11 December 2008

Moga Semangat Terus Membara

Assalamualaikum

Seketika men'google'kan PEPIAS di laman sesawang maka terjumpalah beberapa keping gambar yang nostalgik.Memberikan dan membuahkan rasa rindu kepada sahabat-sahabat,senior dan junior yang sama-sama mencurahkan tenaga agar Perkampungan Menara Gading atau MENARA atau PMG terus menjadi program yang relevan untuk adik-adik kita diluar sana.

Dua orang trainer senior - abg Alifi - penyanyi nasyid kumpulan suara hati dan suaranya berkumandang di setiapkali lagu menara gading di alunkan...dan Abg Zamzuri..
Dari kiri ke kanan - tak kenal,tak kenal, Abg Jimi Dollah,Abg Lifi, dan tak kenal jgk
Ermm...abg-abg PKPIM...rasanya mcm abg Fawaz..tp tak tahulah..hehe
Salah seorang trainer yang mendidik saya jadi seorang fasilitator - Abg Jimi Talib (dua dari kiri)
rasanya ini PMG-3 tahun 1998 baru je nak masuk Matrik UIA-mungkin Izzat boleh bantu ingatkan semula

PMG 4 kot di Matrik UIA

PMG 4 lagi

Abg Fad, En Khir Ngadiron (Ex Deputy Dean A&R MCIIUM) Tan Sri Prof Kamal Hassan (Ex-Rector IIUM) dan Abg Rosemanizam

PMG 4


PMG 4 -Lupa nama kakak ni, Kak Asma' (PSU PEPIAS GOMBAK), Kak Nang,Kak Sa'ie (Isteri Abg Nizal) dan Lupa juga nama abg ni

7 comments:

tokz said...

wah... ni dah kira main kasar ni... upload gambar-gambar lama yang boleh menyebakkan dada... melinang air mata berperasaan bercampur2 suka duka...

sy faham tujuan penulis untuk berkongsi rasa dan semangat yang ada kepada adik-adik, tp berapa ramai adik-adik yang tengok dan respon dalam blog ni?

JL PEPIAS 005/08 said...

InsyaAllah baru nak aktif dalam pepias blogspot ini... Salam manis dan rindu buat semua teman2 seperjuangan semoga Allah Ta'ala senantiasa merahmati kalian....

PMG (Perkampungan Menara Gading), Antara program yang saya lihat sebagai usaha awal kaderisasi. Program ini juga saya lihat memberi impak besar kepada wadah ini sendiri, mana tidaknya, tidak kurang ramai juga ahli pepias dan pkpim lahir daripada program sebegini.

Jelas, program sebegini memainkan peranan yang besar dalam usaha mempertingkat kapasiti ahli dalam persatuan ini, seterusnya berusha ke-arah memenuhi harapan ummah sebagai mana yg telah disebut dalam ucapan dasar tokz.

Kepada barisan Pengurusan dan Jawatankuasa PMG 2008 tahun ini, saya menyeru agar kita semua dapat memanfaatkan masa 3 hari program nanti bersama adik-adik. Memberi tunjuk ajar dan menjadi abang2 dan kakak2 yg boleh dicontohi. Jangan jadikan jadikan sifat putus asa dan lemah @ penat sebagai alasan untuk kita tidak berdakwah... Kerana sememangnya perjuangan dalam dakwah ini penuh dengan cabaran dan halangan... Sesungguhnya apabila hati sudah ikhlas, niat sudah betul, Amalan dan ibadah sudah banyak maka kita akan bekerja dengan penuh lapang hati dan bersemangat.

Saya menyimpan harapan kepada PMG Kali ini, agar kita dapat melakukan yang terbaik dgn penuh berlapang dada, ingatlah setiap usaha itu akan diganjari Allah.

Akhir kata,
Pergi ke kedai membeli vakum,
selamat berjuang dan Assalamualaikum....

Ciptaan Terhebat said...

Teruskan menyumbang walaupun gambar... Gambar membawa seribu erti, bagi yang faham mungkin menangis, bagi yang tak faham mungkin membuat kesimpulan, diorang ni maca kita gak skrg, bezanya poyo lebih siap pakai baju batik (masa tu takde hari baju batik lagi)... Itu assumption ana lah...

Janganlah salahkan adik-adik, ana yakin diorang membaca tetapi diorang tak menulis, jadi abang-abang ni yang rajin menulis, teruskan menulis agar diorang boleh terus membaca dan membaca. Tetapi saya nak ingatkan, tanggungjawab berdakwah tak sah sekadar menulis diblog, kena jumpa orang bersua muka dan merapatkan jurang silaturrahim...

Moga kita terus menjadi 1. orang yang beriman, 2. beramal soleh 3. menyampaikan yang hak dan 4. bersabar...

abuthurayya said...

bukan poyo... tp masa tu kan pmg ni uia yang lead jadi budaya baju batik sedondon mcm komiti taaruf sgt kuat. tu yang berbatik sakan... tp utk pmg1 dn pmg2 je, pastu pmg dah tak de sponsor besar... nway, pmg ni banyak membantu kita melahirkan kader2 dan mesti diteruskan. cuma mcm x-presiden ckp, perlu major overhaul untuk kekal relevant.

Ciptaan Terhebat said...

Ya.. major overhaul... Macam biasa, kena ada kos untuk itu, yang penting perlu ada initiator, jangan cuma mengharap... Tahniah atas kejayaan adik-adik untuk terus berbakti untuk agama, jangan dengar orang cakap2 sangat, yang penting kerja. Alah tak tanya siapa yang dah ikut kita, tetapi apa yang kita dah buat untuk sampaikan pada umat manusia... Ingat tu...

tokz said...

Initiatornya Pengerusi Majlis Tarbiyah atau Majlis Kaderisasi?

Ciptaan Terhebat said...

Sesama lah...

InsyaAllah, Majlis Kaderisasi akan mulakan gerakannya awal bulan Januari... Ana akan rancangkannya, teteapi masih samar-samar lagi.

Yang terdekat ni, ana akan cadangkan satu kertas cadangan untuk pengisian dalam induksi pimpinan Pusat dan kampus. Sebagai salah satu penambahbaikkan PEPIAS...

Jumlah Pengunjung