24 September 2008

Syura : Prinsip dan Amalan

Terkini ada pihak-pihak yang mempertikaikan peranan syura dan pemilihan ahli syura.

Kepimpinan PEPIAS adalah dilantik melalui sistem Syura. Syura merupakan institusi tertinggi dalam PEPIAS yang wajib dipatuhi segala keputusannya. Syura bukan saja berfungsi untuk memilih kepimpinan tetapi juga untuk menetap halatuju dan agenda PEPIAS seterusnya.

(Ali Imran:159) dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

(Asy Syura:38) Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya;

Dua ayat tadi jelas menuntut kita untuk bermesyuarat / syura dalam perkara-perkara keduniaan dan pentadbiran. Ini tidak membabitkan perkara yang telah tetap dalam agama.

Ahli syura pula dipilih dari kalangan ahli al-hal wal aqd iaitu mereka yang sering dijadikan tempat rujukan walaupun tiada berjawatan lagi (mantan) dalam PEPIAS. Tiada istilah lobi melobi dalam syura kerana dasar syura tidak meminta jawatan dan bukan medan untuk mencari kuasa.

Dalam syura tiada istilah pembangkang dan watch dog kerana dasar syura bukan konflik. Keputusan syura bukan dengan majoriti mengangkat tangan. Keputusan akhir perlu dibuat oleh amir / pengerusi syura setelah mendengar pendapat dari ahli-ahli syura.

Keputusan syura wajib ditaati kerana keputusan syura adalah tepat atau hampir tepat.

23 September 2008

Bersangka Baik

Bismillah

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior memberi amanah tatkala kita tidak bersedia
Rupa-rupanya melatih kita untuk lebih bersedia

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior kesat sungguh kata-kata mereka
Rupa-rupanya melatih kita untuk lebih berani

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior rajin sungguh mengambil kita dan mengajak kita pergi ke program
Rupa-rupanya melatih kita ukhuwah yang berpanjangan

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa begitu dan mengapa begini apabila sang senior bersifat pelik dihadapan kita
Rupa-rupanya semua itu ada hikmah yang baik disebaliknya

KINI kita seringkali bertanya mengapa sang junior 'itu' diberikan amanah sedangkan dia tidak layak.
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kini kita seringkali bertanya mengapa sang junior tidak tahan dengan kata-kata lembut kita.
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kini kita seringkali bertanya mengapa sang junior sungguh manja dengan sang senior
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kita ingat kita tahu
tp DIA lagi mengetahui
Kita ingat kita sudah hebat
tp DIA lagi hebat
Kita ingat kita sedikit
Dan ingatlah sesungguhnya DIA tidak sedikitpun lupa untuk membantu

Bersangka baiklah atas apa jua yang berlaku
kerana DIA tidak menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya
Maka belajarlah untuk percaya dan bersangka baik.

WaAllahua'lam

22 September 2008

Program Ihya' Ramadhan oleh Daie Muda PEPIAS

Alhamdulillah.. Bersyukurlah sahabat-sahabat sekalian dengan peluangdan ruang yang masih diberikan Allah kepada kita untuk menikmatiRamadhan yang dikasihi ini. Semoga Ramadhan ini menjadi iktibar danmuhasabah kepada kita dalam sebagai persediaan bagi menghadapi cabarandan ujian getir sepanjang 11 bulan yang akan datang. Isikanlah ruangmasa kita pada kali ini dengan yang terbaik dan semoga ianya diterimasebagai amalan yang terbaik untuk mengiringi kita di akhirat kelak.

Minggu lalu, 19 sehingga 21 September 2008 merupakan hari yangbersejarah untuk kita semuanya khususnya PEPIAS. Sekali lagi bersyukurkepada Allah kerana memberikan kita bersama kesempatan untukmenjayakan 6 program serentak di 4 kawasan berasingan. PEPIASsebagaimana tahun-tahun yang lepas kali sekali lagi dijemput untukmemenuhi beberapa undangan program yang dijadualkan oleh beberapapihak masjid. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjuryang berjaya menganjurkan program yang baik untuk umat kita juga tidaklupa kepada dai'-dai muda PEPIAS yang bertungkus lumus membantu danmenjayakan program-program ini.

4 program yang telah PEPIAS jayakan bersama beberapa NGO lainkhususnya ABIM Selangor dan WADAH Selangor adalah:

1. Program bersama orang asli di Serendah pada 19 dan 20 Septemberyang lalu dengan kekuatan PEPIAS seramai 20 orang. Diwakili olehda'i-da'i muda dari UIAM Gombak, UKM, Asasi UIAM Petaling Jaya, KUISdan Kolej Cybernatic. Operasi disana diketuai oleh saudara Zafrullah Aris.

2. Program Ihya' Ramadhan dan SMART Solat di Masjid Ar-Rahimah KualaKubu Baru. Berlangsung pada 20 dan 21 September juga dengan kekuatanyang sama dan diketuai juga oleh saudara Zafrullah b. Aris.

3. Program Ihya' Ramadhan anjuran bersama JIM Daerah Kuala Langat diSurau Raudhatul Muttaqin Taman Kemuning Banting selama 2 hari iaitu 20dan 21 September. Dengan kekuatan seramai 7 orang da'i muda PEPIASdari KUIS, 5 dari USIM dan 4 orang da'i muda yang dibawa dari TanjongKarang, Sungai Manggis dan Olak Lempit. Program diketuai sendiri olehsaudara Raden Imaduddin dan dibantu oleh saudara Nur Firdaus (KUIS).

4. Iftar bersama ABIM Selangor bermula pada petang 20 Septembersehingga 21 September 2008. Pada malam 20 September, pembentanganMenghadam Ucapan Dasar (MUDA) telah berlangsung bersama PEPIAS, ABIMSelangor dan WADAH Selangor. Pada keesokannya harinya (21 September)telah berlangsung misi agenda bersama masyarakat sebaik sahaja tamatkuliah Subuh.

5. Masjid Jalan Kebun Shah Alam. Dengan kekuatan da'i-da'i muda 4 dariKolej Cybernatic, 7 dari UIAM Gombak, 1 dari Asasi UIAM Nilai danseorang dari Cheras (bakal pelajar Morocco), telah berjaya menjalankanprogram ini sehinggalah kepada majlis tadarus dan khatam Al-Quran.Dengan bilangan kekuatan yang mencecah 16 orang, perjalan cukup lancardan berkesan. Program ini diketuai oleh saudara Abdul Syukur dansaudari Noor Adila.

6. Surau Al-Falah Jalan Kebun pula dikunjungi oleh 3 orang da'i-da'imuda dari Kolej Cybernatic. Diketuai oleh saudara Zulhelmi, programini juga berjaya menarik minat pihak surau untuk menjalankannya lagipada tahun-tahun akan datang.

Semoga usaha berterusan ini akan memberi kekuatan rohani dan istiqamahdalam jiwa da'i-da'i muda dalam PEPIAS secara khususnya. Programsebegini amat diyakini akan mampu membentuk jatidiri, pemikiran dankesatuan hati dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah yang semakinmencabar.

Buat adik-adik ku di PEPIAS,

Rintangan pasti datang, ujian pasti melanda, kekuatan kita bukanbergantung kepada siapa kawan kita, kekuatan kita tidak dinilai padasiapa lawan kita, tetapi ianya adalah bergantung kepada ketinggianTAQWA kita. Bertaqwalah kepada Allah, perlakukanlah tugas dakwah inikerana Allah, nescaya, belajar, semangat hidup, berdikari dan dayajuang pasti Allah akan bekalkan pada jiwa yang suci dan bersih sertaistiqamah dijalan-NYA. ..

sumber : kamyghebat@yahoo.com

21 September 2008

Kebenaran-Keadilan-Kepentingan (Truth-Justice-Interest)

1) Setiap pemimpin akan mempunyai agenda untuk memastikan apa yang dipimpinnya mencapai cita-cita dan visi. Tidak kira pemimpin politik, gerakan, Jemaah, Persatuan, dan lain-lain lagi. Asalkan memimpin, pastinya inilah yang akan dilakukan. Maka, sekurang-kurang pemimpin adalah memimpin diri sendiri.

2) Ada pemimpin yang memberi fokus kepada kebenaran - perjuangannya menuntut kebenaran. Segala yang salah ditentang, dan segala yang benar atau sekurang-kurangnya lebih benar antara yang salah akan diperjuangkan. Masalahnya, benar dari kaca mata siapa? Benar adalah ilmu. Maka, mestilah dari ulamak (ilmuan). Kalau soalan objektif, mungkin mudah mencari kebenaran, tapi bila soalan subjektif, siapa yang boleh menyatakan yang mana benar? Berani kerana benar, takut kerana salah? Boleh pakai lagi kah?

3) Ada pula pemimpin yang kental menegakkan keadilan - perjuangan ini cukup klasik dan sering menjadi pilihan pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Ia banyak melibatkan persoalan hak. Keadilan sejagat, atau keadilan terpilih? RAmai pemimpin yang gagal menghayati konsep keadilan yang sebenar, dan biasanya 'memilih-milih' untuk berlaku adil. Biasanya, musuh politik akan dibawa ke muka pengadilan bersungguh-sungguh, dan apabila terkena pada kroni-kroni, dipejamkan sahaja mata. Musuh politik ini adalah mereka yang berpotensi untuk menjejaskan perjuangan pemimpin itu. (tidak kira perjuangan baik atau sebaliknya). Dengan erti kata lain, keadilan yang terpilih? Setidak-tidaknya, ada point dan kes yang membuktikan pemimpin ini berlaku adil.

4) ADa banyak pula pemimpin yang cekal dengan menegakkan kepentingan-kepentingan pihak yang diwakilinya - Memang menarik melihat pemimpin bersungguh-sungguh membela kepentingan pihaknya. LEbih menarik melihat pemimpin lain pula melakukan perkara yang sama; lebih teruk, menjaga kepentingan peribadi, dan pemimpin-pemimpin ini pasti akan bertembung. Pada waktu pertembungan ini, hujah berdasarkan fakta yang bersifat objektif akan memberikan kelebihan, berbanding yang datang dengan emosi.

5) Bolehkah pemimpin survive atau berjaya mengemudi bahtera organisasi beliau dengan bersandarkan perjuangan kepada salah satu daripada agenda di atas? Mungkin boleh, tapi, biasanya tidak kekal lama, dan akan membawa kepada kehancuran, dan konflik kepada umat manusia di sekelilingnya, kerana diselubungi ketidak syumulan dalam perjuangan.

6) Lantas, ia harus bergerak secara seiring; tidak meninggalkan mana-mana salah satu, dan dilengkapkan dengan pakej AMANAH (jujur). Sebab itulah, nabi kita, Muhammad S.A.W diberi gelaran Al-Amin sebelum mencapai akil baligh lagi. Soal Amanah, adalah soal asas kepada mana-mana pemimpin yang berjaya, untuk mendpat redha Allah.

7) Dengan Amanah- pemimpin akan punya kejujuran, dan keihklasan. Inilah yang akan mengemudi agenda kebenaran - maka, kebenaran ilmu akan menyerlahkan hikmahnya. Kebenaran dengan mematuhi disiplin keilmuan; berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan aturannya seterusnya.
mengemudi agenda keadilan - maka, prinsip berkatalah benar;walaupun pahit akan dilaksanakan tidak kira lawan atau kawan. Keadilan dalam kaca mata syariah, bukan sivil semata-mata.
mengemudi agenda kepentingan - maka, perjuangan berkepentingan tidak akan membawa kepada kejahilan peribadi dan assabiyyah sempit. dan akhirnya, yang paling penting, hanyalah kepentingan agama Islam.

8) TAnggungjawab pemimpin adalah untuk membawa visi dan perjuangan organisasi ke arah redha Allah taala. Meningkatkan tahap kehidupan kemanusiaan dari hari ini kepada yang lebih baik, dan lebih baik, dan lebih baik... Inilah sebenarnya tugas Khalifah Allah di atas muka bumi.

9) Bagaimanakah perjuangan kita pada hari ini? Benar ke? adil ke? ke hanya berkepentingan tertentu?

19 September 2008

Kerja Dakwah : Sekadar Mengisi Masa Lapang?

Tugas berdakwah adalah wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam samada laki atau perempuan, baligh & beraqal. Tugas ini bukanlah terbeban diatas bahu para ulama’ atau ‘orang agama’ sahaja.

Tugas berdakwah adalah tugas yang mulia iaitu menyambung tugas para rasul yang telah wafat beribu tahun dahulu.

(Ali Imran:110) Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Ayat ini menjelaskan tentang mulianya umat sekiranya mereka menjalankan tugas amar makruf dan nahy mungkar. Ini sebagai menifestasi keimanan di dalam hati setiap muslim.

Sekiranya kita istiqamah dalam melaksanakan dakwah, itulah tanda iman kita kuat dan mantap tetapi sekiranya kita bermalasan, maka itu tanda iman kita ada cacat celanya.


(Ali Imran : 104) Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

Justeru perlu wujud satu kumpulan yang melaksanakan tugas dakwah ini. Kewajipan kita menggabungkan diri dalam kumpulan ini adalah perlu bagi kita menghadapi cabaran umat yang amat besar dewasa ini.

(Al-Maidah:2) dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Nah! Kita sudah tahu apa tugas kita, kita sudah tahu apa gerakan Islam di depan mata, kita juga sudah tahu apa hukum menggabungkan diri dengan gerakan itu, apa lagi alasan kita?? Masih mahu menjadikan kerja Dakwah ini sekadar mengisi masa lapang? Marilah kita bermuhasabah diri.

18 September 2008

Tegas dengan prinsip

On ->Thu, 2007-10-11 12:49
Posted at -> http://kawansejati.ee.itb.ac.id/18-tegas-dengan-prinsip

Seorang Islam yang tegas dengan prinsip ialah orang yang kuat berpegang dengan agamanya dan senantiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hukumnya. Menyatakannya dengan tidak segan-segan. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, kapan saja, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi dan kondisi yang bagaimana pun.

Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas dirinya, sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya melawannya. Misalnya dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya. Maka waktu itu, banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi. Dia tidak dapat melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini artinya sudah di dalam keadaan darurat.

Orang Islam Yang Tegas Dan Teguh Dengan Prinsip

Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Karena Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati, telah mendarah mendaging dan telah sejiwa dan menjadi tabiat dirinya. Dia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu yang dia terlupa mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya. Dan dia sangat tersinggung kalau ada orang menentang dan menghina agamanya.

Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati karenanya. Orang ini tidak akan dapat diancam atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya baik Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati karenanya.

Sebab Tegas Dengan Prinsip/Berprinsip

Orang Islam yang tegas dengan prinsip tidak banyak sekalipun di kalangan para pejuang dan pendakwah-pendakwah atau dai-dai.Oleh karena itulah Islam amat susah diterima oleh orang banyak sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka sangat takut dengan Islam.

Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang dengan prinsip atau dikatakan orang ada prinsip ialah:

1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang baik pula.
2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.
3. Seseorang itu ada cita-cita. Islam bukan sebatas untuk dirinya tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di alam sejagat ini.
4. Karena seseorang itu benar-benar faham tentang Islam, kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.
5. Karena seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang baik yang dapat menyampaikan Islam secara baik dan pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh pribadinya.
6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia rasa senang mengamal dan memperjuangkannya.

Orang Yang Tidak Tegas Atau Tidak Teguh Dengan Prinsip

Biasanya orang Islam yang tidak teguh dengan prinsip atau pegangan hidup dikatakan orang yang tidak ada prinsip. Dia mengamalkan Islam itu tidak istiqamah. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Berganti saja suasana dia pun berganti sikap. Berpindah saja tempat, dia longgar dengan syariat. Kalau bergaul saja dengan orang yang lalai maka dia pun ikut serta lalai. Bila berhadapan saja dengan orang-orang besar, amalan biasa yang selalu dibuatnya dia pun malu hendak membuatnya. Kalau ada orang yang bercakap bertentangan dengan Islam di sesuatu majlis, lebih-lebih lagi kalau majlis itu majlis orang-orang besar, dia diam saja. Sudah tidak berani lagi memberi pandangan. Dia rasa rendah diri atau inferiority complex di dalam majlis itu. Keberaniannya hilang. Hanya mendengar saja apa yang orang kata. Begitu juga sibuk saja kerja, prinsip pun tertinggal. Susah hati sedikit, hukum-hukum syariat pun terlanggar. Sakit saja sedikit, syariat pun lalai.

Sebab Orang Islam Tidak Tegas Dengan Prinsip


Antara sebab orang-orang Islam tidak lagi tegas dengan prinsip adalah seperti berikut:

1. Karena sudah jahil dengan ajaran Islam. Apabila sudah jahil, bagaimana hendak mengamalkannya. Betapalah pula untuk memperkatakan dan memperjuangkannya.
2. Kalaupun dia seorang yang alim, tapi tidak teguh dengan prinsip ialah dikeranakan oleh kelemahan iman atau jiwa lemah. Lemah iman karena cinta dunia. Cita-cita Islam sudah tidak ada.
3. Karena mengamalkan Islam itu secara tradisi atau ikut-ikutan, bukan atas dasar keyakinan dan kesedaran beragama.
4. Seseorang yang mengamalkan Islam itu kerana dididik oleh suasana, bukan karena didikan oleh satu pengajian dan ikutan. Apabila bertukar suasana maka dia pun bertukar prinsip hidupnya.
5. Seseorang yang belajar atas dasar ilmu atau mental exercise, bukan atas dasar penghayatan. Dia belajar itu mungkin tujuan dibayar dan sebagainya. Orang itu akan hanyut mengikut arus masyarakat walaupun dia mempunyai ilmu Islam.
6. Seseorang yang mendapat didikan Islam secara kasar dan paksa, bukan mendapat didikan yang penuh berhikmah serta dapat mengikut suri teladan yang baik. Apabila bebas daripada suasana itu, maka dia pun bebas meninggalkan atau membuat secara lalai.
7. Seseorang yang asalnya tegas dengan prinsip, entahkan macam mana satu masa terpengaruh dengan dunia yang menipu, maka dia pun berubah prinsip hidupnya dari tegas kepada lemah mengamalkan atau lalai mengamalkannya.
8. Mungkin seseorang itu lemah kerana dia sendirian. Kawan-kawan tidak ada, maka di sini keberaniannya menjadi kurang atau luntur. Maka di dalam suasana yang tertentu, tidak berani lagi dia menyatakan kebenaran itu dengan tegas.
9. Boleh jadi juga seseorang itu karena ujian yang berat, dia tidak tahan lalu kecewa serta diburu oleh ketakutan. Akhirnya dia longgar atau rasa segan mengamalkan prinsip hidupnya.

Islam menyuruh Tegas, Bukan Keras

Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum. Tegas menyampaikannya atau menyatakannya dan gigih memperjuangkannya di mana saja dan di dalam keadaan apa sekalipun. Islam tidak menyuruh kita berlaku keras tapi menyuruh tegas.

Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas. Kebanyakan umat Islam terutama para pejuang dan pendakwah-pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya. Di dalam mengamalkan, sama saja dengan orang lain.

Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum-hukumnya. Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan seenaknya. Di dalam menyampaikan Islam, dia mengata, mencaci dan menuduh kepada golongan-golongan yang tertentu. Adakalanya hingga sampai caci-maki, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya longgar, akhaknya rusak, kehormatannya tidak dijaga. Mereka menyangka cara itulah yang dikatakan tegas. Sebenarnya sikap mereka itu bukan tegas tapi keras.

Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam. Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana-mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri. Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta keluarga. Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum-hukum.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip. Oleh karena tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras menyatakan dan memperjuangkannya, maka orang banyak jadi benci dengan Islam. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam. Melihat peribadi para pejuang dan para dai serta keluarga mereka, Islam itu tidak ada di dalam diri mereka. Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran. Keindahan tidak dapat dilihat karena bersikap keras bukan tegas.

16 September 2008

Kesilapan Kerap Muslim di bulan Ramadhan

sumber : abuariffin@yahoo.co.uk

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah
al-Baqarah.Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith
sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu
dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang
diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam,
Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di
hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa
ibadah lain .
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih
.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana
Terawih
. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang
ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)



8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia
adalah ibadat .
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya
: "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil,
individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat
At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

08 September 2008

Segenggam tabah

Bertali arus, dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah setitik
Gugur berderai di pipi

**
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedar
rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan diperjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar (dan menderita)

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum dibibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air dihulu
Mungkinkah jernih dimuara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya.


(inteam)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Lagu ini adalah rintihan hati yang cukup unik, yang pada saya mempunyai nilai kepada pejuang-pejuang. Jalan yang kita pilih sebagai satu persada untuk dakwah dan tarbiah ini menjadikan kita sebagai seorang yang tabah dan mempunyai jati diri dalam konteks melayari bahtera kehidupan. Itu pun, sekiranya kita mengikuti penuh proses pentarbiyahan dan ranjau duri yang datang dengan kebenaran dan kesabaran. (Al-Asr) Kalau tidak, kita hanyalah membuang masa.

Soalnya, berapa ramai yang pernah berada dalam persada ini yang tidak membuang masa? Yang ini, perlukan proses muhasabah diri yang serius. Cabaran sebenarnya bermula setelah keluar dari kelompok kawan-kawan satu persada dan berada dalam masyarakat. Malah, inilah sebenarnya lapangan yang harus diterokai dengan bersendirian. Berdikarilah kita sepanjang hayat kita. Lantaran itu, pemilihan jalan untuk menegakkan syiar Islam terpulang kepada Ilmu, dan iltizam yang telah terbina sepanjang dalam persada PEPIAS ini. (kerana jalan ini yang kita pilih)

Lantaran, perjuangan diteruskan jua. PAtah kaki, bertongkat sayap. PAtah sayap, bertongkat paruh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Ini adalah matlamat kehidupan. Dengan penuh ketabahan, kita yang punya fikrah yang sama, meneruskan agenda ini dengan Allah sebagai tempat mengadu, tempat kita memohon kekuatan. Di landasan ini juga, SAhabat fid Dunya Wal Akhirat akan terpacul bila kita kesakitan, bila kita kelemasan, bila kita kelalaian... Di sinilah tempat kita melihat yang mana manusia, yang mana insan. Kita sudah tidak mampu bersandarkan kepada kenangan lalu. Kata orang, jalan harus ke depan; bukan kebelakang. Sekadar menoleh kebelakang hanya untuk memastikan sudah jauh kita berjalan!

Segenggam tabah dipertahankan, buat motivasi untuk terus ke depan. Lontarkan senyuman kepada yang lain. Daie kan seharusnya melihatkan kemanisan dalam perjuangan. Generasi muda juga akan menguntum senyum dan punya harapan menggunung. Di sini saya bermula, dan saya percaya bukan di sini juga saya akhirnya. PEPIAS adalah suatu persada yang saya pilih pada waktu itu. Kini, saya meneruskan agenda suci dan murni dengan memlilih persada yang sealiran dan fikrah yang sama. Kepada yang muda, ini jugalah yang akan saya sampaikan. segenggam tabah harus dipertahankan; Kata orang tua, genggam bara api, biar jadi abu. Biar melecur tangan. Biar apa kata orang. Yang pasti, kita lakukan tugas kita dengan penuh kesungguhan dan istiqamah pula terhadapnya.

Biar keruh dihulu... Harapannya, kita akan bertemu jernih di muara.


Salam
Fikrah Imayu

04 September 2008

Hukum Merokok

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

03 September 2008

PEPIAS akan terkubur??

Assalamualaikum... benarkah persoalan di atas ini bakal menjadi satu realiti? siapa yg akan kuburkan pepias? musuh2 yg tidak diketahui dari mane dtgnye.. persekitarankah.. atau ahli2 pepias sendiri yg akan kuburkan wadah ini.. pepias lahir dr kalangan anak2 muda yg ingin melihat, menyaksi dan merasakan nikmat berjuang. anak2 muda yg berani ini adalah nadi perjuangan. anak- anak muda ini adalah nafas bangsa. tp sejak akhir2 ini, pepias sudah makin suram. mungkin tidak ada yg menarik lg dlm gerakan ini yg berjaya menjadikn ahlinya yg dikalangan anak2 muda utk istiqomah dlm gerakan ini. mungkin juga keterikatan kpd agenda kampus mnjdkn anak muda ini tertambat jasadnya dr menyumbang utk gerakan ini.

Ini bermakna prog kampus lg berjaya menyubur minat dikalangan ank2 muda. ataupn, anak2 muda sudah bijak mendisiplinkn masa dgn membhagikn sepenuh masa, jiwa dan raga fokus utk studi. krn alasan itu juga sering digunakn utk tidak turun ke lapangan (mcmla org lain bkn bergelar mahasiswa) atau mngkn dh semakin tandus org kat kampus ni nk menyumbang agknye.. senior2 seprti hidup segan, mati xmau dlm gerakan ini, yg sedang menanti hr utk bermuktamar bg menyempurnakan agenda peralihan kuasa. kalo blh xnkla lg terikat ngn pepias ni. byk lg tugas hakiki yg memberatkn kpale.

Cawangan yg mnjd ibu sawat atau simbolik kpd kekuatan gerakan ini juga sudah makin malap. lihat shj pd usrahnye.. kalo ditanya mengapa jd sedemikian, diberi amaran pula jgn memandai2 nk pertikai.. kalaulah ade cawangan2 lain berpaksikn gerak keje kpd cawangan tersebut, malap jugkla gamaknye.. dulu kt mnghadapi kekangan kewangan, tp kekuatan tenaga kt mantap, sush jugk nk bergerak aktif. sehinggakan ade agenda yg terbantut sbb xcukup duit. skang ni minyak pelincir dh bg pn, terbantut jugk..(xde kne mengena ngn hrge minyk) timbul plak persoaln, ngko ke yg nk jlnkn bnde ni. duit ni pn antara fitnah yg terbsr. smpi hilang kredibiliti sbg seorg kwn..

Kemana hilangnye ukhwah sesasama ahli sehinggakan konsep amal jamaie yg sering terngiang2 ditelinga satu ketika dulu, sudh hilang serinya.. ahli2 yg sedikit berjauhan dr gerakan, dibiarkn berjauhan.. sbb katenye, rmi lg diluar sane yg memerlukn pepias ni. pokok pangkal kpd punca persolan ni adalh kepntingn diri mengatasi kepntingn gerakan ini. termasuklah org yg menaip ni, same je.. sudah tidak ada lagikah nilai kasih syg dan kesetian kt kpd pepias. atau mngkn mmg xprnh ade pn.. sekadar menyelesaikn amanah yg diberikn atau sronok2 berprogram dan berorganisasi. kesian kat pepias ni.. dulu mase tgh gah, rmi yg tatang. smpi snggpla toreh tangan yg blh mengeluarkn darah pepias bg membuktikn kecntaan pd gerakan ni. tp skang ni,seolah2 kt bersama2 gali lubang utk kuburkn pepias.

Tp xblh jugk kate cmtu,ade jugk ahli yg btl2 ikhls mmprjuangkn gerakan ini dan trus istiqomah dr mmbiarkn ianya terkubur. yg prlu disematkan dlm jiwa, syiar Islam adalah matlamat utama dan pepias itu adlh wadah. walaubagaimanapun, bg melihat Islam itu unggul, sudh pstinya dilihat drpd kekuatan jemaahnye dan wadah yg kt dukung inilah punca kekuatan jemaah.. yg pstinye, lambat laun pepias ini akn terkubur jua. kalo bkn dlm mase terdkt, hr kiamat nnt pasti terkubur. tp sbg seorg yg syg dan cntakan pepias ini, tergamakkah kt membiarkan ianya terkubur sebelum tiba wktunya.. Wallahuaklam.. Selamat mengimarahkan Ramadhan al-mubarak.. salam perjuangan.. .

sumber : bapolz@yahoo.com
There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung