20 September 2009

PERUTUSAN EIDUL FITRI

Salam alaik...Selamat menyambut hari raya eidulfitri 1430H kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana anda berada. Dikesempatan ini, ampun dan maaf dipohon atas segala kesilapan dan ketelanjuran kata dan perbuatan.

Semoga kita berjaya mengadaptasi tarbiah Ramadhan kali ini di sepanjang baki kehidupan kita di muka bumi Allah. Agar diri sentiasa terpandu dan terus istiqomah dalam meneruskan perjuangan menjulang agama Islam.

Bagi mereka yang bakal melapangkan masa bersama keluarga, manfaatkan sepenuh masa bersama dengan penuh kualiti. Syawal mengajar kita tentang peri pentingnya persaudaraan dan muafakat. Sambutlah dengan penuh rasa keinsafan, rendah diri, sabar dan bersederhana.

Pandu kenderaan berhati-hati (ingat pada yang tersayang). Semoga kita dapat bertemu dan meneruskan budaya ziarah-menziarahi bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!!

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MINAL EIDIN WALFAIZIN daripada Presiden, Jawatankuasa Kerja PEPIAS Pusat, Jawatankuasa PEPIAS cawangan, Ahli PEPIAS dan seluruh keluarga besar PEPIAS.

16 September 2009

Meriah Ramadhan PEPIAS

Minggu lepas merupakan suatu minggu yang sgt meriah diisi oleh PEPIAS bagi memenuhi keperluan ummah di segenap pelusuk negeri Selangor. Berikut merupakan ringkasannya..

Mesyuarat JK PEPIAS PUSAT ke-4

Gambar 1: Mesyurat sedang berlangsung

Mesyuarat berlangsung pada 6 September 2009, bermula jam 5.10 petang, bertempat di Sekreteriat PEPIAS kg. Changkat. Antara agenda yang dibincangkan adalah penilaian dan penyelarasan semula program2 PEPIAS, pembentangan kewangan, Pra-taklimat Muktamar Agung Tahunan, PMG, Retreat dan SYURA.

Gambar 2: Majlis Berbuka

Mesyuarat berehat untuk Majlis Berbuka dan Solat Maghrib berjemaah dan bersurai jam 8.25 malam.

Iftar PEPIAS PJ

Iftar telah berlangsung pada 9 September 2009, jam 7.00 malam di CENFOS IIUM PJ. Majlis dimulakan dengan santapan ringan berbuka, Solat berjemaah bersama2 ahli KPIJ di SMAWP, santapan menu utama, dan Final Touch Ihya' Ramadhan di Kg. Org Asli Serendah.

Gambar 3: Bergambar bersama ahli PEPIAS PJ

T@MAR (Tamrin @ Ramadhan)

Gambar 4: Pengarah T@MAR memberikan ucapan

Program adalah kerjasama PEPIAS Gombak dan ABIM Gombak. Program yang berlangsung di Masjid Sg. Chinchin pada 11 September 2009 itu melibatkan Ahli PEPIAS Gombak dan peserta KKPI sekitar Gombak.

Gambar 5: Peserta & Penggerak Helwani T@MAR

Ihya' Ramadhan di Kpg. Orang Asli Serendah


Gambar 6: Penggerak bergambar di Surau Kpg. Org Asli Serendah

Program yang berlangsung pada 11 - 13 September 2009 di Kg. org Asli Serendah merupakan usahasama antara PEPIAS PJ dan JAKIM. Antara aktiviti yang berlangsung adalah sukaneka bersama anak penduduk kg., Gotong royong menyediakan Juadah berbuka dan Majlis penyerahan hamper.

Iftar Jamaie WADAH & ABIM Selangor, PEPIAS

Iftar dianjurkan pada 12 September 2009 itu melibatkan 3 generasi bdn da'wah di Selangor (3G) bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan kepersefahaman bersama. Dengan ABIM Kelang sebagai tuan rumah, majlis dimulakan dengan majlis berbuka, Solat Maghrib berjemaah, dan tazkirah. Majlis diteruskan dgn Solat Isya' berjemaah, Terawikh dan diakhiri dengan tazkirah.

Gambar 7: Peserta Iftar mendengar tazkirah dari wakil WADAH Selangor
Sumber (http://abimselangor.blogspot.com/)

Program2 Lain

Ade beberapa lagi program yang berlangsung spt di JKM Serendah, dan beberapa program followup KKPI seperti di SMK Abd. Jalil, dan lain2. Kiranya ada sebarang maklumat, boleh nyatakan pada ruangan Comment.


P/s: SEBARANG GAMBAR PROGRAM ANDA BERSAMA PEPIAS BOLEH email KEPADA pepiaskini.60967@uploads.photobucket.com

08 September 2009

Syabas SYABAB


PEPIAS pusat merakamkan ucapan tahniah buat adik-adik SYABAB Nurul Iman diatas penganjuran bersama Program Ihya' UnNahar Imarah Ramadhan pada 17 Ramadhan 1430 Hijriah yang lalu.

Gambar 1: Peserta dalam aktiviti Pemecah Bendungan.

Program anjuran ABIM Kuala Langat itu telah diadakan di Surau SMK Teluk Panglima Garang yang dipimpin oleh Cikgu Raden, Ustaz Azman & Cikgu Din Abas.

Berita & gambar dipetik dari http://abimselangor.blogspot.com/

05 September 2009

Ziarah Ramadhan Penjara Kajang

Gambar1: Bergambar dihadapan Penjara Kajang sebelum pulang

Pada 5 September bersamaan 15 Ramadhan, Program Ziarah ke Penjara Kajang bersempena bulan Ramdhan telah diadakan. Program ini telah disertai seramai 9 orang fasilitator PEPIAS dengan kerjasama Persatuan Siswazah Malaysia. Program ini bermula jam 9.30 Pagi sehingga 1.30 Petang. Program yang agak menarik ini telah mengumpul seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada banduan-banduan Penjara Kajang. Pelbagai aktiviti dilakukan seperti taaruf, ice-breaking, tazkirah, permainan bermodul, slot muhasabah dan sebagainya.


Gambar2: Bergambar dihadapan Penjara Kajang sebelum pulang

Pelbagai perkongsian cerita dan masalah antara fasilitator dan peserta telah menimbulkan perasaan simpati dan kasih sayang antara semua. Pengalaman dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini amat menarik dan tidak akan dilupakan. Insya-Allah program ini akan dijalankan secara berkala selepas ini bagi meneruskan kerja dakwah kita ini. Diharapkan selepas ini lebih ramai lagi sukarelawan PEPIAS dapat terlibat dengan aktiviti-aktiviti seumpama begini.

Fasilitator PEPIAS dan Team Persatuan Siswazah Malaysia

Futsal PEPIAS de' Sport Seven



Tepat jam 12.00 malam (pagi), sepak mula Futsal PEPIAS de' Sport Seven telah berlangsung. Seramai 15 ahli PEPIAS telah berentap di gelanggang 4, Sport Seven, Wangsa Maju dengan penyertaan dari Pimpinan pusat dan pelbagai cawangan.


Perlawanan telah berlangsung selama 2 jam dan disusuli dengan program minum2@sahur di Wangsa Maju Seksyen. Program diakhiri dengan pengisian oleh Presiden di gerai makan dan sesi bersalaman.

PEPIAS Sihat - PEPIAS Cergas. Demi Da'wah & Ummah.

Anjuran: Exco Rekreasi, Seni & Kebudayaan.

04 September 2009

Hindari Kegelisahan Dan Tekanan

Ibnu Ar-Rumi berkata di dalam syairnya:

Ketamakan mendekatkan orang
pada kenderaan menuju celaka.
Sesungguhnya tamak
adalah kenderaan orang yang celaka.
Selamat datang rezeki yang cukup.
Di setiap kerja keras membuahkan hasil.


Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran dalam surah Saba' ayat 37 yang bermaksud:

"Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh. Mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat kali ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka sentiasa aman sentiasa di tempat-tempat yang tinggi (di syurga)."


Dale Carnegie mengatakan: Angka statistik menyebutkan bahawa kegelisahan adalah pembunuh nombor 1 di Amerika. Selama beberapa tahun berlangsungnya Perang Dunia Ke-11 sahaja jumlah tentera kami yang mati lebih kurang seramai 1/3 juta orang. Pada saat itu juga penyakit jantung telah memakan korban seramai 2 juta penduduk. Satu juta di antaranya, penyakit jantung yang disebabkan rasa gelisah dan tekanan."


Penyakit hati adalah penyebab utama yang mendorong Doktor Alexis Carlyle mengatakan: Para pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat."


Penyebabnya sangat masuk akal, dan permasalahan ajal memang telah Allah s.w.t tetapkan sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran dari surah Ali Imran ayat 145 yang bermaksud:

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati, melainkan dengan izin Allah s.w.t, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya..."


Sangat sedikit sekali orang Negro dan Cina di Amerika yang diserang penyakit jantung. Mereka adalah orang-orang yang menjalani hidup dengan cara yang mudah dan santai. Sebaliknya, jumlah doktor yang mati kerana serangan jantung adalah 20 kali lipan ganda dibandingkan para petani yang mati dengan penyakit yang sama.


Ini kerana para doktor itu menjalani kehidupan yang diliputi dengan kegelisahan dan kekhuatiran yang tinggi sehingga mereka harus membayar dengan harga yang mahal. Sangat ironi, doktor yang mengubati manusia, namun dia sendiri.


PENGAJARAN:

1. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t bukanlah melalui kesibukan dunia yang dikejar untuk kesenangan berkeluarga, anak-anak dan sebagainya bahkan adalah kerana amal soleh yang dilakukan dan keamanan sebenar untuk kita adalah ditempat yang tinggi yakni syurga Allah s.w.t.

2. Kegelisahan merupakan satu tekanan yang membunuh manusia lebih cepat berbanding penyakit-penyakit lain. Ia juga dikenali sebagai salah satu penyakit hati yang mengundang banyak permasalahan dalam kehidupan manusia.

3. Namun, kematian adalah atas ketentuan Allah s.w.t yang merupakan rahsia dan tidak ada manusia yang mengetahuinya. Sehubungan dengan itu, kehidupan sebagai manusia juga perlu diteruskan dengan aman sebagaimana perintah Allah dan pengajaran dari Rasulullah s.a.w untuk memberikan manfaatkan kepada orang lain untuk menjadi seorang Muslim yang baik.

4. Kegembiraan dan keceriaan menyuburkan kesenangan di dalam hati. Hati yang senang, menjadikan manusia itu terbuka dan berbahagia.


http://artikelkamz.blogspot.com/2009/09/hindari-kegelisahan-dan-tekanan.html


Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Pengumuman Blog Baru

Alhamdulillah, atas hasrat untuk lebih banyak menulis di blog ini sebagai latihan untuk saya melahirkan buku-buku tulisan yang bercorak motivasi dan latihan baik secara rohani, jasmani, emosi mahupun intelektual, sebuah lagi blog telah dibina khusus untuk mengumpul apa sahaja corak penulisan, samaada penulisan bebas mahupun dari buku atas tujuan untuk merancakkan lagi pembacaan saya dan para pembaca juga menimbulkan perasaan minat untuk bersama dengan ilmu pada setiap masa.


Blog "Ilmu; Meneroka, Mengubah, Menilai dan Mengevolusi" terhasil adalah atas satu matlamat untuk melahirkan generasi yang hati dan pemikirannya tercorak ke arah menjadi insan yang holistik. Apa yang akan diteroka, diubah, dinilai dan dievolusikan?


Sudah tentulah hati dan pemikiran kita. Kehidupan seorang manusia amat bergantung kepada pembentukan hati dan pemikiran kita.


Hati perlu meneroka tentang kehidupan sebagai manusia dengan ditambah ilmu tentang Yang Maha Pencipta. Hati perlu diubah bersesuaian dengan perintah Allah terhadap manusia melalui ilmu yang kita terima. Melalui hati, harus dapat menilai, bukan sekadar melihat dengan mata sahaja. Hati biarlah ia dievolusi dari keadaan hati seorang manusia yang kebiasaannya kepada hati seorang manusia biasa yang luar biasa akhlak dan usaha dakwahnya.


Pemikiran perlu diteroka melalui ilmu yang jitu. Melalui ilmu, pemikiran akan berubah menjadi lebih peka dan kehadapan. Jadikanlah ilmu untuk menilai kehidupan dengan kematangan pemikiran agar hidup menjadi lebih bermakna dan pemikiran itu pasti terevolusi sekiranya ia digunakan dengan baik dan akhirnya melahirkan insan yang strategis dan matang dalam tindakan dan kehidupan.


SELAMAT MENYINGGAH DAN MEMBACA DI BLOG INI

http://artikelkamz.blogspot.com

03 September 2009

Ihya' Ramadhan - PEPIAS Prihatin 09

Permulaan yang baik bagi aktivis PEPIAS PRIHATIN dalam meneruskan kerja dakwah dengan mengadakan program Ihya Ramadhan. Program yang melibatkan seramai 48 orang ini telah berjaya menjelajah ke 3 buah kampung sekitar Gombak iaitu Kampung Sungai Chinchin, Kampung Changkat dan Kampung Sungai Pusu.


Gambar 1: Taklimat persediaan ke lapangan di Sekreteriat Kg. Changkat.
Gambar 2: Bergambar sebelum ke lapangan di Sekreteriat Kg. Changkat.



Program yang telah diadakan pada 29 hingga 30 Ogos bersamaan 8 dan 9 Ramadhan ini merupakan satu program kemasyarakatan bagi mendekatkan PEPIAS dengan golongan yang memerlukan. Program yang berjaya mengumpulkan 2o keluarga yang kurang bernasib baik ini telah melahirkan rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekitar sebagai usaha membentuk pemangkin kepada pembangunan Ummah yang berteraskan rasa hormat dan kasih sayang.


Gambar 3: Sumbangan kepada penduduk terpilih di Kg. Changkat
Gambar 4: Beramah mesra dengan keluarga penerima di Kg. Changkat



Semua aktivis mula berkumpul di Sekretariat PEPIAS bermula 29 Ogos untuk mengadakan Ihya Ramadhan sesama ahli aktivis. Kami telah bersama-sama melakukan iftar, solat tarawih, tazkirah ramadhan dan juga bersahur secara jama'ie. Sebanyak 5 kumpulan bergerak ke setiap kampung untuk melaksanakan kerja lapangan. Sumbangan hamper berbentuk keperluan dapur dan wang tunai diagihkan ke setiap keluarga.



Gambar 5: Kumpulan Sg. Chincin 1 bersama keluarga penerima sumbangan
Gambar 6: Kumpulan Sg. Chincin 2 bersama keluarga penerima sumbangan



Perancangan yang hanya memakan masa tidak sampai sebulan dan kutipan derma yang dijalankan hanya dalam masa seminggu telah berakhir pada hari ahad tersebut jam 2 petang. Alhamdulillah, pengalaman sepanjang dua hari ini telah berjaya menghubungkan ikatan antara kita semua. PEPIAS mengucapkan jutaan penghargaan buat semua penyumbang dan Pengerusi JKKK di ketiga-tiga kampung ini kerana banyak membantu dalam menjayakan Ihya' Ramadhan pada kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..Salam Ramadhan Kareem.

Sdr. Muzakkir Mohd Nor

Saya Mestilah Muslim Di Sudut 'Aqidah (3)

Pada artikel yang lepas, kita bersama telah membincangkan tentang 7 perkara di dalam memastikan kita benar-benar meyakini bahawa Aqidah yang benar adalah Aqidah Islam. Ia bukan sekadar pembacaan semata-mata, tetapi biarlah ia melalui kefahaman yang berasaskan dalil dan perbincangan yang kuat berkenaan tentang keimanan khususnya kepada Allah s.w.t serta pesuruh-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.


7 perkara yang telah kita bincangkan bersama dan adalah perlu untuk kita pastikan dalam pengukuhan aqidah yang benar tehadap diri kita. Bagaimana? Adakah ianya memberikan kesan hasil dari pembacaan kita atau sekadar baca sahaja? Teroka dengan hati dan pemikiran kita agar dapat mengubah suasana serta pegangan aqidah kita. 7 perkara yang telah dibincangkan bersama adalah seperti beriku;

1. Beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.
2. Beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah menciptakan segalanya dalam keadaan yang sia-sia atau tidak berguna.
3. Beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul-Nya bersama dengan kitab-kitab-Nya dengan tujuan untuk mengajar kita Ummat Manusia agar mengenali Dia Yang Maha Esa, juga memahami bagaimanakan perjalanan dan matlamat kehidupan sebagai seorang manusia bermula dari kelahirannya sehinggalah kembali kepada rahmat Allah.
4. Beriman bahawa sesungguhnya matlamat kewujudan kita sebagai manusia adalah untuk mengenali dan memahami kewujudan Allah s.w.t.
5. Beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang memperjuangkan agama Allah untuk diri mereka juga tetangga dan saudara mereka adalah syurga.
6. Beriman dengan sesungguhnya bahawa setiap manusia itu melakukan kebaikan dan kejahatan adalah di atas pilihan diri mereka sendiri. Namun, setiap kebaikan itu tidak akan berlaku melainkan dengan taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t kepada manusia.
7. Beriman dengan sesungguhnya bahawa urusan perjalanan dan penciptaan undang-undangn itu adalah hak mutlak Allah s.w.t.


Mari kita lanjutkan perbincangan kita kepada beberapa perkara lagi dalam memastikan kita ini amat Muslimnya dari sudut Aqidah pegangan yang menjadi asas keislaman kita. Keadaan ini perlu dihayati dan difahami sebaik mungkin agar kita tidak mudah goyang dengan setiap hasutan dan gangguan yang mampu menerjah dan menjatuhkan keyakinan diri kepada kepada Allah s.w.t serta rasul-Nya s.a.w. Ikuti sambungannya di

http://artikelkamz.blogspot.com/2009/09/saya-mestilah-muslim-di-sudut-aqidah-3.html

01 September 2009

Apa Ada Dengan MLTR ? KONSERT MLTR,PELANJUT FAHAM ARISTIPUS

Bulan kemerdekaan datang lagi. Malah lebih beruntung, sambutan merdeka tahun ini disambut bersama keberkatan bulan Ramadhan. ABIM Negeri Selangor mendoakan agar merdeka tahun ini disambut dengan penuh kerahmatan dan kesyukuran.

Bagaimanapun keberkatan berganda ramadhandan kemerdekaan dicarikkan dengan berita satu konsert artis barat .Konsert MLTR yang dijangka berlangsung pada penghujung bulan ini bertempat di arena of stars Genting.

Maka ramai umat Islam tertanya-tanya apa perlunya, konsert itu diadakan pada bulan ramadhan. Walaupun sebahagiannya beranggapan, tiada masalah konsert itu diteruskan.Bukannya dilakukan di kawasan majoriti Islam, bahkan tidak ada paksaan untuk umat islam untuk menyaksikan konsert tersebut.

Benarkah begitu ?
Penganjuran Konsert ini memberikan tanda jelas kepada ABIM Negeri Selangor kepada beberapa isu utama;

1. Patriotisme yang semakin lemah
Hari kebangsaan adalah suatu kesempatan untuk kita menggilap semangat patriotik, hubbul watan atau cintakan tanah air. Patriotisme adalah manifestasi rasa cinta dan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara seperti yang disebut oleh Prof. Ismail Al Faruqi : “ Patriotisme adalah suatu yang positif dan digalakkan dalam Islam. Berbakti kepada bangsa dan berkhidmat kepada negara dengan jujur dan amanah merupakan satu kewajipan menurut Undang-undang Islam. Pengabaian atau pengkhianatan terhadap tanggungjawab tersebut dianggap sebagai kesalahan yang membawa hukuman duniawi dan ukhrawi”.

Muhammad Iqbal, seorang pemikir dan filosof yang ulung, juga mempunyai pandangan yang positif terhadap patroitisme. Beliau mengungkapkan : “ Patriotisme merupakan satu kebajikan yang benar-benar selaras dengan fitrah manusia dan mempunyai tempat di dalam moral manusia. Namun yang paling penting sebenarnya adalah keyakinan manusia, kebudayaanya dan tradisinya. Inilah hal-hal yang merupakan makna yang seharusnya dibawa dalam hidup dan mati kita, bukan sejengkal tanah dimana jiwa manusia kebetulan dihubungkan untuk sementara waktu.”

Bangsa yang berjiwa merdeka adalah bangsa yang sensitif dengan maruah dan martabatnya. Mereka tahu betapa mahalnya maruah dan martabat itu. Penganjuran konsert Avril merupakan manifestasi dari terhakisnya semangat patriotisme dan suburnya kembali penjajahan budaya yang membeliti minda dan pemikiran kita.

Sekadar catatan, pada pembukaan gilang gemilang Sukan Olimpik Beijing 2008, Presidennya Hu Jintao menyampaikan ucapan dalam bahasa ibundanya. Menyedari impak sukan Olimpik yang disaksikan oleh berbilion penduduk dunia itu, pastinya akan menampilkan kehebatan, kebanggaan, dan jati diri sesebuah bangsa kepada dunia. Ironisnya , dimanakah kedudukan bahasa dan budaya kita hari ini ?

Bangsa yang berjiwa merdeka adalah bangsa yang kaya dengan cita-cita dan daya usaha. Mereka tahu apa yang harus dikerjakan tanpa dikerah , tanpa diperintah. Mungkin kerana menyedari hakikat wujudnya jiwa hamba anak jajahan itu, Al marhum Dr Burhanuddin Al Helmi ketika mengobarkan semangat kebangsaan telah memberikan perhatian khusus kepada aspek pembinaan jiwa merdeka sebagaimana yang tersirat dalam ungkapan puitisnya, “ Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa Merdeka “. Sehubungan dengan itu kita seharusnya bersedia untuk membongkar dan melempar segala unsur-unsur jiwa hamba yang masih tersisa itu. Selayaknya jiwa hamba hanya merupakan pengabdian makhluk kepada khaliknya.

2. Budaya hedonisme melampau

Sebelum ini bagaikan tidak sah acara kemerdekaan tanpa sambutan konsert dan pesta-pestaan. Entah dimana silapnya , erti kebudayaan nampaknya kian dangkal dan sempit. Seolah –olah acara kebudayaan yang terbayang ialah joget lambak, dikir barat dan seni hiburan lainnya. Memang hal-hal begitulah yang selalu mengisi acara majlis-majlis yang membawa nama kebudayaan. Walhal kebudayaan bukan Cuma seni dan bukan sekadar hiburan. Ia adalah suatu yang lebih serius, dengan bidang cakupannya yang amat luas meliputi aspek falsafah, pemikiran, ilmu, kesenian, artifak dan aspek-aspek cara hidup lainnya.

Apa perlunya lagi kita mengadakan konsert dari barat itu sedangkan tanpa konsert itu pun MLTR bersedia diakses melalui kecanggihan teknologi yang pelbagai ! Apakah yang diharapkan dari penganjuran konsert seperti ini? Keuntungan ekonomi atas nama produk pelancongan ? atau hanya untuk keseronokan semata-semata ? Inilah faham hedonisme yang menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Menyoroti sejarah lalu , fahaman hedonisme didukung oleh Aristipus , salah seorang murid Socrates. Hal ini merujuk kepada pertanyaan Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusia. Aristipus kemudiannya menyatakan yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan.

Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus dengan mengatakan tujuan hidup adalah untuk kesenangan dan kedamaian. G.E Moore dilihat sebagai tokoh kontemporari hedonisme. Beliau berkata : ” Konsep baik yang bertitik tolak kepada keseronokan dan tidak ada yang baik kecuali keseronokan dan hanya keseronokan sahaja yang menjadikan kebaikan sebagai satu matlamat.

Cukuplah kita meraikan sambutan Kemerdekaan dengan acara-acara hiburan. Pengisian merdeka masih gah tanpa sambutan pesta-pestaan mahupun konsert. Pengisian merdeka harus di renungi dan dihayati oleh setiap dari kita. Kita yang bakal mencorak da mewarnakan masa depan negara kita. Cukuplah 50 tahun kita menyambut kemerdekaan dengan konsert !

Ada orang berkata, anak muda! budaya popular kunjungannya hanya semusim, masa edannya akan berakhir bila sampai seruan taubat! Tapi apakah kita harus lupa bahawa generasi tua hari ini yang terdiri daripada kelompok penting pembuat dasar, pemimpin , orang yang diberi amanah dan tanggungjawab adalah cerminan dari dari budaya masa lalu, dari a-go- go, yankies, hippies, raggae, rock, punk, dan segala macam budaya popular. Maaf , bukan semua, tetapi tidak pula menafikannya.
Konsert MLTR dan apa jua konsert yang sewaktu dengannya akan memberi makna yang signifikan terhadap budaya kita. Dalam era globalisasi , sudah tentu kita tidak terlepas dari unsur-unsur luar. Tidak bererti menolak konsert ini bermakna kita menolak segala yang bersikap asing. Yang perlu ada ialah kemampuan kita untuk bersikap kritsis dan selektif dalam memilih yang mana serasi dan mana yang bertentangan dengan budaya kita.

Dalam hal ini Kementerian yang berkaitan , harus mengembangkan dan meluaskan lagi wawasan budaya dengan lebih jelas dan komprehensif. Negara kita tidak kurang mempunyai artis-artis, seniman- seniman, saterawan, budayawan yang berpotensi dan hebat. Mengapa tidak sahaja kita bentuk mereka mengikut acuan kita sendiri ?

Mudahan-Mudahan penat lelah mereka yang telah merumuskan dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bercirikan kepribumian dan keIslaman itu akan punya makna dan harga yang setimpal. Negara kita adalah tanggungjawab kita.

Ini merupakan suara anak-anak muda pasca merdeka . ABIM Negeri Selangor rindu dan ingin sekali mendengar suara-suara budayawan, seniman-seniman , cendiakawan, agamawan, Mufti-mufti memberikan pandangan. Suara yang merentasi dan melewati sempadan politik, bahasa dan bangsa. Ini bukan soal ada apa dengan MLTR Ini Soal ada apa dengan kita ?


Hazlina Abd Razak
Pengerusi Darul Wardah
Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor
Anjung Berkat,
226 Wisma MAIS, Seksyen 3
Shah Alam
019-2774175 , lina4570@yahoo.com
There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung