04 September 2008

Hukum Merokok

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

9 comments:

tokz said...

nampaknya isu ini tidak mendapat respon dari mereka yang saya harapkan...

kelu lidah berkata ke?? heheh

joharihamzah said...

salam ahli pepias..

apa maksud tokz "isu ini tidak mendapat respon dari mereka yang saya harapkan"?

adakah respon dari segi memberi respon disini?dan menambah keruh hubungan yang sedia ada? atau memberi respon dengan terus berhenti merokok bagi perokok? atau juga respon dari penanam tembakau agar menanam tanaman lain yang tokz harapkan?

sebenarnya apa maksud tokz, yang saya diberitahu merupakan seorang Da'i, semasa menulis /copy paste artikel ini?

sebagai Da'i, bukankah tujuannya menyampaikan dan terpulang kepada responden untuk menerima atau tidak..jika kita harapkan semua orang berubah menjadi seperti kita harapkan-maka sedarlah- ITU TIDAK AKAN TERJADI!!

ini kerana kita hanya manusia biasa dan segala keputusan akhir adalah berdasarkan individu berkaitan.

saya susah hati, apabila seseorang yang berkaliber seperti tokz ini bercerita tentang hal ini berulangkali dan seolah pelakunya tiada berbuat perkara baik pun..bahkan sampai bab infak untuk beli buku pun, si perokok inilah yg jadi contoh nya!!

bukankah banyak lagi contoh, seperti membazir ketika membeli makanan berbuka,belanja awek atau makwe makan,keluar bershopping, pegi tgk wayang, dan byk lagi contoh..

adakah hanya seseorang itu perokok maka beliau /individu itu tidak dapat memberi infak?adakah tokz yakin / tahu mereka tidak memberi infak? adakah mereka sahaja yang 'tak kena' didalam pepias ini?atau jika si perokok ini tiada dalam pepias, ,maka pada waktu itu semua orang akan mampu infak?adakah dengan merokok, si perokok ini mencemar imej baik pepias?

jika tidak,mengapa asyik diungkit perkara ini hingga banyak kali dan sehingga meluat orang mendengarnya?sehingga isu2 lain seolah tidak penting bagi pepias. atau jika ya, maka patutkah mereka BERAMBUS dari pepias, bagi memelihara martabat dan darjat pepias?

selaku presiden(dah patut pencen pon!), saya harapkan tokz memberi teladan baik pada semua ahli dengan berlaku adil dan telus dalam pertuturan / tulisan. jika beginilah pemikiran presiden, maka apabila pertukaran pimpinan nanti, saya yakin, itulah bermulanya pengakhiran bagi pepias...

TQ..

tokz said...

Janganlah sdr beremosi dalam membincangkan perkara ini. Kita ada adab-adab dalam berselisih pendapat dalam Islam. Apabila kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah dan RasulNya. Mungkin saudara ada dalil yang sebaliknya dari artikel ini. Mari kita kongsikan sama-sama.

Sy memberi contoh yang selalunya kita boleh / sanggup membeli perkara yang haram seperti yang telah difatwakan oleh Ulama’ tetapi kita tidak mampu / boleh membeli buku yang dibincangkan dlm usrah. Sesuatu yang perlu dimuhasabahkan.

Tugas dakwah tiada pencennya. Jawatan sbg amanah dari syura. Sy telah diajar supaya taat kpd keputusan syura. Masanya akan tiba untuk sy berundur x perlu sdr ingatkan.

Sy telah menyampaikan. Terpulang kpd sdr. Sy doakan yang terbaik untuk kita semua.

Berkatalah benar walaupun ianya pahit. Perkara benar memang selalunya pahit. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri.

joharihamzah said...

salam tokz,

benar kata tokz, tugas dakwah tiada akhirnya sampailah akhirnya hayat. saya juga sedang berusaha bersama rakan2.

apa yang saya tanya ialah berkenaan isu yg tokz sebut, bukan menyentuh emosi atau peribadi. tokz menulis- :"tidak mendapat respon dari mereka yang saya harapkan"..jangan lupa!!

jadinya saya bertanya kepada tokz, soalannya seperti respon diatas, dan bukan saya nak mengatakan apa yang tokz tulis salah.

cuba tokz faham masalah ini..jika dikatakan di satu majlis, kita 'attack' seseorang dengan alasan 'infak'..bukan kah ia menghina namanya..

saya sedar, mungkin tokz tidak merasa apa2 bahkan mungkin ia hanya berseloroh atau saje2, tapi tokz tak tau pun apa yg kami buat atau sedang buat bukan? kalau tokz tahu pun saya kira tokz bukan ambil pusing..

saya bertanya dengan ikhlas, apa yg dimaksudkan tokz. kenapa diungkap perkataan menyakitkan hati itu?

dan ternyata tokz sendiri tak ikut apa yg diajar pada kami.. tokz kata ia hanya peringatan dan menyampaikan amanah, namun bila saya kata tokz dh patut pencen jd presiden, tokz tulis "x perlu sdr ingatkan"..wah, diingatkan pun dah tak boleh?adakah maksum benar tokz hingga diingatkan pun tak boleh?adakah kerana saya tiada apa jawatan dan bukan syura x boleh mengatakan benda yg benar?

terpulang pada tokz, saya terima apa yg tokz cakap adalah pandangan tokz. dan saya juga ada pandangan. tak perlulah nak "mengata dulang paku serpih"-sampai bila pun tak habis!

p/s : usrah minggu depan kita sambung..

tokz said...

betul la kata pepatah melayu, siapa makan cili dia yang terasa pedas..

itu tandanya ukhuwah kita masih belum mantap lg bro. gurau sy memang laser dan kadang2 terlampau.

justeru sy memohon maaf jika ada perkataan sy yang melukakan hati sesiapa.

sy tidak berniat untuk menghina sesiapa, niat sy untuk menegur secara bergurau dan sy x sangka sampai begini jadinya.

u also hurt me bro...

jangan risau, sampai masanya sy lepas, tgh tunggu masanya jer ni, sy sedar tu... tiada isu maksum dsb..

nape kita dua jer yg respon ni? mana respon dr mereka yang sy harapkan yg lain2...

joharihamzah said...

salam semua ahli pepias..

tokz, apa sebab tokz kata ukhuwah kita tak mantap? saya selalu jer gaduh2 ngan adik-beradik yg lain, takder plak hubungan makin kusut atau keruh, atau lebih teruk, putus sedara...

maaflah pada tokz, kerana terasa 'hurt' ngn statement saya, cuma saya menyatakan apa yg saya rasa sahaja dan bukan ada niat lain pon...

kenapa kita berdua jer yg respon?
payahlah tokz, mungkin isu ni kene pada saya sorang, manakala orang lain, lain pula isunya..tapi takpelah, kan saya dh respon tentang isu nih.

p/s : dtg awal sok, supaya bleh membeli belah untuk majlis buka Usrah pepias.

Anonymous said...

malas nk gnggu..ni dh mcm perbincangan peribadi.parti keris mmg cmtula gamaknye.huhu..

tokz said...

dalam jamaah ada tingkat proses ukhuwah iaitu taaruf, tafahum, taawun dan takaful. sdr johari rasa ukhuwah kita pada tahap mana?

baling batu sembunyi tangan nampak anonymous??

joharihamzah said...

salam..

tokz, ukhuwah kita tahap mana? TAKAFUL!!

anon- lainkali bagi nama.senang nk tau saper yg tulis..apasal masuk bab parti keris lak?ko nih x paham tajuk perbincangan agaknya..

Jumlah Pengunjung