...Dalam buku itu memberitahu siapakah pemimpin? Diterangkannya dengan kaedah matematik juga, katanya:
Yang didahulukan selangkah. Yang ditinggikan seranting.
Yang dilebihkan serambut. Yang dimuliakan sekuku.
Bukan mustahil jika anda menjawab, saya tidak bertemu pun pemimpin seperti ini. Jika begitu, pemimpin bagaimanakah yang anda hendak memilih? Memilih tidaklah sukar kerana sudah ada yang menawar diri. Yang penting anda kena berfikir hendak memilih pemimpin seperti apa?
Adakah hendak memilih pemimpin yang berkeperibadian:
Banyak Tahunya? Banyak Tahannya? Banyak Bijaknya? Banyak Cerdiknya?
Banyak Pandainya? Banyak Arifnya? Mulia Budinya? Banyak relanya?
Banyak Ikhlasnya? Banyak taatnya? Mulia Duduknya? Banyak Sedarnya? Atau
Banyak Tidaknya?
Buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu dalam bab Kepantangan Pemimpin menyebut betapa adanya pemimpin bertabiat:
Mengejar pangkal mau menjilat.
Mengejar harta mau melata.
Mengejar kedudukan mau melendan.
Mengejar pengaruh mau bergaduh.
Dalam mesyuarat berbantah-bantah.
Dalam berunding tuding menuding.
Dalam helat cacat mencacat.
Sesama keluarga laga melaga.
Sesama kawan makan memakan.
Sesana sahabat sebat menyebat.
Sesama bangsa paksa-memaksa.
Tenas Affendy dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu memberitahu jenis pemimpin.
... ringkasan daripada artikel oleh : Azizi Abdullah
(aziziabdullah.blogspot.com)
Fikrah Imayu - saya tolong bacakan... anda huraikan. Macam mana? Ada berani?
12 comments:
Anda contoh pemimpin yg menggunakan penulisan sbg medium memimpin
Presiden contoh pemimpin yg menggunakan kuasa utk memimpin
Saudara SUA sbg contoh pemimpin yang menggunakan kemahiran komunikasi yg hebat sbg medium memimpin
Namun yg sukarnya adalah membawa nama baik sbg manusia,hamba,khalifah dan dai,kerana di dalam kaca mata manusia melihat titik hitam di atas kertas putih daripada melihat kertas putih yang ada titik hitam yang amat kecil...
Kita selalu mengharap pemimpin mempunyai kredibiliti dan karisma yang tinggi,dengan harapan bahawa mereka mampu memimpin kita-kita ini yang suka menuding jari,menolak orang ke hadapan dan memperlekeh orang lain.
Kita jarang sekali memperkukuh karisma yang sedia ada,berani kehadapan dan memuji pemimpin yang sedia ada.
KITA mahu orang lain menjadi contoh sedang kita tidak berjaya menjadi contoh yang baik...
WaAllahua'lam
kita lihat presiden baru memimpin guna apa pula... :)
Hidup bakal Presiden!!
Tokz, itu je ke respon... hehehe, semua orang boleh... TQ tokz...
Hmm, suka saya kalau bercerita pasal kepimpinan ini. Satu saya ingatkan, kepimpinan bukan datang dari bakat dan pemberian Tuhan, tetapi hasil didikan, tarbiyah, latihan dan kursus-kursus kepimpinan.
Pemimpin perlukan kemahiran yang pelbagai. Salah satu kemahiran yang paling besar dan memberikan impak kepada organisasi ialah, daya pengaruh dan memberikan arahan. Keperluan kepimpinan hari ini sangat meruncing. Saya setuju dengan pandangan penulis, kepimpinan hari ini sudah melebihkan karier politik berbanding tanggungjawab sosial.
Bukan itu sahaja, masyarakat khususnya mahasiswa juga dilatih dan dibentuk untuk memenuhi keperluan peribadi berbanding masyarakat dan sosial. Maka ia perlu dibendung dan diberi perhatian. Saya menyarankan agar kita bertindak dalam lingkungan keupayaan pengaruh kita seperti yang telah dilakukan oleh penulis komen ini.
Saya rasa kerja kita banyak, contohnya bakat yang ada pada akutaktahu, pun perlu diketengahkan dan perlu bekerja untuk bangsa bukan untuk nama atau berada dalam perbualan sesiapa.
Satu lagi mungkin yang saya rasa perlu diubah dalam PEPIAS ini khususnya ialah sikap mengharap dan menunggu dalam melakukan sesuatu. Pemimpin perlu menjadi inisiator. Pemikiran kita kena ubah, cukup-cukuplah bergantung dan sikap yang suka 'terasa-terasa' ni, ubahlah bersama. Saya pun sama. :-)
apabila kepentingan peribadi bertembung dengan kepentingan jamaah, mana satu yang perlu diutamakan?
kalau sebelum ni sering dilaung-laungkan berjiwa besarlah, berkorbanlah, yakinlah Allah akan tolong kita dll tp bila diminta kehadapan dan berjuang memberikan 1001 macam alasan. nak cari alasan ada bergudang-gudang alasan dibelakang umah kita...
saya yakin pemimpin perlu dipilih dari kalangan yang komited hadir usrah dan disenangi oleh ahli-ahli.
apa guna nama hebat kerja bagus tp x dtg usrah?? org mcmni sy x yakin boleh jadi pemimpin yang hebat...
jika orang pilih kita jadi pemimpin mereka tentu Allah yang gerakkan hati orang memilih kita. muhasabah diri apa petunjuk tuhan pada kita? jgn terpedaya dengan bisikan syaitan 'x payahlah terima, byk masalah nanti, keja lagi, mcm2la...'
Kalau bukan sekarang bila lagi? kalau bukan kita siapa lagi?
usrah mana tu ye tokz? kalau x hadir usrah kita tp usrah lain dia menjadi naqib bagaimana?
kadangkala kita mencari yang dekat,sedangkan yang dekat itu sebenarnya bukan lagi yang terbaik....
kadangkala kita menjauhi yang jauh,sedangkan yang jauh itu yang terbaik berada d "kejauhan"
Dalam isu ROY ( Register of Youth ) dan ROS (Regsiter of Society). Pemilihan perlu di lakukan dengan bagitu teliti dan betul-betul.
Pertama
1- Pemimpin itu keluarganya bagaiamana? sudah berkahwinkah dia? ayahibunya bagaimana? isteri dan anak2 bagaimana? jikalau belum berkahwin,bila tarikhnya?
2- Pemimpin itu penempatannya di mana? dekatkah? jauhkah? ada masalahkah?
3- Pemimpin itu komitmen kerjanya bagaimana? Dia wakil rakyatkah? Dia konsultankah? Dia professional basekah? Dia diperlukan di ABIM kah? PKPIM kah? UIA kah? KUIS kah?
4- Pemimpin itu umurnya relevankah atau tidak?
KaTAKANLAH tokz diminta meneruskan kepimpinan sedia ada? bersediakah anda? atau alasan sibuk dengan rakyat mukim batu? atau sudah beristeri dan anak menjadi alasan?
KATAKANLAH juga saya diminta brsedia menjadi pemimpin? apakah alasan saya? sibuk dengan kerja? sudah mahu membina masjidkah?
saya yakin alasan itu diberi bukan direkacipta semata-semata. kadangkala alasan orang lain itu SEBENARNYA adalah alasan kita secara peribadi untuk tidak meneruskan kepimpinan sedia ada...
WaAllahua'lam...
Alasan memang beribu kengkawan... Ana tidak bersetuju apabila logistik penempatan, pekerjaan dan keluarga dijadikan alasan...
Kenapa? Banyak sangatkah tanggungjawabnya? Tahniah jika banyak dan teruskan... bukan itu peduli kita, kalau masih sayangkan wadah ini berkorbanlah...
Jika masih nak memikirkan relevensi mereka yang memimpin... berundurlah semua... Jika masih mencari pemimpin berdasarkan kriteria itu maka, kita utamakan yang peribadilah berbanding korban untuk gerakan ini...
Kengkawan, ini bukan medan kita membesarkan perbincangan rahsia, ini sepatutnya medan untuk muhasabah diri kita... ABANG-ABANGKU, 'KITA TIDAK BUAT KERJA' kita yang tidak sediakan adik-adik kita, kita yang biarkan mereka hanyut kita diberi ruang masa yang sangat panjang, di mana kita sebelum ini? Pada saya ini semua nonsense...
Kalau tak nak sudahlah... ana yakin dan percaya ada yang mampu dan mahu pikul amanah ini utk kepentingan semua, bukan individu... Buka mata, buka hati, buka buah fikiran masing-masing...
Kerja kita sangat banyak, jika untuk memilih siapa yang memimpin ini kita sudah buang masa, maka, yang akan memimpin itu juga pasti akan membuang masa lebih banyak lagi... Percayalah kata-kata ana ni... Kuasa menolak pasti ada di tangan kita, ini semua suratan, tetapi jika difikirkan APA YANG AKAN BERLAKU, nescaya manusia tidak akan menerima amanah khalifah ini, malangnya apabila telah menerima bebanan khalifah ini, barulah manusia berfikir APA AKAN BERLAKU... dah terlambat, kita merancang, Allah juga merancang, amanah tetap amanah, khalifah telah dipikul, hamba tetap pd tuhan yang ESA, apabila telah tetap perancangan kita, berserahlah pada ALLAH...
Salam Perjuangan,
Yang dimaksudkan adalah usrah jamaah, kalau ada usrah sendiri dan jadi naqib alhamdulillah teruskanlah.. tp adakah usrah kita itu capai standardnya? apa silibusnya? sape murabbinya? Mungkin sy ni jenis yg cerewet dlm usrah tp bg sy usrah kita belum capai standard usrah yang digariskan oleh jamaah..
manusia membina diri dan peribadi secara perlahan-lahan, sbbtu Quran diturunkan secara sedkit sedikit kepada Nabi kerana fitrah manusia yang boleh berubah dengan didikan yang sedikit-sedikit..
kalau kita mahu lihat kesan tarbiyah dan dakwah kita secara sekelip mata dan mengukur kejayaan kita dengan jumlah atau bilangan maka bg sy kita tersilap.
kalau begitu dakwah nabi2 sebelum ini gagal kerana beratus-ratus tahun berdakwah tp bilangan yang masuk islam berapa orang? adakah itu ukuran Allah?
sy lihat ada kecenderungan dlm pepias untuk kita melekehkan org yang tidak komited dalam pepias ni. adakah kita rasa dah hebat sgt sekiranya kita dpt hadir ke semua program pepias? adakah yang tidak hadir itu kita kategorikan tidak menyumbang utk Islam ditempat lain?
kita dalam proses memudakan pepias, pepias sekarang ini didukung oleh mereka yang tangkas, beridealisma dan bersemangat tinggi.. sapa rasa yang enjin dah slow tu paham-pahamlah, berilah kepada mereka yang lebih bertenaga..
sy doakan agar pepias sihat walafiat dan mendapat redha Allah SWT
Wallahua'lam
1)Di mana kita akan berfungsi / memimpin dengan cara terbaik dengan posisi terbaik?
2)Bagaimana sekiranya kita harus suka dengan apa yang kita lakukan / akan lakukan, atau sebenarnya, haruskah kita lakukan apa yang kita suka?
3)Soalan bagaimana hendak memilih pemimpin yang berkeperibadian:
Banyak Tahunya? Banyak Tahannya? Banyak Bijaknya? Banyak Cerdiknya?
Mulia Budinya? Banyak relanya?
Banyak Ikhlasnya? Banyak taatnya? Mulia Duduknya? Banyak Sedarnya? Atau Banyak Tidaknya? ; Ini semua - 'ahli mesyuarat' harus jelas, bukankah? Iye kah? SEkarang, Masih ada masa; bukan buang masa; Gunakanlah sebaiknya kan... sebelum hari kita 'tamat'
4)Apa makna berkorban? Perlukah Terkorban? disembelih? Siapa yang sembelih? ataupun tolak ansur? siapa yang harus tolak? siapa yang harus ansur?
5)Pemimpin Pepias / ABIM daerah dan negeri - SEmuanya dalam proses pemudaan. ada berani ke yang muda-muda?
Bismillah
Adinda Kamz...Kriteria itu bukan abg yg letak..kriteria itu abg tanya dan ada yang tolong jawabkan.....abg memulangkan paku buah keras buat mereka yang abg tanya kenapa susah sangat nak jumpa atau hadir ke program2 dan usrah pepias termasuk pimpinan yang amat kanan sekarang ni....maka itu jawapan kita kamz.bukan jawapan orang lain..ini jawapan kita....kita mengajar adik-adik kita bahawa komitment lain lebih utama..terutama bila sudah berkeluarga atau dalam membina keluarga....
Kekanda TokZ...sy tidak memperlekeh sembarangan....sy memulangkan paku buah keras buat mereka yang meminta kehadiran ke usrah pepias sebagai kriteria ahli yang komited,sy memulangkan paku buah keras buat mereka yang meminta agar yang tidak ada tanggungan keluarga dikira sebagai ahli yang mampu berkorban..sy memulangkan paku buah keras buat sesiapa sahaja yang merasakan apa yang sedang dilakukan oleh dia adalah pengorbanan sedangkan dia sendiri tidak rela terkorban...sy memulangkan paku buah keras kerana hari ini kegagalan saya dalam membentuk diri sy menjadi hamba,khalifah dan da'i yang baik...maafkan sy!!!!!
Allah tidak membebankan melainkan atas kemampuan..andai kata tidak mampu belajarlah dari kesilapan dan kelemahan itu....
Andai benar mahu seseorang itu menjadi pemimpin,nasihatilah dia sebaik mungkin dan datangilah dia di saat dia memerlukan....
Andai benar mahu seseorang itu menjadi pemimpin...doalah agar Allah lembutkan hatinya untuk menerima amanah ini
Andai benar mahu seseorang itu menjadi pemimpin...mohonlah Allah dorongkan hatinya,hati2 orang disekelilingnya dan hati2 orang luar untuk menerimanya
Andai benar mahu seseorang itu menjadi pemimpin...jgn biarkan dia istikharah berseorangan...jgn biarkan dia bermohon hajat berseorangan...tp lakukankanlah bersama-sama...
Andai benar mahu seseorang itu menjadi pemimpin.................
WaAllahua'lam
Seronoknya...
Berfikirlah untuk agama bukan untuk PEPIAS sahaja... PEPIAS ini wadah, kalau dah tak relevan untuk diri maka berhentilah, jika ia hanya tinggal kenangan maka kenang-kenangkanlah...
Islam amat memuji dan meletakkan keutamaan bagi mereka yang muda. Maka yang muda, ke depanlah... Kalau sang abang yang menolak mungkin pada dirinya terasa terlalu tua pada awal 30-an... Tetapi bagi sang adik yang menolak adakah kerana dia menghadapi tekanan dalam hidupnya?
Ana akui, kelemahan pada diri sendiri yang sentiasa perlu diperbaharui... Sudahlah jangan kita cari salah sesiapa tetapi carilah kesalahan kita... Setiap kesalahan orang lain pasti berpunca dari kesalahan kita... Itu pasti...
Adik-adik tak datang usrah? Aku yang tak ajak dan sebarkan...
Adik-adik tak datang program? Aku pun tak datang, aku pun tak ajak adik-adik
Adik-adik tak nak jadi pimpinan? Aku tak latih dan berikan pendedahan awal...
"kita mengajar adik-adik kita bahawa komitmen lain lebih utama..terutama bila sudah berkeluarga atau dalam membina keluarga...." Ini ditujukan kepada siapa?
Ketawa dalam hati ni... Betul lah, silap la ajarkan mereka 'komitmen yang salah'... Ana berjanji untuk berusaha untuk berubah... Ana berusaha untuk berikan 'komitmen yang betul'...
Kalau wajib haraki dari segi umur kita utamakan dan usahakan... Sedarlah, wajib haraki kita menjaga kebajikan adik-adik, melihat mereka terbina dengan daya kepimpinan yang mampan kita tak buat, ana rasa berdosa kita...
Ana tetap dengan hati, sang abang perlu bersama adik-adik untuk membina semula PEPIAS yang semakin malap dan lesu... Dengan apa cara pu walau apa posisi pun... MEREKA PERLUKAN BIMBINGAN DAN PERHATIAN
Kamz....siapa makan roti sardin rasalah tepung,sardin dan air tangan si penebarnya..hehehe
Alhamdulillah....
mg sama-sama kita memperbaiki kelemahan diri.
dah lama rasanya tak rasa kekok sebegini.Dahulu kita berlumba-lumba menegur kesilapan dan cuba memperbaiki kelemahan..tp skrg kita amat takut ditegur dan merasa selesa dengan apa yang kita ada....
Mg Allah tunjukkan hikmah kejadian dan kita sama-sama merasainya.....
terima kasih....maaf zahir dan batin
WaAllahua'lam
Post a Comment