23 December 2008

Enakmen Ugama Bukan Islam 1988

Salam Perjuangan,

Enakmen ini telah diluluskan oleh DUN Selangor pada 4 April 1988 dengan nama Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988). Walaupun telah lama telah diwartakan tetapi baru kini buat pertama kali ia dibahaskan. Ini kerana melihat sejak PRU 12 telah banyak pihak telah berani mencabar agama Islam dari segenap sudut akibat dari kelemahan politik orang Islam itu sendiri. Orang Islam dilihat bercakaran sesama sendiri. Parti Politik pula berlumba-lumba mengejar kuasa dan pangkat tetapi tidak mahu menegakkan agama.

Secara ringkasnya enakmen ini memperuntukkan perkara-perkara berikut;

1. Kesalahan jika memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimnanannya.

2. Kesalahan mendedahkan orang belum dewasa berugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam.

3. Kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.

4. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.

5. Kesalahan membahagikan di tempat awam, terbitan awam mengenai ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.

6. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkatan-perkatan dan perbahasan tertentu yang bersumberkan Islam.

Walau bagaimanapun, enakmen ini masih terbuka untuk ruang penambahbaikan dari semasa ke semasa. Mungkin PEPIAS boleh menyumbang sesuatu.Wallahua'lam

6 comments:

Ciptaan Terhebat said...

Apa yang dapat kita sumbangkan? Sekadar berbincang dan bercakap atau bagaimana?

Ana tertanya-tanya, kenapa sebenarnya kita menerima ancamana sebegini? adakah semata-mata berkenaan dengan undang-undang yang tidak dikuatkusakan atau hukum-hukum Allah yang tidak dilaksanakan?

Ana rasa, kita kembali kefahaman agama kepada masyarakat, sebab dengan penguatkuasaan undang-undangsemata-mata tidak mencukupi jika tidak disaluti dengan pemahaman yang betul kepada agama baik dari yang Muslim mahupun yang bukan Muslim.

Itu kerja kita semua...

akutaktahu said...

Semalam membaca surat khabar bukan melayu dan muka hadapan secara terangan menunjukkan ketidakmahuan dasar Islam dijalankan secara kesuluruhan. Menunjukkan bahawa mereka yang 'belum Islam' semakin berani meluahkan ketidakpuasan mereka di akhbar2 bukan melayu.

PEPIAS tidak boleh buat apa-apa tetapi ahli-ahlinya mampu untuk melakukan sesuatu. Setuju dengan pandangan Saudara SeIslamku Kam bahawa kefahaman mengenai agama itu perlu diterapkan ke dalam jiwa makhluk Allah ini.

Ciptaan Terhebat said...

Itu memang kerja kita. Jangan berhenti, mereka yang di atas sana pun belum tentu boleh buat apa-apa kalau bukan kita yang memulakan dan menjadi tunjangnya. Mereka tidak boleh mendabik dada kerana untuk menjadi ketua perlu ada pengikut...

Kita buat kerja kita, mereka buat kerja mereka, yang salah kita tunjuk ia salah, yang betul kita sokong, tak gitu?

Berusaha untuk buat yang terbaik untuk AGAMA ISLAM yang tercinta

Allahu Akbar

uncle said...

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

KALAU TAHU DAN FAHAM DAH CUKUP UNTUK KITA BERHUJAH DAN MEMPERTAHANKAN ISLAM... MASALAH SEKARANGRAMAI YANG TAK FAHAM DAN TAK TAHU

Ciptaan Terhebat said...

Betul tu Uncle, mungkin kita kena terapkan lebih banyak kelas-kelas yang membincangkan perlembagaan negara di IPTA dan IPTS di dalam negara kita ni.

Lagi satu, ana rasa, punca ketidakfahaman perkara ini adalah hasil isu-isu yang dibangkitkan oleh parti2 politik, jadi ia menjadi besar dan ramai yang beremosi kerananya.

Tugas kita, teruskan mendidik masyarakat dan berikan mereka kefahaman... setuju uncle?

uncle said...

Setuju
tapi bersyarat... iaitu tenaga pengajar terlebih dahulu dilengkapkan dengan fakta ... takut nanti macam ketam nak ajar anak jalan lurus....

berkenaan parti politik tu.... amalan biasalah kalau nak cepat naik dan terkenal ... main isu agama dan kaum mesti terbang macam roket.. hingga ke bulan sampai terbelahlah bulan maka semua pun hilanglah per timbang an. he..he.

kesannya jadilah macam sekarang niiiiii..baru padan muka semua...

sekian.

Jumlah Pengunjung