25 June 2010

Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010

Pada 26 Jun 2010 nie, kita kat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 7:22 pm hingga 10:20 pm. Secara amnya gerhana bulan tersebut akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan akan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah dibawah:


Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.

Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 pm dan Bulan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 pm lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 pm. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 9:00 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).


Gerhana masih terus berlaku sehingga 10:20 pm tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

P/S: Hadirkan diri ke masjid sebagaimana biasa n tambah ibadah dengan menyertai solat gerhana bulan, Keajaiban Allah adalah Bukti KehebatanNya... Sebagai Hamba yang fakir didunia hendaklah tunduk terhadap segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Dunia untuk Penat, Akhirat untuk Rehat!!.

22 June 2010

Adanya Akar, Kemudian Pokoknya

Satu lagi koleksi Tarbiah Rohani keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. hasil nukilan saudara Hilal Asyraf. Terpanggil dan tertarik dengan salah satu isi yang dikupas dalam buku ini ialah menanamkan kefahaman manusia kepada beragama. Catatan sirah perjuangan Rasulullah menunjukkan yang ditanam dalam diri setiap insan itu adalah Islam itu sendiri yang kemudian datangnya bersama keperluan yang lain iaitu syariah, akhlak, ibadah dan sebagainya, Rasulullah tidak menekankan kepada konsep akhlak terlebih dahulu tetapi mengenal Tuhan dan secara tidak langsung komitmen sebagai seorang muslim akan ditonjolkan dalam sahsiah, peribadi mahupun tingkah laku baginda.
Perkataan islam berasal dari Arab iaitu salima bererti selamat sentosa atau kedamaian. Terdapat hadith yang diambil dari sebuah hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
" Seorang Muslim ialah seorang yang selamat, seorang muslim yang lain dari lidah dan tangannya"
Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan "Islam" tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau tempat-tempat tertentu.
Definisi islam mengikut istilah atau syara' adalah patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga adalah peraturan hidup, peraturan yang bersifat integraf yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sabda Rasulullah:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu al-Quran dan Sunnah Rasul".
Definisi Islam semasa Jibril datang bertanya Rasulullah tentang Islam:
"Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam," Rasulullah s.a.w. menjawab: "Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan berhaji ke baitullah jika engkau kuasa".
Adanya akar yang kukuh, maka akan adanya dahan yang kuat, bunga yang cantik dan mengeluarkan buah yang ranum. Berpaksikan pada pemahaman Islam yang baik nescaya akan menjadi refleksi diri yang baik bagi setiap muslim dalam setiap tertib yang dilakukan. Pengkajian kepada Islam secara berterusan akan sentiasa memperingatkan manusia tentang kebesaran Maha Pencipta yang agung. Kembalilah wahai manusia kepada akar yang kuat dan kukuh.

18 June 2010

Membimbing dengan ilmu

Tema "Membimbing dengan ilmu & akhlak" adalah paparan aspirasi halatuju JK PEPIAS Pusat bagi tahun ini. Dalam konteks ilmu, PEPIAS terus berusaha agar budaya ilmu senantiasa subur dari dalam Jemaah ini dengan pelbagai pengisian baik dari segi penerusan amalan usrah, tazkirah, penulisan blog, kuliyyah dan sebagainya.

Dalam pengajian ringkas oleh Ust. Naim (Exco Tarbiah ABIM Pusat), Manusia dipimpin oleh 3 perkara: Akal, Nafsu, Was2 Syaitan. Tanpa Nafsu dan was2 Syaitan, nescaya manusia secara fitrahnya akan mudah beriman dan taat berpandukan akal. Antara tiga elemen ini, manusia yang selamat adalah manusia yang dipimpin oleh akal yang sihat berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk akal mempimpin manusia, haruslah ianya diperkuatkan dengan Ilmu. Ilmu laksana santapan bagi akal yang mana kalau tidak disuap maka lemahlah ia. Dan akal yang lemah lebih mudah dikalahkan dan dipimpin oleh Nafsu & Syaitan. Siapakah yang memimpin (membimbing) kita saat ini?

11 June 2010

Kunci tali air telah terbuka - Kebanjiran Kaderisasi.

Gambar sekadar hiasan.

Salam. saya menyampaikan salam dan harapan umat terdahulu supaya senantiasa ada barisan pemuda baru yang akan meneruskan perjuangan dalam menegakkan Islam di muka bumi. Seperti tahun lalu dan tahun - tahun sebelumnya, kini ialah bulan banjir kaderisasi baru. Ibarat tambak banjir yang dibuka, mahasiswa-mahasiswa baru melimpah membanjiri seluruh IPT di ceruk bumi Selangor ini. Kita seharusnya memandang ini sebagai peluang yang datang sekali seumur hidup. Sebab esok belum tentu ada. Harus direncanakan sebaik mungkin dan dilaksanakan dengan efisyen. Kita tidak mahu lagi kebanjiran mereka sampai merosakkan biah - biah Islam yang telah subur. Sebaliknya seluruh ahli PEPIAS yang bergelar Dai'e harus ada rasa bertanggungjawab menyalurkan mereka supaya mengairi petak - petak hati yang tandus dan gersang. Tandus ilmu dan gersang Iman. Ingat! rosak pemuda, hancurlah negara akan datang. Saya menyeru seluruh ahli terutama cawangan jangan mengambil enteng hal yang sebegini penting dan segerakan dengan susulan yang selayaknya. Moga Iman membanjiri hati-hati kita.


Faiza azamtah fal yatawakkaltu alallah.



MEMBIMBING DENGAN ILMU & AKHLAK.


Wallahua'lam

10 June 2010

MEMBIMBING DENGAN ILMU & AKHLAK - SUATU PENCERAHAN SEMULA

Gambar sekadar hiasan

Seusai program "retreat" pada 21 Mei yang lalu, Jawatankuasa PEPIAS pusat ketika ini dalam rangka memberi penerangan semula tentang HALATUJU PEPIAS pada separuh tahun kedua bagi pimpinan sesi 2009/2010. Berikut merupakan ringkasannya:

Setelah setahun (2008/2009) melalui proses pembentukan dan pengukuhan pimpinan baru, Jawatankuasa PEPIAS Pusat sesi 2009/2010 bermatlamat mengukuh dan memajukan setiap cawangan PEPIAS melalui teras - teras berikut:


1. Menyuburkan Biah Tarbiah
2. Memantapkan Pengurusan
3. Meningkatkan Kualiti Kaderisasi
4. Menjana Dana
5. Meratakan kefahaman Tauhid dan Fardhu Ain ke Institusi-institusi Pendidikan
6. Membangunkan Remaja Masjid (SYABAB)


Teras tarbiah menjadi prioriti JK PEPIAS Pusat dengan tema:

"Membimbing dengan ilmu & Akhlak"

Murabbi cawangan diminta turun ke cawangan masing-masing dengan lebih efisyen agar agenda - agenda diatas terlaksana. Sila setiap pimpinan cawangan menghadam dan mengambil tindakan susulan yang sepatutnya.


Faiza azzamtah fal yatawakkaltu a'lallah

Wallahua'lam

05 June 2010

Rachel Corrie hampir tiba di Gaza

Jun 5, 10 12:31pm

Kapal Rachel Corrie yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.


Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza.



Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu.



"Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas," kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed kepada
Bernama hari ini.



Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.



Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu.



Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.



Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.



- Bernama

Israel rampas Rachel Corrie?


Jun 5, 10 11:14am




Tentera Israel hari ini merampas sebuah lagi flotila bantuan kemanusiaan ke Palestin Rachel Corrie yang turut memuatkan aktivis daripada Malaysia. Dua kapal perang angkatan laut Israel terlibat dalam rampasan itu.


Tiada sebarang pergelutan atau kecederan setakat ini, lapor The Star yang memetik Irish Radio and the pergerakan Free Gaza. Astro Awani pula melaporkan kapal itu dirampas 35 nautika daripada Gaza setelah dikepung tentera Israel pada jam 9.43 pagi tadi.


Enam aktivis daripada Malaysia, termasuk 2 wartawan penyiaran turut serta dalam pelayaran itu. Bagaimanapun, dalam laporan terkininya pada jam 12.00 tengah hari ini berkata kapal itu sebenarnya belum dirampas.


Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusuf dipetik memberitahu stesen televisyen itu, pihaknya difahamkan ala nagivasi Rachel Corrie tidak lagi berfungsi. Katanya, ia menyebabkan Racchel Corrie tidak dapat mengesan kehadiran kapal lain di sekitarnya. Bagaimanapun, tambah Sufi, pihaknya masih cuba mengesahkan rampasan oleh tentera Israel itu.


Semalam, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan Rachel Corrie tidak akan berpeluang mencecah pesisir pantai Gaza.




Sumber : malaysiakini

Berita terbaru tentang kapal MV Rachel Corrie


MV Rachel Corrie berjaya memasuki sempadan Gaza

05/06/2010 10:46am

GAZA 5 Jun - Aktivis-aktivis di kapal MV Rachel Corrie dari kumpulan Flotila Pembebasan kini telah berjaya memasuki sempadan Gaza pada jam Malaysia 12.30 pagi ini.

Menurut maklumat terkini daripada Rachel, pergerakan kapal MV itu yang bermisi menghantar bantuan ke Gaza akan memberikan bantuan secara terus kepada rakyat Gaza tanpa melalui pihak ketiga.

Jelasnya, tindakan tersebut adalah untuk memastikan bantuan akan disampaikan terus kepada golongan yang memerlukannya supaya membolehkan memenuhi harapan dan aspirasi rakyat di Gaza.


Sumber : Utusan Malaysia Online


Marilah kita doakan agar misi bantuan kemanusiaan ini berjaya mencapai matlamatnya. Semoga doa kita semua dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar. PEPIAS sebagai persatuan yang mewakili pelajar di Selangor khusunya menyeru semua yang ada bersatu untuk kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel. Jangan hanya bersikap individualistik dan tidak kisah dengan apa yang berlaku.


Berita terkini mengenai keadaan semasa akan diupdate di blog ini daripada sumber-sumber yang diperolehi. InsyaAllah.

04 June 2010

Foto Demonstrasi di Seluruh Dunia Bantah Serangan Konvoi Kapal


Istanbul, Turki





Paris, Perancis






Pakistan





Kaherah, Mesir




Indonesia




Athens, Greece





Itali




Sydney, Australia





Stockholm, Sweden





Syria



London, UK





Cyprus




Washington, Amerika Syarikat




Tokyo, Jepun



* Foto-foto daripada http://www.daylife.com/. & http://wajah-ummah.blogspot.com/

Bagaimana pula dengan semangat kita sebagai pelajar Islam? Sekali lagi, PEPIAS menyeru semua pelajar di Malaysia agar bertindak sewajarnya dalam menangani isu-isu ini. Jangan jadikan ia hanya bermusim sahaja. Sekian..

03 June 2010

serangan berdarah mavi marmara,PEPIAS anjur pelajar bangkit tunjuk sokongan.

Dunia hari ini,mengutuk dengan sekeras-kerasnya ke atas israel yang sangat-sangat biadab dan keterlaluan terhadap misi bantuan kemanusiaan ke gaza. Pelbagai demonstrasi besar-besaran di serata dunia telah di adakan demi untuk menunjukkan kebenciaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh israel. PEPIAS sekali lagi menyeru seluruh ahli dan pelajar - pelajar Islam di negeri Selangor amnya untuk menunjukkan tentangan kita terhadap kekejaman israel dengan segala cara yang mungkin.terdapat beberapa aktiviti yg di anjurkan oleh ngo-ngo dan kerajaan antaranya:

1.solat hajat perdana utk kesejahteraan teman2 rakyat Malaysia dan semua yg
berada di dalam kapal Mavi Marvara yg ditawan oleh tentera israel dan
juga teman2 yg berada di Pelestin akan diadakan pada hari ini 3 Jun
(Khamis) jam 7 mlm (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Melawati, Shah
Alam

* 3 demonstrasi besar-besaran yang akan di anjurkan esok secara berasingan.

1.Di hadapan kedutaan Turki,anjuran Aman Palestin.
4 jun (Jumaat) jam 10 pagi.
2.Masjid jamek Kg.Baru.anjuran pemuda pas.
3.Masjid negara.anjuran pemuda Umno.


Wahai teman-temanku,marilah bersama-sama kita tunjukkan tanda sokongan dengan pelbagai saluran selain kite meneruskan dengan memohon kepada Allah S.W.T.Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan.

"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran 139)

02 June 2010

12 sukarelawan malaysia di jordan,pepias mengutuk pembunuhan krew ll4g.



alhamdulillah.setelah di serang dan di tahan oleh tentera israel.hari ini,12 sukarelawan Malaysia kini di bebaskan dan disahkan selamat.kesemua sukarelawan itu ditempatkan sementara sebelum di bawa pulang ke Malaysia yang dibantu oleh Menteri luar,Dato' Seri Anifah Aman.sehubungan itu,persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) dengan ini menyeru dan mengajak semua pelajar islam di seluruh dunia mengecam dan mengutuk dengan sekeras-kerasnye tindakan yang dilakukan oleh pihak rejim israel.selain itu,pelbagai aktiviti juga akan disertai oleh pepias demi membuktikan kebencian terhadap kekejaman yang dilakukan oleh israel.ayuah wahai sahabt...jadikan emel,sms atau sebarang alat perhubungan sebagai mekanisma untuk memantapkan usaha bersepadu dalam mengecam tindakan israel.
There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung