30 November 2009

SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AQIDAH (5)



Perjalanan kita sebagai manusia tidak terhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Amanah Allah sebagai khalifah adalah suatu bebanan yang besar yang tidak boleh tidak kita perlu penuhi dan laksanakan dengan sebaik mungkin. Tugas ini pasti akan terlaksana dengan niat dan tekad yang penuh kepercayaan kepada Allah s.w.t. Tidak ada perkara, tugasan, kerja, amanah mahupun bebanan yang tidak upaya dikerjakan sekiranya segalanya dipasakkan kepada keyakinan yang jitu terhadap keEsaan Allah s.w.t.

Pada artikel-artikel yang lalu, kita telah membincangkan hampir 15 perkara yang berkaitan dengan Muslimnya kita dari sudut aqidah. Aqidah merupakan tunjang utama kehidupan yang memberikan gambaran siapakah kita dan apakah kepercayaan serta pegangan hidup kita. Pada artikel yang lalu kita telah membincangkan bahawa, kita perlulah Muslim dari sudut aqidah dengan;

1. Beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.
2. Beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah menciptakan segalanya dalam keadaan yang sia-sia atau tidak berguna.
3. Beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul-Nya bersama dengan kitab-kitab-Nya dengan tujuan untuk mengajar kita Ummat Manusia agar mengenali Dia Yang Maha Esa, juga memahami bagaimanakan perjalanan dan matlamat kehidupan sebagai seorang manusia bermula dari kelahirannya sehinggalah kembali kepada rahmat Allah.
4. Beriman bahawa sesungguhnya matlamat kewujudan kita sebagai manusia adalah untuk mengenali dan memahami kewujudan Allah s.w.t.
5. Beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang memperjuangkan agama Allah untuk diri mereka juga tetangga dan saudara mereka adalah syurga.
6. Beriman dengan sesungguhnya bahawa setiap manusia itu melakukan kebaikan dan kejahatan adalah di atas pilihan diri mereka sendiri. Namun, setiap kebaikan itu tidak akan berlaku melainkan dengan taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t kepada manusia.
7. Beriman dengan sesungguhnya bahawa urusan perjalanan dan penciptaan undang-undangn itu adalah hak mutlak Allah s.w.t.
8. Mewajibkan diri kita serta sentiasa berusaha untuk mengetahui nama-nama juga sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaan-NYA.
9. Sentiasa merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, tetapi tidaklah sehingga kita memikirkan Zat Allah s.w.t
10. Sehubungan dengan sifat-sifat Allah tadi, dapat kita lihat bagaimana Allah telah membuktikannya melalui ayat-ayat-Nya sendiri di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang kehebatan dan kemuliaan-Nya.
11. Meyakini, bersedia menerima pendapat dan pandangan para salaf (ulama'-ulama' muktabar) dalam menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan penta'thilan sesetengah ayat Al-Quran mengenai sifat-sifat Allah, juga menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t.
12. Mewajibkan diri kita untuk mengabdikan diri kita hanya kepada Allah semata-mata tanpa menyengutukan-Nya dengan apa-apa pun.
13. Mestilah berasa takut hanya kepada Allah s.w.t dan tidak pula takut kepada yang lain.
14. Sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namanya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.
15. Wajiblah juga untuk kita bersama untuk menyintai Allah dengan sebenar-benarnya cinta.

Keenam belas.
Kita semestinya bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan meletakkan setiap perkara itu kepada Allah s.w.t. Ia bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud;

"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya ia akan memberi kecukupan kepadanya." - Surah Al-Thalaq 65: Ayat 3

Ketujuh belas.
Kita juga mestilah mensyukuri nikmat ke atas diri kita yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung besar dan banyak. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud;

"Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu, (dalam keadaan) kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun. Lalu ia telah jadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan, dan akal fikiran, supaya kamu merasa bersyukur (di atas nikmat-nikmat tersebut)". - Surah Al-Nahl 16: Ayat 78

Kelapan belas.
Kita semestinya mewajibkan diri kita untuk sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah kerana ia dapat membersihkan diri dari dosa disamping memperbaharui taubat dan iman. Firman Allah yang bermaksud;

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya dia dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - Surah Al-Nisa' 4: Ayat 110

Kesembilan belas.
Sebagai pengakhirannya, kita mestilah sentiasa bermuraqabah atau merasai berada di bawah penguasaan Allah s.w.t baik dalam keadaan gelap atau terang kerana mengingatkan firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang bermaksud;

"Tidak ada percakapan rahsia di antara tiga orang melainkan Dialah yang keempat dan tiada (percakapan antara) lima orang melainkan Dialah keenamnya. Dan tiada (pula) percakapan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih melainkan Dia ada bersama mereka dimanapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - Surah Al-Mujadalah 58: Ayat 7

Maka, marilah kita ingatkan 19 perkara ini bagi memastikan Muslim kita terhadap aqidah ini benar dan tidak ditokok tambah atau dikurangkan. Apa yang kita khuatirkan bagaimana kita akan menamatkan perjalanan kehidupan ini adakah dengan benarnya Islam kita atau Islam kita adalah olok-olokkan semata-mata. Bersamalah kita renungkan.

http://artikelkamz.blogspot.com

26 November 2009

Perutusan Eid Adha

Bismillahirrahmanirrahim

Nabi Ibrahim bukan sekadar diteladani pengorbanannya, malah baginda sangat pintar dalam mencari dan mengenali Tuhannya dengan Borhan (Hujah yang kuat). Baginda tidak taklid buta tetapi mencari dalil melalui pemerhatian dan penelitian. Lihat sahaja dialog baginda dengan patung berhala dan ketika melihat bulan, bintang dan matahari dalam perjalanan mencari tuhannya. Dari ilma yaqin (ilmu yang meyakinkan), barulah tumbuh berani dan iltizam untuk berkorban. Sebab kita faham dan yakin seolah-olah nampak syurga neraka. Kita yakin Allah sentiasa mengawasi kita. Maka sesudah itu, adakah lagi ruang untuk tidak berkorban?

Sempena Eid-Adha ini, saya menyeru seluruh ahli agar kembali mempertaut hati yang jauh, merapatkan hati yang dekat, dan memesrakan hati yang telah bersatu. Saya dan saf pimpinan pusat memohon ampun atas segala kesalahan yang berpunca dari kelemahan. Adapun teguran yang haq (benar) tidaklah saya mohon ampun darinya. Qulil Haq walau Kana Murran.

Marilah bersatu. Asas kita adalah ukhwah dan tarbiah (kefahaman). Marilah sesali kelemahan lalu dan memperbaharu tekad dan iltizam. Tegurlah, Nasihatlah baik pengikut terhadap pemimpin ataupun sebaliknya. Jangan sesiapun memandang usaha ini dengan pesimis dan mentafsirnya dengan tafsiran yang prejudis. Pandang saja dengan pandangan yang murni. Jangan ada tafsiran kedua yang melekehkan.

Mari bersama berazam mengamalkan perkara ini:

1. Menjaga hubungan dengan Allah dengan menjaga terutamanya amalan wajib.
2. Belajar memaafkan orang sebelum tidur.
3. Jangan cepat melatah dengan berita-berita yang sampai dan dapatkan penjelasan dari mereka yang terbabit.
4. Bayangkan wajah mereka yang bermasalah dengan kita ketika membaca doa rabitah.
5. Telefon selalu Ibu Bapa untuk mendapat keberkatan.


Sekian.





14 November 2009

PERHATIAN!!

www.isfest09.blogspot.com

Kepada :
SEMUA AHLI PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS) DAN
HIMPUNAN SENIOR PEPIAS (HISEP)


Saudara/ Saudari,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAAN ISFEST09

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor akan mengadakan Festival Pelajar Islam Selangor 2009 (ISFEST09). Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya ingin menjemput saudara/ saudari ke Majlis Perasmiaan ISFEST09. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 November 2009
Masa : 7.45 Malam
Tempat : Pusat Kovensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bayaran : Ahli PEPIAS RM 20/ HISEP RM 30
Pakaian : Baju batik

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan urusetia ISFEST09, Saudara Syaifusyafiq b. Shaifuddin di talian 017-9204353/ 013-2557442/ 03-61842943 atau melalui emel isfest09@yahoo. com.

Segala kerjasama daripada pihak saudara/ saudari bagi melancarkan lagi ISFEST09 ini didahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathira. Sekian, Wassalam.

Yang benar,

ZAFRULLAH BIN ARIS
Setiausaha Agung
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Pelajar Islam Selangor 2009 (ISFEST09)
s.k: Sdr. Presiden PEPIAS
Jawatankuasa Kerja PEPIAS Pusat

*Tertakluk kepada pindaan
ATURCARA MAJLIS PERASMIAAN
FESTIVAL PELAJAR ISLAM SELANGOR 2009 (ISFEST09)
Tarikh: 20 NOVEMBER 2009
Masa : 7.45 malam
Tempat: Pusat Kovensyen Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

7.45 malam Ketibaan jemputan
8.15 malam Ketibaan tetamu kehormat
8.30 malam Ketibaan Y. A. D. Dato' Setia Haji Mohamad Adzib B. Mohd Isa
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor
8.35 malam Nyanyian Lagu
• Asmaul Husna
• Persada
8.40 malam Bacaan doa

Ucapan Aluan
Sdr. Zafrullah B. Aris
Pengerusi Jawatankuasa Induk IsFesT09

Ucaptama “Perjalanan Satu Arah dan Azam: Memperkasa Generasi Muda,
Membina Tamadun Khayra Ummah”
Ybhg. Prof. Dr. Sidek Baba
Pengerusi Jawatankuasa Da’wah Negeri (MAIS)

Ucapan Perasmian Festival Pelajar Islam Selangor 2009
Y. A. D. Dato' Setia Haji Mohamad Adzib B. Mohd Isa
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor

9.45 malam Majlis Makan Malam
Persembahan

11.30 malam Bersurai

06 November 2009

BERJALAN DI BUMI ALLAH YANG LUAS INI



Seorang bijak bestari mengatakan:

"Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan pelbagai kesedihan."

Al-Hafiz Ar-Ramhurmuzi dalam bukunya 'Al-Muhdatsu Al-Faadhil' menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang dapat diperolehi darinya. Buku itu ditulis sebagai bantahan ke atas orang yang tidak suka melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu, bahkan mencelanya. Ia berkata sebagai berikut:

"Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara (untuk menuntut ilmu) mengetahui betapa nikmatnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan kenikmatan yang dirasakan oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan tumah yang baru, pada saat melihat dusun-dusunkecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah yang lapang, pada saat mengenal bentuk muka baru, pada saat melihat keajaiban pelbagai negeri, pada saat melihat perbezaan bahasa dan kulit, pada saat istirehat dibawah bayangan dinding-dinding dan kebun, pada saat makan di dalam masjid, minum dilembah-lembah, dan tidur dimanapun saat malam tiba pada saat berteman dengan siapa saja yang dicintainya kerana Allah s.w.t tanpa memandang lagi faktor kerabat dan keluarga ketika segala bentuk kepura-puraan ditinggalkan dan ketika semua kegembiraan itu sampai ke dalam hatinya kerana sudah dekat dengan apa yang dia inginkan kerana tercapainya maksud yang dia dambakan, kerana kejayaannya menembusi majlis yang dia dambakan, dan kerana kemampuannya menakluki semua rintangan."

Semua ini memberikan pelajaran kepadanya bahawa kenikmatan dunia ini terhimpun dalam keindahan semua peristiwa itu, dalam kemanisan pemandangan itu, dan kemampuan mengambil semua faedah yang ada. Semua itu bagi bagi orang yang gemar mengadakan perjalanan, nilainya jauh lebih indah dari bunga-bunga yang sedang mekar pada musim bunga, dan lebih berharga dari segudang emas murni, yang tidak boleh dirasakan oleh si tukang cela itu dan orang-orang yang memiliki pandangan sepertinya:

Singkir semua tanda dari kumpulan manusia
yang membuat engkau terhina
Jauhi pula kehinaan
sebab kehinaan memang seharusnya dijauhi

Sabda Rarulullah s.a.w:

"Sesungguhnya Allah s.w.t itu bila menyukai suatu kaum, maka Dia akan menurunkan cubaan kepada mereka. Barangsiapa yang redha dengan ujian itu, maka keredhaan Allah s.w.t baginya, dan barangsiapa yang membenci, maka kebencian pula yang akan dia terima."

"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi kemudian orang yang hampir sedarjat dengan mereka, kemudian yang lebih rendah lagi dan seterusnya. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar keimanannya. Semakin kuat imannya, maka semakin berat pula ujiannya. Semakin nipis imannta, maka semakin ringan pula ujiannya. Seorang hamba tidak akan terlepas dari ujian-ujian hingga Allah s.w.t membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa dosa."

"Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin itu! Semua urusannya mengandungi kebaikan baginya dan perkara ini tidak berlaku bagi seorang pun, kecuali seorang mukmin. Jika mendapat kebaikan dia bersyukur, maka itu menjadi satu kebaikan untuknya. Dan jika ditimpa musibah dia bersabar, maka itu juga menjadi satu kebaikan untuknya."

"Ketahuilah bahawa seandainya seluruh umat manusia itu berkumpul untuk memberikan manfaat kepada mu berupa sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu selain berupa sesuatu yang telah ditetapkan Allah s.w.t bagimu. Dan, seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan mampu memcelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang ditetapkan Allah s.w.t ke atas mu."

"Orang-orang soleh itu diberi ujian (yang berat) oleh Allah s.w.t kemudian orang yang hampir sedarjat dengan mereka, kemudian yang lebih rendah lagi dan seterusnya."

"Orang mukmin itu bagaikan pohon yang kuat, yang tahan ditoup angin ke kanan dan ke kiri."


Pengajaran:
1. Bermusafir boleh dijadikan salah satu cara untuk memuhasabah diri serta mengembalikan motivasi dalam diri.
2. Berjalanlah dimuka bumi Allah ini dengan niat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya tentang kejadian-kejadian yang Allah s.w.t ciptakan.
2. Rasailah kenikmatan pada setiap kejadian Allah pada setiap saat masa walau dimana dan bagaimana sekalipun ia terjadi.



*Bingkisan dari buku motivasi islam yang terlaris dan terhangat di pasaran oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

Amanah Perlu Dipikul dan Dilaksana



Selepas ini apalagi. Bentak kami berbincang dan mencari satu persatu penyelesaian bagi melaksankan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan ini. Sampai bila kita akan lakukan perkara ini, sampai mati?

Jawapannya adalah 'YA'. Sampai mati. Amanah sebagai khalifah bukanlah suatu kemasyhuran yang dapat dibanggai atau diagungkan tetapi bebanan yang akan dipersoalkan di bakal ditanya oleh Allah s.w.t kelak. Semakin hari, kami merasakan kerja-kerja dakwah dan membawa nama kebenaran ini semakin sukar dan pelbagai likunya. Bermulanya kami berhadapan dengan anak-anak kecil di sekolah, ia terasa sukar namun kini semakin mudah. Nah, Allah sediakan jalan baru dengan ujian yang baru dan lebih mencabar. Berhadapan dengan mereka yang jauh lebih dewasa dan jauh lebih berdikari berbanding diri kita sendiri.

Misinya tetap sama, menyampaikan kebenaran, tidak berubah walau sedikitpun. Bersediakah kita? Pelbagai persiapan rapi diperbuat, secara peribadi masing-masing perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan kemahiran. Ingatlah janji Allah, DIA tidak akan membebankan manusia dengan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya. Itu adalah pasti, dan apabila tiba masanya, bermakna kita sudah punya kemampuan, dan kita mesti pilih jalan untuk laksanakan yang terbaik atau kembali menjadi fitnah untuk agama?

Ingatlah, kini kita semua berada di zaman fitnah. Jangan pula kita bersetuju dan menjadi sebahagian daripada fitnah tersebut. Kita hanya mengesahkan apa yang dikatakan Nabi tetapi lebih malang lagi kerana kita adalah sebahagian darinya. Apabila datang sesuatu amanah, laksanakan dengan sepenuh jiwa, bukan untuk sesiapa atau untuk apa-apa pun tetapi kerana ia datang untuk menaikkan imej kita sebagai manusia. Yang mana Allah janjikan darjat kita lebih tinggi dari malaikat, namun jika kita leka dan alpa, maka wajarlah kita menjadi sehinanya binatang ternakan.

Keuntungan, puji-pujian dan kegembiraan adalah umpanan Syaitan dan Iblis. Jika kita katakan fasilitator yang baik ialah mereka yang berjaya menjadi ajen perubah kepada diri manusia yang lain, maka SYAITAN dan IBLIS adalah fasilitator yang terlalu baik kerana dengan mudah dia menyesatkan kita dengan umpanan puji-pujian dan kemasyhuran atas amanah yang kita pikul. Dia lalaikan kita dan dia alpakan kita.

Ya Allah perkukuhkan jalan kami Ya Allah. Istiqamahkan perjuangan kami, tenangkan jiwa kami dalam menyampaikan yang hak dan sabarkan kami ketika ditimpa bencana atau kesusahan, kerana kami yakin dan percaya ia pasti akan datang.

Kamarul Azami b. Mohd Zaini
IQ Class Management
http://iqclassmanagement.blogspot.com

Optimis Dengan Apa Yang Disediakan Allah Buat Kita Semua



Penat rasanya berterusan bergerak dan mengisi program yang pelbagai. Kadang-kadang berat benar rasanya kaki ini ingin melangkah apabila mengenangkan kepenatannya bahkan meninggalkan anak isteri yang semata-mata diserahkan keselamatannya kepada Allah. Apatah lagi apabila segala kerahan tenaga dan idea dilakukan dengan balasan kosong dari penerimanya. Sudahlah penat dilakukan macam-macam, sebaliknya yang diterima hanyalah umpatan, cakap belakang dan yang paling pedih dan sakit adalah tikam belakang.

Wah, ini cukup menguji kesabaran kita sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan. Mana tidaknya, kita dah buat semua sehabis baik, tapi ada orang tidak menghargainya. Penat sungguh rasanya. Macam mahu saja berhenti dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia ini. Letihlah. Orang tidak hargai. Jangan katakan terima kasih atau tahniah, bersetuju dengan apa yang dibuat pun jarang sekali. Rasanya lebih baik berehat dan buat kerja-kerja sendiri sahaja, lebih berbaloi dan lebih berpuas hati.

BIla kita tegur mereka, melatah. Tidak mahu dengar pandangan. Idea dia lapuk, tidak sesuai zaman. Pandangannya tidak tajam, cuma telahan saja dan pelbagai lagi andaian untuk menolak dari mengambil pengajaran. Tercabarnya. Apa salahkah kita menegur dan memberikan pendapat? Apa salahkah kita berwatak mengambil berat dan menunjukkan rasa tanggungjawab? Apa salahkah kita? Jadi, biarkanlah mereka. Sudah sampai rasa malas untuk berkata-kata. Sudah sampai rasa muaknya. Ibarat menuang air ke daun keladi, tidak ada kesan apa-apa.

Nah, inilah manisnya berdakwah wahai diriku yang malang. Insan yang bernama manusia ini punya kelemahan. Sebagaimana para Rasul dan Nabi yang juga manusia tetapi dikasihi Allah dan kita semua. Wahai diriku, para Rasul dan Nabi juga berasa sedih dan kecewa, namun dalam kekecewaan Allah pujuk, ajarkan, tunjukkan jalan. Ditelan ikan Nun, dibunuh, ditegur dan diperingatkan, diberikan amaran dan sebagainya. Mereka itu Rasul... mereka itu Nabi...

Wahai diriku yang malang, itulah contoh perjalanan seorang dai'e, dicerca dikata-kata, dipersendakan, diperolok-olokkan, dibiarkan bersendirian tetapi Allah sentiasa bersamamu, percayalah wahai pejuang-pejuang kebenaran. Jika hanya dengan keadaan ini, kita sudah bermuram durja, apakah tidak perasaan pada seorang Nabi dan Rasul seperti Nuh a.s. Berdakwah selama ratusan tahun. Adakah dikalangan orang yang kita bersedih ini datang dari saudara mara sedarah sedaging yang rapat dengan kita? Bahkan bagaimana perasaan NAbi Nuh apabila anak isterinya ditenggelamkan Allah dalam bah yang besar?

Buat diriku dan sahabat-sahabat seperjuangan;

Ujian buat kita hanyalah sekecilnya ujian berbanding pada Nabi dan Rasul, para Kahlifah yang terdahulu. Jika kita berhenti dan bersedih, adakah ianya akan menjadi lebih baik? Ingatlah kita bersama, yang kita kejar bukan pangkat, bukan kedudukan, bukan kegemilangan kerana kayu ukur bagi manusia adalah sangat pendek dan kedekut. Yang kita cari adalah rahmat dan keredhaan-NYA kerana ianya tiada batas dan hadnya. Ia mengatasi segala dosa besar yang kita telah lakukan terhadap-NYA.

Kembalilah mencari kejayaan sebenar, untuk hidup tenang dan aman di kampung halaman kita semua. Optimislah kita dengan setiap kejadian Tuhan untuk kita. Pasti, pasti dan pastinya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Apa yang diamanahkan laksanakan, apa yang dituntut segerakan, apa yang dijanjikan penuhilah. Tugas kita, sediakan diri kita sentiasa, setiap saat dan ketika, kerana sebentar lagi Izrail akan memintas kehidupan kita, bila tiba masanya adakah kita telah bersedia?

Kamarul Azami bin Mohd Zaini
http://kamarulazami.blogspot.com
6 November 2009

01 November 2009

PEPIAS, Isu Semasa & Jaringan

Walaupun PEPIAS lazimnya terlibat dengan program sekolah, namun PEPIAS tidak pernah mengetepikan kepentingan untuk mendepani isu semasa dan memperluaskan jaringan di Negeri Selangor terutamanya. Sekreteriat PEPIAS yang di ketuai oleh Setiausaha Agung PEPIAS, Sdr Zafrullah telah terlibat dengan pelbagai badan dan mendepani pelbagai isu demi kemaslahatan umat. Berikut merupakan ringkasannya:

PEPIAS bersama Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam Isu PPSMI

PEPIAS bersama JAWAB dalam Isu penghinaan SIS terhadap
kedaulatan undang-undang Syariah

Delegasi IsFesT09 bersama Timb. Rektor KUIS

Pertemuan bersama Penasihat IsFesT09 Prof. Dato' Hj. Adanan, Rektor KUIS

Delegasi IsFesT mengadakan pertemuan bersama Y. A. D. Dato' Haji Mohd Adzib bagi menjalinkan kerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 13 Oktober 2009 dan merisik Pengerusi MAIS untuk menjadi Penaung IsFesT09.

Pertemuan bersama Tuan Haji Abdul Ghani bin Salleh, Pegawai Pembangunan Negeri Selangor bagi melancarkan lagi IsFesT 09

Perbincangan dengan Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor (LZS),
Tn. Hj. Ahmad Shahir Makhtar berkenaan penglibatan LZS di dalam IsFesT09

PEPIAS bersama Menteri Besar Selangor pada Majlis Penyerahan Cek
kepada Badan gabungan NGO MAIS


PEPIAS bersama ABIM Selangor membuat laporan polis terhadap SIS dalam isu Kartika.


Bersama Sdr. Saifuddin Nasution pada Kongres Ekonomi Islam ke-3 di PWTC

Iktisar Aktiviti PEPIAS.

Berikut merupakan perjalanan semasa PEPIAS.

1. Usrah ziarah - Rumah Sdr. Nik Yusuf (Pak Nik) Qiyadah WADAH Selangor
2. Usrah ziarah bersama PKPIM - Rumah Sdr. Asyraf Wajdi (Mantan Presiden PKPIM)
3. Usrah Umum PEPIAS - Setiap Rabu Malam di Sekreteriat Kg. Changkat
4. Mesyuarat Isfest 09
5. Mesyuarat PMG 10
6. Rehlah@Tamrin Srikandi Helwani di PD
7. LAF MMC - Latihan Asas Fasilitator Malaysia Multimedia College
8. Mesyuarat Kaderisasi ABIM Selangor bersama Timb. Presiden ABIM
There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung