17 March 2011

PMG kembali lagi!!!


InsyaAllah pada 1-3 April 2011 akan diadakan Perkampungan Menara Gading kali ke 11 Peringkat Negeri Selangor bukan sambutan April Fool ek.

Kali ini, UNISEL, Kampus Shah Alam telah dipilih sebagai tuan rumah. Ini merupakan kali ke 2 UNISEL menjadi tuan rumah untuk program seumpama ini. Gempak habis r UNISEL!!!

Untuk sapa ea PMG ni??? Pastinya yang ingin melangkah ke menara gading ialah budak2 lepasan SPM/STPM. Cume kali ini terbuka untuk lepasan tahun 2010 punya.

Kat sana nanti kita akan memberi pendedahan kepada peserta bahawasanya setiap orang ada ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPT. Yang pastinya anda akan dapat merasai pengalaman sebenar kehidupan di IPT sebelum anda melangkah ke sana..so RM30 nanti berbaloi la tuk anda selama 3 hari 2 malam tu nanti.

Jadi, apa tunggu lagi...KeGERSANGan ilmu yang ada perlu kita cari bersama-sama...Aturkan langkah bersama untuk ke PMG ini. Banyak kenikmatan yang anda akan rasai!!! Percayalah...

Jom jangan buang masa...SMS kan nama anda dengan cara -->
NAMA (jarak) I.C (jarak) Tempat Tinggal (jarak) kos yang diambil semasa F5
dan HANTAR ke nombor 0122306489.

~S.E.B.A.R.K.A.N~

16 March 2011

PKPIM Anjur Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) & Karnival Islam Warnai Hidupku















Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) dan Karnival Islam Warnai Hidupku pada 19 & 20 Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di perkarangan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Gombak, Kuala lumpur.

GKKI yang bakal dianjurkan tersebut bertujuan untuk merakyatkan kefahaman dan kesedaran Islam ke peringkat massa dengan membawa slogan Islam Warnai Hidupku kepada seluruh komuniti masyarakat khususnya remaja di kawasan berkenaan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan silaturrahim antara penduduk setempat dengan pelajar universiti di samping menjadikan masjid sebagai pusat ibadah, pusat ilmu dan aktiviti sosial.. Baca seterusnya...

Di samping itu, program yang turut mendapat kerjasama beberapa pertubuhan dan institusi lain ini mensasarkan lebih dari 10,000 pengunjung yang terdiri dari masyarakat setempat, warga ITP berdekatan, dan masyarakat awam.

Sepanjang dua hari program ini berlangsung, lebih dari sepuluh program utama telah diatur untuk dilaksanakan termasuklah program Motivasi Pelajar Super, program Apresiasi Tokoh, Kaji Selidik dan Praktikal Dakwah, Syarahan 50 Tokoh PKPIM oleh Al-Fadhil Ust Dato' Md Hashim Yahya, Konsert Nasyid dan Qasidah Islam Warnai Hidupku, Pameran Pendidikan dan Kemasyarakatan, Baca@LRT, Bengkel Kewangan, program Smart Solat, dan sebagainya.

Sementara itu, PKPIM akan menjadikan GKKI ini sebagai projek induk PKPIM sebagai rujukan asas untuk dilaksanakan oleh badan Gabungan Negeri dan seluruh Kampus cawangan PKPIM.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga mengalu-alukan penglibatan seluruh pihak untuk bersama-sama menjayakan GKKI ini sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan kefahaman Islam ke peringkat akar umbi yang secara tidak langsung mampu untuk membawa gelombang kedua ledakan dakwah di nagara kita.



PEPIAS mengalu-alukan kepada para sahabat yang berkelapangan untuk menghadirkan diri ke program GKKI ini yang julung kali diadakan. Sekiranya berminat, sila hubungi pengerusi perhubungan masing-masing atau terus hubungi SUA. Sekian.

Kes al-Kitab Injil Melayu: PKPIM Gesa Kerajaan Tangguh Keputusan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kenyataan YB Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung pendirian kerajaan dalam membenarkan pengeluaran sejumlah 35 ribu Al-Kitab Injil berbahasa Melayu yang ditahan di Perlabuhan Klang dan Kuching oleh pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kerajaan berpendapat bahawa ia adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal selain mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”.

PKPIM berpendapat, meskipun diperuntukkan pengedarannya hanya untuk penganut agama Kristian sahaja, namun apakah jaminannya al-kitab tersebut tidak akan diedarkan kepada penganut agama lain? Sehingga ke hari ini, PKPIM masih belum begitu yakin dengan kemampuan agensi kerajaan yang terlibat benar-benar kompiten dalam memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

PKPIM turut mempersoal ketetapan Peguam Negara (AG) bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tersebut tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

Justeru, PKPIM menyeru agar pihak kerajaan menarik semula pengumuman tersebut kerana bimbang ia akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam yang masih membara dengan konflik Kalimah Allah yang telah mengakibatkan suasanan tegang dalam masyarakat.

PKPIM berharap keputusan ini dapat ditangguhkan sehingga proses perundangan berhubung isu Kalimah Allah selesai. Peguam Negara (AG) juga digesa agar mempertimbang semula ketetapan yang telah dibuat berhubung isu berkenaan.

Akhirnya, PKPIM memohon isu ini dapat dibawa kepada perbincangan dan konsolidasi antara tokoh-tokoh agama yang berwibawa bagi menyeimbangi mati rasa sudut pandang pengamal undang-undang agar dapat memberikan saranan terbaik kepada kerajaan dalam membuat keputusan yang lebih berobjektif dan berhikmah demi kesejahteraan semua..


Sumber : http://syawabal-zaha.blogspot.com/2011/03/kes-ial-kitab-injil-melayu-pkpim-gesa.html?spref=fb

07 March 2011

Sorotan PEPIAS 3 Bulan

Kabare? Waras....

Alhamdulillah..itulah ungkapan yang mulia sekali untuk kita ungkapkan bersama. Mungkin kita selalu melafazkannya tapi kita lupa dan tidak tahu bahawa kalimah ini sungguh besar maknanya.

Baiklah...penulisan kali ini hanyalah semata-mata untuk 'update' blog PEPIAS ini. Tahun ini PEPIAS bakal menjangkau usianya 20 Tahun...Maka usia itu mencerminkan mudanya PEPIAS ini di rantaian dakwah yang ada di Malaysia berbanding PKPIM yang sudah 50 tahun, ABIM yang 40 tahun. Usia ini juga berdekatan dengan usia ahli-ahli yang ada dalam PEPIAS. jadi perwatakan nya menunjukkan ia ingin masuk ke dalam matang dewasa.

PEPIAS telah beralih tampuk pimpinan dibawah 5 orang PRESIDEN...Setelah 3 bulan berlalu, dibawah kepimpinan Presiden Sdr Zulhelmi, kini PEPIAS seakan mengorak langkah untuk terus mendampingi masyrakat dalam usaha dakwah. Kepimpinan yang ditunjangi oleh orang-orang muda di lingkungan usia 20-25 tahun (melainkan presiden dan k.helwani), mereka telah bersepakat untuk membawa PEPIAS berdasarkan misi dan visi yang dibentuk bersama. Disertakan sebanyak 5 halatuju bagi tahun 2011/2012.

Dalam tempoh 3 bulan, banyak perkara baru telah dipelajari oleh kepimpinan muda ini. Banyak benda baru cuba diwujudkan semula. Semua ini dalam proses pembelajaran dan penilaian oleh mereka. Alhamdulillah di awal bulan 1 yang lalu, kita telah cuba untuk menghidupkan semula PEMANGKIN PEPIAS..Walaupun masih banyak kekurangan, namun ia adalah percubaan terbaik. Seramai 14 orang ahli PEPIAS dipilih untuk dinilai sebagai bakal trainer oleh jurulatih yang sedia ada.PEPIAS mengorak langkah lagi, menghidupkan semula KELAPE iaitu tamrin jundi. Alhamdulillah mendapat respon yang baik daripada setiap peseerta yang terus bersemangat untuk turun kepada masyarakat. Gerakan PTMS juga kita cuba untuk menggerakkan semula. Namun kita sedang mencari formula terbaik untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Setakat ini kita masih menggunakan sistem yang sudah ada. 2 buah cawangan telah berjaya menjalankan roadshow PTMS. Cawangan Pandan telah melaksanakan fasa 1 dan telah mendapat 3 buah program sekolah untuk bulan 4 mendatang. Tahun ini sebenarnya untuk makluman semua, PEPIAS ingin menfokuskan kepada latihan pada ahli. Kita telah mengatur beberapa program dan pengisian untuk semua ahli PEPIAS. Ura-ura PEPIAS mengejar program yang gah tanpa pengisian adalah tidak benar sekali. Hasilnya memang bukan sekarang tapi kita akan lihat hasilnya satu hari nanti.

Persiapan dalam memberikan yang terbaik kepada ummah pada hari ini merupakan satu keperluan yang utama disamping memberikan nilai tambah yang positif kepada generasi masa kini terutamanya bagi golongan remaja muslimah harus dipandang serius. Tambahan pula, remaja wanita pada masa kini semakin terdedah dan mudah terpesong ke lembah yang tidak bermoral sekiranya tidak diberi perhatian dan penjagaan yang rapi oleh Ibubapa. Justeru itu, PEPIAS di bawah kepimpinan HELWANI telah mengatur langkah ke hadapan dengan penganjuran julung kali nya iaitu TAMRIN NISA (TANI). Ia merupakan program susulan selepas GIGA. Momentum ini telah di isi oleh senior2 HELWANI PEPIAS yang komited dan memberi dengan penuh kasih sayang dan pengharapan. InsyaAllah usaha untuk memperkasakan HELWANI akan menampakkan hasilnya tidak lama lagi. Tahniah HELWANI!

Baru-baru ini, kita telah melaksanakan juga LAKEP setelah tidak dilaksanakan sebelum ini. Mungkin kita masih mencari contoh LAKEP yang terbaik, namun bagi pandangan penulis apa yang dibawa dalam LAKEP kali ini banyak benda yang boleh kita ambil untuk dijadikan pengajaran pada program mendatang. Setakat tempoh Januari-Februari, kita telah menerima 3 jemputan program sekolah iaitu SMK SAS, SMK Engku Hussien, SK Sg Merab Luar. Pada bulan Mac ini, kita peroleh setakat ini program di SMK Taman Selayang. Pada bulan 4 nanti, kita telah dipenuhi program sekolah setiap minggu. Bukan program dikejar tapi ada misi yang kita bawa.Inilah peluang untuk ahli-ahli PEPIAS turun kepada masyarakat. Bukan itu sahaja program yang menawarkan untuk ahli PEPIAS berdakwah kepada masyarakat, kita juga telah menyertai Kempen Anti Zina Siri 1,2 dan 3. PEPIAS telah menghantar penyertaan yang ramai dalam ketiga-tiga kempen tersebut. Alhamdulillah kita telah meletakkan ahli kita ditempat yang sepatutnya.

Alhamdulillah, usrah di setiap cawangan aktif masih berjalan dengan baiknya dibimbing dan dipantau. Kita masih menggunakan buku teras kita 'Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam''. Kuantiti tidak menunjukkan segalanya- cawangan Ampang dan Bangi telah buktikannya. Minat-dan keinginan mengatasi kemalasan-Cawangan Shah Alam (di mana budak2 lepasan SPM & STPM yang menggerakkannya).Mereka adalah produk daripada program PEPIAS kebelakangan ini. Konsisten dan berilmu-Cawangan Gombak menerajuinya. Kualiti seiringan dengan kuantiti- Cawangan Pandan dan PJ meletakkan tanda arasnya. Inilah kemanisan usrah di setiap cawangan. Tidak lupa juga usrah Pusat yang membuka penglibatan daripada mana-mana cawangan. Usrah Pimpinan juga berjaya kita laksanakan..Dalam usrah ini banyak kita menceritakan siapakah kita sebenarnya dan apakah peranan kita yang sepatutnya untuk terlibat dalam usaha dakwah ini. Usrah itu bukan semata-mata Ilmu tapi yang bernilai disitu ialah ukhwah Islamiyah. Tidak lupa juga, Produk program PEPIAS iaitu KKPI dari SBPI Gombak telah menyemarakkan usrah mereka dengan memanggil ahli-ahli PEPIAS sebagai naqib/naqibah mereka. Alhamdulillah ia berjalan dengan lancar.

Usaha turun kepada masyarakat tidak terhenti disitu sahaja. Penerusan pembelajaran Al-quran terus dipergiatkan di Masjid Zakaria. Baru-baru ini cubaan untuk menghidupkan semula di Masjid Sg. Chincin telah menampakkan hasilnya. Kelas tuisyen dan fardhu Ain yang gagal pada percubaan pertama di PULPA akan terus diletakkan sebagai target utama PEPIAS pada tahun ini. PEPIAS juga tidak ketinggalan memenuhi jemputan-jemputan program dari WADAH, ABIM mahupun PKPIM. Kita akan cuba menghatar seramai mungkin penyertaan dalam setiap program yang dianjurkan. PEPIAS di Nilai juga sekarang sudah menunjukkan pembangunan nya..Ini adalah semangat setelah KELAPE. Beberapa peserta PMG 10 yang lalu telah bersemangat untuk menyemarakkan usaha dakwah di UIA Nilai. Setelah Shah Alam kita berjaya menghidupkan semula dengan usrah dan penyertaan program2 kini Kuala Langat juga turut mengikut langkah. Alhamdulillah seklai lagi, usaha dakwah PEPIAS telah berkembang ke beberapa daerah. Walaupun tidak ramai ahlinya, namun semangat dan kualiti yang ada pada mereka mampu membawa Islam mewarnai kehidupan.

Alhamdulillah, dalam tempoh tiga bulan ini juga, semua program berjaya dilaksanakan mengikut taqwim yang telah siap setelah berakhirnya induksi pimpinan Pusat hujung bulan 12. Sistem pengurusan juga sedang dalam proses penambahbaikan. Setiap program PEPIAS juga telah berjaya mengurangkan perbelanjaan daripada tahun-tahun sebelum ini. Ini antara perancangan-perancangan yang kita sudah aturkan. Manakan tidak, PEPIAS dikejutkan dengan menerima kunjungan hormat daripada pelajar UITM Puncak Alam untuk membuat kajian tentang sistem pengurusan PEPIAS. Ia berjalan dengan lancar.

Begitulah sorotan perjalanan PEPIAS dalam tempoh 3 bulan ini bagi yang tahu dan tidak tahu. Begitu banyak cabaran dan dugaan yang kita perolehi. Namun ia dapat diatasi dengan penuh hikmah. Kita hendaklah tidak cepat melatah dengan segalah tohmahan yang berlaku. Pengalaman daripada senior-senior kita gunakan, idealisme dari generasi muda kita gerakkan. Mungkin pembawaan PEPIAS kali ini nampak berbeza namun ia tetap dan masih serta akan kekal berada di landasan yang betul sepertimana rantaian dakwah yang ada iaitu WADAH,ABIM dan PKPIM. Kita akan sama-sama mengorak langkah bersama-sama dalam mendepani beberapa isu yang terjadi dalam agama kita sendiri terutama di Selangor Kami seru semangat Generasi KEKUPES untuk sama-sama kita menunjangi misi dan visi PEPIAS iaitu membawa Islam di persada dakwah. Takbir!!

Penulis akhirkan kalam ini dengan maksud daripada Surah Hujarat :-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
-Surah Hujarat Ayat 6-

03 March 2011

Majlis Mahabbah 3G - WADAH-ABIM-PEPIAS (WAP)


Tarikh :- 13 Mac 2011
Tempat :- Masjid An-Naim, Jalan Kebun
Anjuran :- Wadah, ABIM dan PEPIAS

Tentatif Program :-

‎7.00pagi Gotong-royong Program Aqiqah
10.00pagi Memasak
1.30petang Solat Zuhur & Makan Tengah hari
2.30petang Persiapan khemah dan makanan
4.30petang Solat Asar
5.00petang Usrah Sinergi WAP 3G
7.20mlm Solat Maghrib
8.00mlm Ceramah : Pencerahan Umat & Peduli Sosial

- Dato’ Dr Siddiq Fadzil

Sajak & Pelancaran Tabung Pendidikan Umat
9.00mlm Solat Isyak’
9.30mlm Jamuan
11.30mlm Bersurai

Anda semua dijemput hadir beramai-ramai ke
Makan Malam Mahabbah 3G.

01 March 2011

LAKEP 2011- Ilmu DitiMba, Memori Terpahat...

SG CONGKAK,- Pada 25-27 Februari 2011 telah berlangsung sebuah program tahunan PEPIAS iaitu Latihan Asas Kefasilitatoran dan Pengurusan Program (LAKEP 2011). Program ini telah disertai lebih kurang 60 orang peserta yang datang dari ketujuh-tujuh cawangan PEPIAS. Akhirnya PEPIAS berjaya mengumpul ahli daripada setiap cawangan yang ada. LAKEP telah berlangsung di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sg. Congkak. Suasana yang nyaman, melihat sungai mengalir, pohon-pohon melambai sudah cukup membuat peserta-peserta tertarik dan seterusnya meletakkan niat untuk berada di sini dengan tujuan kerana Allah Taala untuk menuntut ilmu sebanayk mungkin.

~PERATURAN KE 88 - SUKAKANNYA ! GANDAKANNYA!~

Alhamdulillah...Segala puji kepada Illahi,Walaupun perlu membayar sebanyak RM20 setiap orang, namun kekuatan PEPIAS yang ada, tidak menghalang peserta untuk menimba ilmu selama 3 hari 2 malam disana. Selama program berlangsung, peserta telah didedahkan secara asas tentang definisi,peranan dan etika fasilitator serta pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan secara teori dan pratikal. Konsep fasilitator juga digabungkan dengan konsep Hamba,Khalifah dan Daie seterusnya ia membentuk Fasilitator Muslim yang Dinamik. Inilah perbezaan fasilitator PEPIAS dan fasilitator biasa. Penat lelah kita lalui bersama..Ukhwah terbina kita salurkan kepada jalan yang telah terbentang.

~SELAMATKAN KELUARGA KITA~

Sepanjang disana, kami dihidangkan dengan masakan oleh katering PEPIAS sendiri..Terima kasih kepada Geng Dapur yang diketuai oleh Izzah. Penjimatan telah berlaku. Sebanyak 4 LDK telah dijalankan, 2 ceramah iaitu Ceramah Komunikasi oleh Abg Muhsen dan Ceramah HKD oleh ABg Syukur. Peserta juga perlu menempuhi Hikayat LAKEP 2011 yang bertemakan konsep 4KA. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah dipelajari oleh peserta LAKEP kali ini. Setelah hampir 2 tahun LAKEP tidak dijalankan secara berpusat, dengan penganjuran kali ini, ia diharap berjaya memberi peluang untuk kita belajar sesuatu dan menjadi permulaan untuk kita mengatur langkah dalam bidang fasilitator yang begitu sinonim dengan PEPIAS.

~SERULAH SEMANGAT KEKUATAN PEPIAS (KEKUPES)~

PEPIAS mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada barisan komiti, fasilitator, jurulatih dan tidak lupa juga kepada semua peserta LAKEP yang bersemangat luar biasa. Jumpa lagi kita semua di program mendatang. Moga ilmu yang dipelajari dipratikkan sebaik mungkin. Bukan hanya dibibir semata-mata.

~ GENERASI PENERUS HARAPAN UMMAH ~

Di bawah ini disertakan gambar-gambar sepanjang LAKEP 2011..



-Barisan Fasi & Komiti -Team Helwani LAKEP 2011

3 Jejaka LAKEP 2011


Hang Jebat Juara! -Komitednye Geng Dapur.

Sesi Post Moterm..Ade drama di sebaliknya..

Sesi majlis Penutup


Ceria bersama.


Group Abg Acap... Sesi Aple menguasai permainan




Situasi yang berbeza..Geng Fasi & Geng Dapur

Ceramah Komunikasi





Halaqah : Man Ana?





Group Hang Jebat vs Tok Gajah (eh silap Tok Janggut)

Group SJT vs Tun Dr Mahathir



Tepuk..Tepuk..Tepuk KEKUPES
Pak Pak Ke...Pak Pak Ku..Pak Pak Pes Pakpak Pak Pak
Semangat...KEKUPES...

There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung