18 December 2008

Besarkan Allah dalam hati, ALLAHU AKBAR

Assalamualaikukum dan salam perjuangan buat semua ahli PEPIAS...

Minggu yang panjang...

Lama telah ana meninggalkan blog ini, banyak yang baru tak kurang juga yang lama (lagi banyak). Namun sepanjang lama berjauhan ini ana dapat merasai dan berkesempatan berdepan dengan pelbagai pengalaman yang mungkin akan dapat dikongsikan bersama nanti. Suasana selepas Muktamar Agung Tahunan PEPIAS ke 17 cukup manis dan membakar semangat untuk terus berada di dalam rantaian perjuangan ini. Setiap hari, apabila tidak dapat hadir ke usrah, rasa kosong jiwa, rasa resah dan cuba mencari ketengangan dengan mengingati Allah. Ternyata, penangan usrah ini benar-benar sampai ke benak hati ana ini. Sangat terasa.

Dalam tempoh beberapa minggu ini, ana sebenarnya berada dibanyak tempat, belajar, timba pengalaman, mengikat ukhuwah dan cuba membina pandangan dan pendirian diri sendiri khususnya dalam kerja dakwah ini. Ternyata ia berhasil dan sangat-sangat tersentuh jiwa ini. Setiap kali ana mendengar lagu Khalifah Pertama (Mirwana), ana akan menangis kerana mengenangkan bagaimana sanggup beliau berkorban demi Rasul Allah itu. Mungkin kerana beliau bersama dengan baginda ana fikir. Tetapi siapa pula kita pada Baginda? Jika kita bukan kepentingannya, mengapa pula ummati, ummati, ummati yang disebut sebelum Baginda wafat?

Kelmarin, kami IQ Class Management bersama fasilitator Syamel dan Azlan berprogram bersama pelajar KKSI USIM. Seronok juga dapat berjalan bersama ke Bukit Tinggi Genting. Semasa di sana, Allah telah memberikan pengajaran yang besar buat saya yang hampir-hampir membuatkan saya menangis dan menitiskan airmata. YA ALLAH, AKU INI HAMBA YANG LEMAH TIDAK BERDAYA, BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENYAMBUT TANGGUNGJAWAB KHALIFAH INI...

Saya berbincang dengan sahabat seperjuangan, rakan berfikir, kawan sepergaduhan, susah senang, hidup mati (tapi tak pasti boleh ke, setakat ni alhamdulillah), Jo, bagaimana abang-abang dalam gerakan Islam ini telah memesongkan perkara yang betul kepada keadaan yang seolah-olahnya betul. Setelah berbincang panjang (nak cerita semua panjang sangat), ana faham dan ana membuat kesimpulan, rupa-rupanya, selama hari ini, kita semua ini tak pasti apa yang kita cari dan tak pasti apa yang Allah mahukan dari kita. Kita anggap kita dah buat apa yang Allah suruh tetapi rupa-rupanya tak sampai 10% pun yang kita semua buat ni untuk Allah.

Sebab itulah, kenapa perjuangan kita sebagai Da'I, nak menjadi khalifah yang 'functional' tidak pernah kesampaian dan kita masih ada minda yang diliputi dinding yang keras yang menghadkan pergerakan kita. sahabat-sahabat, adik-adikku...

KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN... untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, daerah, negeri dan negara. Untuk melihat perubahan semua ini, UBAHLAH DIRI KITA DAHULU. Tanamkan jiwa besar untuk berbakti dan beramal, buat kerana Allah. BESARKAN ALLAH DALAM HATI KITA. Sejak berkurun lamanya, Allah ini telah kita gantikan dalam hati kita dengan berhala-berhala yang lain. Takutkan orang kata, takutkan orang kutuk, malu kalau kita cakap pasal agama orang kata kita kuno, tak moden, takut kalau tak lulus periksa mak akan marah, malu dengan adik-adik kalau repeat paper... Ini lah hati TIKUS... Ana berfikir, ana kena mulakan dulu. Berani untuk ubah diri sendiri. Bila kita dah besarkan Allah dalam hati, maka SUNNAH RASUL juga wajib ditegakkan. Hidupkan. Bukan solat berjemaah sahaja, tetapi biarlah solat berjemaah di Masjid, kerana inilah Sunnahnya. Bila dah berkahwin, itu sunnahnya, tetapi Rasulullah selepas berkahwin bukan semakin lari dari tanggungjawab agamanya, bahkan lebih bertanggungjawab, berani dan bersemangat untuk perjuangan AGAMA ALLAH ini.

INGAT WAHAI LELAKI... (termasuklah ana sendiri) Berjuanglah untuk diri sendiri wahai sahabatku, perjuangan untuk SYURGA FIRDAUS yang menanti kita, berjuanglah untuk isteri, ahli keluarga perempuan, anak perempuan kita, kerana setiap orang lelaki (wali) akan dituntut dari mereka ini apa tanggungjawab yang kita laksanakan untuk mereka, INGAT WAHAI LELAKI dan PEREMPUAN... Apabila anda menjadi seorang Profesor, gaji yang besar boleh pakai kereta Jaguar, menjadi Dekan difakulti, dapat hidup sehingga ke umur 65 tahun (bonus 2 tahun), maka fikir-fikirkanlah tanggungjawabmu, kerana anda yang paling lama akan berdiri...

4 comments:

tokz said...

Terima Kasih atas ingatan teman,

Setuju dengan semua pernyataan teman...

Mungkin boleh menambah sedikit, kadang-kadang kita rasa kita dah banyak masa, tenaga dan wang berbanding rakan-rakan yang lain. mulalah kita nak membeza-bezakan kita dengan rakan-rakan lain.

persoalannya, adakah kita rasa teman yang tidak bersama kita itu tidak menyumbang kepada agama ditempat-tempat lain?

tugas kita mengajak (daie) bukan penghukum (qudha'). berdoalah agar semua rakan-rakan kita istiqamah dalam jihad dan dakwah dimerata tempat..

p/s : lagu tu tajuknya wahyu pertama atau khalifah pertama? confius jap.. :)

Wallahua'lam...

Ciptaan Terhebat said...

Apalah wak ni, Khalifah Pertama la...cerita pengorbanan Abu Bakar, bukan wahyu pertama...

Saya juga bersetuju dengan itu, tetapi perlu kita jelas, selagi kita nampak perkara yang baik yang mereka buat, maka tiada hak kita untuk menyatakan dia jahat, tetapi jika sebaliknya, maka datang tanggungjawab kita untuk mengingatkan dia.

Kita masih ramai penghukum lagi wak... da'i tak ramai lagi... cukuplah kat dalam blog yang tak berapa nak aktif ni... saling mengata dan memperli...

Tapi takpe teruskanlah kerja kita, kita buat sama-sama... Ye wak...

Anak Cucu ADAM said...

betul tu..
tapi setiap perkara ini perlukan pengorbanan
pengorbanan ini perlu la kita contohi dengan kisah-kisah nabi dan sahabat dulu yamg mana mereka sanggup berkorban demi ISlam....

hati kita perlu disucikan...

ingatlah peristiwa di mana Rasulullah ditawarkan 3 ta ( wanita, harta dan takhta ) namun, Rasulullah menolak ketiga-tiga ta ini...ini menunjukkan Rasulullah mengenepikan silap mata dunia demi mengakkan Islam...

so kita sebagai insan yang lemah ini tidak salah mentauladani peristiwa2 lalu dan sama-sama mengajak rakan-rakan di sekeliling kita untuk bersama kita...

mgkin mula-mula kita boleh melakukan dengan paksaan dan sindiran tp lama-lama insyaAllah hati kita akan cair dengan ajakan tersebut..

Amin....

Ciptaan Terhebat said...

Adikku Team Spyer...

Bagus telahan dan contoh yang diberikan... Kita ingatkan lagi rerakan kita...

Pertama
Ajak diaorang masuk blog ni, supaya lebih ramai dikalangan kita yang akan sentiasa mengingatkan kita... ni tak ramai pun la..

Kedua
Selalu ajak kawan-kawan buat solat jemaah sesama... ajak p masjid, moga-moga Allah bersama dengan kita

Ketiga
Peringatan tu untuk kita terutama yang menulis, sebab mata dia yang baca dan otak dia yang fikir dulu kan? Jadi bila bercakap kena ingat2

TQ, TUNE diri kita ek...

Jumlah Pengunjung