Keluarga merupakan asas pada pembentukan sebuah masyarakat. Ia adalah sebuah unit asas yang terdiri dari seorang suami dan isteri, juga jika dikurniakan zuriat, maka ianya menjadi penyempurna kepada sebuah keluarga. Tulisan ini bukan mahu menceritakan apa yang perlu ada pada dalam perkahwinan tetapi apa yang ada pada sebelum perkahwinan. Hasil pengamatan penulis terhadap generasi terbilang yang sama-sama kita boleh berkongsi bersama. Juga untuk rujukan kita jika kita mahu mengamalkannya dalam kehidupan.
Umum diketahui bahawa generasi terbilang dahulu adalah hasil tarbiyah dan didikan. Yang seterusnya melahirkan generasi gemilang. Di sini dicoretkan beberapa kemuliaan (bagi padangan penulis) seorang wanita dalam erti kepada perjalanan kepada perkahwinan.
Apabila dituruti sirah nabi-nabi , kemuliaan wanita adalah terletak pada apabila mereka dikahwinkan oleh bapa mereka. Mungkin kita sedikit mencebik apabila dikatakan bahawa perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa adalah perkahwinan zaman dahulu, tetapi hakikatnya ia adalah sunnah para Nabi. Mari kita turuti beberapa kisah dari pengamatan yang terhasil :
1. Perkahwinan Nabi Musa dengan anak penternak (Surah Alqosos : 22-28 )
Kisah bermula apabila Nabi Musa sampai di sebuah tempat setelah jauh membawa diri dari pihak Penguasa Firaun. Ketika sampai di suatu sumber air di sebuah tempat bernama Madyan , baginda melihat dua orang anak gadis muda sedang menghambat ternakan mereka. Terus ditanyakan pada mereka
“mengapa kamu buat begitu”
‘kami tidak boleh memberi minum pada ternakan kami sehinggalah penternak-penternak yang lain pulang sedangkan ayah kami adalah seorang yang sangat berumur. ‘
kata kedua-dua anak gadis tersebut.
Maka di atas sifat seorang manusia, Nabi musa membantu kedua anak gadis tersebut memberikan minuman pada ternakan-ternakan mereka. Sehingga selesai dari kerja itu, Nabi Musa kembali ke tempat perteduhannya.
Setelah beberapa ketika, seorang dari dua perempuan yang dibantu Nabi Musa datang kepadanya dengan keadaan yang malu-malu, sifat semula jadi seorang wanita, menjemput Nabi Musa kerumahnya kerana ayah mereka ingin membalas budi yang ditaburkan Nabi Musa kepada merkea.
Perkenalan Nabi Musa dengan ayah gadis-gadis ini dan setelah penceritaan semua peristiwa yang berlaku, salah seorang dari wanita gembala itu, mengusulkan pada ayah mereka agar diambil Nabi Musa bekerja dengan mereka kerana pada Nabi Musa ada sifat orang yang dipercayai dan juga seorang yang kuat.
Terus dikatakan pada Nabi Musa oleh ayah pada wanita ini,
“aku sangat ingin untuk menikahkan kamu dengan salah seorang anakku,dengan (mahar) dasar kamu bekerja denganku 8 tahun dan kalau kamu mahu cukupkan 10 tahun, itu terserah padamu.”
‘Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Maka Nabi Musa dikahwinkan dengan salah seorang dari wanita anak kepada penternak binatang ini.
Kesimpulan cerita :
Seorang wanita mulia adalah mereka yang dijodohkan dengan seseorang yang dipercayai kebaikan dan akhlaknya oleh ayahnya sendiri. Yang datang dari mulut ayahnya bukan dari pihak lelaki.
2. Kisah Nabi Lut dengan kaumnya (surah Hud : 76-77)
Ketika datang utusan ( malaikat ) yang membawa berita dari Allah dalam bentuk manusia. Mereka mendatangi Nabi Lut sebagai tetamu. Berita tentang kedatangan tetamu ini, diketahui oleh kaumnya.Kita ketahui bahawa kaum Nabi Lut merupakan pelaku sodom (homoseksual- lesbian-suka sama jenis).. apabila diketahui ada lelaki yang datang bertamu ke rumah Nabi Luth,segera mereka datang kepada Nabi Lut dalam keadaan bergesa-gesa.
Melihatkan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya ini, Nabi Lut tahu dengan apa maksud yang merka ingin darinya,terus ditawarkan pada mereka anak-anak perempuannya dengan maksud dikahwinkan dengan mereka :
“wahai kaumku, ini merupakan puteri-puteriku, mereka lebih suci bagi kamu semua.bertakwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu mencemarkan aku dihadapan tetamu-tetamu ku ini.tiadakah dikalangan kalian orang yang berakal?” ayat ini disebut oleh Nabi Luth setelah sikap yang dipamerkan mereka dihadapan tetamu yang hadir. Sebagai seorang manusia yang berakal, timbul perasaan malu pada diri Nabi Luth dengan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya.
Jawapan yang diberikan oleh kaumnya :
“Kamu dah tahu bahawa kami tiada keinginan terhadap anak-anak kamu, dan kami pasti kamu tahu apa yang kami mahu” jawapan yang sangat mengharu-birukan perasan seorang manusia yang berakal terhadap sikap yang dipamerkan oleh satu kaum yang sudah tidak kenal erti kemanusiaan.
Kesimpulan cerita :
Seorang ayah akan menjodohkan anaknya yang mulia dengan lelaki yang sanggup untuk membuat perubahan ke arah lebih baik.
3. Kisah perkahwinan Muhammad dengan Khadijah
Umum sudah kita ketahui kisah ini, yang Khadijah merisik Nabi. Kecerdikan, keramahan, dan sifat mulia yang ada pada diri Muhammad s.a.w sangat menarik hati dan naluri khadijah terhadap budi pekerti muhammad.
Dari perkahwinan antara Khadijah dan Muhammad , lahir seorang wanita yang menjadi antara wanita yang mula-mula sekali masuk ke syurga.Itulah Fatimah Azzahra.
Kesimpulan cerita :
a. Seorang wanita yang mulia akan memulakan langkah dengan merisik sendiri lelaki idamannya dengan melalui saluran yang betul. (guna orang tengah tanya bahagian lelaki).
b. Zuriat yang bagus juga dari hasil bermula cara perkahwinan dari ayah dan ibunya.
4. Perkahwinan Ali dan Fatimah
Nabi menawarkan pada para sahabat baginda tentang hasrat hatinya untuk mengahwinkan salah seorang dari kalangan mereka dengan puterinya Fatimah . Perkahwinan ada syarat yang diperlukan. Akhirnya, Ali cukup syarat yang diperlukan.
Hasil perkahwinan Ali dan Fatimah melahirkan Hasan yang diketahui oleh kita telah menyatukan kembali perpaduan umat Islam yang berpecah di zamannya.
Kesimpulan cerita :
a. Seorang ayah akan mengahwinkan anaknya yang mulia dengan seorang lelaki yang cukup ciri kemuliaan dengan anaknya.
b. Ciri seorang pemimpin yang terbilang dihasilkan/dilahirk an dari pertemuan atau bagaimana cara pertemuan perkahwinan ibu bapanya.
5. Umar al-Khattab mengahwinkan anaknya
Suatu hari , saidina Umar melakukan rondaan di waktu malam untuk melihat suasana rakyatnya disamping mengetahui keadaan sebenar rakyatnya. Diri beliau yang selaku seorang khalifah umat Islam, cuba melakukan seadil mungkin di atas amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahunya.
Suatu ketika ketika melakukan rondaan, beliau terdengar suatu pebualan di suatu rumah, Umar berhenti untuk mendengar perbualan tersebut.. Seorang ibu menyuruh anaknya agar memerah susu untuk dijual esok dan periksa berapa banyak susu yang ada. Hasil dari pemeriksaan, anaknya (seorang perempuan) memberitahu bahawa susu yang ada hanya sedikit.
“kamu tambahkan air ke dalam susu tersebut. Biar banyak sedikit hasil yang akan kita peroleh” kata si ibu.
“tidak boleh ibu, iu seperti kita menipu timbangan pada manusia’ , kata si anak.
“tidak mengapa, saidina umar tidak tahu perkara ini” balas si ibu.
Ketika ini, saidina umar semakin tertarik dengan perbualan mereka dan cuba mendengar apa jawapan dari anak perempuan tersebut.
‘ibu, saidina umar sememangnya tidak mengetahui perkara ini, tetapi Tuhan saidina Umar tahu akan perkara ini.’
Terkejut saidina Umar dengan jawapan yang diberikan oleh anak perempuan wanita tersebut. Setelah itu , keesokannya, Saidina umar mengarahkan pengawalnya memanggil kedua-dua beranak ini ke pejabatnya. Dan menawarkan kepada wanita tua tersebut untuk anaknya (seorang lelaki) dikahwinkan dengan anak wanita itu.
Hasil dari keturunan inilah lahirnya khalifah umar abdul aziz, seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat adilnya dalam pemerintahan.
Kesimpulan cerita :
a. seorang wanita yang mulia akan ditawarkan/dirisik oleh ayah seorang lelaki yang ingin mengahwinkan anaknya dengan wanita tersebut.
b. Seorang pemimpin yang terbilang adalah hasil dari benih pertemuan ketika bermulanya perkahwinan dari ibu dan ayah mereka.
Kesimpulan dari cerita-cerita
Dari kisah-kisah yang dipamerkan, jelaslah kepada kita, bahawa sunnah orang-orang beriman dalam perkahwinan banyak yang datang dari pihak perempuan dahulu. Hasil dari tarbiyah dan didikan itu, melahirkan pemimpin-pemimpin umat. Jodoh pertemuan adalah seperti nasi/makanan, yang mana ianya perlu diusahakan , bukan sekadar hanya mengharap tetapi usaha perlu dahulu dimulakan.
Akhir kalam, janganlah kalian (para wanita) untuk malu melakukan langkah dahulu dalam memastikan kebahagiaan di dunia sebagai wasilah cemerlang diakhirat. Jika sudah dikenal pasti siapa yang berkenan di hati, jangan ragu-ragu untuk menyatakan hasrat melalui saluran yang betul.(elok ibu ayah atau orang tengah ).
Terbukti bahawa dari kisah-kisah di atas bahawa permulaan kepada pernikahan yang dimulakan oleh wanita menunjukkan kemuliaan wanita itu.Mahu menggunakan ibu ayah, maka Nabi Muhammad sebagai contoh dalam mengahwinkan anaknya, mahu mencari sendiri , maka khadijah (isteri Nabi) sebagai suri contoh .
Sifat malu itu bertempat. Dalam perkara ini, jika wanita memulakan dahulu bukan bermakna dia tidak punya sifat malu, tetapi wanita yang kata dia tidak mahu memulakan itu kerana malu ia adalah salah konsep, ia adalah segan bukan malu atau istilah lain, malu tidak bertempat.
Ingatlah, bahawa lelaki mulia dengan memilih seorang ibu yang baik untuk anak-anaknya, dan kemuliaan seorang wanita adalah dengan memilih calon bagi dirinya untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya.
Percayalah bahawa anda seorang yang mulia walaupun anda yang memulakan dahulu.
(sumber: pepias@yahoogroups.com)
8 comments:
salam semua ahli jemaah pepias..
adapun perkahwinan memanglah perkara yang amat mulia, kerana ia mengikuti sunnah Rasulullah, penting demi kelangsungan hidup spesis manusia dan memenuhi sebahagian tuntutan nafsu..
jika dilihatkan dan dibaca cerita yang terpapar, memang begitulah ciri2 yg baik dan patut diikuti.ia kisah orang yg mulia dan bersumber dari kalam yg mulia juga..
walau bagaimanapun, realiti kehidupan tidaklah sehebat angan2, dan segala cerita itu bolehlah diibarat umpama fantasi orang dulu2 dan tidak pula berlaku sekarang..jauh pula, ada orang yang berpewatakan seperti itu..
seorang bapa jika ingin mengahwinkan anak perempuannya, akan dilihat harta si jejaka..adakah cukup untuk beri makan. habis- ditambah pula, kereta apa dipakainya, supaya bila jiran bertanya, tiadalah malu nnti dia berjawab..habis,-dilihat pula kerja si jejaka, adakah gajinya besar, berapa banyakkah gaji, atau pegawai kerajaan kah dia atau bisnesman kah atau...bermacam lagi..
si jejaka pula demi ingin berkahwin, terpaksa pula berhutang/loan untuk hantaran dan majlis kahwin..ada yg 10 ribu, ada yg lebih dari itu..jgn dikata pada saya - dulu2 org pandai mengaji sudah cukup syarat kahwin..jangan kata lagi..sudah saya beritahu..ia hanya fantasi dan bukan realiti sekarang..
syahdan, bukan sahaja tertekan kurang duit, si jejaka terkial2 mencari sumber dan lebih parah terdapat nasihat suruh berhutang..bukan rakan2 sahaja suruh berhutang, bahkan keluarga juga mendesak agar berhutang..kita disuruh meneguhkan agama (ADDIN) dan bukan menambah hutang)ADDAIN)..
namun alasan berkahwin, atas sebab ingin seperti orang lain,ingin majlis yang seperti orang lain, dengan alasan ia hanya sekali seumur hidup, atas kerana desakan dan harapan keluarga, baik keluarga jejaka atau perempuan, maka terteguhlah AD-DAIN (hutang) didalam hati jejaka, didalam hati bakal ketua sebuah keluarga..
lihatlah sekeliling kita..apakah realiti yg kita hadapi dan apa pula cerita yg kita semua bacakan ini..
seolah tiada jalan keluar dari perkara hutang ini. sudah terbeban hutang belajar, ditambah hutang kereta, lagi ditambah hutang rumah sewa, lagi ditambah hutang kahwen, lagi ditambah hutang kedai perabot, lagi hutang dengan kedai elektrik..dan list akan bertambah panjang, dan hutang akan bertambah banyak pula..
lihatlah dengan cermat,kita mungkin antara penyumbang perkara hutang ini berleluasa..akhirnya, hati manusia tidak diikat dengan AD-DIN tetapi terikat kuat dengan AD-DAIN..agama akan bercerai-berai dan roboh serta dihinakan, manakala hutang akan berleluasa, dan wang ringgit akan menggantikan akidah manusia, akan menggantikan Allah dalam hati manusia..
suatu hari nanti kita akan mendirikan rumah tangga, dan akan pula mengahwinkan anak2 kita-insyaAllah..jika masanya sampai, apakah pendirian kita, dimanakah cerita ini di dalam hati kita, dan mungkinkah kita akan terleka dengan pelbagai BERHALA yang bertahkta di jiwa..
"Rabbila takilni ila ghairiq'... ila nafsi, fa'a jas tu 'anha..."
Wahai Tuhanku,
Jangan Engkau serahkan aku ini kepada diriku,
Aku tidak mampu untuk menguruskannya,
Dan jangan Engkau serahkan diriku ini kepada orang lain,
Nescaya mereka akan menghilangkan aku,
......
Shalawat salam kepada Baginda Muhammad Saww dan seluruh ahli keluarga baginda Muhammad".
Saddaqallahuladzim...
TQ..
Salam Perjuangan,
nampaknya artikel ni copy paste... sy tak pasti sumber asal artikel ni.
Setelah memasuki fasa 4 atau fasa terakhir musim sejuk dalam jamaah ni cukup perit.
bagi mereka yang belum memasuki fasa ini mungkin belum merasa kekangan atau dugaan yg hebat untuk istiqamah dalam perjuangan.
bagi mereka yang sudah berkahwin dan tinggal bersama makayah mungkin kurang kekangan kerana ada yang membantu kerja rumah dsb.
bagi mereka yang tinggal dirumah sendiri akan terasa kekangan itu. maklumlah kerja rumah kena buat sendiri.
justeru mari kita doakan kelapangan masa sahabat2 kita agar diberi kemudahan untuk terus istiqamah dalam perjuangan. jgn pula kita melekeh dan menghukum mereka.
Setuju dengan saudara johari dan saudara presiden
Budaya masyarakat membebankan majlis perkahwinan yang mudah.
Kasta masyarakat membebankan majlis perkahwinan yang sepatutnya sederhana
Nasihat ini ditujukan buat diriku dan buat semua yang membaca
Tiada siapa di antara ahli PEPIAS ini yang berjaya melepasi 4 musim sejuk ini.Jika dia berjaya,namun pasangannya????? bagi saya melepasi 4 musim sejuk bukanlah bermakna kita sahaja yang melepasi,tetapi kita membawa pasangan kita jg melepasi waktu2 sejuk ini.
WaAllahua'lam
tak sabar nak tgk akutaktahu dan isterinya terus istiqamah dalam jamaah... :)
biasanya org dah kahwin akan memberikan pesanan kepada yang bujang " tgklah bila masa kau kahwin nanti"..
seolah2 satu doa bahawa betapa susahnya mahu istiqamah dalam perjuangan ini bersendirian,bersama pasangan dan bersama ahli yang lain...
kagum melihat istiqamahnya YDP ABIM Selangor serta isterinya dalam jalan ini....
sabarlah ye tok z..doakan saya dapat mendidik diri dan mendidik pasangan saya utk menjadi hamba,khalifah dan dai yang baik...
http://abejoes.blogspot.com/2008/11/perkahwinan-titian-kasih-rabbi.html
http://abejoes.blogspot.com/2008/11/nasihat-buat-pengantin.html
http://abejoes.blogspot.com/2008/10/perkahwinan-hakikat-penyerahan-diri.html
mungkin kita ini boleh meneladani beliau
Assalamualaikum, meriahnya cerita tentang perkahwinan.
Sahabatku sekalian...
Saya tidaklah pandai untuk bermedah di medan cyber ini, tetapi teringin juga nak berkongsi pandangan dan idea...
Hebat kisah yang diceritakan, saya suka untuk kita banyak menyingkap kisah-kisah ini untuk dijadikan teladan. Tidak ramai kita lihat wanita hari ini seperti Khadijah mungkin kerana hari ini ramai orang 'macam kita' ni.
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik. Kalau apa yang kita dah dapat tu bersesuaian, redhalah, berdoa supaya mereka mampu ke tahap Khadijah.
Saya bersyukur, kerana setiap orang dikalangan kita berdakwah dengan cara masing-masing, bahkan anda jauh lebih baik dari apa yang saya kerjakan, saya malu dalam perasaan bangga ni. Berusaha untuk melihat semua orang baik. Berjasa pada agama hanya Allah yang tahu nilainya bukan kita penguasa menentukannya. Sama jugalah dengan sang Isteri, mereka meredhakan si suami untuk berjuang itu memadai, menjaga maruah dan amanah si suami itu syurga untuknya.
Kalau kita mengharap sehingga sesempurnanya, semoga kalian berjaya memperolehnya. Melalui '4 zaman' yang disebut-sebutkan bukanlah keutamaan untuk kita cari dan mula merasa diri yang terbaik apabila telah menempuhnya, ia cuma 'guideline' atau tanda aras atau mungkin hanya 'ujian' yang semua orang akan tempuh.
Kepentingan bagi kita ialah menambahkan ilmu bukan untuk berhujah, tetapi untuk memperbaiki diri kita. Berkahwin, bukan untuk semakin lupa kepada tanggungjawab agama, tetapi membuatkan kita lebih hampir kepada-Nya.
Bersetuju sungguh saya dengan pandangan joharihamzah tu, kita semakin hari semakin mengukuhkan AD-DAIN kita secara tidak sengaja. Jadi kita kena ubah cara fikir dan tindakan kita. Mana tidaknya, kita mengikut berhala-berhala dalam hati kita kan?
Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala ujian Mu, jadikanlah aku Mukmin yang sentiasa bertaubat dan mengharapkan kekuatan hanya dari Mu...
Korang kena kawin dulu ni baru tau langit tu tinggi ke rendah...he..he..
Post a Comment