23 July 2010

Program,Program dan Program....



PROGRAM MOTIVASI DARJAH 6
Tarikh : 30,31 Julai & 1 Ogos
Tempat : SRAI Seksyen 19, Shah Alam
Keperluan : Memerlukan lebih kurang 30 orang fasilitator
PiC : PEPIAS Bangi

PROGRAM SMK BANDAR BARU BANGI ( POA KKPI SELATAN)
Tarikh : 30,31 Julai & 1 Ogos
Tempat : SMK Bandar Baru Bangi
Keperluan : Memerlukan seramai 12 orang fasilitator
PiC : PEPIAS Bangi

PROGRAM MOTIVASI
Tarikh : 30,31 Julai & 1 Ogos
Tempat : SRA KAFA Al-Kahfi
PiC : PEPIAS Gombak

PROGRAM MOTIVASI DAN IBADAH
Tarikh : 30,31 Julai & 1 Ogos
Tempat : SRA Parit 6
PiC : PEPIAS BANGI

PROGRAM MOTIVASI
Tarikh : 30,31 Julai & 1 Ogos
Tempat : Nur Lembah Pangsun
PiC : PEPIAS Ampang

PROGRAM MOTIVASI
Tarikh : 30,31 Julai & 1 Ogos
Tempat : Assam Jawa
PiC : PEPIAS AMPANG





22 July 2010

Macam-macam KKPI Utara 2010


Pada 9-11 julai yang lalu,di kem nur laman bestari telah diadakan kursus kepimpinan pelajar islam(kkpi) zon utara..

seramai 127 orang peserta dari 4 daerah telah menyertai kursus ini..

seramai 12 fasilitator dan 20 komiti telah bertungkus lumus untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar walaupun diawal program terdapat pelbagai masalah yang dihadapi,namun berjaya diatasi..

terdapat pelbagai aktiviti seperti ldk,qimuallai,permainan bermodul dan paling menyentuh perasaan peserta malah jugak fasi dan komiti ialah ceramah mengenai kepimpinan nabi muhammad dalam memjuangkan dakwah islam.ramai fasi dan komiti dan peserta menitiskan air mata kerana terlalu terharu dengan semangat baginda nabi muhammad untuki terus berjuang..malah di hujung pemergian nya,baginda hanya memyebut ummati,ummati,ummati.
.

Berikut gambar-gambar sepanjang KKPI Utara 2010 :-












Akhirnya KKPI ini berjaya dilakukan serentak. Satu di zon Utara dan satu di Zon Selatan. Dengan mengumpulkan seramai 215 orang pemimpin sekolah sekitar Selangor bagi kedua-dua zon yang terlibat.

Alhamdulillah, program seumpama ini mendapat respon yang baik daripada peserta-peserta yang terlibat. Semoga graduan KKPI ini dapat menjadi penggerak dan pemimpin di sekolah masing-masing. Semoga program kejasama dengan JAIS ini mampu melahirkan pemimpin sekolah yang mencapai tahap yang sepatutnya.

Semoga kita jumpa lagi di KKPI tahun depan.

Sana-Sini KKPI Selatan 2010


Pada 9-11 Julai telah diadakan Kursus Kepimpinan Pelajar Islam Selangor 2010. Kursus ini telah dibahagikan kepada dua bahagian dan salah satunya bahagian Selatan. KKPI Selatan telah diadakan di Kem Nur Bukit Unggul,Sepang. Kursus ini telah dihadiri seramai 88 orang pemimpin dari 8 buah sekolah. 8 kumpulan telah dibahagikan dimana setiap kumpulan ada 8 orang ahli dengan dibimbing oleh seorang atau dua fasilitator. ( Angka 88888 sungguh bertuah ). Fasilitator dan komiti terdiri daripada mahasiswa di daerah Ampang dan Bangi iaitu MMC dan KUIS serta dari pelbagai tempat yang lain.

Berikut beberapa gambar sepanjang KKPI Selatan 2010 yang menggambarkan sepanjang perjalanan program dijalankan :-















Semoga adik-adik KKPI Selatan ini mampu menjadi pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang. Mulakan kepimpinan anda di sekolah masing-masing.

Untuk melihat masa depan negara, lihatlah pemuda zaman sekarang!!!
Ayuh! Bangkitlah pemimpin muda sekalian!

09 July 2010

KUALA LUMPUR, July 9 — A disconnect between the government and the public has resulted in a majority of Malaysians feeling powerless in bringing about change in the country, a new poll of voters has found.
A recent survey by the independent Merdeka Center showed that the majority of Malaysians felt that they were incapable of bringing positive reforms to the country.
According to the survey conducted from January to April this year, 66 per cent of some 3,000 respondents believed that they had no say over issues raised in the survey.
Issues touched on by the survey included those such as national unity, integrity, democratic participation, and affirmative action.
The outcome of the survey suggests that the Najib administration has yet to effectively convince the public on its key policies.
Since taking over the government in April last year, Datuk Seri Najib Razak has laid down various ambitious reform plans including the National Key Results Areas (NKRA), which aims to, among other targets, eradicate corruption and forge national unity.
Merdeka Center director Ibrahim Suffian speculated that the sense of being powerless could be the result of government’s failure to conduct programmes that reflect the wishes of the public.
A lot of things that the government have been doing might not reflect what the people want,” Ibrahim told The Malaysian Insider.
“Despite being able to vote, the people do not see how they can exert influence on the leadership. In many places, they still feel disconnected from the leaders,” he added.
Ibrahim said the survey reflected the wishes for greater public consultation on public policy formulation.
The poll outcome also showed that the majority of Malaysians were sceptical about government spending ,with 53 per cent of respondents believing that public funds were not being spent prudently.
About 63 per cent of the respondents also believed that government assistance would not reach the needy.
The survey also revealed that 72 per cent of youths aged 19 to 24 were not interested in politics, while only 52 per cent of respondents above 50 took an interest.
However, democracy was not an issue that resonated among Malaysians, with just 27 per cent of the respondents listing “making the country more democratic” as the most important change they wanted to see in the country.
Improving the education system was the second most important issue, with 20 per cent of the respondents wishing for it to become world class.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fikrah:-
1) Sekiranya masyarakat mahu pada perubahan, maka masyarakat itu harus merasakan perubahan yang dijanjikan oleh pemimpin, dan sekurang-kurangnya, merasai wawasan akibat perubahan yang mahu dikejar. Apabila tiada rasa punya tanggung-jawab terhadap apa-apa isu yang berlaku dalam negara, adalah mustahil untuk memberikan dan mengharapkan apa-apa perubahan kepada kebaikan. Malah, mungkin masyarakat ini akan merasakan perubahan juga... ya.. perubahan kepada keburukan.
2) Perkara paling berbahaya, adalah apabila 72% belia remaja tidak berminat dalam politik. Politik yang difahami oleh orang muda ini, barang kali adalah politik kepartian, politik ala Machivelli yang sudah tentunya akan menegakkan syiar yang jauh dari kebenaran; ala-ala apa yang dilihatkan pada hari ini. Ini adalah sangat membimbangkan kerana gambaran berpolitik sebegini adalah suatu yang falasi.
3) Orang muda harus dididik dengan Politik seperti yang di bawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, dan para sahabat. Kaedah berpolitik Islami ini sangat suci, murni, dan membawa ummah kepada kemajuan dunia dan akhirat, suatu perjalanan yang sukar, namun, itulah model suatu kerajaan Islam yang memaksimumkan potensi sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi.
4) Apa akan berlaku pada masa depan? Yang ada kesedaran, nampaknya, harus berkerja dengan lebih keras!

06 July 2010

TV9 Pelajar IPT dan Disko

PELAJAR IPT DAN DISKO (21 JUN 2010)

Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) melahirkan kerisauan berkenaan perkembangan budaya clubbing yang semakin merebak di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Satu laporan berita khas yang didedahkan oleh sebuah saluran televisyen malam semalam (Ahad 20 Jun, jam 8 malam) dijadikan sebagai rujukan.

PEPIAS merasakan budaya ini menjadi punca kepada gejala sosial yang semakin meruncing di kalangan generasi muda. Lebih membimbangkan lagi budaya seperti ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan pelajar IPT. Seperti yang sedia maklum, para pelajar yang sudah mula terjebak dengan budaya clubbing ini, secara tidak langsung mereka juga akan terlibat dengan gejala sosial yang lain, antaranya seks bebas, pil hayal, berada dibawah pengaruh alkohol dan pelbagai kegiatan negatif kerana mudah didapati di pusat hiburan seperti disko ini.

Menurut satu kajian terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) gejala seks bebas yang juga melibatkan pelajar IPT ini sehingga menyebabkan berlakunya pengguguran janin dan pembuangan bayi sudah menjadi suatu gejala yang sangat meruncingkan. Perkara seperti ini terjadi adalah sebahagiannya berpunca daripada faktor budaya clubbing yang begitu giat dilakukan oleh pelajar IPT.

Berdasarkan pemerhatian PEPIAS, diantara kecenderungan pelajar IPT yang mudah terjebak dengan budaya ini adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya disamping begitu mudahnya pelajar IPT untuk memasuki pusat hiburan disko ini. Di samping itu, penguatkuasaan yang lemah oleh pihak universiti dan pihak berkuasa daripada mengekang budaya seperti ini juga menjadi sebab ianya terus berleluasa. Walaupun perbelanjaan di disko ini agak tinggi, namun sebahagian mereka sanggup berbelanja besar menggunakan wang biasiswa, pinjaman pelajaran, wang belanja dari ibu bapa dan sebagainya bagi memenuhi kehendak bersuka ria mereka.

Oleh hal yang demikian, PEPIAS merasakan budaya hiburan melampau ini perlu dibendung khususnya dikalangan pelajar IPT yang beragama Islam kerana ianya jelas bertentangan dengan syariat dan tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran. Terdapat juga banyak rungutan dikalangan ibu bapa yang bimbang dengan kegiatan anak-anak mereka mutakhir ini. Sebelum ini mereka menganggap perkara ini sukar berlaku apabila anak-anak mereka berada dibawah pengawasan pihak universiti.

Sebagai salah satu langkah penyelesaian, PEPIAS berharap agar pihak berkuasa dan masyarakat perlu mengambil tindakan serius secara bersama bagi menangani budaya ini. Jika baru-baru ini pihak berkuasa menyatakan akan menemui semua naib canselor IPT bagi mengawal dan menangani kegiatan Jemaah Islamiah (JI) dikalangan pelajar IPT, PEPIAS juga berharap agar isu clubbing dan gejala sosial yang semakin parah ini tidak dikesampingkan. Satu pelan tindakan bersepadu perlu difikirkan diantara pihak berkuasa, Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti secara serta-merta.

Di samping itu PEPIAS juga berharap agar isu berkaitan JI dikalangan pelajar IPT yang menjadi semakin hangat ini tidak menjadi sebab untuk membantutkan aktiviti persatuan pelajar yang berorientasikan gerakan Islam. Sudah semestinya melalui aktiviti berpersatuan ini juga dapat mengekang gejala sosial dikalangan pelajar IPT daripada terus membarah. Kesimpulannya, usaha bagi menangani gejala sosial ini perlu didokong oleh semua pihak.

ZAFRULLAH BIN ARIS
SETIAUSAHA AGUNG
PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS)

05 July 2010

Salam Ukhwah buat Semua....

Pasti ramai yang sudah mengetahui pada minggu ini PEPIAS akan mengadakan sebuah program iaitu Kursus Kepimpinan Pelajar Islam Selangor (KKPI 2010 ). Program tahunan PEPIAS ini merupakan sebuah program yang bakal menghimpunkan hampir 300 pelajar pimpinan sekolah tingkatan 4 sekitar negeri Selangor.

Untuk makluman semua, KKPI pada tahun ini akan diadakan di 2 bahagian iaitu bahagian Utara dan Selatan. Berikut maklumat-maklumat mengenai program tersebut :

1) KKPI UTARA = 9-11 Julai 2010 di Kem Nur Laman Bestari.
Pengarah : Sdr Fawwaz 0196074700

2) KKPI SELATAN = 9-11 Julai 2010 di Kem Bukit Unggul
Pengarah : Sdr Afiq 0194496172

Semoga program tahunan ini akan berjalan seperti dirancang. Sesungguhnya rancangan Allah itulah yang terbaik buat semua.

Sekiranya mana-mana pihak berminat untuk menyumbang dari segi sumbangan kewangan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi kedua-dua pengarah terbabit. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan bagi menjayakan program ini.

Sekiranya mana-mana pihak ingin menghantar peserta bolehlah menghubungi Unit Pendaftaran Peserta iaitu Sdri Nadia : 0193671640.

Sekian, terima kasih.
There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung