27 December 2010

TAHNIAH MANTAN TIMBALAN PRESIDEN PEPIAS!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dan Sekalung tahniah dari PEPIAS buat Mantan Timbalan Presiden PEPIAS, Saudara Abdul Syukur dan pasangannya, Liza. Semoga masjid yang dibina kekal utuh hingga ke syurga..insya-ALLAH..amin..

KONVOI PEPIAS ke walimahnya di Kuala Selangor (^^,)(^^,) -->






17 December 2010

Induksi PEPIAS Pusat




Alhamdulillah, Induksi PEPIAS Pusat telah berjalan selama 2 hari 1 malam pada 11 dan 12 Disember 2010 di Sekretariat PEPIAS Kg.Changkat. Kehadiran penuh pimpinan kanan ke induksi kali ini diharapkan membawa makna yang lebih positif.

Slot pertama induksi dimulakan dengan sesi bersama mantan Presiden PEPIAS yang tidak asing lagi, Saudara Zamani Bin Mohd Karulani. Tajuk perkongsian yang dibawa ialah “Kembali kepada Landasan Perjuangan ISLAM”. Menariknya tajuk slot ini seperti menariknya pembawaan penyampainya sendiri. Penuh berhikmah, padat dan sarat dengan ilmu. Slot ini diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. Terima kasih atas kesudian anda untuk turun padang ke induksi anak Negeri Selangor.

Slot ke-2 kemudiannya disambung oleh Presiden PEPIAS, Saudara Mohd Zulhelmi Bin Abdullah yang membincangkan tentang ucapan dasarnya di Muktamar Agung Tahunan PEPIAS kali ke-19, “Mengisi Pemuda Perubah Ummat, Membangun Insan Diruntuhan Adab”. Antara perkara yang cuba disampaikan oleh Presiden PEPIAS melalui ucapan dasarnya ialah:

• Tentang kualiti ahli PEPIAS
• Akhlak sebagai ahli jemaah.
• Kelompongan dari segi pengisian (TARBIYYAH).
• Teknik pengurusan dan fasilitator.
• Keruncingan dan kurangnya “trainers” di kalangan ahli PEPIAS..
• Fokus PEPIAS bukan di tempat elit sahaja tetapi di kawasan kampung Melayu seperti Taman Medan dan sebagainya.
• Agar program masjid (SYABAB) tidak hanya di masjid-masjid besar tetapi sampai ke surau-surau pprt.
• Membangunkan pusat latihan dan mengadakan program yang realistik untuk masyarakat sekitar. Dalam erti kata lain, menjadikan Sekretariat PEPIAS di Kg.Changkat sebagai pusat latihan.

Slot ke-3 pula membincangkan tentang VISI, MISI, DAN HALATUJU PEPIAS. Setelah mengambil masa yang agak panjang, kata sepakat dicapai.




Kemudian, Slot ke-4 (Organisasi dan Bidang Tugas) diteruskan. Akhir sekali, diadakan perbincangan tentang taqwim PEPIAS bagi sepanjang tahun 2010/2011.

Semoga apa yang direncanakan dalam induksi kali ini dapat direalisasikan. Kami mengharapkan sokongan penuh dan doa dari anda semua. Selamat Bekerjasama!

-Membimbing dengan ilmu dan akhlak-

16 December 2010

Sekitar Muktamar PEPIAS tahun 2010

Tanggal 5 disember 2010 yang lalu, PEPIAS telah berjaya menyelesaikan Muktamar Agung Tahunan kali ke - 19. Sepanjang tempoh sebelum itu, kesemua cawangan telah mengadakan Mini muktamar masing - masing. Hampir kesemua cawangan melihatkan perubahan pimpinan termasuk pimpinan PEPIAS pusat. Alhamdulillah ini merupakan petanda sistem kaderisasi PEPIAS terus berjalan dengan baik.

Persoalannya ialah bagaimana PEPIAS mengembeling tenaga untuk mengisi barisan pelapis baru ini? Bersama hayati dan beriltizam dengan tema PEPIAS sesi 2010/2011;

MENGISI PEMUDA PERUBAH UMMAT, MEMBANGUN INSAN DIRUNTUHAN ADAB.

Untuk itu disertakan koleksi suasana muktamar cawangan untuk tatapan bersama moga terimbau semula semangat untuk terus memperbaiki diri dan berbakti.


Muktamar PEPIAS Kuala Langat


Muktamar PEPIAS Kuala Langat


Muktamar PEPIAS Petaling Jaya


Muktamar PEPIAS Petaling Jaya


Muktamar PEPIAS Pandan


Muktamar PEPIAS Pandan


Muktamar PEPIAS Bangi


Muktamar PEPIAS Bangi


Muktamar PEPIAS Gombak


Muktamar PEPIAS Pusat

12 December 2010

Assalamualaikum...

▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █

Those who involved in MATP 19,

Thank you very much (^^,)
Terima Kasih (^^,)
SyukRan (^^,)
Xie xie (^^,)
Nandri (^^,)

▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █ ▄ █




<< PIMPINAN PEPIAS 2010/2012 >>




<< TERIMA KASIH MANTAN2 PIMPINAN >>

05 December 2010

NASIHAT: SEMOGA DAPAT MENGHILANGKAN HIJAB2 DI DALAM HATI KITA


Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialism, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar-mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak mempedulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber halal atau dari sumber yang haram. Yang penting! Harta dapat dikumpulkan dengan sebanyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu ataupun untuk melayan kehendak isteri, anak-anak atau teman handainya.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: bersabda Rasulullah S.A.W: “Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapat harta, apakah dari sumber halal ataupun Haram.”

Seorang ulama pernah berpesan bahawa, Nasihat adalah suatu perkara yang dapat menghilangkan hijab didalam hati manusia yang menghijabnya daripada taqarrub kepada Allah. Tanpa kita sedar banyak perkara yang menghijab diri kita untuk dekat kepada Allah. Harta, sifat Ego, duit, sikap mudah berpuas hati dan sebagainya adalah sebahagian perkara yang menghalang kita untuk dekat kepada Allah. Maka, nasihat menjadi wasilah atau asbab yang menjadikan hijab itu dikurangkan atau dihilangkan berkat hidayah dan izin Allah Ta’ala.

Sesungguhnya, pada hari ini, kita banyak menghabiskan masa mengejar dunia. Ketahuilah sahabat sekalian, umur kita semakin hari semakin bertambah, baki umur pula semakin berkurangan, kekuatan yang kita ada semakin malap dan hilang, rambut yang kita ada semakin berguguran, maka ketahuilah setiap Sesuatu di atas muka bumi Allah ini pasti berakhir. Dan begitu jugalah dengan dunia, suatu hari akan hancur dengan kehendakNya.

Sahabat yang dimuliakan, apabila dunia tempat yang kita huni ini hancur, maka kita akan menempuh pula hidup akhirat, di sana segala amalan akan diperhitungkan. Dan disana juga segala bekalan akan dikira, maka jika sedikit timbangan kebaikannya maka Neraka akan menjadi tempat terbaik untuk kita. Namun jika amalan kebaikan kita melebihi amal buruk maka syurga akan menjadi tempat terbaik untuk kita.

Walaubagaimanapun, harus kita sedar bahwa hidup kita didunia ini tidak lama, disini kita hanyalah pengembara yang singgah ditempat persinggahan itulah dunia, dan disini hanyalah tempat untuk kita mengumpul bekalan (itulah iman dan amal) untuk dibawa ke destinasi tujuan kita itulah negeri Akhirat. Ambillah masa untuk kita fikirkkan tentang iman kita. Asas utamanya adalah solat. Pastinya Iman kita sewaktu kita bersolat berada pada tahap yang sangat tinggi. Didalam solat itu sendiri telah diajarkan kepada kita pelbagai pengajaran yang cukup menjadi bekalan menempuh dunia yang fana ini.

Ingatlah, Iman yang berdamping dengan kita sewaktu solat itu seharusnya terus dibawa keluar solat juga. Ketika dalam suasana apapun, pastikan iman sentiasa bersama kita. Janganlah pula kita nodai iman kita dengan perkara-perkara yang sia-sia yang hanya akan memenangkan syaitan laknatullah. Beringat juga supaya dirikan solat tepat pada masanya dengan penuh pengharapan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

31 October 2010

Sekreteriat Kampung Changkat kembali meriah

Pada 30 Oktober 2010 yang lalu, kampung changkat kembali diserbu oleh penduduk kg. changkat & kg kerdas dalam satu program kerakyatan yang dianjurkan oleh salah sebuah komuniti masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk persembahan kebudayaan & pertandingan sukan rakyat. PEPIAS turut merebut peluang untuk memeriahkan lagi program tersebut sekaligus memperkenalkan PEPIAS kepada penduduk sektempat. PEPIAS telah membuka mini zoo arnab kepada pengunjung dengan sedikit bayaran kemasukan. Meja jualan arnab dan beberapa jenis haiwan lain termasuk ketam juga turut dibuka. Sambutan hangat telah diberikan oleh pengunjung malah pada masa yang sama ada ibubapa yang menganjurkan supaya PEPIAS membuka kelas fardhu ain untuk anak-anak mereka ketika cuti sekolah ini. Diharap ini dapat mendekatkan lagi PEPIAS kepada masyarakat setempat. Moga PEPIAS lebih releven di masa-masa mendatang dalam memperjuangkan Islam dikalangan generasi muda.


Kebanjiran pngunjung ke Sekreteriat ABIM-PEPIAS Kg.Changkat


Kawasan jualan arnab


Bersama usahawan arnab utama - Firdaus


Meja jualan buku

Ketam turut dipamerkan


Anak - anak arnab


Pendekar licik yang bakal membuat persembahan


Padang Kg. Changkat

29 October 2010

Pameran Arnab


Tarikh : 30-31 Oktober 2010
Hari : Sabtu - Ahad
Jam : 10 pg - 10 mlm
Anjuran : PEPIAS

28 October 2010

Pertahan amalan Usrah - Teras kekuatan keilmuan, kerohanian & ukhwah ahli

Amalan usrah kian dipandang sepi oleh segelintir ahli gerakan. Gerakan politik yang memperjuangkan Islam juga kian lemah kerana meninggalkan amalan ini. Natijahnya, ahli yang lemah dan jemaah yang berpecah belah. Belum ditambah lagi dengan kepimpinan yang tidak berdisiplin.

Dengan kefahaman ideologi perjuangan yang cetek,
1. halatuju perjuangan kabur,
2. mudah putus asa dan hilang punca,
3. tiada kesatuan fikr & amal.

Untuk itu, pertahankan amalan usrah ini dan tingkatkan dengan pengisian yang berkualiti dan berdisiplin.

Disiplin - berikut antara sikap yang harus dielakkan sebagai ahli usrah.

Semasa Usrah
1. Tukang tadah - hadir tidak bersedia & tidak menyumbang apa-apa dalam perbincangan.
2. Si Sombong - Membaca surat khabar, melayan internet atau SMS semasa orang lain membentang. Tetapi mengharapkan semua ahli Usrah dengar apa dikatakannya seolah - olah ulasannya perutusan orang besar.
3. Pencuri - Mencuri & menzalimi masa orang lain. Bila Naqib memberi peluang, tidak memberi sebarang respon sebaliknya bila sesi "round table" barulah mengulas dari topik pertama hingga akhir.

Kehadiran
1. Golongn akhirin - datang lewat, tidak meminta maaf atau memaklumkan lebih awal.
2. Golongan suka hati - Hadir atau tidakbergantung kepada hatinya kerana bimbang tidak ikhlas krn terpaksa.
3. Golongan ghuyub - Hilang tanpa berita. Tak hadir, tak maklumkan, malah hilang setelah diberikan tugasan untuk membentang. Inilah serendah-rendah taraf disiplin & kematangan sebagai ahli jemaah. Janganlah mana-mana ahli menjadi golongan ini.


Salah faham
1. Usrah adalah sesi berkongsi & bukannya sesi ta'lim dari seorang tok guru.
2. Yang menyatukan hati adalah Allah. Bukan sekadar melalui sesi yang menggembirakan hati. Ia dapat didorongkan melalui elemen usrah yang harus dipertahankan iaitu:
- solat berjemaah
- makan bersama-sama
- bacaan zikr ma'thurat
- sesi berkongsi ilmu

Untuk itu marilah bersama kita menginsafi dan berazam untuk Islah diri. Usrah adalah tiang-tiang bagi gerakan dan tapaknya adalah tauhid yang murni. Ia umpama elemen keluarga dalam masyarakat. Ibu bapa yang baik Insyaallah melahirkan anak yang baik. Keluarga yang baik insyallah akan melahirkan masyarakat yang baik. Sedarlah. Kita adalah sebahagian dari keluarga (USRAH) itu. Mahu masyarakat baik, mulalah dengan diri kita.

Jangan jemu & putus asa.

Moga Allah ampuni kekurangan diri & kita semua.



ISS - Ikhlas, Sungguh2, Sabar.



11 October 2010

Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Pemerkasaan Ulama Selangor

Salam diucapkan buat semua pembaca blog PERSADA PEPIAS....

Shah Alam, 11 Okt - Seramai 4 orang wakil daripada PEPIAS iaitu Sdr Muzakkir (Bangi) , Sdr Rozaidi (Ampang ), Sdr Ridzuan ( Shah Alam) dan Sdr Saiful ( Shah Alam) telah menyertai Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Pemerkasaan Ulama Selangor : Cabaran Dakwah Semasa di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam. Kira-kira 600 peserta terdiri daripada mufti, penceramah, cendiakawan Islam, pendakwah, NGO serta ulama di Selangor menghadiri multaqa' dan seminar ini yang bertujuan membincangkan mengenai perkembangan Islam di negeri ini.

Sesi pagi dimulakan dengan majlis perasmian oleh Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor. Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Besar Selangor yang turut memberi sepatah dua kata. Ucap Utama yang disampaikan oleh YBhg Prof Dato Dr SIdek Baba yang bertajuk Memperkasa Dakwah Bil Hal.

Dakwah Bil- Hal

Dapat dikongsikan disini, dakwah ialah satu proses mengajar, memanggil dan menyeru kepada sesuatu agar dapat mencapai tujuan hidup. Masakini terdapat berbagai orientasi dakwah dalam mempertingkatkan kesedaran dan penghayatan Islami. Terdapat 3 orientasi dakwah yang boleh kita pelajari iaitu orientasi haraki berteraskan gerakan atau organisasi, terdapat juga orientasi tablighi dan satu lagi iaitu orientasi sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islami.

" Serulah ke jalan Tuhanmu dengan Cara yang bijaksana dengan pekerti teladan yang baik dan hujah2 yang terbaik dan meyakinkan "

Maksud ayat Quran di atas bertepatan dengan kaedah dakwah dalam realiti masa kini. Konsep inilah yang sepatutnya kita gunakan dalam pendekatan sebagai daie mahupun fasilitator. Dihadapan kita terdapat orang yang hendak di dakwah dalam segala peringkat dan latar belakang dan ia perlu kaedah. Jawapannya kite perlu gunakan kaedah yang telah diajarkan sejak dulu lagi iaitu yang pertama dengan sifat kasih sayang (mahabbah). Boleh diambil seperti kisah Rasulullah dengan bapa saudaranya Abi Thalib. Masa kini kita boleh lihat, pendakwah atau fasilitator sendiri sering melabel dan menyindir golongan tertentu sehingga mereka takut dan lari dengan cara yang salah itu.

Yang kedua ialah dengan kebijaksanaan. Berdakwah tidak saja dengan silat lidah tetapi amat berkesan ialat silat hati. Hubungan hati dengan hati atas asas dakwah LILLAHI TAALA sering mengembalikan insan ke jalan yang benar.

Yang ketiga ialah melakukan dakwah perlu ada persiapan. Kita kene faham sasaran, tingkat pemikiran, rasa sabar dan bijaksana dan tidak mudah berputus asa. Perlu diingat setiap yang ingin didakwah ada potensi untuk berubah. Harus diingat tugas memberi hidayah ialah Allah bukannya kita yang hina dina ini.

Terakhir, kita perlu kuasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang khususnya ilmu2 Islami. Selaras dengan tema PEPIAS sendiri iaitu membimbing dengan Ilmu dan Akhlak. Jadi, kita perlu ada ilmu untuk membimbing orang yang berilmu.

Baiklah, dakwah bil hal terhubung pada diri, organisasi dan sistem. Diri ini menjadi sumber dakwah sekiranya ilmu dan pekerti dijadikan sumber pedoman dan rujukan.

Diri - memandu kehidupan dengan ilmu supaya berada di atas landasan aqidah dan syariah. manakala diri dengan kemahiran mampu menjadikan seseorang itu berdaya maju dan contoh terbaik kepada orang lain.

Organisasi -taklif dalam organisasi menyebabbkan integriti subur, prestasi meningkat akhirnya mendatangkan perkhidmatan barakah. Asas ini penting kerana proses syura dibuat dengan baik dan mampu mencetuskan kebersamaan, kekitaan dan kepunyaan. Melakukan kerja bukan hanya menharapkan terdapat pulangan gaji tetapi dengan ganjaran pahala dari Allah.

Sistem -sistem yang telus dan tulus boleh memberi kesan yang baik terhadap proses produktiviti, prestasi dan kualiti perkhidmatan yang baik dan menyebabbkan budaya perkhidmatan menjadi cemerlang.

Dakwah Rasulullah tidak sekadar kata-kata yang bersifat ajakan, nasihat, seruan dan peringatan tetapi terlihat kepada kesabaran, kelembutan, kata-kata, kesesuaian mad'u, ketegasan menyatakan prinsip dan pedoman serta kejelasan menyatan maaruf dan mungkar. Konsep inilah perlu kita kembalikan dan pratikal kan sebagai pendakwah dan fasilitator pada masa kini. Sebagai seorang pendakwah perlu fahami realiti setempat (waqi') dengan mewujudkan strategi bijaksana dan imbangan idealisme dan realiti, peka terhadap sosio ekonomi, budaya pemikiran dan sejarah melahirkan lembaga, institusi dan model alternatif yang Islami. Kita perlu mengambil pendekatan wasatiah atau bersederhana sesuai dengan risalah Islam itu sendiri iaitu Sejahtera.

Begitulah sedikit kupasan dari ucap utama Prof Dato Sidek atau dikenali sbg Ckg Sidek oleh ahli jemaah PEPIAS. Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja oleh Dato Aidit Ghazali yang bertajuk Peranan Generasi Muda Dalam Memartabatkan Agama. Perkara ini akan diulaskan oleh penulis dam post yang berikut. InsyaAllah.

Pada sebelah petang, 4 wakli PEPIAS ini telah terlibat dalam bengkel bersama kumpulan dengan ABIM dan Unit Hidayah MAFA. Alhamdulillah, keempat-empat wakil banyak mengutarakan pendapat dalam membincangkan Peranan Generasi Muda Dalam Memartabatkan Agama yang dipengerusikan sendiri oleh YDP ABIM Selangor, ust Zawawi. Perbincangan bengkel ini untuk membentuk resolusi peranan generasi muda. Hasilnya kita telah mengutarakan sebanyak lebih kurang 15 resolusi. Namun penulis ringkaskan dalam blog ini kepada 9 sahaja iaitu :

Pertama : Membudayakan pembudayaan Ilmu
Kedua : Mengukuhkan jati diri
Ketiga : Mendalami asas agama iaitu akhlak, aqidah dan syariah
keempat : Terlibat secara aktif dalam segenap sektor.
Kelima : Terlibat dalam membangunkan negeri
Keenam : Terlibat dalam kerja kemasyarakatan
ketujuh : Peka dan iltizam terhadap isu semasa
Kelapan : perkasa organisasi belia
Kesembilan : memahami sejarah dan perjuangan dahulu.

Selepas bengkel tamat, majlis penutup diteruskan pada jam 4.35 petang. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr Hassan Ali. Beliau mengingatkan kita agar kita mencari kaedah terbaik bagaimana untuk menyampaikan dakwah seperti mengambil idea dari pelbagai negara tetapi apabila ingin mengaplikasikannya di Malaysia apa sahaja yang diambil dari luar perlu disesuaikan dengan realiti di negara ini.


Dalam kita memfokuskan kepada usaha dakwah di kalangan umat Islam di negara ini pada masa yang sama memandangkan kita mempunyai rakyat berbilang kaum pemahaman tentang Islam juga harus diberitahu kepada kaum lain supaya tidak timbul salah faham terhadap agama ini.


Selain itu, tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah Islam bukan sahaja terletak di bahu para ulama, pendakwah dan penceramah malah pihak lain seperti ketua jabatan dan NGO juga perlu memegang tanggungjawab itu dalam memastikan mesej yang hendak disampaikan diterima oleh semua pihak.

Sudah sampai masanya juga kita kumpulkan pihak yang mempunyai intelektual terlatih dalam bidang dakwah seperti mempunyai ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah (Phd) dalam bidang dakwah bagi membolehkan kita memperolehi lebih banyak ilmu yang bermutu.

Peringatan ini amat berguna buat ahli PEPIAS untuk mengambil langkah yang produktif sebagai NGO yang terlibat dengan kerja-kerja dakwah supaya menjadi organisasi yang melaksanakan dengan berlandaskan syariah.

Begitulah sedikit laporan yang boleh dibuat oleh penulis tentang Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Pemerkasaan Ulama Selangor : Cabaran Dakwah Semasa. Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat menjadi pemangkin buat semua ahli PEPIAS. Sekian, berita melaporkan. Terima kasih. - BERITA PEPIAS@PERSADADAKWAH



Sumber :
1-Nota & Idea Penulis
2-Teks Ucap Tama Prof Dato Dr Sidek Baba

09 October 2010

UPSR dikekalkan, PMR diganti penilaian sekolah

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan tetapi dengan sukatan pelajaran baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, ketika mengumumkan keputusan kerajaan itu, beliau yang juga adalah menteri pelajaran berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan dan diganti dengan penilaian peringkat sekolah bermula 2016.

Katanya, satu jawatankuasa penilaian telah dibentuk bagi mengkaji persekitaran semasa PMR dan mendapati penilaian peringkat sekolah lebih sesuai dan menjadi pilihan ramai.

Mengenai UPSR, Muhyiddin berkata format peperiksaan berkenaan akan dikekalkan tetapi perubahaan akan dilakukan ke atas sukatan pelajaran bagi memperbaiki keberkesannya.





- sumber dari malaysiakini.

30 September 2010

Pendirian PKPIM-ABIM-WADAH isu UPSR-PMR



(Salinan memorandum yang diserahkan kepada Y.A.B Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung cadangan pemansuhan UPSR-PMR)

Terlepas dari soal setuju atau tidak,cetusan idea pemansuhan UPSR-PMR kami tanggapi sebagai isyarat positif bahawa pada tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking, menilai dan memikirkan semula kerelevanan sistem pelajaran kita secara menyeluruh dan mendasar. Cadangan pemansuhan peperiksaan (UPSR-PMR) tentunya tidak hanya sekadar memansuh semata-mata untuk memansuh,tetapi dilatari kesedaran tentang wujudnya masalah, bukan hanya masalah-masalah yang berbangkit dari peperiksaan dan isu-isu yang terkait dengannya, tetapi masalah yang lebih fundamental dan mendasar.

Memang sistem pendidikan kita terkesan amat berorientasi peperiksaan, dan seterusnya (hampir) memutlakkan prestasi dalam peperiksaan sebagai satu-satunya ukuran kualiti dan penentu masa depan seseorang pelajar. Orientasi dan persepsi sedemikian jelas membawa pelbagai implikasi negatif terhadap misi dan esensi pendidikan sebagai proses pembinaan insan secara utuh, bersepadu dan seimbang. Justeru, antara implikasi yang sangat memprihatinkan termasuklah:

  • Misi besar pendidikan telah direduksi menjadi sekadar suatu siri peperiksaan yang mendera dan menegangkan. Di situlah tercurah dan terperahnya seluruh kekuatan pendidikan sehingga mengabaikan dimensi-dimensi penting kependidikan lainnya. Dalam konteks realiti seperti itu memang ada kebenarannya apabila dikatakan bahawa sistem kita lebih banyak menguji daripada mendidik (more testing than educating).
  • Akibat tumpuan semata-mata pada pencapaian prestasi dalam peperiksaan, maka lahirlah generasi yang berprestasi (akademik) cemerlang, tetapi gagal menjadi manusia berakhlak dan berwatak mulia.
  • Demikian jadinya kepada mereka yang dianggap "berjaya", betapa pula nasib mereka yang menjadi "korban" peperiksaan? Tidak sedikit jumlah anak bangsa yang dihukum sabagai "gagal" dalam usia yang sedemikian muda. Keputusan peperiksaan dianggap keputusan nasib hidup mereka. Demikianlah, persekolahan kita telah melahirkan generasi yang mengalami kekosongan erti hidup, pesimis dan tidak percaya diri. Keleluasaan gejala penyakit sosial ketika ini mungkin salah satu jelmaannya.
  • Dalam orientasi yang terlalu menumpu dan mementingkan prestasi dalam peperiksaan anak didik dibebani harapan yang seringkali tidak tertanggung, dan dipaksa bersaing meskipun tidak mampu. Akibatnya persekolahan kita telah mencipta generasi yang mengalami ketegangan (stress) dan sentiasa berasa terancam (rasa tidak selamat kerana sentiasa disaingi).
  • Sistem yang menjadikan keputusan peperiksaan sebagai ukuran mutlak, sesungguhnya hanya menghargai hasil terakhir suatu proses pendidikan yang panjang. Yang berharga hanya jumlah A yang terkumpul pada peperiksaan akhir, sedang susah payah guru mengasuh dan mengasah dari hari ke hari seolah-olah tidak ada harganya.
  • Menjadikan prestasi dalam peperiksaan sebagai penentu persaingan merebut peluang pekerjaan, selalu memacu persaingan mencapai prestasi tanpa memperhitungkan cara, etika dan aturannya. Akibatnya peperiksaan, di mana-mana, selalu diwarnai penipuan, manipulasi dan pelbagai kecurangan lainnya.
  • Mereka yang kalah dalam persaingan, atau yang tidak mampu bersaing, tetapi terus-menerus dipaksa bersaing rata-rata merasakan persekolahan suatu penderaan. Mereka selalu merasa didiskriminasikan dan tidak dihargai. Mereka tidak senang ke sekolah, kerana sekolah memang tidak menyenangkan.

Hakikat tersebut tidak menafikan perlunya peperiksaan pada tahap-tahap tertentu sebagai salah satu cara penilaian dalam proses pendidikan. Yang dipermasalahkan adalah kadar pemberatannya sehingga menjadi terlalu berorientasi peperiksaan, dan terlalu dimutlakkan sebagai ukuran kemampuan, walhal peperiksaan mempunyai pelbagai keterbatasan di samping selalu mengandungi unsur kemujuran. Kerana itu kertas ini tidak bermaksud menolak peperiksaan, tetapi menyarankan peninjauan semula dan mengemukakan modifikasi-modifikasi seperlunya dengan semangat korektif-reformatif pembaikan sistem pendidikan secara menyeluruh, sesuai dengan keperluan kita sebagai insan, umat dan bangsa.

Tanpa ragu, kami menyimpulkan bahawa sistem pendidikan kita harus dibebaskan dari dominasi orientasi peperiksaan yang keterlaluan. Untuk itu kekerapannya harus dikurangi, di samping peranannya sebagai ukuran kejayaan proses pendidikan harus diimbangi dengan penilaian dimensi-dimensi kependidikan lainnya rohani, jasmani, intelek dan emosi. Perlu dicatat bahawa peperiksaan tidak dapat mengukur seluruh aspek yang terliput dalam proses pendidikan. Secara pedagogis, peperiksaan mempunyai keterbatasaan yang sangat jelas. Ia hanya mencakup aspek kognitif, tidak mencakup aspek psikomotorik, dan tidak juga aspek afektif. Selain itu peperiksaan juga hanya dapat mengukur kompetensi pelajar dalam subjek-subjek tertentu yang diambil, dan ini jelas mereduksi kompetensi pelajar , mengabaikan kompentensinya dalam bidang-bidang lain yang tidak termasuk dalam subjek-subjek peperiksaan.

Untuk menjadikan peperiksaan sebagai kayu ukur yang dapat dipercaya, ia tidak harus bersifat sekadar bubble test yang dangkal dan tidak substantif. Bentuk dan pola soalan peperiksaan harus dianjak ke arah soalan yang bersifat high order thinking questions, soalan yang mencabar pemikiran, menguji kemampuan berfikir, dan merangsang pemikiran analitikal, kreatif dan kritis. Anjakan ini bererti bahawa soalan peperiksaan tidak lagi bersifat menguji hafalan dan ingatan semata-mata, di samping ia juga tidak dapat diteka-teka atau diramal-ramal berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lalu. Untuk melakukan anjakan ini, corak pengajaran dan pembelajaran perlu diorientasikan semula sesuai dengan pola dan format soalan yang sedemikian.

Orientasi peperiksaan memang memerlukan modifikasi untuk menjadikannya lebih bererti, tetapi ia tetap tidak boleh dimutlakkan sebagai satu-satunya ukuran yang sah dan muktamad. Kerana itu modifikasi peperiksaan harus beriringan dengan sejumlah modifikasi lain yang melibatkan kandungan dan orientasi kurikulum keseluruhannya. Dalam kaitan ini pencapaian matlamat pendidikan sebagai humanizing process harus dinilai semula. Untuk mempastikan tercapainya objektif pengutuhan manusia, subjek-subjek yang dapat memanusiakan manusia harus diberikan penekanan semula. Tanpa menafikan kepentingan sains dan matematik, obsesi yang berlebihan terhadap subjek-subjek tersebut ternyata telah mengakibatkan peminggiran dan peremehan terhadap bidang-bidang lain yang sarat dan padat dengan nilai-nilai murni kemanusiaan seperti pendidikan Islam, sejarah dan kesusasteraan. Penyelesaian kepada persoalan ini bukan dengan mengunggulkan yang satu dan memperlekeh yang lain, tetapi dengan pendekatan integratif penyepaduan disiplin-disiplin tersebut dan perapatan jurang antara sains dengan disiplin-disiplin yang dikategorikan sebagai subjek-subjek arts itu.

Sesuai dengan tuntutan zaman kini sebagai zaman kreasi dan inovasi, sistem pendidikan kita (termasuk orientasi peperiksaannya) harus memberikan penekanan pada usaha pengembangan daya kreatif-inovatif anak didik. Tanpa menafikan bidang sains juga dapat merangsang daya kreatif, tetapi dasar meremehkan bidang ilmu kemanusiaan yang sangat kaya dengan unsur kreativiti adalah suatu kesilapan fatal. Dalam kaitan ini perlu dicatat bahawa kreativiti adalah faktor penting daya maju bangsa, khususnya dalam bidang ekonomi. Kerana itu negara-negara maju umumnya sangat prihatin terhadap gejala kemorosotan daya kreativiti anak bangsa. Dan apabila gejala ini timbul, yang pertama dilihat adalah sistem persekolahannya. Apakah sekolah mampu menjadi lahan yang subur bagi kegiatan-kegiatan kreatif-inovatif?

Di samping banyak mencipta kejayaan di pelbagai bidang, harus pula diakui bahawa sistem persekolahan kita dari satu sisi dapat dinilai kurang berhasil membina generasi yang kuat dan berdikari. Yang terhasil rata-rata adalah generasi yang lemah, generasi yang meminta-minta, generasi yang mengharap belas kasihan agar diberikan pekerjaan. Pendidikan yang komited terhadap misi pemberdayaan (empowerment) seharusnya mampu melahirkan generasi yang berkompetensi tinggi. Untuk itu kita memerlukan sistem persekolahan yang berorientasi pengupayaan pelajar mencipta pekerjaan, bukan menunggu peluang pekerjaan.

Tidak semua subjek dapat dinilai prestasinya melalui peperiksaan formal oleh sebuah lembaga rasmi. Harus diakui hakikat bahawa tidak siapa pun yang tahu tentang kemampuan seorang pelajar lebih daripada gurunya yang saban hari mendampinginya. Kerana itu ruang penilaian guru (sekolah) perlu diperluas dan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dalam kaitan inilah relevannya sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dipertimbangkan. Amalan pengijazahan oleh guru dalam sistem pengajian (Islam) tradisional sebenarnya sangat beralasan. Bagaimanapun untuk melaksanakan kaedah penilaian ini diperlukan tingkat kejujuran dan integriti moral yang cukup tinggi. Untuk itu diperlukan pula suatu program intensif latihan pembinaan integriti keguruan. Dengan demikian segala penilaian dan pentaksiran akan dapat dilaksanakan berlandaskan nilai amanah dan ketaqwaan yang setinggi-tingginya.

Untuk membina generasi yang religious, berwatak dan berakhlak mulia, pendidikan Islam memainkan peranan yang sangat menentukan. Kerana itu ia harus ditempatkan sebagai subjek istimewa, bukan sekadar subjek pengetahuan, tetapi sebagai disiplin penghayatan. Sesuai dengan posisi dan fungsinya yang sedemikian, ia memerlukan cara penilaian tersendiri. Tidak cukup dinilai dari segi kefahamannya, tetapi juga dari segi internalisasi dan penghayatannya.

Selama ini sistem peperiksaan kita telah melahirkan golongan yang dianggap berprestasi akademik. Bagaimanapun yang lebih penting dan lebih bererti daripada prestasi ialah semangat cintakan ilmu. Tetapi isu inilah pula yang masih menjadi tanda tanya besar. Untuk menepati makna pendidikan sebagai proses sosialisasi dan internalisasi nilai, sistem pendidikan kita harus lebih memberikan penekanan pada usaha pemartabatan nilai ilmu, pembinaan sikap menyintai ilmu, dan membangkitkan semangat ingin tahu (intellectual curiousity).

Pemansuhan jenis-jenis peperiksaan tertentu dalam sistem pendidikan kita memang ada justifikasinya. Bagaimanapun ada kemungkinan langkah tersebut disalaherti dan disalahgunakan untuk mengurangi komitmen  sekolah terhadap tanggungjawab pencapaian prestasi akademik. Pemansuhan dalam konteks ini bukan tanpa alternatif. Sistem pentaksiran alternatif PBS itulah yang harus dilaksanakan sejaya-jayanya, tanpa mengurangi komitmen terhadap kecemerlangan akademik. Semangat tersirat di sebalik langkah tersebut ialah untuk kembali ke falsafah pendidikan bersepadu dan seimbang dengan matlamat membina insan seutuhnya sebagaimana yang diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Keunggulan sistem pendidikan tidak hanya pada tahap dasar dan falsafahnya, tetapi juga harus cukup berkesan dari segi operasi dan pelaksanaannya di semua peringkat. Dalam kaitan ini peranan sekolah sebagai "hujung tombak" sistem pendidikan negara dalam erti sebagai institusi akar rumput yang sentuhannya sampai dan langsung kepada sasaran terakhir (anak didik) harus mencapai tahap kompetensi yang memungkinkannya melaksanakan misi kependidikan holistik, menyeluruh, seimbang dan sekaligus bersepadu.


Pendirian Terhadap Cadangan Pemansuhan UPSR-PMR

Mengambil kira perkara-perkara di atas, kami berpendapat bahawa UPSR perlu diteruskan, sementara PMR boleh dimansuhkan dengan catatan-catatan berikut:

  1. Pengekalan UPSR atas rasional kepentingan fungsinya sebagai penilaian penamat bagi persekolahan peringkat rendah.
  2. Peperiksaan UPSR tidak seharusnya digunakan sebagai sorting machine untuk pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Menggunakan peperiksaan sebagai asas pemilihan akan menjadikannya tumpuan seluruh kekuatan kependidikan sehingga mengabaikan dimensi-dimensi pendidikan lainnya. Untuk tujuan pemilihan ke SBP harus diwujudkan mekanisme alternatif dengan mengambil kira penilaian-penilain selain prestasi akademik.
  3. UPSR harus berorientasi penilaian diagnostic dalam erti mengenalpasti titik-titik kelemahan untuk seterusnya dicari jalan mengatasinya.
  4. Murid-murid yang gagal menguasai 3M/LINUS harus "ditahan" di tahap satu selama setahun untuk tujuan korektif dan pemulihan.
  5. Pemansuhan PMR pula didasarkan pada rasional bahawa penilaian persekolahan pada tahap menengah sudah memadai dengan peperiksaan SPM.
  6. Dengan pemansuhan PMR harus diwujudkan pula mekanisme alternatif untuk tujuan penjurusan dengan penekanan pada potensi dan keupayaan (aptitude test).
  7. Pemansuhan PMR memerlukan cara penilaian alternatif yang dalam hal ini Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dirasakan paling sesuai. Untuk memastikan keberkesanannya PBS perlu dilaksanakan dengan prosedur yang kemas berpandukan set aturan yang terperinci dan baku. Oleh kerana PBS akan banyak melibatkan peranan guru, maka perlu dipastikan mereka (guru-guru) mencapai tahap profesionalisme dan integriti yang setinggi-tingginya. Dengan demikian penilaian mereka akan diterima umum sebagai penilaian yang berkredibiliti, berautoriti dan tidak dipertikai.


Cadangan

Menyedari hakikat masalah-masalah fundamental yang tersirat di sebalik persoalan UPSR-PMR, kami ingin mengemukakan cadangan-cadangan umum seperti berikut:

1) Untuk memastikan pendidikan tidak akan kehilangan esensi hakikinya sebagai proses pengutuhan manusia dan proses sosialisasi, nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu difungsikan sepenuhnya sebagai landasan penggubalan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, dan seluruh kegiatan persekolahan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dimartabatkan semula dan dihayati secara yang lebih bererti dalam penggubalan kurikulum dan proses pengajaran dengan menekankan dimensi-dimensi penerapan nilai-nilai murni, pengembangan potensi, kesepaduan, keseimbangan dan keharmonian.

2) Untuk mengembalikan pendidikan kepada esensi, fungsi dan misi hakikinya, istilah pendidikan harus digunakan semula menggantikan istilah pelajaran yang dipakai sekarang. Sesungguhnya istilah pendidikan jelas lebih kental, lebih padat, dan lebih tepat dari segi erti, isi dan substancenya.

3) Pendidikan sebagai proses pembinaan generasi memang memerlukan masa yang panjang, tidak boleh diringkas-ringkas atau disingkat-singkatkan. Kenyataannya hari ini "tidak cukup masa" selalu dijadikan alasan untuk menjelaskan pelbagai kelemahan dan ketidakberkesanan dalam pengajaran dan aspek-aspek pendidikan lainnya. Besar kemungkinan alasan tersebut benar. Untuk mengatasinya kami sarankan agar kementerian mempertimbangkan semula idea persekolahan satu sesi yang pada suatu ketika dahulu pernah dibincangkan. Persekolahan satu sesi akan membolehkan penambahan masa untuk pengajaran dan pembelajaran, proses pengukuhan dan interaksi guru-murid.

4) Untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan keseluruhannya, telah sampai masanya kementerian mempertimbangkan secara serius pelaksanaan sistem semester dan seterusnya pemakaian sistem penilaian CGPA dalam sistem persekolahan negara.

5) Untuk menambah keberkesanan juga langkah segera perlu diambil untuk memperbaiki kadar nisbah guru-murid. Jumlah murid yang terlalu ramai di bawah seorang guru seperti yang berlaku ketika ini mengakibatkan kegagalan memberikan perhatian yang secukupnya kepada murid-murid, dan seterusnya ini membawa pelbagai masalah yang sukar diatasi.

6) Tujuan pemansuhan peperiksaan tertentu untuk mengurangi orientasi peperiksaan tidak akan tercapai sepenuhnya jika sistem pengkelasan (grading) sekolah-sekolah yang diamalkan ketika ini tidak dirubah. Pengkelasan sekolah berasaskan prestasi akademik/SKPM akan menjadikan orientasi peperiksaan terus menguat.

7) Antara yang sangat memprihatinkan ketika ini ialah tahap penguasaan tulisan jawi dalam sistem persekolahan kita. Kelemahan penguasaan tulisan jawi akan mengakibatkan pendangkalan agama, di samping kehilangan khazanah persuratan warisan, ilmu dan wisdom kepujanggaan bangsa yang bertulisan jawi. Kerana itu kami menyarankan agar di samping meneruskan pengajaran jawi dalam subjek bahasa Melayu, tulisan jawi juga hendaklah digunakan seluas mungkin dalam pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan Islam. Pengajaran agama Islam menerusi tulisan rumi dikhuatiri akan mengakibatkan pendangkalan dan penyimpangan. Yang jelas ia adalah suatu keganjilan yang sangat menyolok.

8) Agama seharusnya dilihat sebagai sumber kekuatan dan faktor kunci survival umat. oleh itu pendidikan keagamaan harus menekankan keberkesanannya dari segi pemberdayaan dan impak transformatifnya terhadap murid. Sesuai dengan tuntutan zaman the age of wisdom pendidikan Islam harus mengakar pada falsafah dan prinsip pendidikan berhikmah sebagaimana yang terumus dalam pesan-pesan kependidikan Luqman al-Hakim.

9) Untuk penambahbaikan sistem pendidkan arus perdana mungkin ada kebijaksanaannya pihak kementerian melihat pelbagai eksperimen pendidikan alternatif yang dilaksanakan oleh badan-badan NGO, termasuk sistem persekolahan ABIM yang berasaskan agama, menggunakan pendekatan bersepadu dan mengamalkan sistem persekolahan satu sesi. Berdasarkan sambutan hangat masyarakat mungkin ada kekuatan-kekuatan tertentu pada persekolahan alternatif tersebut yang dapat dipelajari dan dimanfaatkan.


Dato' Dr Siddiq Fadzil (Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)
Muhamad Razak Idris (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia)
Muhamad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

14 September 2010

KESAN ZINA DAN RIBA

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;

"Jika muncul zina dan riba di sebuah negeri bererti mereka telah menghalalkan seksa Allah bagi diri mereka."

(Diriwayatkan Al-Hakim)


Zina adalah gambaran tentang kerosakan kehidupan sosial dan akhlak, manakala riba adalah gambaran kejatuhan sistem kehidupan serta ekonomi. Maka, marilah kita bersama kembali kepada cara hidup yang disyorkan Islam dan diperintahkan Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 50 yang bermaksud;

"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."

09 September 2010

Perutusan Eid Fitr.

Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dalam bulan syawal setelah sebulan berpuasa. Tiada yang lebih layak bermuhasabah tentang amalan ramadhan kita melainkan diri sendiri. Kita takut doa Jibril yang diaminkan Rasullullah S.A.W yang mengatakan celakalah bagi mereka yang selesai ramadhan tetapi tidak beroleh keampunan. Kita takut dalam bulan dimana syaitan diikat pun kita terus berbuat maksiat, apatah lagi bila syaitan dibebaskan semula. Mohon berlindung.

Mari bersama mengkoreksi diri. Antara tanda amalan diterima adalah kita meninggalkan maksiat dan istiqamah dengan amalan. Apakah tanda itu ada pada kita? Adakah amalan kita sehingga tamat ramadhan sahaja? Sedangkan tujuan ramadhan itu adalah beroleh taqwa dihujungnya dan mereka yang layak beraya hanyalah mereka yang memperolehi taqwa. Adakah kita layak beraya?

Bersempena eid fitr ini, saya menyeru diri dan seluruh warga PEPIAS agar bersama kita bermaafan Tiada manusia yang sempurna dan tidak bernama manusia jika tidak pernah melakukan kesalahan. Fahami benar-benar wahai warga PEPIAS, padamkan dendam, jauhkan prasangka dan semaikan kepercayaan sesama kita. Tingkatkan komunikasi dan kurangkan ego. Berilah peluang bagi kita bersama-sama memperbaiki jemaah ini.

Menjadi pelayan ummat adalah kerja besar. Jarang sekali ummat yang lemah iman seperti kita pada hari ini mampu menanggungnya secara individu. Perubahan masyarakat bermula dengan merubah diri. Merubah ummat tanpa merubah diri adalah tanggapan yang terencat dan tidak mungkin akan terlaksana dalam ummat ini.

Jangan terlalu asyik melihat kesalahan orang hingga lupa cela diri sendiri. Utamakan dalam jemaah ini amalan berani berpesan kepada yang haq. Yang berpesan pula haruslah berpesan dengan kesabaran. Itulah tujuan kita berjemaah. Bersama-sama memperbaiki diri. Ingatlah.

Akhiran, mohon maaf dipinta atas kelemahan, kekurangan, salah silap saya dan warga pimpinan PEPIAS pusat. Sambutlah lebaran ini dengan sederhana dan tidak membazir. Janganlah bulan syawal ini dicampur adukkkan dengan maksiat terutama dengan menonton rancangan sambutan Syawal di televisyen yang tidak langsung berkaitan dengan anjuran agama. Teruskan amalan bermaafan dan kunjung mengunjung bagi merapatkan tali silaturahmi. Moga bertemu lagi selepas pulang berhari raya bersama keluarga.

Maaf Zahir & Batin.

Mohd Zulhelmi B. Abdullah
Presiden PEPIAS

Membimbing dengan Ilmu & Akhlak.

02 September 2010

Mencipta kemenangan dalam perubahan

1) Allah berfirman, maksudnya:
"(juga di kalangan orang yang telah menang iaitu) Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.". 
(surah al-Mukminun, 23:2-11).

Ayat di atas menunjukkan bahawa kemenangan itu terletak pada iman, solat, akhlak, maruah, harta, janji dan amanah. di mana ia merujuk kepada tiga elemen utama iaitu akidah, ibadat dan akhlak. Tanpa akidah yang murni, ibadat yang benar dan akhlak yang terpuji manusia pasti tidak mampu mencipta sebarang kemenangan dalam kehidupannya. Cermin keadaan kita, dan ahli-ahli kita. Persoalan asas ini harus diselesaikan segera untuk mencipta kemenangan!

2) Sejarah mengajar dan mendidik kita dengan suasana dan pendekatan yang berbeza. Bukan nama watak yang penting; Fokus adalah pada pengkisahan sebab-akibat yang menjadi sejarah dan harus dipelajari oleh generasi terkemudian. Dalam kitab Quran, tidak ada tertulis nama Qabil dan Habil sebagai anak Adam a.s. Namun, Allah merakamkan kisah mereka agar watak itu yang harus dijadikan pelajaran untuk seluruh manusia. Sejarah anak Adam a.s melihatkan manusia ini akan punya warna yang pelbagai dengan pilihan kehidupan juga adalah pelbagai. Yang pasti, sejarah menjadi kayu ukur generasi hari ini menilai (evaluate) dan mentaksir (assess) , dan mencermin diri (muhasabah) seterusnya melihat kembali langkah-langkah yang telah kita lalui. Adakah jalan yang kita lalui, adalah jalan ke arah kemajuan? ataupun sebaliknya, berundur ke belakang? Berikut, disenaraikan semula faktor kekuatan ABIM-PKPIM pada awal kemunculannya di persada dakwah, berdasarkan catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 Januari 2010. 
  1. Kekuatan wadah persediaannya daripada PKPIM
  2. Ketepatan waktu kemunculan 
  3. Karisma pemimpin utamanya
  4. Kepimpinan Jamaiy
  5. Memanfaatkan dinamika kePemudaan dan dinamika keIslaman
  6. Kekuatan Fikrah / Idea / Gagasan
  7. Keberkesanan tarbiyyah Ilmiyah, Ruhaniyah, Harakiyah
  8. Keberkesanan mekanisme / jentera  organisasi
  9. Komitmen yang tinggi dalam Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
9 senarai ini adalah asas faktor yang menjadikan ABIM-PKPIM kekal sehingga hari ini. Kesemua faktor ini adalah seiring tanpa meninggalkan satu pun daripadanya sepanjang gerakannya. Jelas ditulis, diamal, dan dibudayakan dalam segenap lapisan ahli dari Presiden, sehinggalah ahli yang baru mengenali ABIM-PKPIM. Di manakah standard Haraki kita pada hari ini? Adakah kita mengamalkan teras yang terbukti berkesan dalam lipatan sejarah kita ini? Faktor pertama dan kedua adalah faktor kesedaran pada waktu itu. Faktor ketiga adalah faktor peribadi tokoh tertentu. 6 Faktor yang lain adalah faktor utama keberkesanan Haraki dan kesenian dalam berorganisasi. Justeru, di manakah kita berdiri pada hari ini dalam rangka harakah yang dibina sejak ia ditubuhkan?

3) Keutamaan dalam ahli gerakan adalah untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat dalam keadaan yang mendekatkan diri dengan Allah. Akidah tauhidik disemai, dibajai dengan sistem idealisme dalam pentarbiyahan yang teratur seperti majlis ilmu, usrah, dan tamrin, seterusnya nilai aktivisme yang mewarnai praktikaliti dalam menterjemahkan segala yang disemai dan dibajai tadi. Keseluruhan sistem ini adalah suatu medan ibadah yang saling melengkapi dan dibudayakan dengan wajar tanpa kompromi. Walaupun begitu, hal-hal sampingan seperti kuantiti ahli, kuantiti program, serta populariti massa, sedikit sebanyak memainkan peranannya yang tersendiri. Namun, ia kekal sebagai hal sampingan. Kisah-kisah Umar al-Khattab banyak memberi inspirasi bahawa nilaian yang utama adalah di sisi Allah, bukan dari kaca mata manusia.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALlah), sama ada dalam keadaan ringan, (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggung-jawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (dalam membela Islam), yang demikian amat baik bagi kamu, jika kamu mengetahui
(At-Taubah : 41)

Pengajaran penting dalam ayat di atas adalah jelas supaya kita bersama-sama keluar jihad di jalan ALlah, dan berjihad dengan jiwa raga, dan harta benda, serta janganlah mencari-cari alasan dan tunduk kepada hawa nafsu tersebut. Berangkatlah dalam keadaan bagaimanapun, baik dalam keadaan mudah mahupun susah, sihat mahupun sakit, kaya mahupun miskin, sedikit bekalan ataupun banyak. Kerana di situlah terletaknya kemenangan hakiki. Jihad ini bukan kerana sebab manusia; ajakan kawan, semangat-semangat yang penuh emosi, mahupun janji kebendaan. Jihad ini adalah untuk agama Allah! Muhasabah kembali, di mana kita berdiri apabila pergi program-program Jemaah? Atas sebab apa? Untuk apa?

4) Perlu diketahui bahawa bukan semua perselisihan itu membawa kepada perpecahan, tetapi semua perpecahan bermula daripada perselisihan.  Malah, adanya perselisihan menunjukkan adanya suatu dinamika dalam satu-satu organisasi. Oleh itu, segala bentuk perselisihan perlu ditangani dengan hikmah dan kebijaksanaan bukan dengan kebodohan, kejumudan, dan berburuk sangka dalam emosi yang tidak keruan. Pendeknya, ia perlu ditangani; bukan dielak, ditangguh atau disembunyikan. Malah lebih malang, jika menidakkan bentuk perselisihan yang ada. Walau sekecil mana ia kelihatan, pastikan ia tidak menjadi barah dan merebak kepada keseluruhan organisasi. Soalnya, jika ia sudah merebak sehingga ke akar umbi, apa yang harus dilakukan? Hendak dibuang sel barah, dibimbangi akan merosakkan keseluruhan badan. Namun, kalau tidak dibuang, badan akan terus merana dan akhirnya akan ada organ penting yang akan mematikan keseluruhan badan! Jangan pula Jemaah kita diibaratkan seperti 'batang pokok yang kelihatan kukuh di luar, tapi amat rapuh dari dalam; reput di makan anai-anai' Nauzubillah. Kembalilah kepada fitrah dan teras gerakan haraki kita. Asas penubuhan dipasakkan kembali supaya tidak hanyut di bawa badai massa yang sentiasa tidak tentu halanya.

5) Cerita dakwah adalah cerita indah. Jalannya penuh liku dan cabarannya menuntut pengorbanan. Tidak ada yang lebih indah dalam kehidupan seorang pendakwah apabila dengan izin Allah, orang yang didakwah berubah; daripada bersikap negatif terhadap Islam menjadi orang yang taat dalam beragama. Daripada pemikiran yang sekular dan liberal kepada kembali kepada cara hidup Islami yang sebenar. Daripada menganggap Islam sebagai kolot dan ketinggalan zaman, kepada seorang yang cintakan ilmu Islam. Prasyaratnya adalah mewujudkan keikhlasan dalam diri, usaha yang tidak pernah kenal jemu, ilmu dan pengalaman yang harus ditingkatkan. "Kerja dakwah adalah tugas aku; pemberi hidayah adalah tugas Allah. Apabila orang tidak berubah, caraku mungkin tidak kena. Aku harus bersama-sama dan berusaha menjadi lebih baik. Orang tidak harus dipersalahkan. Putus asa tidak ada dalam diri." Inilah susun atur ikrar niat dan azam kita apabila turun ke medan dakwah. Selagi prinsip ini menjadi tunjang Daie, dan Murabbi, gerak kerja Dakwah dalam Harakah dan dalam diri sendiri, akan terus subur dan seterusnya Islam akan terus bangkit membawa perubahan.


Fikrah Imayu
(sumber : imayu05.blogspot.com)

30 August 2010

KEMERDEKAAN DALAM RAMADHAN

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini
Setiausaha ABIM Selangor
YDP ABIM Cawangan Kuala Selangor
Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management

Panjatkanlah kesyukuran kita dengan menyebut kalimah ‘alhamdulillah’. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t yang telah memilih kita selaku manusia yang diberikan amanah dan tanggung jawab sebagai khalifah dalam meneruskan perjuangan di muka bumi ini. Perjuangan ini amat sukar, jauh dan pelbagai rintangan. Ubatnya sabar, redha dan sentiasa mengharapkan rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t.

31 Ogos bakal menjelma lagi. Hari yang bersejarah untuk seluruh umat manusia di Malaysia. Setiap tahun, kita bersama-sama melaungkan kalimah kemerdekaan ini. Apakah erti merdeka untuk kita semua? Adakah sambutan merdeka ini benar-benar memerdekakan kita semua atau hanya laungan yang berakhir dengan tragedi dan kerosakan akhlak remaja dan belia? Apabila tiba Ramadhan, kemerdekaan ini seharusnya dirasai dan lebih mendalam penghayatannya. Pada bulan ini, manusia dimerdekakan sementara dari gangguan syaitan, namun bagaimana dengan nafsu kita semua?

Kehidupan kita hari ini semakin hari semakin mencabar dengan pelbagai kemudahan dan kemodenan yang berlaku disekeliling kita. Kemerdekaan dalam erti kata yang kita fahami adalah bebas atau lepas diri dari cengkaman atau dibelenggu. Kemerdekaan ini juga telah membawa erti besar bagi setiap hidup masyarakat di Malaysia. Merdeka dalam menjalani hidup dan lebih sedih lagi apabila merdeka dari hidup beragama. Pegangan anak-anak pasca merdeka hari ini bukan lagi pada tunjang agama dan budaya adab hidup ketimuran, tetapi tertakluk kepada kebebasan fikir serta keterbukaan dalam budaya, cara hidup, perhubungan dan nilai kehidupan. Inilah erti kemerdekaan buat mereka yang pada hari ini menampakkan kejanggalan dalam budaya hidup di Malaysia.

Kemerdekaan buat kita semua, umat Islam di Malaysia khususnya remaja dan belia haruslah dijana dan diisi dengan suasana kemerdekaan sebenar. Jauh dari penjajahan yang bukan sahaja datang dari sudut pentadbiran negara, bahkan sosiobudaya, pemikiran serta adab dan nilai kehidupan. Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran dari surah Al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran dan lautan, dan Kami beri rezeki kepada mereka dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”.
Kelebihan ini Allah berikan kepada umat manusia ini yang mana, perlu dibalasi dengan rasa syukur berterima kasih kepada Allah yang Maha Penyayang. Kemerdekaan ini harus dihayati dan dijadikan kayu ukur hidup dimana letaknya nilai keimanan kita semua kepada Allah s.w.t. Mutiara kata yang keluar dari lidah amirul mukminin Saiyidina Ali k.w. beliau menyatakan; “janganlah kamu menjadi hamba seseorang, kerana Allah telah menciptakan kamu dalam keadaan merdeka”.

Erti kemerdekaan inilah yang harus menjadi pegangan kita semua. Nilaian ini harus menjadi isi kandungan utama dalam setiap sambutan dan kejayaan yang dikecapi. Sebagaimana kemerdekaan kita semua yang harus kita kecapi dari hasil tarbiyah bulan yang penuh kemuliaan ini. Kemerdekaan harus diisi dengan baik dan berkesan. Ia seharusnya kembali kepada fitrah dan pegangan agama yang terbaik untuk melahirkan generasi yang terbaik.

Allah Maha Besar

Kemerdekaan utama buat remaja belia dan generasi baru hari ini adalah dengan menyatakan secara jelas bahawa tidak ada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah s.w.t. Kemerdekaan ini harus berasaskan kepada kebebasan dari sifat yang bertuhankan sesama hamba dan kepada apa sahaja yang bersifat kebendaan serta keseronokan. Untuk membesarkan Allah s.w.t ini harus ditekuni dan diperkukuh dengan rukun Islam.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Haj ayat 41 yang bermaksud;

“Mereka yang sekiranya kami berikan kekuasaan kepada mereka di muka bumi, mereka menunaikan solat, menunaikan zakat dan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan hanya milik Allah kesudahan segala urusan.”

Pertama, menunai dan memperbaiki solat lima waktu sehari dan semalam. Ia merupakan tiang agama dan harus diberikan perhatian sewajarnya tambahan pula dalam usaha untuk memerdekakan diri dari cengkaman nafsu dan gangguan syaitan. Kedua, membayar zakat. Buat kita yang telah bekerja dan mendapat pendapatan yang baik serta selesa dalam kehidupan, jangan pula kita lupa amanah dan tanggungjawab yang Allah amanahkan untuk membantu umat Islam yang memerlukan melalui zakat yang dikeluarkan. Ketiga, ajaklah manusia meninggalkan kemungkaran dan membuat kebaikan kerana di dalamnya itu adalah usaha dakwah menyampaikan berita gembira kepada manusia lain tentang adanya syurga dan penciptaan neraka. Kembalilah kepada ajaran agama yang sebenar. Islam hadir untuk memerdekakan kita dari belenggu kehidupan yang sementara ini.

24 August 2010

Pejuang disisiNYA

Penyusunan dan persiapan yang kemas di dalam barisan pimpinan dan organisasi adalah prasyarat kepada kelancaran pergerakan yang digemari Allah Azzawajalla. Ini Jelas didalam Surah As-Saf ayat 4 (maksudnya),

“Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang di jalan Allah dengan barisan yang rapi seperti satu binaan yang tersusun”

Keutuhan organisasi kita adalah bergantung kepada kemampuan pendokong-pendokongnya. Hanya anggota-anggota yang ikhlas dalam perjuangan dan mengharapkan keredhaan Allah sahaja yang mampu meneruskan cita-cita suci ini. Penyimpangan niat dan tujuan dari mencapai keredhaan Allah akan membuka wadah ini kepada golongan oppurtunis dan selfish yang menggugat kekuatan kita, surah Al-Kahfi ayat 110 (maksudnya),

“Barangsiapa yang berharap untuk bertemu Tuhannya maka buatlah amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesuatupun di dalam beribadat kepada Tuhannya”

Tambahan. seluruh tindak-tanduk, cara berfikir dan tindakan mestilah berlandaskan panduan yang disediakan di dalam Islam. Ahli-ahli mestilah berusaha bermujahadah mengadakan peringatan diri dari masa ke semasa dari segi ilmu dan amal. Kita semua wajiblah berusaha memenuhi janji dan ikrar yang sering kita lafazkan di dalam sembahyang:

“Sesungguhnya solatku, pekerjaanku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah, Tuhan Seru sekalian Alam“

Latihan dan Tarbiyah yang baik menjamin kualiti yang hebat dan meransang daya usaha yang tinggi dalam setiap matlamat yang ingin dicapai. Maka cara fikir kita harus di didik dan di latih dengan aktiviti seperti usrah , halaqah dan sebagainya. Matlamat dan tujuan usrah harus jelas membabit isi tarbiyah dan dakwah bukan hanya jumud memperbincangkan isu yang merimbun sedangkan akarnya masih mentah.

Seterusnya hati-hati kita harus di bina dengan menanamkan nilai dan bentuk pengalaman dan praktikal dengan penglibatan amal ibadat qiammullail dan kerja jemaah. Hati perlu diisi dan dihiasi bukan dinodai atau menodai. Kalau hati jadi semakin malap maka periksalah hubunganmu dengan Allah Ta’ala kelak akan kau ketahui punca sebenarnya.

Sahabat sekalian, cita-cita islamiyah tidak akan tercapai kalau hanya dengan saranan teoritikal sahaja, tetapi mestilah dibuktikan dengan jelmaan praktikal. Usahlah kita menuding jari kepada orang lain untuk dibetulkan, lihatlah diri sendiri apakah kita sedang membangunkan fikir dan hati kita...

Jom Muhasabah!

There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung