Hidupkanlah kembali cogankata 'Selamatkan Keluarga Kita'
Kehadiran kepimpinan muda, baru dan berketrampilan merupakan cita-cita besar setiap tahun muktamar agung PEPIAS berlangsung. Alhamdulillah, tiba tahun 2008, keadaannya dapat dipenuhi dan ana pasti ia menjadi tanda aras untuk setiap muktamar yang akan berlangsung.
Kepada Pimpinan PEPIAS 2009-2010
Sambutlah perjuangan kami dahulu dengan satu agenda dan matlamat perjuangan yang jelas dan jitu. Anda adalah contoh dan teladan kepada adik-adik di dalam PEPIAS. Maka berikan mereka ruang untuk bersama dengan kalian. Cita-cita dan harapan perlu dikongsikan jangan dirahsiakan. Mereka adalah kekuatan anda semua. Berikanlah kepercayaan dan rasa terbuka untuk perkongsian.
PMG telahpun berlalu, ana yakin dan percaya anda pasti telah melalui satu perjalanan pahit dan manis bersama. Teruskan perjuangan. Jangan berhenti atau merasai cukup. Ingat pesan Ibnu Mas'ud ini: Manusia binasa kerana 2 hal, putus asa dan bangga diri.
Wujudkanlah suasana Muhibbah diantara pimpinan dan mereka yang dipimpin. Berikan mereka ruang untuk berkembang dan menjadi pemimpin yang disegani. Ingat, anda melakukan tanggungjawab untuk menamatkan tugasan itu di dunia, dan akan dipersoalkan diakhirat kerana orang yang berpangkat akan ditanya, apa yang telah dilakukan dengan pangkatnya, adakah untuk kebaikan diri sendiri atau orang lain? Ingat, pemimpin tidak bermakna tanpa sokongan pengikut, dan tidak juga bermakna anda semua jika tidak wujudnya wadah PEPIAS ini...
Buat adik-adikku di dalam PEPIAS;
Berikan wala' kepada pimpinanmu selagi mereka tidak mensyirikkan Allah, ingatkan mereka jika mereka lupa dan turutilah mereka demi kebaikan ummat. Jika berlaku kekacauan kembalikan lah kepada Allah dengan bermesyuarat (syura). Jangan sesekali menuding jari kepada mereka kerana anda semua adalah sebahagian dari kepimpinan ini.
Kepimpinan diwakili 3 elemen iaitu ketua, pengikut dan situasi. Kita biasa dengan tentang 'leadership' tetapi sangat jarang kita dengar tentang 'followership'. Asasnya mudah sahaja, untuk menjadi pemimpin yang baik mesti bermula dengan menjadi pengikut yang baik. Andalah yang menentukan kekuatan PEPIAS ini. Pemimpin akan bergantung dengan kalian maka berpakatlah...
KEKALKANLAH PERJUANGAN PEPIAS;
Kita semua mungkin tidak bermakna tanpa adanya wadah PEPIAS ini, maka peliharalah ia, suburkanlah ia dengan membesarkan Allah dan memperjuangkan SUNNAH Rasulullah. Jadikan wadah ini diberkati dan kita semua bakal mendapat syafaat dari Rasulullah...
4 comments:
Saya yakin dengan kredibiliti dan kemampuan pimpinan baru 09-10kerana mereka terpilih dengan berkat syura..
Semoga keberkatan itu terpelihara... Namun, perancangan perlu dibuat bukan hanya mengharap kepada keberkatan.
Keberkatan boleh datang dan pergi begitu juga dengan apa yang kit ada kini. Beringatlah...
benar!!! keberkatan hanya sebgai pengiring dalm kita menjalankan urusan...
kita perlu sama-sama menegakkan apa yang ingin kita tegakkan agar impian kita yang ingin ditunjangi bersama hanya berada di awang-awangan sahaja.
Pimpinan baru turun lah padang dan sama-sama lah satukan hati dengan kami semua sebgai followership..
tahniah pimpinan baru...
dont give up...
HAHAHA
Salam... teruk jadi pemimpin ni, asyik kena turun padang je... bila nak buat kerja ek asyik suruh turun padang je...
Baik, memang patut turun padang, tetapi kita perlu fikirkan keperluan dan keutamaan. Jangan jadikan alasan pemimpin tak boleh turun padang, kerja tak jalan, pemimpin tu manusia, kita tidak bertuhankan manusia.
Jadi bila ada tanggungjawab agama, kembalilah pada Allah bukan untuk please (dengan izin) sesiapa...
Buat pemimpin,
Jadilah pemimpin yang disegani, mudah mendekati orang lain, bukan mengharap untuk didekati (PEPIAS ni takde projek juta2 pun)...
Buat pengikut yang baik
Jadilah pengikut yang baik, ingatkan pemimpinnya tentang kepatuhan kepada Allah, janganlah menjadi Bal 'Am, bercakap pasal keburukan kepimpinannya dengan harapan dia akan menjadi pemimpin yang lebih baik... ish, ish, ish... dia akan jadi lebih teruk dari itu...
TUNE diri kita
Post a Comment