23 September 2008

Bersangka Baik

Bismillah

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior memberi amanah tatkala kita tidak bersedia
Rupa-rupanya melatih kita untuk lebih bersedia

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior kesat sungguh kata-kata mereka
Rupa-rupanya melatih kita untuk lebih berani

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior rajin sungguh mengambil kita dan mengajak kita pergi ke program
Rupa-rupanya melatih kita ukhuwah yang berpanjangan

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa begitu dan mengapa begini apabila sang senior bersifat pelik dihadapan kita
Rupa-rupanya semua itu ada hikmah yang baik disebaliknya

KINI kita seringkali bertanya mengapa sang junior 'itu' diberikan amanah sedangkan dia tidak layak.
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kini kita seringkali bertanya mengapa sang junior tidak tahan dengan kata-kata lembut kita.
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kini kita seringkali bertanya mengapa sang junior sungguh manja dengan sang senior
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kita ingat kita tahu
tp DIA lagi mengetahui
Kita ingat kita sudah hebat
tp DIA lagi hebat
Kita ingat kita sedikit
Dan ingatlah sesungguhnya DIA tidak sedikitpun lupa untuk membantu

Bersangka baiklah atas apa jua yang berlaku
kerana DIA tidak menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya
Maka belajarlah untuk percaya dan bersangka baik.

WaAllahua'lam

3 comments:

radin fatihah husna said...

Semuanya adalah bergantung kepada persoalan 'kenapa?' dan diri ini juga akan menjawab 'kerana...'

Itu dinamakan muhasabah. NAmun, untuk menjawab 'kerana..' harus berteraskan kepada bersangka baik dan bukan sebaliknya. Ini pula adalah asas kepada sikap seorang Daie.

Daie melihat dengan mata hati... dipandu dengan akal, dan Al-quran dan As-sunnah sebagai lampu suluhnya.

tokz said...

bersedia untuk tidak bersedia...

manusia semua berbeza-beza, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing, hormatilah perbezaan itu...

adakah kita seorang daie yang manja?? semua nak berjemput dan berhantar??

saya yakin pepias akan terus relevan selagi tidak lari dari asas-asas jamaah yang perlu dilaksanakan..

Ciptaan Terhebat said...

Saya percaya semua orang mahukan yang terbaik.

Apabila tertubuhnya PEPIAS dahulu, saya amat yakin dan percaya, mereka ingin menjadikan persatuan ini yang terbaik.

Apabila, telah ada yang bersama-sama PEPIAS untuk menggerakkan jentera dakwah ini, setiap orang dari mereka percaya dan yakin, inilah wadah yang terbaik.

Kemudian datang sekelompok manusia lagi yang lebih ramai, maka mereka pun diberitahu ini adalah wadah antara yang terbaik.

Maka, berbondong-bondonglah manusia menyertai wadah antara yang terbaik ini. Kemudian, ia dikatakan yang terbaik dikalangan sesetengah pihak, dan ada dikalangan mereka juga dapat merasakan, wadah PEPIAS ini sudah cukup baik.

Teruslah, ramai dikalangan orang baik-baik memenuhinya, menggerakkan dengan wadah ini daya usaha yang sungguh dramatis untuk memastikan ia terus yang terbaik.

Pada hari ini, dalam keadaan PEPIAS ini dikatakan terbaik, ramai orang cuba mencari titik kelemahannya, mungkin masih untuk menjadikan ia yang terbaik.

Dalam diam menyimpan dendam dan hasad yang mungkin untuk menjadikan PEPIAS yang terbaik.

Disorokkan tangan dan kemahuan untuk melakukan kerja dengan mengharapkan PEPIAS untuk menjadi lebih baik.

Memberikan galakan, sokongan, sumbangan idea, menulis komen,motivasi dan sebagainya secara bertulis, dengan harapan untuk PEPIAS ini menjadi yang terbaik lagi...

Tanpa penat dan lelah SEMUA ahli PEPIAS ini terus berusaha untuk menjadikan PEPIAS ini terbaik, tanpa melihat apakah yang perlu dalam PEPIAS ini... BErsangka Baik?

Ya mungkin itu jawapannya, tetapi saya rasa bukan sekadar itu jika kita ingin menjadi baik...

Sahabatku, bersangka baiklah dengan janji-janji Allah dahulu, yakini bahawa yang terbaik hanyalah Allah dan hanyalah datang dari Allah, Allah Maha Sempurna dan hanya Dia yang memiliki kesempurnaan... Kita manusia pasti akan buat yang terbaik KERANA ALLAH bukan untuk memenangi hati manusia lainnya...

TUNE-lah diri kita...

Jumlah Pengunjung