03 September 2008

PEPIAS akan terkubur??

Assalamualaikum... benarkah persoalan di atas ini bakal menjadi satu realiti? siapa yg akan kuburkan pepias? musuh2 yg tidak diketahui dari mane dtgnye.. persekitarankah.. atau ahli2 pepias sendiri yg akan kuburkan wadah ini.. pepias lahir dr kalangan anak2 muda yg ingin melihat, menyaksi dan merasakan nikmat berjuang. anak2 muda yg berani ini adalah nadi perjuangan. anak- anak muda ini adalah nafas bangsa. tp sejak akhir2 ini, pepias sudah makin suram. mungkin tidak ada yg menarik lg dlm gerakan ini yg berjaya menjadikn ahlinya yg dikalangan anak2 muda utk istiqomah dlm gerakan ini. mungkin juga keterikatan kpd agenda kampus mnjdkn anak muda ini tertambat jasadnya dr menyumbang utk gerakan ini.

Ini bermakna prog kampus lg berjaya menyubur minat dikalangan ank2 muda. ataupn, anak2 muda sudah bijak mendisiplinkn masa dgn membhagikn sepenuh masa, jiwa dan raga fokus utk studi. krn alasan itu juga sering digunakn utk tidak turun ke lapangan (mcmla org lain bkn bergelar mahasiswa) atau mngkn dh semakin tandus org kat kampus ni nk menyumbang agknye.. senior2 seprti hidup segan, mati xmau dlm gerakan ini, yg sedang menanti hr utk bermuktamar bg menyempurnakan agenda peralihan kuasa. kalo blh xnkla lg terikat ngn pepias ni. byk lg tugas hakiki yg memberatkn kpale.

Cawangan yg mnjd ibu sawat atau simbolik kpd kekuatan gerakan ini juga sudah makin malap. lihat shj pd usrahnye.. kalo ditanya mengapa jd sedemikian, diberi amaran pula jgn memandai2 nk pertikai.. kalaulah ade cawangan2 lain berpaksikn gerak keje kpd cawangan tersebut, malap jugkla gamaknye.. dulu kt mnghadapi kekangan kewangan, tp kekuatan tenaga kt mantap, sush jugk nk bergerak aktif. sehinggakan ade agenda yg terbantut sbb xcukup duit. skang ni minyak pelincir dh bg pn, terbantut jugk..(xde kne mengena ngn hrge minyk) timbul plak persoaln, ngko ke yg nk jlnkn bnde ni. duit ni pn antara fitnah yg terbsr. smpi hilang kredibiliti sbg seorg kwn..

Kemana hilangnye ukhwah sesasama ahli sehinggakan konsep amal jamaie yg sering terngiang2 ditelinga satu ketika dulu, sudh hilang serinya.. ahli2 yg sedikit berjauhan dr gerakan, dibiarkn berjauhan.. sbb katenye, rmi lg diluar sane yg memerlukn pepias ni. pokok pangkal kpd punca persolan ni adalh kepntingn diri mengatasi kepntingn gerakan ini. termasuklah org yg menaip ni, same je.. sudah tidak ada lagikah nilai kasih syg dan kesetian kt kpd pepias. atau mngkn mmg xprnh ade pn.. sekadar menyelesaikn amanah yg diberikn atau sronok2 berprogram dan berorganisasi. kesian kat pepias ni.. dulu mase tgh gah, rmi yg tatang. smpi snggpla toreh tangan yg blh mengeluarkn darah pepias bg membuktikn kecntaan pd gerakan ni. tp skang ni,seolah2 kt bersama2 gali lubang utk kuburkn pepias.

Tp xblh jugk kate cmtu,ade jugk ahli yg btl2 ikhls mmprjuangkn gerakan ini dan trus istiqomah dr mmbiarkn ianya terkubur. yg prlu disematkan dlm jiwa, syiar Islam adalah matlamat utama dan pepias itu adlh wadah. walaubagaimanapun, bg melihat Islam itu unggul, sudh pstinya dilihat drpd kekuatan jemaahnye dan wadah yg kt dukung inilah punca kekuatan jemaah.. yg pstinye, lambat laun pepias ini akn terkubur jua. kalo bkn dlm mase terdkt, hr kiamat nnt pasti terkubur. tp sbg seorg yg syg dan cntakan pepias ini, tergamakkah kt membiarkan ianya terkubur sebelum tiba wktunya.. Wallahuaklam.. Selamat mengimarahkan Ramadhan al-mubarak.. salam perjuangan.. .

sumber : bapolz@yahoo.com

8 comments:

Anonymous said...

Waalaikumussalam
lantang sungguh penulisanmu
tp tunjuk dulu jari-jari itu pada diri sendiri
jangan ditanya orang lain,tanya diri sendiri dahulu
jangan dikecam apa yang orang lain buat,kecam diri sendiri terlebih dahulu
Apakah kita sudah cukup nilaiannya?
Apakah kita sudah cukup sayangnya pada PEPIAS????
Apakah kita sudah memberikan yang terbaik untuk PEPIAS???
Jika kita mahukan komitmen orang lain,tanyalah diri sejauh mana komitmen kita
Jika kita mahu orang lain ikut serta dan kita sudi jemput,pukul berapa kita janji pukul berapa kita tepati?????
Jika kita mahukan masa orang lain,tanyalah diri sejauh mana kita menepati masa dalam persatuan ni
Jika kita mahukan orang lain datang usrah,kita tanya balik pukul berapa kita sampai tempat usrah,kita dapat tak keseluruhan ilmu yang cuba disampaikan,atau kita sekadar memenuhi kedatangan usrah dengan hadir di 15 minit terakhir setiap kali usrah berjalan...?
Jika kita mahukan si senior terus berada di sini,sejauh mana ANDA menghadirkan diri dalam persatuan ini
Persoalannya, siapakah kita ini yang ingin menamatkan riwayat dan menkafankan serta memandikan jenazah PEPIAS ini??
tidak seberani adinda Bapol untuk mempersoalkan perkara ini
jikalau PEPIAS itu halatuju dan matlamatnya Islam serta syurga
jika ISLAM itu matlamat kita
InsyaAllah kita akan jadi hebat.......
PEPIAS ini adalah SALAH SATU wadah dakwah kita
dan bila berada di mana-mana jua anda berada,teruslah mekar menjadi butiran pasir yang akan menjadi benih yang subur,bintang yang bekerlipan dan mutiara yang berkilau
dan pastinya kepimpinan dan kepengikutan akan silih berganti
sedar tak sedar ada sahaja nyawa yang tidak sanggup melihat berkuburnya persatuan ini...
maka persoalan apakah yang cuba dilontarkan di bulan ramadhan ini?????

uncle said...

tak sangka bapol sanggup tulis macam ni.....

Anonymous said...

aduh..
sedihnye bace email nie...
rase tersiat2 hati ckp pepias nak trkubur,,,
even baru dlm pepias tp rase syg sgt2 klu wadah nie hlg mcm 2 je..
mari kte sme2 berdoa segale urusan dakwah nie d'mudahkan n d'hindarkan segala penyakit hati d'klgn jemaah nie...

Anonymous said...

Assalamualaikum wrh. wbt..

adik-adik, rakan rakan seperjuangan,

Sekian lama memerhati dan mengikuti dari jauh, tiba tiba rasa terpanggil ... Sedih dan sayu rasanya bila dikhabarkan sedemikian rupa..." pepias akan berkubur"... bermakna perjuangan pepias sampai ke titik noktah. harapan akak agar ini tidak akan berlaku.Mungkin Pepias melalui waktu-waktu suram buat sementara, tapi akan kembali segar bila waktunya kembali.Diharap adik-adik dan rakan- rakan lain jangan terlalu emosi dalam melalui waktu sebegini...

JUNAINAH ABDULLAH
Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Daerah Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan
44000 Kuala Kubu Bharu
junainah@mdhs. gov.my
Tel:03- 6064 1331
Fax: 03-6064 3991
"Smart, Small & Beautiful"

Anonymous said...

Dengan nama ALLAH yang MAHA BERKUASA KE ATAS SESUATU..

Ana ukhtikum fil ISLAM...,
sesungguhnya SOLATku, IBADAHku, HIDUPku dan MATIku semata-mata kerana ALLAH...,
dan tidaklah dijadikan manusia itu kecuali untuk MENYEMBAH ALLAH...

Nota:
Satu ujian kesatuan fikrah dan fitrah. Teringin nak tengok HIKMAH MR. PRESIDEN. DI MANA DIA? DI MANA DIA? DI MANA? Jangan biarkan diri hanyut dengan ancaman dalam zaman "fitnah" hari ni. BANGUN PRESIDEN! BANGUN! BANGUN!

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt
Panas topik ni, sepanas ramadhan yang menjelma, ramadhan karim bagi semua pendokong dakwah Islamiah terutamanya wadah yang kita sayangi dan cintai ini. PEPIAS pernah terkubur... beberapa tahun sebelum disuburkan kembali..sedih? tapi itu hakikat, Pahit? telanlah epahitan . itu kenyataan.. nak kuburkan kembali... tapi kali ini jangan lupa kau mandikan dan talkinkan agar "dia" pergi dengan lebih sempurna kali ini.
Kita sayang wadah ini, wadah yang meltih qiyadi di hati, menyemat semangat dijiwa, menyemai tarbiyyah yang ada. Mungkin benar orang kata wadah ini menemukan kita dengan semua manusia, dari yan kita benci atau yang kita paling kasihi " mungkin akan kasihi". Belajar eri gembira, suka, duka , jadi hamba susun kerusi sampai jadi exco pun susun kerusi, setiausaha agung pun susun kerusi, YDP? lagi susn meja sekali. Banyak berbicara tentang hati-soal hati. makan hati, kecik hati- pelbagai karenah hati kita berbincang. Kita di matangkan dalam wadah ini. Faham makna perjuangan sedang orang lain di kampus dok tayang awek dan berangan. Kita faham keadaan , walau nanti kita tak tahu apa yang dihadapan.Kita mungkin antang pertikai semua orang..tunjuk semua orag , lagi-lagi orang yang FUTURRRRR katanya. Beringat teman FUTUR ini milik semua...beringatlah takut terkena padamu. Sayang PEPIAS... orang kata berdakwah bukan kerana wadah..kalau kerja pun dkira dakwah bilhal tapi sanggupkah menghadapi seorang tanpa jemaah. Kenapa perlu dijadikan alasan ...sibik jadi wirid...tapi tak guna peluang yang ada. Rugikah masa 1 jam memikir PEPIAS untuk umah sau hari. Rugikah masa 2 jam atau 3 jam seminggu untuk usrah PEIAS memecah minda untuk ummah. Rugikah masa 1,2,3 hari dalam hidup berkorban untuk ummah. Lihat sekelilin, tanpa ada kesedaran ummah bnasa segala, anak dar di ragut, anak kecil hilang entah kemana, remaja mabuk hilang arah. Siapa lagi yang hendak memikirkan kalau bukan kita. Bila lagi kita mahu mulakan kalau bukan sekarang.Kau tahukan bukan PEPIAS sahaja yang bisa terkubur tapi jasad injuga bisa . Bila-bila masa. Tahukan pejuang tidak punya waktu lama untuk bejuang mungkin sekarang atau hanya semalam, untung esok atau lusa diberi peluang. Teruskan usaha biar usrah kau datang waktu senja berlabuh.... yangpenting komtmenmu untuk ummah, tamrin kau datang tak sempurna tapi nafas uyang kau bawa utuk ummah...berjuang jangan tengok siapa dengan mu, untuk siapa tetapi untuk Tuhanmu, agar nanti bila di tanya di mana umurmu kau habiskan...ada jawapan untuk kau berikan.. Kalau benar PEPIAS terkubur sedekahkan Al-Fatihan untuk mengiringi perjalanan yang cukup panjang....

Anonymous said...

Demikian hakikat perjuangan.. tapi dalam PEPIAS ada segala-galanya.. ada kegembiraan ada kedukaan, ada persahabatan, ada pergaduhan, tapi yang paling penting ukhuwah yang utama dalam PEPIAS. ukhuwah inilah selama ini kekuatan perjuangan PEPIAS.kalau bercakap soal dakwah, apa bezanya PEPIAS dengan KEPIP? atau PEPINS? Tetap sama...tapi perbezaan itu wujud dengan kekuatan ukhuwah yang terjalin. Hebat PEPIAS juga bukan sekadar wadah yang dibawa..tetapi sekiranya ukhuwah itu semakin pudar, maka...mungkin benarlah seperti yang dikata.tapi sekiranya matlamat perjuangan, hala tuju PEPIAS masih kukuh, insyaAllah...ukhuwah itu akan kembali pulih.Kerana keduanya saling bergantungan........Semoga Allah memberkati perjuangan kita..

tokz said...

Saudara/i sekalian,

saya berharap kita dapat menghentikan menghukum orang sebegini. gejala keciciran ini berpotensi kepada kita semua pendukung gerakan. yang menulis, yang respon semuanya berpotensi untuk tercicir.

Islam itu indah tetapi umat islam yang membuat islam buruk dimata orang bukan Islam.

sama jugak pepias, kita yang membina imej dan survivalnya, biah pergaulannya. pepias hanya sebuah wadah untuk kita menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat yang memerlukan. hidup mati pepias adalah bergantung kpd setiap pendukungnya...

mana dia solat jamaah dalam setiap aktiviti, makan dalam dulang bersama2, amalan doa rabitah (dah hafal ke). marilah kita suburkan kembali budaya pepias ini..

harapan sy agar kita semua dapat terus komited dalam kerja2 dakwah ini insyaAllah sekiranya kita ikhlas membantu agama Allah, Allah akan memudahkan urusan kita..

Jumlah Pengunjung