Terkini ada pihak-pihak yang mempertikaikan peranan syura dan pemilihan ahli syura.
Kepimpinan PEPIAS adalah dilantik melalui sistem Syura. Syura merupakan institusi tertinggi dalam PEPIAS yang wajib dipatuhi segala keputusannya. Syura bukan saja berfungsi untuk memilih kepimpinan tetapi juga untuk menetap halatuju dan agenda PEPIAS seterusnya.
(Ali Imran:159) dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
(Asy Syura:38) Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya;
Dua ayat tadi jelas menuntut kita untuk bermesyuarat / syura dalam perkara-perkara keduniaan dan pentadbiran. Ini tidak membabitkan perkara yang telah tetap dalam agama.
Ahli syura pula dipilih dari kalangan ahli al-hal wal aqd iaitu mereka yang sering dijadikan tempat rujukan walaupun tiada berjawatan lagi (mantan) dalam PEPIAS. Tiada istilah lobi melobi dalam syura kerana dasar syura tidak meminta jawatan dan bukan medan untuk mencari kuasa.
Dalam syura tiada istilah pembangkang dan watch dog kerana dasar syura bukan konflik. Keputusan syura bukan dengan majoriti mengangkat tangan. Keputusan akhir perlu dibuat oleh amir / pengerusi syura setelah mendengar pendapat dari ahli-ahli syura.
Keputusan syura wajib ditaati kerana keputusan syura adalah tepat atau hampir tepat.
6 comments:
assalamualaikum. pada hemat saya, sistem yang selama ini dijalankan Syura perlu diteruskan. cuma cadangan saya agar ahli2 syura yg dilantik memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam bembuat keputusan kerana keputusan ahli syura merupakan penentu masa depan perjuangan jemaah. syura yang berkualiti membentuk keputusan yg berkualiti.
ape yg perlu ada pada setiap ahli syura adalah pengetahuan tentang setiap perkara yg akan ditentukan. sebagai contoh, ahli syura perlu mangenali setiap ahli yang akan dilantik menjadi 'pembesar2' jemaah dalam pemilihan kepimpinan baru. ini menjurus kepada membuat penyelidikan keperibadian calon, menghadirkan diri ke program2 yang dianjurkan untuk menilai tahap keupayaan calon dan sebagainya supaya keputusan perlantikan tidak dipertikai. wassalam
yup mmg benar kata saudara zalkafya itu. Keputusan syura adalah penentu masa depan perjuangan jemaah. Sepertimana kata saudara presiden dalam artikel ini, bahawa keputusan syura ini statusnya adalah tepat atau kurang tepat dan andaikata tepat dua pahala yang akan diterima manakala jika tidak tepat sekalipun menerima satu pahala.
Namun kesilapan yang berlaku ialah apabila institusi syura ini hanya diletakkan dalam membuat keputusan satu-satu perkara sahaja contohnya insitusi syura hanya berkaitan dalam hal perlantikan kepimpinan akan datang sahaja. Pandangan ini perlu dibetulkan dgn mengetahui bahawa tugas institusi syura itu menjangkaui daripada sesuatu perkara sahaja.
waAllahua'lam
asalamualaikum..Salam perpaduan:).saya menyokong bahawa fungsi syura adalah untuk menetapkan halatuju dan agenda PEPIAS. Namun, Persoalannya :
1-adakah syura ini dipandang skop nya secara meluas di dalam rangka kepimpinan PEPIAS?
Ini disebabkan saya melihat syura hanyalah sebagai syura untuk bermukhtamar,walhal ianya lebih menjangkaui skop yang meluas termasuklah apabila kita mengatakan tentang prinsip "decentralized" dan mesyuarat2 rasmi peringkat kampus, yang mana ianya memberi peluang kepada pimpinan kampus meletakkan keputusan.
2-Adakah keputusan majoriti sama sekali tidak dapat digunakan sebagai kata putus oleh amir/pengarah di dalam PEPIAS?
Saya melihat pada dasar asasnya haruslah dijadikan syura ini sebagai medan yang diluaskan skop dan lebih dinamisme apabila mempertimbang keputusan.
Wasalam.(lama tidak bicara di medan maya ini:))
syura akan membincangkan perkara asas/teras/pokok dalam jamaah. Pimpinan akan melaksanakan keputusan tersebut agar matlamat tercapai.
apa yg terjadi skrg adalah syura putuskan lain, pimpinan buat halatuju sendiri..
syura pun buat setahun sekali jer...
(Sept 24)
"Syura bukan saja berfungsi untuk memilih kepimpinan tetapi juga untuk menetap halatuju dan agenda PEPIAS seterusnya."
(Sept 29)
apa yg terjadi skrg adalah syura putuskan lain, pimpinan buat halatuju sendiri..
Nyata sekali, harus ada kefahaman yang benar2 kukuh bahawa fungsi syura mestilah difahami dengan maksud yang lebih meluas:)
Syura adalah satu badan yang seharusnya mempunyai martabat yang tinggi di dalam sesuatu kepimpinan... Hal yang disebutkan tokz dan astolnia tu berlaku bukan dulu bukan sekarang tetapi akan terus berlaku, tetapi kenapa?
Kerana wujudnya manusia-manusia yang mencari keredhaan manusia dalam setiap tindak tanduknya. Menjadi pimpinan untuk memenuhi kehendak pengikutnya bukan PENCIPTAnya. Melakukan aktiviti untuk memenuhi kehendak dan permintaan ahli 'JEMAAHnya' tetapi bukan kehendak agama dan Al-Ilahnya...
Ini yang menjadi punca utama dalam kekalutan ini, saya rasa. Kekalutan ini bukan berpunca dari yang senior atau yang junior, baik yang berkata-kata di sini atau di mana sahaja, tetapi berpunca dari KITA SEMUA... KITA SEMUA...
Siapa kita dan apa yang kita dah buat untuk gerakan ini? Kita tambah baik ke? Atau lebih buruk?
Kalau kita punya kerjaya, dan tempat kita bekerja adalah di badan kerajaan, kerja makin teruk atau ada hal yang tak elok, mungkin tak dibuang kerja cuma ditukarkan sahaja, tetapi berbeza di dalam korporat, tak bagus 'reject'. Jadi dalam kepimpinan Islam, kalau banyak menghasilkan 'defect' apa patut kita buat?
Post a Comment