan telinga kamu juga menghasilkan bunyi gemercikan seperti stereo? Allah telah menjadikan telinga kita dengan sempurna dan kita dapat mendengar bunyi di sekeliling kita tanpa sebarang gangguan.
Allah telah menjadikan telinga kita sedemikian rupa sehinggakan kita tidak dapat mendengar bunyi-bunyi yang akan mengganggu kita. Darah di dalam tubuh kita, sebagi contoh, mengalir dengan begitu pantas dan ia menghasilkan bunyi yang banyak ketika proses peredarannya. Bagaimanapun, telinga kita tidak mendengar bunyi yang dihasilkannya. Bumi kita juga menghasilkan bunyi yang kuat ketika berputar. Tetapi, Allah telah menjadikan telinga kita begitu ideal sehingga kita tidak dapat mendengar bunyi ini. Allah sentiasa memelihara kita. Kerana itulah, sepanjang hidup kita, Allah tidak membiarkan kita mendengar bunyi-bunyi yang mengganggu kita.
Kerana itulah kita perlu bersyukur kepada Allah di atas nikmatnya, Allah telah menjelaskannya di dalam ayat Al-Quran:
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur" .(Surah An-Nahl:78)
Jantung Kita Yang Tidak Pernah Penat
Bagi kita, jantung adalah organ asas. Ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit dan kira-kira empat puluh juta kali setahun. Untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan,
Jantung kamu, yang bersaiz sebesar penumbuk kamu, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kamu tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti walaupun ketika kita tidur. Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.
Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat di dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari. Tahukah kamu berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kamu akan merasa penat sekiranya kamu
Tahukah Anda Terdapat Askar Di Dalam Tubuh Badan Yang Melindungi Kita Daripada Kuman?
Tempat kita duduk, udara yang kita sedut, benda-benda yang kita pegang penuh dengan kuman dan virus, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kuman dan virus adalah organisma-organisma kecil yang menyebabkan penyakit di dalam badan manusia. Kita tidak dapat melihatnya tetapi ia boleh menyebabkan kita jatuh sakit dan hilang kekuatan.
Terdapat organisma-organisma lain yang kita tidak dapat lihat. Ia membentuk askar di dalam tubuh kita dan melindungi kita daripada kuman dan virus. Askar ini dikenali sebagai "Sistem Imuniti".
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sel-sel darah putih, yang dianggarkan berjumlah lebih satu trilion, membentuk satu angkatan tentera moden. Setiap askar ini mempunyai tugas unik. Sebahagiannya mengesan jika terdapat benda asing di dalam aliran darah, yang membentuk bahan kimia untuk menghapuskan musuh dan askar yang lain pula menyerang musuh. |
.
Sistem imuniti kita terdapat di dalam darah. Sel-sel yang membentuk system imuniti kita dikenali sebagai sel darah putih.
Apabila musuh memasuki badan kita, darah kita bekerja seperti sebuah makmal. Ia dengan segera menghasilkan bahan-bahan khas untuk menentang musuh ini dan menghasilkan lebih banyak sel yang setanding dengan kekuatan musuh. Satu pertempuran sengit berlaku. Kadang kala tentera di dalam badan kita memenangi pertempuran ini tanpa kita menyedarinya dan kuman dan virus mati.
Kadang kala kita dapat merasai pertempuran ini. Kamu nyatakan bagaimana? Apabila kamu demam! Sudah tentu kamu pernah merasai demam mungkin beberapa kali. Iaitu ketika musuh kamu sedang bertempur dengan tentera di dalam badan kamu. Ketika di dalam pertempuran ini, badan kamu menggunakan seluruh tenaganya dan memerlukan lebih. Sekiranya kamu berlari, ketika badan kamu terlibat di dalam pertempuran, kamu akan menggunakan semua tenaga yang diperlukan oleh tubuh kamu untuk bertempur.
Di dalam keadaan ini, tentera kamu akan tewas di dalam pertempuran ini dan kamu akan jatuh sakit. Bagaimanapun, apabila kamu demam, selalunya kamu berbaring untuk berehat, dan tentera kamu menggunakan semua tenaga yang ada. Dengan itu, tentera berkemungkinan untuk menang. Apabila suhu badan kita meningkat, badan kita memberikan isyarat "rehat"!
Tahukah kamu apa akan berlaku sekiranya kamu tidak mempunyai system imuniti ini? Sebaik sahaja kita dilahirkan, kuman pertama yang memasuki tubuh kita akan membunuh kita. Kerana Allah amat mengasihi hambanya dan mengambil berat terhadap semua manusia, Dia telah menjadikan semua manusia dengan system imuniti. Seperti yang kita kemukakan di awal buku ini, kita terhutang budi kepada Allah setiap saat kehidupan kita kerana dapat melihat benda-benda yang indah dan menikmati makanan yang lazat. Kerana itulah, kita perlu mengingati Allah setiap ketika dan berkata "Ya Allah, saya bersyukur di atas segala keberkatan yang Engkau berikan kepada ku".