14 February 2009

USRAH UMUM PEPIAS CAWANGAN GOMBAK

Tarikh / Hari : 2 Feb 2009 / Isnin
Tempat : ADM LR 12, UIAM, Gombak
Buku : Fiqh Keutamaan (Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qardhawi)
Tajuk : Bab 2 – Keutamaan Kualiti ke atas Kuantiti
(KEUTAMAAN DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN DAN PEMIKIRAN)

Isi :
1. Keutamaan Ilmu ke atas Amal:

 Ilmu mesti berdiri di hadapan perbuatan; dialah yang menjadi petunjuk dan
pembimbing segala amalan. Hadith daripada Muaz Ibn Jabal r.a: “Ilmu adalah
pemimpin, dan amal adalah pengikut.”

 Imam al-Bukhari menggariskan, ilmu merupakan syarat sahnya satu-satu
perbuatan dan perkataan; keduanya, perbuatan dan perkataan tidak akan
bererti tanpa adanya ilmu; Ia mesti diutamakan dan didahulukan ke atas
keduanya, kerana ialah yang dapat mengesahkan niat dan memperbetulkan amalan.

 Maksud sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang dikehendaki Allah untuk mendapatkan kebaikan, maka akan
diberikan ilmu kefahaman mengenai agama-Nya. Kerana seseorang yang berilmu
dan memahami ajaran agama Islam, ia akan mengamalkannya dengan benar dan
baik.”

 Sejajar dengan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW: BACALAH! Kerana, membaca
itu adalah kunci kepada gudang ilmu dan selepas itu barulah turun ayat-ayat
perintah untuk beramal dan berbuat.

 Seperti kisah Rasulullah dan pihak Khawarij:
I. Telah mendekat golongan itu kepada Rasulullah dan memerintah Rasulullah
untuk untuk berlaku adil dalam pengagihan harta ghanimah. Rasulullah
menjawab:
“Celakalah kamu..! Siapa lagi yang akan berlaku adil, apabila aku tidak
berlaku adil? Kamu akan merugi dan menyesal jika aku tidak berbuat adil.”

II. Golongan ini juga telah berkata kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah,
takutlah kamu kepada Allah..!” Rasulullah menjawab:
“Bukankah aku orang yang paling patut dan utama di muka bumi ini untuk
bertaqwa dan takut kepada Allah..?!”

 Rentetan itu, ada seorang sahabat yang meminta izin Rasulullah SAW untuk
menghukum bunuh golongan itu. Rasulullah mengingatkan:
“Solat, puasa dan amalan mereka jauh lebih banyak daripada solat, puasa dan
amalan kamu, namun mereka membaca al-Quran hanya sampai di tenggorokan
sahaja (tidak memahami; mereka lepas daripada (ikatan) agama seperti seutas
panah yang terlepas daripada busurnya.”

 Golongan ini juga dikenali dengan kaum yang: “berumur masih muda dan berakal
bodoh.”Kerana apa? Kerana mereka tidak memiliki ilmu yang cukup dan tidak
mempunyai kefahaman yang benar.

 Perbincangan:
I. Mengapa peperangan berlaku di zaman Rasulullah?
Kerana peperangan hanya berlaku apabila berlaku penolakan secara terang-
terangan dan melibatkan proses yang berperingkat – berunding, dakwah, utusan
dll
Hikmah menunjukkan betapa Rasulullah merupakan contoh yang terbaik yang
patut dicontohi dan diikuti.

2. Pentingnya Ilmu Bagi Seorang Mufti:

 Baginda Rasulullah SAW dengan sangat keras membantah orang-orang yang telah
berfatwa di zamannya mengenai seorang lelaki yang terluka parah untuk mandi
demi mengangkat hadas besar tanpa mengira keadaan lukanya. Fatwa tersebut
akhirnya mengakibatkan orang itu meninggal dunia.
 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Mereka (akibat fatwa itu) telah membunuhnya; biarlah Allah membunuh
mereka..! Mengapakah mereka tidak bertanya dahulu, apabila mereka tidak
mengerti; sesungguhnya ubat kebodohan adalah bertanya. Sesungguhnya orang
tersebut (yang terluka) cukup dengan mengambil tayammum sahaja (untuk
mengangkat hadas besarnya).”

 Perbincangan:
I. Wajib untuk setiap individu Muslim ketahui ilmu yang dipelajari benar atau
tidak.

II.Khilaf yang berlaku antara mazhab terjadi kerana setiap Imam hidup
dan berada di dalam zaman dan suasana yang berbeza.

3. Pentingnya Ilmu Bagi Para Pendakwah dan Guru:

 Seorang pendakwah hendaklah terlebih dahulu seorang rabbani. Iaitu: orang
yang mengerti, berilmu, beramal dan mengajarkannya kepada orang lain.
Seperti firman Allah yang bermaksud:

 “…Hendaklah kamu menjadi orang-orang ‘rabbani’, kerana kamu sentiasa
mengajarkan al-Kitab dan disebabkan kame sentiasa mempelajarinya.” (Ali-‘Imran: 79)

Abdullah Ibn ‘Abbas r.a mentafsirkan ‘rabbani’ sebagai:
para ulama yang bijak dan penuh hikmah. Pendapat lain mengatakan
bahawa ‘rabbani’: mengajarkan tentang ilmu-ilmu yang kecil sebelum yang
besar.

 Apa yang dimaksudkan disini oleh para ulama’ adalah pengajran itu mestilah
dilakukan secara sedikit demi sedikit dan berperingkat-peringkat. Di samping
itu, keadaan dan kemampuan para pelajar serta kesiapan mentaliti juga perlu
diambil kira.

 Sabda Rasulullah: “Berilah kemudahan dan janganlah menyusahkan, berilah
khabar gembira dan janganlah menyebabkan orang menjadi jauh..!”

 Di antara tuntutan ilmu ke atas setiap individu Muslim adalah berusaha
sekuat tenaga mencarinya sesuai dengan kemampuan akal dan persiapan
mentaliti.

 Berkata Amirul Mu’minin: “Bercakaplah kepada orang perkara yang boleh mereka
mengerti dan tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak boleh mereka fahami.
Adakah kamu ingin agar mereka memperbodohkan Allah dan Rasul-Nya..? (dengan
menyampaikan perkara-perkara yang sangat pelik kepada mereka, sehingga
mereka menolak)


4. Kesimpulan:


 Berkata-kata setiap sesuatu memerlukan ilmu dan pemahaman yang tinggi untuk
mengelakkan penyampaian dan penerimaan yang salah.

 Berusaha sekeras tenaga untuk mengumpul ilmu pengetahuan mengikut apa cara
sekalipun berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

 Ilmu dan amal perlu dilakukan secara beriringan kerana kurang satu
daripadanya akan menyebabkan kekurangan dan tidak lengkap.

 Kebijaksanaan dan hikmah (rabbani) memerlukan penghayatan ilmu yang tinggi
dan mendalam.

 Sebaik-baik perbuatan ialah perbuatan yang bersederhana.

 Ilmu boleh diperolehi daripada pembacaan buku dan pengalaman. Tetapi
penekanan dilakukan ke atas pembacaan buku.

 Setiap daripada kita perlu menerima ilmu dengan berlapang dada dan
menerimanya selagi benar.




USRAH PIMPINAN PEPIAS CAWANGAN GOMBAK


Tarikh / Hari : 29 Jan 2009 / Khamis
Tempat : ADM LR 10, UIAM, Gombak
Buku : Fiqh Keutamaan (Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qardhawi)
Tajuk : Bab 2 – Keutamaan Kualiti ke atas Kuantiti
Isi :
1. Pendahuluan:
  • Di antara keutamaan kerja yang mesti diberikan keutamaan pada perspektif Shari’at Islam ialah mendahulukan kualiti ke atas kuantiti. Jumlah bilangan yang banyak dan besar bukanlah menjadi ukuran, akan tetapi kebaikan itu diukur mengikut mutu dan kualitinya.
    Ø Allah mencerca golongan majoriti kerana kebanyakannya tidak menggunakan akal, tidak bersyukur dan tidak tahu mengambil pengajaran. Firman Allah:

“Tetapi kebanyakan mereka tidak pandai menggunakan akal.” (al-‘Ankabut: 63)

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.” (Hud: 17)

  • Allah juga menyanjung golongan orang-orang beriman yang sedikit bilangannya tetapi pandai bersyukur atas nikmat kurniaan Allah. Firman – Nya:
    “ …kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; dan amat sedikitlah bilangan mereka itu…” (Sad: 24)
    “…dan sedikit daripada kalangan hamba-hamb –Ku yang pandai bersyukur.” (Saba’: 13)
  • Banyak orang yang mengulang-ulang hadith Baginda Rasulullah SAW bersabda:
    “Berkahwinlah kame dan beranak-pinaklah, sehingga bilangan kamu menjadi banyak. Sesungguhnya aku akan berbangga dengan banyaknya umat ke atas umat-umat yang lain.”[1]
  • Tetapi Baginda Rasulullah SAW tidak akan berbangga dengan umatnya yang jahil, fasiq dan zalim.
  • “Manusia itu lebih mulia daripada makhluk lainnya seumpama satu dibanding seribu.” [2]
  • Kisah kemenangan Rasullah SAW para sahabatnya di dalam pertempuran Badar:
    “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, walhal kamu pada ketika itu adalah golongan yang lemah (sedikit). Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu dapat berbuat kesyukuran.” (Ali ‘Imran: 123)
  • Oleh itu, faktor kemenangan dan kejayaan itu tertumpu kepada kemantapan iman dan kesabaran serta kecekalan, bukan kerana semata-mata banyak dan ramai bilangannya.
  • Kisah Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a dan beberapa sahabat yang sedang berehat:
    Berkata Umar: “Wahai sahabatku, berangan-anganlah..!” Salah seorang sahabat berkata: “Saya berangan-angan memiliki wang dirham yang dapat memenuhi tempat ini untuk digunakan untuk perjuangan di jalan Allah.” Dan orang kedua juga berangan untuk memiliki wang dinar untuk dibelanjakan di jalan Allah. Kemudian Khalifah Umar berkata: “Saya berangan-angan menjadi orang yang berkualiti seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Muadz Ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah Ibn Yaman, kemudian saya gunakan mereka untuk berjuang di jalan Allah.”

2. Perbincangan / Pendapat / Kesimpulan:

  • Sesetengah perkara perlukan PENGHIJRAHAN untuk membina dan memajukannya, khusus kepada PENGHIJRAHAN diri sendiri.
  • Da’ie perlu merupakan seorang yang OPTIMIS dalam melakukan apa sahaja.
  • Rujukan Surah al-‘Asr sehingga akhir ayat, setiap daripada kita perlu menjadi AGEN YANG TERBAIK (QUDWAH HASANAH) dan mengekalkan SEMANGAT dalam berada di jalan Allah.
  • Penilaian Allah tidak sama dengan penilaian kita (manusia).
  • Tiada ukuran / nilaian kualiti yang sebenar untuk kita letakkan sebagai rujukan. Kerana, tidak semestinya, antara golongan sedikit di zaman sekarang adalah golongan yang Allah maksudkan sebagai berkualiti.
  • Jangan berhenti melakukan sesuatu perkara/ibadah kerana takut akan Riya’. Tetapi, lakukanlah dengan PERGANTUNGAN NIAT hanya kepada Allah.

________________________
[1] Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan al-Nasa’I dari Maqal Ibn Yasar. Kitab: Sahih al-Jami’ al-Saghir, bil (2940)
[2] Hadith Riwayat Imam al-Tabrani dari Salman al-Farisi r.a. Katanya: hadith ini darjatnya hasan. Kitab: Sahih al-Jami’ al-Saghir, (5394)

13 February 2009

Aku bukan budak PMG - Kenangan MCIIUM@CENFOS

Assalamualaikum keluarga PEPIAS sekalian. Apa khabar? Moga anda membaca tulisan ini dalam keadaan sihat, tenang dan lapang. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita.


1. Rakan2 adik2 PEPIAS sekalian. Tahniah saya ucapkan buat Mantan barisan kepimpinan PEPIAS cawangan PETALING JAYA kerana telah berjaya menganjurkan MINI MUKTAMAR 09. Persediaan yang serba ringkas tetapi dengan sambutan yang meriah. TAHNIAH!

2. Buat Mantan pimpinan yang baru setahun sempat saya berkenalan, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan yang telah dicurahkan. Teruskan bersama rakan rakan seperjuangan dan adik adik yang baru dilantik. Moga da'wah diteruskan bila melangkah ke kampus Kuantan & Gombak.

3. Buat adik adik cawangan Petaling Jaya yang baru dilantik, sukalah saya berkongsi pengalaman saya. No body - out of nowhere. Selepas SPM, kebanyakkan rakan2 sekolah saya menyertai program Mega PEPIAS ketika itu, Perkampungan Menara Gading (PMG6), dan sebahagian besar dari mereka diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM pada ketika itu.

4. Di matrik, saya memandang rakan2 PMG yang meggerakkan PEPIAS ini hebat. Masa kan tidak, mereka merupakan organisasi da'wah untuk seluruh Selangor! Mereka, dengan ukhwah yang telah terjalin ketika PMG6, bergerak aktif kesana sini memenuhi lapangan2 da'wah. Saya hanyalah no body yang memandang dari luar dengan kagum.

5. Ketika tahun pertama di UKC, sahabat saya Ajmal (sama sekolah - produk PMG), selalu mengajak saya menyertai bironya. Walau apa biro yang diamanahkan kepadanya, pasti saya menjadi sub-com nya. Saya yang sedia ada kagum, merasa teruja untuk turut serta. Tiap kali hadir ke biliknya, pasti disebutkan kepada saya, "zul, kau lah sahabat baikku."

6. Akhirnya, dengan rasa amat bertuah, sekali lagi saya di panggil oleh saudara Ajmal menjadi sub-com nya untuk program Mega PEPIAS, PMG7 di MCIIUM. Memang satu pengalaman yang cukup mengajar dan menyeronokkan. Walaupun letih, tetapi hati puas dan gembira. Teman2 sangat supportive menyebabkan kami bekerja penuh tekun dan semangat.

7. Tamatnya program tersebut, abang man (Presiden k-2), mengumumkan saf pimpinan PEPIAS cawangan PJ yang baru kepada seluruh penggerak PMG6. Saya, orang yang out of nowhere, disebut sebagai TYDP (Timb. Yang Dipertua) PEPIAS PJ pada ketika itu. Hampir saja saya rasakan ada sahabat lain yang bernama sama. Mungkin ahli lain pun ada yang tidak mengenali saya. Kerdil saya dikalangan orang2 yang saya kagumi. Namun, saya masih bersama ke saat ini..

8. Adakah sesuatu perkara itu kebetulan? Adakah bumi yg mengorbit matahari satu kebetulan? adakah kehidupan lebah dan semut yg kemas berorganisasi itu kebetulan? Subhanallah! Adakah anda hidup dikalangan berbilion manusia pada hari ini kebetulan? Semua adalah ketetapan dan dalam perancangan Allah yg maha bijaksana! Betul?

9. "Adakah kamu menyangka, kami menciptakanmu dengan sia - sia, dan kamu tidak akan kembali kepada kami?" (Al-Mukminun:115) Sia sia itu bukan sifat Allah. Jadi adik adik pimpinan PEPIAS cawangan sekalian, jangan rasa lemah dan rendah diri. Secara zahir anda dipilih manusia,namun hakikatnya, You are the choosen one! Berdirilah dan maju kehadapan!

10. "Allah tidak membebankan seseorang kecuali dengan apa yang termampu" (Al-Baqarah:282) Peganglah ayat ini dan berusahalah mempertingkatkan diri. Komited terhadap usrah, lazimi majlis2 ilmu. Telaah buku2, timba pengalaman baru. Tanamkan kefahaman ahli, satukan hati. Bincang, rancang dan laksanakan gerakkan dengan rapi dan teliti. Moga insan kembali mengerti tujuan hidup. Anda mampu mengubahnya!

07 February 2009

Coslow, Kentang aluminium foil: BBQ Changkat 8 Feb 09

1. Terima kasih kepada semua yang hadir. Masih lagi tidak dapat saya bayangkan kepenatan yang sanggup dipikul oleh keluarga PEPIAS bagi menjayakan program tersebut. Tak tidur malam, balik waktu dinihari membeli barang basah, duit tertinggal... Apakah yang bermain difikiran adik adikku ini sampai sanggup menanggung semua tu? Padahal ada dikalangan daripada ahli keluarga PEPIAS kita yang masih gigih memotong lobak (Buat Coslow) walau pun esoknya PERIKSA!

2. Dua orang adik PEPIAS terhiris jarinya. Satu darinya terhiris tiga jari serentak dan satu lagi menerima tiga jahitan di ibu jari tangannya. Apa yang mereka fikirkan? Masing masing punya cerita tersendiri hanya untuk program BBQ Kg. Changkat ni. Masing masing dengan kesusahan masing masing dan pengalaman masing masing. Moga anda juga dapat sesuatu dari kenangan program ini!

3. Ramainya ahli yang hadir menyebabkan saya agak gemuruh. Satu yang saya risau. Saya akan sia siakan anda! Sedarkah anda wahai ahli keluarga PEPIAS bahawa anda luar biasa berpotensi? Maka dengan sekadar majlis gotong royong dan BBQ, ahli yang hadir sudah menghampiri seratus orang! Tetapi andai saya gagal merancang, lemah jiwa semangat, maka umat akan rugi. Kiranya saya tidak bijak mengatur dan menyalurkan anda, maka umat akan terabai.

4. Jadi saya terfikir. Apa yang 80 orang mampu buat? Dalam perang badar, 313 orang tentera junjungan kita Muhammad SWT mengalahkan 1000 orang musyrikin Mekah. Dalam perang khandak, bila dikepung dari segenap pelusuk dan dikhianati penduduk Yahudi Madinah sendiri, Islam tetap menang. Ya itu adalah bantuan tentera Allah kepada muqarrabun tetapi adakah kita sekadar berkumpul dan tidak mendapat menfaat langsung? Jika anda punya kekuatan, apa yang akan anda lakukan?

5. Seronok melihat betapa meriah pusat komuniti Kg. Changkat. Ramai ahli keluarga baru yang saya belum sempat berkenalan. Namun selagi anda pernah dan ingin bersama kami, maka anda adalah ahli keluarga kami. Keluarga PEPIAS! Welcome to da' Club. Kita bukan sekadar bersama. Kita punya kerja untuk direncana dan dilaksana. Bersedia!

6. Atas prinsip rahmatan lilalamin, PEPIAS wajar memberi keindahan Islam itu kepada semua. Bukan sekadar terhadap ahli yang berserban dan berniqab, bukan sekadar untuk budak budak sekolah agama tetapi untuk seluruh umat manusia. Ya seluruh manusia! Hatta yang masih belum kembali muslim. Bukankah datangnya Junjungan mulia kita kepada masyarakat arab pada saat tiada seorang pun telah memeluk Islam?

7. Maka untuk itu PEPIAS menerima kepelbagaian. Saya berhasrat ahli keluarga PEPIAS dekat dengan masyarakat. Dekat dengan rakan rakan kampus dan dekat dengan komuniti sekeliling. Yang ditawan itu perutnya (Ayam & kerang bakar) yang kemudian itu hatinya. Yang ditawan itu hatinya (Rasa senang dan seronok bila bersama), yang kemudian itu imannya. PEPIAS, dekat di hati.

8. Kami, pimpinan PEPIAS pusat dan cawangan punya impian untuk Selangor khasnya. Tapi kami yakin, anda juga mengimpikan masyarakat yang baik pada waktu mendatang. Sudilah kiranya berkongsi impian anda sebagai keluarga PEPIAS bersama sama. Tuliskan impian dan cita cita PEPIAS anda pada ruangan komen di sini. Alahai bilakah kita boleh bertemu lagi..? Rindu padamu.. Hu2.

Lain kali bakar kambing golek plak. Selamat berkenalan... Zulhelmi - d'5th Pres.

Makhluk pelik dari Planet Zargus

1. Ahli keluarga PEPIAS datang dari pelbagai latar belakang yang unik. Tiap cawangan punya budaya tersendiri. Sesungguhnya manusia itu diciptakan berbangsa bangsa dan berpuak puak supaya dapat berkenal kenalan antara satu sama lain. Dan ukuran kemulian manusia di sisi Allah hanyalah mereka yang bertaqwa.

2. Suka lah saya menceritakan serba ringkas perihal cawangan cawangan yang ada. Cawangan X ni baik sekali ukhwahnya. Bagai adik beradik. Gurau sendanya pelik dan buat saya terkejut apabila kali pertama melihatnya. Bagi mereka menampar muka kawan adalah satu gurauan dan tanda sayang. ??? Bila mereka terasa malu malu kucing, mereka akan menggigit belakang kawannya. ??? Boleh bayang.. ? Namun mereka ahli kita dan kita menerima kepelbagaian ahli.

3. Cawangan Y ni juga tak perlu dipertikai ukhuwah mereka. Memang mereka cukup menjaga satu sama lain. Mereka ini gurauannya keras. Maksud saya kata kata mereka pedas.

4. Pernah mereka bermain main soal dan jawab. Seorang akan menyoal dan seorang akan menjawab. Pihak yang menjawabl ni memang meriah sikit mulutnya. Mungkin kerana bosan disoal, jadi pihak yang menjawab soalan bertanya kepada si penyoal. "Kenapa awak ni banyak soal ah? (Dengan nada budak budak). Dengan tenang si penyoal menjawab Sebab awak banyak cakap. Ha ha ha (Gelak buat2). Waduh.. senyap sekejap si penjawab tuh. Saya pun tak berani bercakap apa. Boleh bayang..? Namun mereka ahli kita dan kita menerima kepelbagaian ahli.

5. Begitulah serba sedikit gelagat ahli. Ada yang tegas, ada yang ramah, ada yang rock!. Pelbagai ragam. PEPIAS menyantuni kepelbagaian dan mencari satu titik persamaan. Bersatu bagi menyampaikan mesej da'wah! Memberi ingat pada diri sendiri dan masyarakat tentang sebab kewujudan manusia dan peranannya.

6. Ahli ahli PEPIAS hanyalah manusia biasa yang terkadang membuat salah dan ada yang selalu mengulangnya. Namun di hati mereka itu ada keinginan untuk memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik. Langkah demi langkah, hari demi hari, mereka berubah! ahli PEPIAS tidak harus menjadi penghukum tetapi pengajak.

7. Bersamalah kita mengkoreksi diri, menilai sejauh mana diri. Janganlah gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang yang dicari. Salah sendiri tak nampak, salah orang yang dicari. Berlapang dada, bersangka baik dan sentiasa memaafkan orang lain. Doakan jua kebaikkan walau kita sendiri disakiti.

8. Sesungguhnya hidup ini singkat dan tidak cukup masa utuk menambah musuh. Umat telah lama rugi kerana perpecahan dan masih lagi rugi sehingga ke hari ini. Banyak nyawa telah melayang di Palestin tetapi negara negara Islam masih lagi mementingkan diri.

9. Wahai keluarga PEPIAS. Cukuplah dengan permusuhan yang berlaku didunia ini. Bersihkan hati yang dengki dan bangga diri. Bila berselisih biarlah dengan adabnya. Memberi maaf tidak menambah hina. Manusia yang kuat adalah mereka yang sabar. Masih ramai masyarakat terabai. Janganlah kerana kita umat rugi lagi.

Ahli PEPIAS dari segenap penjuru, walau dari planet zargus... Asal bekerja untuk Islam.

04 February 2009

Mujahidah Sejati: Tribute to Helwani PEPIAS

1. Assalamualaikum. huuu ngantuk sekali mataku. apa kabar semua? dalam ngantuk ngantuk nih saya menulis gak takut terlupa. hari nih nak citer pasal helwani.

2. Apa perasaan seorang anak kecil yang kematian ayah sejak kecil lagi? Tiada ayah menyambut harijadinya, tiada ayah memujuknya, tiada ayah yang membawanya bersiar siar. Ayah hanyalah cerita rakan rakan sebaya. Dia sendiri tiada ayah untuk diceritakan. Sepi sendiri.

3. Apa perasaan jika kita punya ayah, tetapi tidak bertanggungjawab? Ayah kaki botol, tahi judi dan kaki perempuan. Ayah mampu tetapi tidak bekerja. Jika bekerja pun, nafkah habis untuk berhibur sendiri. Padahal adik beradik ramai. Kesian ibu menanggung. Orang kampung mengata. Malu dengan ayah sendiri.

4. Bagaimana pula anak yang tidak ber"bin"kan ayahnya? kerana dia lahir dari hubungan yang tidak sah. Emaknya hampir saja menggugurkannya. Seolah dia bukanlah suatu nyawa. Bagaimana mampu dia berhadapan masyarakat yang bertanyakan nasabnya? Bukan salahnya tetapi sepanjang hidup dia mungkin malu dengan kewujudannya sendiri.

5. Kisah kisah diatas adalah perkara perkara yang berlaku dalam masyarakat kita. Kematian ayah adalah menyedihkan, tetapi punya ayah yang tidak bertanggungjawab lebih menyakitkan. Tanpa bimbingan agama dan jati diri yang kukuh, si anak mungkin menderita sepanjang hayatnya. Hari ini mereka mungkin dikalangan sahabat kita, saudara kita, jiran kita, atau kita sendiri. Apa peranan kita? Melihat dan bersimpati sahaja? Mungkin kita sama seperti ayah yang tidak bertanggungjawab tadi!

6. PEPIAS sebagai persatuan Kebajikkan dan Pendidikan berperanan memberi ingat kepada masyarakat remaja Selangor khususnya tentang tujuan wujud manusia dan peranannya. Moga moga kecil lah bilangan manusia yang tidak tahu tanggungjawab yang lantas tidak bertanggungjawab. Jadi saya menyeru adik adik yang menyertai PEPIAS agar bersama kita menjalankan peranan tersebut. Inilah kerja kita. Kerana masyarakat bukanlah orang lain. Masyarakat adalah diri kita dan keluarga kita sendiri.

7. Peranan helwani: Saya pohon kepada seluruh organisasi helwani cawangan agar terus berfungsi sebagai pemberi ingat tentang peranan asas wanita. Sebagai gerakkan pelajar, fokus helwani PEPIAS adalah adik adik remaja perempuan yang kian meningkat dewasa. Namun tidak mengabaikan masyarakat wanita amnya. Relevan sebagai organisasi kenegerian, fokus helwani PEPIAS adalah masyarakat Selangor supaya mampu bergerak dengan effektif dan efisyen.

8. Masyarakat bertamadun lahir dari keluarga yang bertamadun. Ketika Ayah keluar mencari nafkah, ibu lah yang bertanggungjawab dirumah. Dialah yang menguruskan rumah baik dari segi makan minumnya, pakaian suami dan anak anaknya, pendidikan dan kasih sayangnya. Pendek kata dirumah dialah yang bertanggungjawab walaupun suami tetap ketua keluarga.

9. Anak anak yang dididik dengan baik kefahaman agamanya melahirkan generasi yang cemerlang. Maka dari rumahlah lahir tokoh tokoh yang terbilang, mujahid mujahid yang mempertahankan agama dan nilai hidup, juga para syuhada yang hidup mati penuh bermaruah. Tidakkah adik adik perempuan perasan betapa besarnya peranan adik adik?

10. Ibu yang paling rapat dengan anak. Dialah yang melahirkan dan membesarkan. Dia mampu membentuk anak anak menjadi suatu permata yang bergemerlapan. Sebagai isteri pula ia menyiapkan segala kelengkapan untuk suaminya turun berjuang, beribadah mencari rezeki demi mencari redha Allah.

11. Sesuai dengan zaman sekarang, wanita turut sama terlibat dalam bidang professional dalam membangunkan negara tetapi peranan asasnya itu tidak boleh dilupakan. Jadi saya berpesan kepada adik adik helwani PEPIAS supaya mencari ilmu bersungguh sungguh demi pembangunan umat Islam dan masyarakat dunia amnya. Kerana telah lama umat Islam menjadi pengguna dan tidak menjadi pengeluar. Jika mengikut putaran sejarah, sudah tiba masanya umat Islam kembali memimpin tamadun dunia!

12. Wahai Helwani PEPIAS. Atur langkahmu satu persatu. Dekati ahli yang masih remaja dalam hidup ini. Kerana jerat itu banyak sekali. Mungkin jerat kewangan, mungkin jerat keseronokkan. Mungkin jerat kejahilan dan mungkin jerat percintaan. Moga terbit dari helwani PEPIAS wanita wanita yang hidup penuh mulia dan bermaruah tinggi seperti Masyitah, Siti Sarah, Khadijah, Sumayyah dan Aishah. Moga hidup bangga seperti wanita wanita Palestin yang merelakan anak anak mereka syahid. Islam mengangkat martabat wanita. Berbanggalah sebagai wanita solehah!


Untukmu mujahidah sejati: Tribute to Helwani PEPIAS 09/10

02 February 2009

Sorotan seminggu..

Salam perjuangan... perjalanan masa mendewasakan kami dibarisan pimpinan PEPIAS. Walaupun ianya sedikit, tapi tetap memberikan ilmu yang bermanfaat. Atur langkah yg dimulakan dgn prog PEBIS, menampakkan momentum yg kuat dikalangan ahli. Sekalung penghargaan buat mereka yang berusaha menjayakan program ini, samada secara langsung ataupun tidak. terima kasih daun keladi..
Walaubagaimanapun, pengurusan program ini perlu diperapikan lagi. masih ada kelompongan yang perlu diatasi. bedah siasat perlu disegerakan. dokumentasi perlu diseliakan. apa yang dirisaukan ialah ahli baru yang pd awlnya berkobar utk berjuang bersama PEPIAS akan menjadi dingin tatkala kita sedang berpuas hati dgn kejayaan teknikal program. namun usaha tetap diteruskan kerana tiada istilah sudah terlambat bagi para pendokong perjuangan. sekali lagi terima kasih daun keladi..
Pulangnya kami dari prog PEBIS, diskusi kedai mkn diteruskan dgn kehadiran tok penghulu mukim batu. budaya yang sentiasa diwarisi dari senior terdahulu (diskusi kedai makan). pulang kami dengan kecerian walaupun jasad agak kepenatan. esoknya melayani jemputan ke usrah gabungan di KDH. bayak pendedahan baru yang diperolehi dari pembentangan berkenaan perkembangan di bumi Palestin. namun yang membuat kami tercuit, pabila ahli veteren ABIM menyapa dan menanyakan kami dari jemaah mana?(ABIM? atau PKPIM?) lantas kwn2 dgn bangga mnjwb dr PEPIAS. trus ayah2 ini mnceritakan mereka turut sama mnjd pemula kpd pejuangan PEPIAS semasa berada di Yayasan Anda. ayah2 ini turut bangga kerana perjuangan mereka masih diteruskan.. mungkin byk memori bersama PEPIAS yg disimpan..
Usrah pimpinan gombak pd hari berikutnya dgn perbincangan buku fiqh aulawiyyat juga membuat kami terus berfikir dan bermuhasabah. nilai kasih sayang yang sudah tidak diberi keutamaan bahkan dilenyapkan, menjadi punca kebobrokan dunia pada hari ini. manusia hanya mementingkan diri sendiri. namun Allah masih sayangkan umatnya. maka dibangkitkan pejuang2 yang istiqomah dalam menerapkan kasih sayang dikalangan umat. semuanya adik beradik kami, tidak kira apa jenis umat sekalipun. biarlah orang menganggap pejuang PEPIAS buat kerja yang jijik dan kotor, namun penilaian yang sebenar disisi Allah kelak.
malam itu juga kami mendapat pengkhabaran yang mendukacitakan..ayah ketua helwani dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital sg. buloh. hanya mesej yg sempat disebarkan kpd org terdkt yg mampu dilakukan pd malam yang agk terbatas. apa yg mengujakan kami ialah pabila perkhabaran ini berlaku begitu meluas sekali. bahkan kami sendiri menerima mesej2 yg berbeza2 dr kalangan ahli2, namun maklumat yang ingin disampaikan adalah jelas sama. bibit2 kasih sayang sudah semakin tersemai. nilai adik beradik yg diserapkan menjdkan kita begitu prihatin dgn perkembangan ahli yg lain. ayah dia, ayah kt bersama..
pada esok harinya, kami bergegas memulakan ziarah. apa yang dirisaukan juga adalah kepiluan keluarga ketua helwani. namun tanggapan kami meleset, riak wajah mereka sekeluarga nampak begitu tabah. ini mungkin juga disebabkan sokongan rakan2 yg begitu ramai hadir menziarahi mereka. aspek persaudaraan ini wajar dijadikan asas kepada kelansungan kt berada dalam arena perjuangan.
pada hari berikutnya kami membuat perbincangan dan perencanaan bagi memastikan perjalanan PEPIAS teratur. apa yang disimpulkan dr perbincangan ini ialah keutamaan tanzim dalam memastikan kelansungan. hari tersebut turut membawa berita yg menggemparkan dunia. aperesiasi Tayyip Erdogan menjadi inspirasi kami. berani, tegas dan berprinsip.. semangat ini menjadikan kita lebih kuat dan membuktikan yang kita tidak bersendirian.
esoknya, ziarah ayah ketua helwani diteruskan dikalangan rakan2 yang belum sempat menziarah sebelum ni. perkembangan yang sedikit positif diterima, satu drpd wayar telah dikeuarkan. harapan kami, berita yang lebih positif bakal disusuli..
maaf kalau artikel ini lebih bersifat peribadi.. apa yang cuma ingin disampaikan adalah pergerakan kami sepnjng seminggu ini. ianya untuk menunjukkan yang kami ini tidak terus terlena dibuai mimpi sedangkan amanah umat yang begitu besar dipikul. kami juga berhasrat untuk menyeru kepada sekelian individu yang masih ada kasih dan sayangnya pada PEPIAS dapat turut mengangkat perjuangan wadah ini. sentimen eksklusifnya senior dan terlampau merendah dirinya junior perlu dikesampingkan. mari kita sinsing lengan bersama..biarlah sumbangan kita hanya sekecil dgn menghantar komen atau artikel shj, tapi percaya dan yakinlah impaknya sangat besar dlm pendewasaan PEPIAS. PEPIAS ini milik kita bersama. jatuh dan bangunnya juga tanggungjawab kita bersama. usah dicungkil2 kelemahan yang tersembunyi, tp carilah titik persamaan yang boleh buat kita seiring. sebelum berakhir, nk pinjam kata2 abg fadh yang sentiasa tersemat. "perjuangan ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, iringan bunga manggar dan kompang, tapi penuh dengan duri dan ranjaunya". semoga dapat istiqomah..teruskan perjuangan!! "menyemai idealisma perjuangan, menyubur dakwah berterusan".


There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung