28 June 2011



W.A.L.I.M.A.T.U.L U.R.U.S


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا (١)

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

SURAH AN-NISA : 1

Segala puji bagi ALLAH, yang menciptakan manusia berpasang-pasangan.

TAHNIAH buat pimpinan dan mantan pimpinan PEPIAS yang telah berjaya menyempurnakan separuh daripada iman mereka.

sekalung TAHNIAH buat Tuan Presiden,




Mohd Zulhelmi Abdullah dan pasangannya Aida Farhana Binti Ibrahim



TAHNIAH juga buat mantan Setiausaha Agung PEPIAS,

Saudara Zafrullah Bin Aris dengan pasangannya

Fatimah Azzahra Mohamad (Mantan Penolong Bendahari Agung PEPIAS)




Tidak lupa buat Mantan Bendahari Agung,

Saudara Syamel Yusoff dengan isterinya, Saudari Nor Alia Mohmad.







سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الأزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الأرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لا يَعْلَمُونَ (٣٦)

Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

SURAH YAASIN : 36


SEMOGA MAHLIGAI YANG DIBINA KEKAL HINGGA KE SYURGA.

Amin Ya Rabbal 'Alamin...






23 June 2011

Jiwa orang muda

Jiwa orang muda sentiasa membawa kepada tindakan yang diluar dugaan. Tindakan yang belum tentu membawa kepada kebaikan, dan begitu juga belum tentu membawa kepada kemusnahan. Tindakan luar duga ini mungkin kerana kenaifan, atau sebenarnya mereka tahu lalu bersedia untuk menerima risiko. Agresifnya orang muda adalah penting untuk kematangan dan kemajuan. Saya menggunakan istilah kematangan, bukan kerosakan kerana suatu tindakan akan memungkinkan sebarang hasil sama ada baik atau buruk; kedua-duanya akan membawa kepada kematangan. Berbeza dengan langsung dengan tiada tindakan; pasti akan menghasilkan kejumudan. Mungkin atas dasar ini, suatu tindakan perlu didasari dengan ilmu pengetahuan untuk meminimumkan risiko kerosakan.

Jiwa orang muda walau didasari dengan ilmu pengetahuan, sifatnya yang buas perlu merasai sendiri pengalaman tertentu, memungkinkan kota keilmuan seseorang sering tewas dengan langkah pencak hati dan semangat yang mencakari kota ilmu yang biasanya hebat pada teorinya namun tidak lekat di kepala. Selagi anggota tangan, badan dan kaki tidak merasa pahit-jerih dan keringat menitis ke bumi, maka jiwa itu tidak akan tenang. Maka, lontaran emosi perlu disambut! Benak minda jelas dan segar, menyatakan ‘ikut hati, mati; ikut rasa, binasa’; namun, itulah peperangan dalaman yang sukar digambarkan jika tidak pernah merasai jadi orang muda. Ya, semua orang walaupun sudah melalui usia senja, belum tentu merasai jadi orang muda.


Inilah masalah umat yang enggan dimatangkan dengan pengalaman yang dijana dan dibina secara sukarela. Kita ini, umat yang mahu dimatangkan oleh keadaan. Maknanya, berubah apabila dipaksa untuk berubah. Tidak mahu berubah apabila dalam keadaan selesa. Walhal, tidaklah selesa manapun.. tertipu dengan keselesaan yang tidak selesa. Kata pepatah, ‘alah bisa tegal biasa’. Kemudian, ditanya mana inovasi kita? Semak semula bila kali terakhir kita berubah?Ertinya, jiwa kecil pada jasad yang senja! Hanya mereka yang melalui pengalaman orang muda akan bisa mematangkan jiwa untuk terus menjadi dewasa. Lantaran, jasad akan menjadi dewasa seiring dengan jiwa.

Tidak pula bermakna ilmu itu tidak perlu. Ilmu itu maha penting untuk membezakan antara orang alim dengan yang jahil. Tidaklah sama kedua-duanya. Kemuliaan seorang manusia ditentukan dengan ilmu yang ada padanya. Ilmu Tuhan sangat luas. Bukan sekadar ilmu akademik semata-mata. Ilmu yang lebih penting, adalah ilmu untuk menambah dekat seseorang dengan Tuhan sebagai hambaNya yang soleh, serta menambah dekat seseorang dengan makhluk Tuhan sebagai khalifah mentadbir bumi dengan adil dan bijaksana. Lantaran itu, memiliki ilmu adalah suatu yang wajib bagi setiap insan, tidak kira agama apa sekalipun. Semakin kita memiliki ilmu, semakin dekat kita dengan kerelaan untuk berubah dan merobah diri dan sekeliling kita menjadi lebih baik dan menghampiri kesempurnaan.

Pra-syarat untuk mempunyai jiwa yang besar adalah jiwa muda yang rela belajar dan diajar, mengikut sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, berlandaskan tradisi yang disanadkan turun temurun melalui ulama yang muktabar. Malahan, segala prinsip kehidupan seharusnya diteladani daripada baginda. Siapa lagi yang mampu menterjemahkan cara hidup Islam yang serba sederhana selain daripada Rasulullah SAW? Maka, jiwa muda Rasulullah SAW perlu diteladani sepenuhnya untuk menjadi matang, berilmu, dan seterusnya menjadi umat yang terbaik di kalangan manusia. Kalau kita percaya di syurga adalah yang terbaik, maka percayalah bahawa jiwa muda adalah jiwa yang terbaik. Bukankah di syurga, semua orang adalah muda-muda belaka? Pasti ada perkara yang maha penting untuk dicari dan digali yang sangat berharga pada jiwa orang muda.

Marilah kita membina, membangunkan dan membesarkan jiwa kita dengan jiwa muda. Selagi jasad masih muda, selagi jiwa masih suci dari noda dan dosa. Raikan sunnah, penuhi semangat hijrah. Depani umat pada barisan paling hadapan. Jihad masa muda sebelum tiba masa tua. InsyaAllah, umat masa depan akan terbina dengan jasad-jasad yang matang yang punya jiwa yang besar. Jiwa orang muda! Mulakan dengan lakukan perubahan. Mulakan sekarang!



(Sumber : http://imayu05.blogspot.com/2011/06/jiwa-orang-muda.html )

02 June 2011

Rasional Usrah Siri 4

Dalam tempoh kerajaan Abbasiah, perpecahan dalaman menjadi runcing. Perkara yang diperselisihkan pada ketika itu adalah mazhab. Umat Islam terpecah-pecah kepada kumpulan - kumpulan mazhab yang saling bermusuhan dan saling mencurigai.

Ketika itu mazhab menjadi batu loncatan untuk mendapatkan pangkat dalam kerajaan. Sebagai contoh, sekiranya Sultan pada ketika itu bermazhab Syafie, maka ramailah yang akan memahirkan diri dalam mazhab tersebut supaya dapat diambil bekerja dalam kerajaan. dan begitu juga sebaliknya.

Mazhab juga dijadikan alat untuk meningkatkan pengaruh dan kekuasaan. Siapa yang lebih hebat berhujah, dialah yang akan lebih berpengaruh. Persoalan furuk terlalu digembar - gemburkan sehingga selalu terjadi pergaduhan dan membawa kepada peperangan yang menumpahkan darah.

Guru-guru mazhab diagungkan walaupun ada yang tidak mengamalkan Islam dengan baik. Murid-murid menjadi taksub dan taqlid membuta tuli. Ketika ini asas hujah adalah demi mempertahankan reputasi diri, bukan mencari kebenaran. Merasa terhina sekiranya kalah dalam perdebatan.

Dalam perpecahan yang sangat merugikan ini, tiga peristiwa menyanyat hati telah berlaku:

1. Kejatuhan kerajaan Andalusia yang mengorbankan ribuan malah jutaan nyawa. Jutaan juga yang murtad. Kerajaan Abbasiah tidak menghantar tentera bantuan kerana andalusia dari dinasti Umayyah.

2. Kejatuhan baitul maqdis. Perpecahan dan pertelingkahan dalaman mengakibatkan umat Islam terlalu lemah dan mudah ditindas. Pembunuhan dan kezaliman besar berlaku dan hanya dibebaskan oleh Sultan Salahuddin selepas 200 ratus tahun.

3. Kejatuhan dinasti Abbasiah yang diserang oleh Hulagu Khan. Kota baghdad pada ketika itu adalah kota paling ternama didunia seperti wujudnya Paris, London dan New York pada hari ini. Terlalu banyak nyawa yang gugur, terlalu banyak bahan tamadun yang musnah. Berakhirlah dinasti Abbasiah.

Berbincang tentang mengelakkan perpecahan, terdapat satu coretan pada pintu masuk kota Al-Hambra yang berbunyi:

negera akan makmur apabila ada 4 perkara:

1. Pemimpin yang adil
2. Ulama' yang ikhlas
3. Hartawan yang dermawan
4. Fakir yang mendoakan kesejahteraan yg lain.

Di antara elemen tersebut yang ingin ditekankan disini adalah elemen Ulama. Penting sekali adanya ulama' yang ikhlas dan berani. Ulama' yang ikhlas akan berkata benar dan tidak bertindak atas kepentingan peribadi.

Keberadaan Ulama' Su' (jahat) akan menyesatkan golongan marhaein (orang awam) dan boleh membawa kepada kerosakan yang besar . Kerana itu juga adalah penting untuk kita menuntut daripada Ulama' yang terpilih.

Mari bersama-sama kita teliti elemen - elemen diatas. 2 elemen yang menyebabkan perpecahan adalah manhaj ilu yang menyimpang dan syak wasangka. Usrah mengandungi 2 elemen yang mampu mencegah kepada perpecahan iaitu elemen ukhwah dan elemen ilmu.

Usrah merupakan pertemuan berkala yang mengeratkan silaturrahim dan menjauhkan syak wasangka. Dalam masa yang sama, usrah merupakan tempat perkongsian ilmu yang dapat memberi pencerahan yang jelas terhadap manhaj ilmu kita. Usrah dapat dijadikan medan untuk kita membandingkan dan menilai semula manhaj ilmu yang kita fahami sesama ahli usrah dan membuat penyelarasan semula yang sewajarnya.

dapatlah disimpulkan disini sememangnya tujuan usrah untuk menyatukan semula kelompok-kelompoik kecil ummat ini dengan ilmu dan silaturrahim..





There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung