Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Salam perjuangan… Bahang kehangatan muktamar kian terasa. Semangatnya sudah makin membara. Malam semalam sudah berlangsung mesyuarat penyelarasan muktamar kali ke 17. Tarikh keramat 5-6 Disember 2008 bertempat di Dewan Sri Siantan, Selayang telah menjadi pilihan ahli jawatankuasa pelaksana. Walaupun mesyuarat malam tadi agak lewat ditamatkan, namun ahli jawatankuasa terus bersemangat untuk menjadikan muktamar kali ini kembali seperti zaman kegemilangannya. Bagaikan semuanya sudah sekata dan sejiwa bersepakat mahu mengibarkan panji perjuangan tanda bermulanya era baru perubahan.
Oleh hal yang demikian,bagi terus menyemarakkan lagi muktamar kali ini, ahli yang masih sayang dan cintakan perjuangan PEPIAS ini diseru untuk menyemarakkan lagi muktamar pada kali ini. Mari kita bersidang dan menyuarakan pendapat yang bernas dan bertenaga bagi menunjukkan kesetiaan kita pada wadah ini. Bagi sdr. Presiden yang kita kasihi, beliau menganggap muktamar kali ini adalah paling istimewa. Apakah akan ada kejutan2 yang akan diumumkan oleh sdr. Presiden? Mungkinkah akan ada tsunami besar dalam peralihan kepimpinan? Ataupun suasana muktamar yang akan memberikan kelainan? Bersama-samalah kita menantikan hari kejadian.
Mari adik2, kakak2, abang2, tuan2 dan puan2 tanpa segan silu menganjakkan sedikit tarikh pulang ke kampung menyambut Aidiladha dgn melakukan pengorbanan terbesar dengan menginfa'kan masa, tenaga bahkan wang ringgit dgn menghadirkan diri ke muktamar kali ke 17 bagi bersama-sama kita bina cita dan harapan, utk hari ini dan masa depan, kita aturkan langkah seiringan, demi satu wadah perjuangan, agar esok menjanjikan kegemilangan...
Ayuh kita teruskan langkah..
JOM KE MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS!!!
sumber : bapolz@yahoo.com
3 comments:
Ayuh rakan2 seperjuangan,gegarkan muktamar ini dgn suara2 yg mampu untuk membentuk kepimpinan yang unggul.
Buat adik2, jadikanlah PEPIAS ini sbg madrasah tarbiyah & juga ruang praktikal kpd mad'u2 yg perlukan bimbingan kita.
Sesungguhnya dunia di luar ini jauh lbh besar cabarannya & lebih ramai yg memerlukan bimbingan kita. Percayalah...mereka di luar ini semuanya menunggu kita.
Sekarang ini barulah tersedar bahawa tiada kenangan yg terindah melainkan kenangan pahit manis sewaktu berjuang dlm PEPIAS sewaktu di kampus dahulu.
Alangkah baiknya jika boleh utkku kembali ke masa lalu...namun hakikatnya waktu itu semakin menjauhi kita.
Adik2...dengarlah kata abang (ni bukan recall ye...) nikmatilah setiap detik yg ada bersama PEPIAS, walaupun kadang2 terasa pahit & berat utk ditempuhi... gunalah setiap ruang & peluang yg ada,jika tidak pasti anda akan kerugian.
Percayalah, bahawa seandainya diberi peluang kami ingin pulang ke masa itu, berjuang bersama teman2 yg sanggup makan sepinggan & tidur sebantal dalam penyatuan fikrah dan misi di bwh lindungan wadah ini.
Namun apakan daya,Allah menguji kami utk berjuang & bertahan dlm ruang realiti yg jauh lebih besar & mencabar.
Salam Perjuangan buat semua...selamat bermuktamar.
tu dia....
apabila X-YDP bersuara.....
tahniah bro....
Terima Kasih sahabat....
erwan -ydp
radin-sua
dua gandingan mantap...
mg Allah memberikan kita ruang dan masa yg cukup utk terus berdakwah dan berjuang tidak kira di mana jua kita berada...
Post a Comment