1) Setiap pemimpin akan mempunyai agenda untuk memastikan apa yang dipimpinnya mencapai cita-cita dan visi. Tidak kira pemimpin politik, gerakan, Jemaah, Persatuan, dan lain-lain lagi. Asalkan memimpin, pastinya inilah yang akan dilakukan. Maka, sekurang-kurang pemimpin adalah memimpin diri sendiri.
2) Ada pemimpin yang memberi fokus kepada kebenaran - perjuangannya menuntut kebenaran. Segala yang salah ditentang, dan segala yang benar atau sekurang-kurangnya lebih benar antara yang salah akan diperjuangkan. Masalahnya, benar dari kaca mata siapa? Benar adalah ilmu. Maka, mestilah dari ulamak (ilmuan). Kalau soalan objektif, mungkin mudah mencari kebenaran, tapi bila soalan subjektif, siapa yang boleh menyatakan yang mana benar? Berani kerana benar, takut kerana salah? Boleh pakai lagi kah?
3) Ada pula pemimpin yang kental menegakkan keadilan - perjuangan ini cukup klasik dan sering menjadi pilihan pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Ia banyak melibatkan persoalan hak. Keadilan sejagat, atau keadilan terpilih? RAmai pemimpin yang gagal menghayati konsep keadilan yang sebenar, dan biasanya 'memilih-milih' untuk berlaku adil. Biasanya, musuh politik akan dibawa ke muka pengadilan bersungguh-sungguh, dan apabila terkena pada kroni-kroni, dipejamkan sahaja mata. Musuh politik ini adalah mereka yang berpotensi untuk menjejaskan perjuangan pemimpin itu. (tidak kira perjuangan baik atau sebaliknya). Dengan erti kata lain, keadilan yang terpilih? Setidak-tidaknya, ada point dan kes yang membuktikan pemimpin ini berlaku adil.
4) ADa banyak pula pemimpin yang cekal dengan menegakkan kepentingan-kepentingan pihak yang diwakilinya - Memang menarik melihat pemimpin bersungguh-sungguh membela kepentingan pihaknya. LEbih menarik melihat pemimpin lain pula melakukan perkara yang sama; lebih teruk, menjaga kepentingan peribadi, dan pemimpin-pemimpin ini pasti akan bertembung. Pada waktu pertembungan ini, hujah berdasarkan fakta yang bersifat objektif akan memberikan kelebihan, berbanding yang datang dengan emosi.
5) Bolehkah pemimpin survive atau berjaya mengemudi bahtera organisasi beliau dengan bersandarkan perjuangan kepada salah satu daripada agenda di atas? Mungkin boleh, tapi, biasanya tidak kekal lama, dan akan membawa kepada kehancuran, dan konflik kepada umat manusia di sekelilingnya, kerana diselubungi ketidak syumulan dalam perjuangan.
6) Lantas, ia harus bergerak secara seiring; tidak meninggalkan mana-mana salah satu, dan dilengkapkan dengan pakej AMANAH (jujur). Sebab itulah, nabi kita, Muhammad S.A.W diberi gelaran Al-Amin sebelum mencapai akil baligh lagi. Soal Amanah, adalah soal asas kepada mana-mana pemimpin yang berjaya, untuk mendpat redha Allah.
7) Dengan Amanah- pemimpin akan punya kejujuran, dan keihklasan. Inilah yang akan mengemudi agenda kebenaran - maka, kebenaran ilmu akan menyerlahkan hikmahnya. Kebenaran dengan mematuhi disiplin keilmuan; berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan aturannya seterusnya.
mengemudi agenda keadilan - maka, prinsip berkatalah benar;walaupun pahit akan dilaksanakan tidak kira lawan atau kawan. Keadilan dalam kaca mata syariah, bukan sivil semata-mata.
mengemudi agenda kepentingan - maka, perjuangan berkepentingan tidak akan membawa kepada kejahilan peribadi dan assabiyyah sempit. dan akhirnya, yang paling penting, hanyalah kepentingan agama Islam.
8) TAnggungjawab pemimpin adalah untuk membawa visi dan perjuangan organisasi ke arah redha Allah taala. Meningkatkan tahap kehidupan kemanusiaan dari hari ini kepada yang lebih baik, dan lebih baik, dan lebih baik... Inilah sebenarnya tugas Khalifah Allah di atas muka bumi.
9) Bagaimanakah perjuangan kita pada hari ini? Benar ke? adil ke? ke hanya berkepentingan tertentu?
1 comment:
ramai di antara kita yang terasa pahit apabila perkara benar diungkapkan, lagi2 yang terkena batang idung sendiri. berbagai2 dalil aqal akan cuba dibahaskan untuk menegakkan benang yg basah.
memilih pemimpin perlu mempunyai 2 sifat iaitu 1. Qawiy (kekuatan dan kebolehan) dan 2. Amin (amanah menjalankan tugas dengan komited)
Post a Comment