19 April 2011

10 A.M.A.L.A.N T.E.R.B.A.L.I.K

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.



5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?



7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.



8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.



9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.




Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

05 April 2011

PMG 11 - Bimbing 107 lepasan SPM/STPM buat pilihan.

Semua mengakui teruja setelah mengikuti program Perkampungan Menara Gading kali ke 11 ( PMG 11) di UNISEL, Kampus Shah Alam selama 3 hari 2 malam mulai 1 hingga 3 April 2011. Prihatin dengan masa depan remaja Islam yang baru menamatkan zaman persekolahan sebelum melangkah ke Menara Gading, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS ) mengambil langkah seperti tahun-tahun sebelum ini untuk mengadakan PMG ini. Program yang bertujuan memberi pendedahan kepada remaja Islam tentang ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian serta merasai kehidupan sebenar di alam kampus ini berjaya menarik minat seramai 107 orang peserta sekitar negeri Selangor. Kegusaran Jawatankuasa Program dengan ketiadaan peserta pada peringkat awal akhirnya terubat dengan yakin bahawa ia datang dari keberkatan doa bersama.

Program khas untuk pelajar lepasan SPM dan STPM ini telah mendapat kerjasama yang terbaik daripada pihak UNISEL sendiri. Sokongan daripada pelbagai pihak telah berjaya untuk kita menghasilkan program seumpama ini walaupun gerak kerja program hanya bermula tidak sampai sebulan dari tarikh sebenar program. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap Jawatankuasa Kerja ini tidak dapat digambarkan dengan dibarisi ahli-ahli yang baru mengenali PEPIAS. JK kali ini turut disertai oleh alumni PMG 9 dan 10.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya slot Menara Gading 1 yang menampilkan Ybhg Prof Dr Sulong dari UNISEL bagi menceritakan tentang peluang dan ruang yang ada untuk melanjutkan pelajaran. Seterusnya slot Menara Gading 2 pula, PEPIAS telah menjemput 2 panel dari MARA dan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi taklimat mengenai beberapa pembiayaan pinjaman dan biasiswa pelajaran yang boleh diperolehi untuk menampung kos pengajian. Sebanyak 3 Latihan Dalam Kumpulan telah dijalankan yang mempunyai objektifnya tersendiri. LDK 1 lebih kepada asas untuk mengenali, membetulkan niat dan mesra bersama ahli kumpulan. Aktiviti melakonkan pelbagai watak itu telah memberi kesan kepada semua peserta untuk tidak malu bila berada dalam kumpulan. Ada pelbagai watak muncul iaitu gedik, nakal, gangster, lembut dan sebagainya. “Trademark” setiap kumpulan juga mencerminkan kesepaduan setiap ahli kumpulan. –“ole le hurgh! Ole le le hurgh ! hurgh ! KUIS TERBAEEEEKK!!! Ini merupakan salah satu trademark yang ada..(popular).

Dalam LDK 2 pula, peserta didedahkan tentang potensi diri yang ada pada setiap diri masing-masing. Mereka sangat teruja bila mengetahui sebenar diri masing-masing sangat HEBAT. LDK 3 iaitu ldk yang terakhir pula menceritakan tentang kepentingan berjemaah bila bergelar mahasiswa nanti. LDK ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kepada mereka konsep Hamba, Khalifah dan Daie. Slot Forum juga turut diadakan dengan mendatangkan 3 panel khas yang merupakan senior2 dalam PEPIAS dan dimoderator oleh Sdr Shafiezan. Slot ini lebih banyak menceritakan mengenai cabaran dan halangan yang bakal dihadapi bila bergelar seorang Mahasiswa nanti. Sidang Pleno turut berjaya menggegarkan perkampungan di UNISEL ini. 2 tajuk yang berbeza dikupas oleh 4 kumpulan besar bejaya menghangat PMG lebih hangat daripada biasa. Cinta Kampus. Boleh atau Tidak? Dan Akademik vs Aktivisme..Le Tour De Campus berjaya membuka pemikiran peserta mengenai realiti mereka nanti di alam kampus.

Sepuluh kumpulan yang telah dibahagikan berjaya menghasilkan satu semangat PMG yang berbeza. Bila KUIS, Poli, Al-Azhar, UITM, UIA, UPM, UM, MMU, UNISEL, dan UNIKL bergabung maka terbentuklah semangat PMG see bee lass…Sungguh dasyat penangan PMG kali ini. Seramai 16 orang fasilitator berjaya menghidupkan kumpulan masing-masing bagi mencapai objektif program. Tahniah unit modul yang berjaya membawa modul dengan sebaiknya.

Kenangan menaiki coster berulang alik dari Wisma Mais ke UNISEL, pagi datang malam baru pulang, tidur tempat yang kurang selesa, berjalan sehingga penat, makan makanan ala kadar dek perut tengah berbunyi nak lagi, dengar ceramah sampai kepala sujud ke lantai telah banyak mengajar peserta tentang realiti di alam kampus. Semoga dengan pendedahan awal ini dapat melahirkan mahasiswa yang telah bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke Menara Gading.

Tema ‘ Mahasiswa Pemacu Masa Depan Ummah” diharap dapat ditunjang oleh setiap peserta yang hadir ke program ini. Tanggapan awal mengatakan program ini bukan jiwa telah ditepis sebaik mungkin setelah berjaya menamatkan graduasi sebagai graduan PMG 11 yang telah disempurnakan oleh Sdr Presiden PEPIAS, Zulhelmi Abdullah. Tangisan ukhwah di akhir program sebenarnya telah membuahkan nilai yang amat tinggi. Semoga talian ini kekal selamanya…See U di IPT!!!

Begitulah serba sedikit perjalanan program Perkampungan Menara Gading Peringkat Negeri Selangor. Terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak terutama sekali buat kesemua 107 orang graduan PMG 11. Jumpa anda di IPT. InsyaAllah. Kita doakan bersama.

Layarilah grup PMG 11 @ UNISEL di facebook untuk merasai pengalaman dan respon daripada setiap peserta.

Penangan PMG 11

da 2 blog kami post kan ttg cerita di PMG...ini yang terakhir utk di postkan arini..Semoag setelah membaca, ia memberi manfaat pada semua..sangat truja utk postkan...minta izin ea..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PMG 11 THE BEST......HEBAT!!!!!

assalamualaikum semua.....
ari ni nak cerita pasal PMG 11...apa dia PMG 11???
cecite..cecite...hehehe...nak cite la ni...SABAR ye...disebabkan saya dari kumpulan yang paling penyabar..
tu yang saya besarkan huruf sabar tu..haha..
PMG tu Perkampungan Menara Gading yg diadakan kali yg ke 11..
buat kat UNISEL Shah Alam..
sangat GEMPAK N BEST!!!!!!
rugi sape yang tak menghadirkan diri ke pmg ni...hehe...
nak cite dari mule??memang tak kan habis cite 3hari 2 malam..haha...
ok2...mule2 sampai naik van dengan abg afiq kat ktm kajang...
kiteorang kumpulan dari hulu langat sampai paling awal...
pukul 1 pm da sampai...tak de orang lagi time tu...
tempat pendaftaran pun tak de lagi...haha...excited punya pasal..
pas tu kiteorang dibawa oleh kakak2 fasi pergi dewan...
pergi dewan jumpe dengan abg2 fasi pulak..speaker nye sape lagi kalau bukan abg RORO...haha...
name sebenar dia rozaidi yang bermaksud kelebihan...
ok2,lepas tu kiteorang pergi letak barang,then semakin lame ramai peserta yang sampai...
abg roro terpaksa perkenalkan diri banyak kali...haha...kesian2...
dipendekkan cerita lepas tu kiteorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan...
10 kumpulan kalau tak silap..kump yg diberi nama mengikut universiti..
MMU,UIA,UPM,UM,U.AL AZHAR,UITM,POLI,UNISEL,KUIS(kump abg muslim[come on]hehe.. yg paling anti skali..haha..fasi dia sape lg kalau bukan abg k...haha...)
memang best aktiviti2 yang dijalankan..banyak benda yang kita tak tahu jadi tahu..seperti biasiswa dan macam2 lagi..walaupun 3 hari 2 malam tapi rasa macam sekejap sangat...huhu...sedih2...
disiplin kat sana ok la...dapat abg disiplin yang garang..hehe..sebenarnya tak garang pun..haha..
muka je tak penah senyum..tapi rasenya penah nampak abg aidil senyum..hehe..


saya dari kump MMU...kumpulan paling sabar..hehe..
fasi nye adalah abg umar n kak tim....fasi yang sangat sporting + baik..

rindu la kat korang semua...huhuhu...
antara aktiviti yang paling menarik bagi saya adalah forum..hehe..best..ade abg shukor,abg zulhelmi ngan kak fadhilah mastura...sedap name kak dila..hehe...
abg k ade tulis kat status PMG 11 ade PMGK kt UIA gombak..
tak taw la dapat pergi ke tak....teringin nak pergi....best kot...
memang banyak input yang dapat...best sangat..
mula2 tu agak segan jugak la dengan fasi2 semua..lepas 2 ok dah..hehe..
nak kongsi sedikit ilmu...(^,^)

antara peranan mahasiswa adalah:-
Matlamat
Amal ibadat
Hukum syara'
Agen perubah
Sabar
Idealisme
Sahsiah diri
Wibawa
Aktivisme


sebenarnye banyak pic2 yang nak diupload,tapi usb pulak hilang...adoii...
tak pe...saya akan usahakan untuk mencarinya...
ok2...berbalik kpd pmg kite...
sy suke juga LDK..banyak benda yang boleh sharing2..sharing is caring..kan3???hehe..


antara tanggungjawab mahasiswa pulak adalah:-
~jaga akhlak..(abg hafiz kata timbangan paling berat bagi seseorang hamba adalah akhlak..)
~jaga pakaian
~pilih kawan yang baik
~perlu ada sifat ingat mengingati


kiteorang dari group hulu langat sampai awal tapi balik lambat..huhu...tapi takpe...best2...haha..
sementara menunggu abg afiq wat postmotem,kiteorang tolong kemas2 dewan..
banyak jumpe pen,kertas,macam lagi..ishh2...kawan2...membazir...
lepas tu nampak abg sorang ni tengah mop lantai..hehe...kiteorang ingat cleaner mane..hehe..sory ye abg..

abg tu marah kiteorang panggil dia cleaner...haha...kiteorang gurau je la abg..haha..
nk ckp thankz dekat abg afiq sebab sudi hantar saya sampai depan rumah...syukran jazilan...=)
saya juga nak ucapkan jutaan teima kasih dekat kakak fasi n abg2 fasi sebab memberi ilmu yang sangat bermanfaat...jasa kalian akan dikenang sampai bila2..hehe...
saya teringin jugak nak jadi fasi tapi saya ni tak pandai bercakap sangat..huhu...

RINDU KAT KORANG SEMUA....hehe..

~MAHASISWA PEMACU MASA DEPAN UMMAH~
dengarkanlah lagu tema pmg...sangat best...hayati lah liriknye...sangat bermakna..

created by :- http://hauraqasehliyana.blogspot.com/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tunggu post tentang PMG 11 oleh PEPIAS...(actually tunggu gambr tuk dimasukkan)

PMG 11 lagi....

Ha...da bace luahan isi hati dari salah seorang peserta PMG 11? ni yg ke 2 plak....minta izin ea...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

saya Muhammad aiman bin abd latif telah myertai pogram ini.. byk manfaat yg telah saya ambil dalam pogram pada kali ini.
Ap yg saye dapat dalam pogram ini ialah untuk menjadi seorang
`MAHASISWA PEMUCU MASE DEPAN UMMAH’
Saya ad abie yg bernama HAIKAl
Dan umie AISH
Mereke telah mencurahkan segala pengalaman mereke kepada kami.
Pada mlm pertama menjalankan LDK 1 = pertama-saya telah memperkenalkan nama mengikut watak yg telah di beri.mule-mule berase malu kerana semua perempuan yang tidak penah saye kenal.
Sesudah itu saya memberanikan diri untuk mengeluarkan bakat yang ad di dalam kumpulan itu. KEDUA-saya telah bersatu dengan kump. Untuk memfikirkan treedmark kump. Dan telah mendapat idea yang bernas..
Pada hari kedua saya telah memahami ape itu MAHASISWA. Yg akan saya alami x lame lagi.


Jati diri Mahasiswa Islam.
BERSAMA Saudara Syafizan b. Rosli

-Saudara Zulhelmi b. Abdullah
-Saudara Syukur b. Abdul Syarif
- Saudari Fadzilah Mastura bt. Sokibul Fadil



Antara isi yang disampaikan:
1. Kena pandai pilih kawan yang baik.
2. Menangkan iman.
3.Menuntut ilmu kemsyarakatan
4.Wajib mendalami ilmu agama
5.Memastikan berjalannya dakwah islamiah
6.Menjadi pengajar kepada orang lain
7.Amalkan apa yang kita belajar
8.Jaga aurat dan akhlak

4 ELEMEN ILMU DALAM ISLAM berdasarkan Surah Al-'Alaq:
1- Iqraa' (Bacalah)
2-Rabb (Tuhan)
3-Khalaq (Pencipta)
4-'Allama (mengajar)
disampaikan oleh Abang Fawwaz
-untuk complete sebagai Mahasiswa Islam


ini yang saya lakukan pada riadah untuk menentukan mahasiswa yg penuh semangat


Matlamat Hidup
Amal Ibadah
Hukum Syara'
Agen Perubah
Sabar
Idealisme
Sahsiah Diri
Wibawa
Aktivisme






Pada hari terakhir semua peserta lelaki menunjukan kehebatan untuk menampilkan diri kedepan untuk menyanyikan 2 lagu iaitu PERSADA dan MENARA GADING.
Selepas itu kami menonton video yang telah kami lakukan selama 3 ari 2 malam di UNISEL SHAH ALAM.
Selepas itu kami bersalam buat kali terakhir pogram itu.. dengan lagu yang

BROTHER- DOA PERPISAHAN

(yang bertemu pasti akan akan berpisah)
The blog
Create by AIMAN

PMG 11 Mantopp!!!

As salam buat semua pembaca setia blog persada PEPIAS...

Penulis nak post kan nukilan pertama daripada salah seorang peserta PMG 11...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya saya telah diberi peluang sekali lagi untuk mengikuti program yang banyak manfaatnya.


PERKAMPUNGAN MENARA GADING
"Mahasiswa Pemacu Masa Depan Ummah"
anjuran PEPIAS (PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR)
1-3 APRIL 2011
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, SHAH ALAM

Program yang telah berjalan selama 3 hari 2 malam ini sememangnya satu program yang patut disertai oleh anak2 muda apatah lagi bagi kita yang bakal menempuh alam IPT tak lama lagi. sebut sahaja perkataan MAHASISWA, saya agak gerun mendengarnya. Kata orang, dunia kampus itu lebih dahsyat dari alam persekolahan. Dari assignment, aktiviti2 hinggalah kawan. Semuanya pasti menjadi kebimbangan dan perumitan dalam menempuh dunia sebagai seorang mahasiswa.

Saya tersedar dari lamunan yang agak panjang. Setelah bercuti, mengikuti program khidamat negara, sebenarnya saya masih di awang-awangan tentang hala tuju masa depan saya. Benar, saya telah ambil keputusan untuk menyambung dalam bidang perubatan. Tapi, sekali lagi, program ini membuatkan saya terfikir sejenak.

Adakah saya minat?

Adakah saya layak?

Tapi, semuanya berbalik pada diri kita sendiri dan ketentuan Allah swt.
Mungkin jawapan yang saya mahu takkan saya dapat hari ini. Namun cukuplah sekadar meyakinkan saya bahawa masa depan itu tiada siapa yang tahu melainkan Allah. dan Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk kita.

"ALLAH BERIKAN APA YANG KITA PERLU, BUKAN YANG KITA MAHU"

secara keseluruhannya, program ini dijalankan di Dewan Kuliah dan juga LDK. sememangnya LDK adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan berjaya membuka minda saya dan rakan2. Saya disatukan bersama rakan2 yang lain (Uyun, Andi, Eira, Anis, Zaf, Hajar, Khairi, Piah) di bawah satu kumpulan iaitu "Universiti Al-Azhar". Entah kenapa kami sahaja yang memegang nama IPT luar negara sedangkan kumpulan lain semuanya menggunakan nama universiti tempatan. LDK ini umpamanya seperti usrah. awal2 sesi perkenalan, kami diberi setiap seorang satu watak yang berbeza. Nasib baik pernah melakukannya di kem, jadi bagi saya tiada masalah. Satu sahaja yang berlainan. ada soalan tambahan yang pada saya amat sukar untuk dijawab. SOALANNYA?

Nyatakan ciri2 lelaki idaman?

=,=''

okay.....

dahlah kena bawa watak garang.

macam mana tu?

Akhirnya ini yang menjadi jawapan saya. Ringkas tapi penuh bermakna.

"Saya percaya Lelaki yang baik adalah untuk Perempuan yang baik"

Sepanjang LDK, memang group kami agak kecoh. Kesian fasi2 kami *Akak Fadh dan Abang Madi. Tapi, makin lama, makin layu pula kami. Alasan saya, rasa sebak dah nak habis program ni..hehe. Trademark Al-Azhar yang jadi ke'jeles'an Abang Muslim ialah *Kita Bakar versi Kak Limah. entah kenapa ayat tu sahaja yang keluar dari awal hingga ke akhir LDK.

Satu pesanan Kak Fadh dan Abang Madi yang hingga kini masih terngiang2 dalam kotak fikiran saya, walau apa2 pun, niatkan kerana ALLAH. Benar...saya mungkin terlupa. Entah kenapa selama ini ilmu yang saya peroleh saya lupa semua itu datang dari Allah. Bukan dari buku, bukan dari cikgu. Sebab itu, pelajar selalu risau kalau tak habis ulangkaji, tak habis baca buku. Kerana dia lupa segala ilmu itu datangnya dari Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

CIRI2 MAHASISWA ISLAM:

Matlamat Hidup
Amal Ibadah
Hukum Syara'
Agen Perubah
Sabar
Idealisme
Sahsiah Diri
Wibawa
Aktivisme

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AKTIVISME VS AKADEMIK

Tajuk perdebatan di Dewan Kuliah 1

Masalah siswa-siswi zaman sekarang ialah mereka takut sekiranya pelajaran terganggu akibat menyertai program2 di luar kelas.
Pernyataan ini membuka mata saya. Saya lihat sekeliling. Kakak2 dan abang2. Mereka ini tidak busy ke? Nsk study lagi...nak berdakwah lagi... Lantas, Kak Fadh telah menjawab segala pertanyaan yang berbenak dalam hati ini.

"Cuba adik2 bayangkan, kalau semua orang asyik fikir nak berjaya, nak dapat pointer bagus.. Agak2 ada tak program ni?". Saya menggeleng. "Kalau sorang berfikir biarlah orang lain yang buat, macam mana nak sampaikan dakwah Islam tu?". Saya terdiam. Memikirkan sejenak kata2 itu. Tiba2 saya teringat kepada Presiden PEPIAS. Bukankah beliau juga seorang yang berjaya? Pendakwah dan dalam pada masa yang sama merupakan seorang jurutera. Tapi, dia masih menyibukkan dirinya demi memajukan ummah. Kagum dengan usahanya itu. Dan kagum dengan semangat yang kakak2 dan abang2 bawa berpaksikan nama Islam. Satu persoalan yang ditimbulkan kepada tuan presiden, Kenapa dia masih berada di sini? Jawabnya, "Kerana saya pernah melaluinya dan perlu memberitahu atau menunjukkan kepada adik2 yang lain pula."

Konklusinya: Kita haruslah bijak membahagikan masa untuk mencari ilmu dan juga berkongsi ilmu :)

=====================================================================

4 ELEMEN ILMU DALAM ISLAM berdasarkan Surah Al-'Alaq:

1- Iqraa' (Bacalah)
2-Rabb (Tuhan)
3-Khalaq (Pencipta)
4-'Allama (mengajar)

disampaikan oleh Abang Fawwaz
-untuk complete sebagai Mahasiswa Islam


====================================================================

Satu cara lain untuk selamat di dunia IPT ialah SENTIASA MENANGKAN IMAN.

Forum: Jati diri Mahasiswa Islam.
Moderator: Saudara Syafizan b. Rosli
Panel: 1. Saudara Zulhelmi b. Abdullah
2. Saudara Syukur b. Abdul Syarif
3. Saudari Fadzilah Mastura bt. Sokibul Fadil


Antara isi yang disampaikan:
1. Kena pandai pilih kawan yang baik.
2. Menangkan iman.
3.Menuntut ilmu kemsyarakatan
4.Wajib mendalami ilmu agama
5.Memastikan berjalannya dakwah islamiah
6.Menjadi pengajar kepada orang lain
7.Amalkan apa yang kita belajar
8.Jaga aurat dan akhlak

"Bayi yang lahir menggenggam tangannya kerana dia takut lupa pada janji Allah sewaktu di alam roh" - Kak Fadzilah

"Mula merancang dan membuat pelan tindakan untuk masuk ke syurga"- Abang Zul

Apa yang saya peroleh melalui forum,
Aimi Syahirah binti Azmi


p/s: teringin nak sertai lagi mana2 program anjuran PEPIAS :) InsyaAllah bertemu lagi...

sumber dari : -http://goldenchoc.blogspot.com/
There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung