24 February 2012

HusnuzzonLOA: LOA ACCORDING TO QURAN AND HADIST

HusnuzzonLOA: LOA ACCORDING TO QURAN AND HADIST: by: Jumala Multazam In Islam world, this thing has been expressed 14 last centuries, taught openly to all people explicitly, even command...

21 February 2012

Assalamualaikum..

mari!! mari!!

Program menarik menanti anda....

anda ingin merasai syoknya ISLAM??

AYUH!! kita hadirkan diri beramai-ramai dalam~~




















bersama tetamu undangan Sham Kamikaze...

anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ilmu ini..

13 February 2012


Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian ilmu yang ingin dikongsikan bersama-sama anda..
Anda tahu apakah rahsia disebalik bacaan doa qunut??
mari kita KOREK rahsianya...jeng..jeng..jeng..



Kelebihan Doa' Qunut Berserta Maksud

Doa ni memang kita biasa baca dalam solat subuh iaitu selepas ruku' dalam rakaat kedua...kadang-kadang kita ni baca je, tapi tak tau apa maksud doa tersebut...

Kalau yang belum tahu, boleh tengok kat bawah ni....Kalau yang dah tau, nak baca pun takde masalah...Kalau anda baca dah kira berdoa jugak...Sama-sama kita hayati maksud doa qunut ni okey...Banyak kelebihan sebenarnya.. Memang bagus ia di baca pada waktu pagi.. Semoga entri kali ni bermanfaat untuk kita semua....

Bismillahhirrahmannirahim

Allah humah dini fiman hadait
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa'a fini fiman 'afait
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
.Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan

Wabarikli fimaa a'tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Waqinii Syarrama qadhait
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan

Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Walaa ya'izzuman 'adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu

Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

...AMIN...

baik...selesai sudah anda berdoa...

sudah berjaya KOREK rahsianya??

SANGAT MENARIK dan PENUH MAKNA bukan???

jawapannya ada pada anda...(^_^)


05 February 2012

PMG 12 tidak sabar menanti peserta lepasan SPM,STPM dan STAM 2011


WoW!!! Tak sabarnya nak masuk kampung. Eh kampung mana nak pergi nie? Jom kite ramai-ramai gegarkan Perkampungan Menara Gading 2012. Ooopsss!! Lupa pulak, penulis sudah terlajak usia. Yang dibenarkan masuk ke KAMPUNG ini ialah lepasan SPM, STPM dan STAM 2011 sahaja. Melepas lah sudah... So buat semua lepasan SPM,STPM dan STAM 2011 jangan melepaskan peluang masuk ke PMG12 ini...Apa maklumat yang perlu anda tahu??? Lihat di bawah....

I
I
I
V

mana?

I
I
I
I
V

mana?

ini dia....maklumat PMG 12

Tarikh :- 2-4 Mac 2012 (jumaat-ahad)
Masa : 2.00 petang (jumaat) - 4.00 petang (ahad)
Tempat : * GMI, Kajang
Yuran :- *RM 40 sahaja ( berbanding harga program lain, ini antara termurah)

Result dijangka keluar 22 Mac, Jadi sebelum result keluar anda kene jelas matlamat dan hala tuju anda..Jika result aku macam ini, aku perlu pergi mana, jika result power apa sasaran aku..Segala persoalan ini akan terungkai di PMG 12 nanti..Camne nak dapat pinjaman dan biasiswa dengan mudah? Semua akan diterangkan.

Tu dia maklumat nya...Apa? Nak tahu pengalaman yang pernah masuk kampung PMG ni..Jom kite baca testimoni mereka di bawah ini...

Dalila Binti Zaidi.SBP Integrasi Gombak.USIM - PMG mmg sgt mmbantu especially utk mereka yg belum jelas tentang program2 lepasan spm.and yg paling penting membimbing ktorg cara nak bwk diri as mahasiswa/wi

NUR ATYRAH BINTI MD SOKRI, 
SMK SERI KERAMAT, 
UITM KUALA PILAH
Mengikuti program PMG atas desakan kakak memang berbaloi, satu pengalaman yg amat bermakna mengajar kita membuat pilihan yg betul setelah mengetahui keputusan spm. apakah benar pilihan yg kita letak di atas dan yg plg bawah dalam permohonan mampu kita gapai di universiti kelak.atas nasihat dan tips yg diberikan, ternyata saya tidak salah memilih kursus di universiti kini. setelah itu, pmg juga mengajar kita bagaimana untuk berdiri di atas kaki sendiri , agar kita tidak terpesong mahupun goyah apabila kembali menimba ilmu kelak kerana cabarannya lebih besar drpd apa yg kita lalui di sekolah sebagai seorang mahasiswa :)

Aimi Syahirah. SMS Seri Puteri KL. UIA. PMG membuka mata peserta bukan sekadar menjadi mahasiswa/wi biasa2 tetapi mahasiswa/wi yg membawa nama islam dan mengamalkan islam secara keseluruhan :)

FATEN NOOR ATIKAH BINTI AHMAD KHIR JOHARI
SMK TTDI JAYA 
KPTM-UITM ALOR STAR
PMG sangat bermanfaat kepada pelajar pelajar yang baru lepas spm . kita dapat pendedahan mengenai alam U yang bakal di tempuhi oleh pelajar lepasan spm . program nie dapat memberi kita pengalaman dan pengetahuan yang berguna . PMG 11 terbaek :)

Izyan Lyana binti Rosman. SMK Seksyen 18, Shah Alam. Universiti Selangor. Segalanya dalam tiga hari! Orang yang bersekolah 11 tahun pun belum tentu dapat tahu selok belok dan pengurusan ke Universiti tapi PMG yang hanya 3 hari dapat memperjelaskan semuanya. Tahniah Pepias :)

FATIN NAJWA BINTI OTHMAN,( SBPI GOMBAK/ IPG KAMPUS TUANKU BAINUN,PENANG). PMG the best!! selain daripada pendedahan2 yang sangat berguna untuk menempuhi alam menara gading, cabaran2 dan tanggungjawab semasa bergelar mahasiswa/mahasiswi muslim,malah PMG membuka peluang untuk kita berkenalan dengan sahabat2 yang gempak dan menyeronokkan, fasi2 yg sporting berkongsi pengalaman hidup di ipt. slot2 yg sangat membantu dalam mengenal diri sendiri, tujuan hidup, tujuan belajar, apa yg patut diberi keutamaan di alam kampus.. lagipun, MAHASISWA PEMACU MASA DEPAN UMMAH!!! rugi kalau x pergi cheq habaq kat hang...

ADIBAH BINTI HAIRUDIN. F6 @ SMK PERIMBUN, CHERAS. PMG sangat bagus especially for budak lepasan SPM yg still ragu2 dgn hala tuju masing2 lps dpt result SPM. Moreover, PMG mengajar remaja especially yang perempuan ni untuk pandai bawak diri ketika berada di University/college and whatsoever. And there r lots of tips given during the program. Tips untuk berjaya, sudah semestinya! Hidup PMG!

ini testimoni orang yang jeles x dapat g PMG...

MOHAMED AZLAN B. DHAJUL AMIN
saya menjadi penggerak untuk pmg 11 dan saya sangat cemburu dengan peserta-peserta PMG kerana mereka mendapat input awal tentang alam IPT dan saya tidak pernah merasainya.justeru mereka dapat membuat persiapan awal dan lebih bersedia untuk menepuh alam MAHASISWA. Ia merupakan satu program yang patut diteruskan dari tahun ke tahun..

so..penulis tak menipu..ini buktinya...tak kan nak tulis semua kat sini..jadi, ini sebahagian sahaja komen yang dapat ditunjukkan. Anda nak apa lagi? Gambar? Jap...













 Tak boleh lah nak tunjuk semua..Nanti tak suprise la..Datang dulu..Baru dapat...Dalam PMG ini anda akan dapat ilmu dan ukhwah..Nilai keluarga yang sangat tinggi. Ada yang baru pijak kaki ke PMG dah nak balik tapi batalkan niat tersebut sebab program ini sangat menarik dan tertarik kepada dia.

Jadi apa tunggu lagi...??? Jangan lepaskan peluang anda untuk masuk ke kampung ini..Anda hanya perlu taip  (PMG)space (NAMA)space(NO I/C)space(DAERAH)space(NO.TEL) dan HANTAR ke number 0136437852 atau 0145073437..

SEBARKAN BLOG DAN MAKLUMAT PROGRAM ini kepada yang sepatutnya...

Jumpa anda di PMG 12






02 February 2012

  TANI (2)

Jeng! jeng! jeng! Mesti ramai tertanya-tanya apakah itu TANI (2)?? Adakah PEPIAS sudah menjalankan program kebajikan terbaru??? Adakah TANI (2) yang dimaksudkan itu bercucuk taman??? JOM kita ikuti cerita disebalik perkataan "TANI (2)".

Hmm..disini saya ada jawapan untuk persoalan anda semua..TANI (2) yang dimaksudkan adalah satu program yang dianjurkan oleh HELWANI PEPIAS iaitu TAMRIN NISA' yang telah diadakan pada 20-22 Januari 2012 bertempat di di PEJABAT ABIM SELANGOR. Mengapa TANI (2)?? kerana program TAMRIN NISA' ini sudah 2kali dijalankan. 

Nak tahu apa objektif program TANI (2) pada kali ini??? ini dia~~
  • Membina jaringan antara semua ahli HELWANI PEPIAS
  • Membentuk sahsiah dan jati diri sebagai wanita muslimah
  • Menanam kefahaman tentang jemaah dan peri penting individu bersama jemaah
  • Mewujudkan sifat ingin berbakti kepada agama dan masyarakat

Jom kita lihat antara aktiviti yang menarik di TANI (2)..




ok,,bersiap sedia nak bertolak

keperluan masakan..tanpanya, maka laparlah kami


sesi perbincangan berkumpulan
Sesi tazkirah

 









Bacaan AL-MULK sebelum tidur
sangat teguh ikatan mereka


susahnya nak lepaskan tangan mereka
penceramah jemputan, Kak Dayah dari ABIM
Barisan Peserta TANI (2)
peserta bersama tetamu jemputan


Haaa...!!! bagaimana?? menarik bukan? Inilah serba sedikit perkongsian perkongsian daripada program TANI (2)... Semoga produk-produk yang dikeluarkan daripada program ini bakal menjadi MUJAHIDAH SEJATI yang KENTAL untuk bersama-sama membangunkan ISLAM..insyaALLAH.. 

JUMPA LAGI PADA MASA AKAN DATANG....tata...=)


There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung