On ->Thu, 2007-10-11 12:49
Posted at -> http://kawansejati.ee.itb.ac.id/18-tegas-dengan-prinsip
Seorang Islam yang tegas dengan prinsip ialah orang yang kuat berpegang dengan agamanya dan senantiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hukumnya. Menyatakannya dengan tidak segan-segan. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, kapan saja, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi dan kondisi yang bagaimana pun.
Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas dirinya, sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya melawannya. Misalnya dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya. Maka waktu itu, banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi. Dia tidak dapat melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini artinya sudah di dalam keadaan darurat.
Orang Islam Yang Tegas Dan Teguh Dengan Prinsip
Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Karena Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati, telah mendarah mendaging dan telah sejiwa dan menjadi tabiat dirinya. Dia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu yang dia terlupa mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya. Dan dia sangat tersinggung kalau ada orang menentang dan menghina agamanya.
Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati karenanya. Orang ini tidak akan dapat diancam atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya baik Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati karenanya.
Sebab Tegas Dengan Prinsip/Berprinsip
Orang Islam yang tegas dengan prinsip tidak banyak sekalipun di kalangan para pejuang dan pendakwah-pendakwah atau dai-dai.Oleh karena itulah Islam amat susah diterima oleh orang banyak sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka sangat takut dengan Islam.
Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang dengan prinsip atau dikatakan orang ada prinsip ialah:
1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang baik pula.
2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.
3. Seseorang itu ada cita-cita. Islam bukan sebatas untuk dirinya tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di alam sejagat ini.
4. Karena seseorang itu benar-benar faham tentang Islam, kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.
5. Karena seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang baik yang dapat menyampaikan Islam secara baik dan pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh pribadinya.
6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia rasa senang mengamal dan memperjuangkannya.
Orang Yang Tidak Tegas Atau Tidak Teguh Dengan Prinsip
Biasanya orang Islam yang tidak teguh dengan prinsip atau pegangan hidup dikatakan orang yang tidak ada prinsip. Dia mengamalkan Islam itu tidak istiqamah. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Berganti saja suasana dia pun berganti sikap. Berpindah saja tempat, dia longgar dengan syariat. Kalau bergaul saja dengan orang yang lalai maka dia pun ikut serta lalai. Bila berhadapan saja dengan orang-orang besar, amalan biasa yang selalu dibuatnya dia pun malu hendak membuatnya. Kalau ada orang yang bercakap bertentangan dengan Islam di sesuatu majlis, lebih-lebih lagi kalau majlis itu majlis orang-orang besar, dia diam saja. Sudah tidak berani lagi memberi pandangan. Dia rasa rendah diri atau inferiority complex di dalam majlis itu. Keberaniannya hilang. Hanya mendengar saja apa yang orang kata. Begitu juga sibuk saja kerja, prinsip pun tertinggal. Susah hati sedikit, hukum-hukum syariat pun terlanggar. Sakit saja sedikit, syariat pun lalai.
Sebab Orang Islam Tidak Tegas Dengan Prinsip
Antara sebab orang-orang Islam tidak lagi tegas dengan prinsip adalah seperti berikut:
1. Karena sudah jahil dengan ajaran Islam. Apabila sudah jahil, bagaimana hendak mengamalkannya. Betapalah pula untuk memperkatakan dan memperjuangkannya.
2. Kalaupun dia seorang yang alim, tapi tidak teguh dengan prinsip ialah dikeranakan oleh kelemahan iman atau jiwa lemah. Lemah iman karena cinta dunia. Cita-cita Islam sudah tidak ada.
3. Karena mengamalkan Islam itu secara tradisi atau ikut-ikutan, bukan atas dasar keyakinan dan kesedaran beragama.
4. Seseorang yang mengamalkan Islam itu kerana dididik oleh suasana, bukan karena didikan oleh satu pengajian dan ikutan. Apabila bertukar suasana maka dia pun bertukar prinsip hidupnya.
5. Seseorang yang belajar atas dasar ilmu atau mental exercise, bukan atas dasar penghayatan. Dia belajar itu mungkin tujuan dibayar dan sebagainya. Orang itu akan hanyut mengikut arus masyarakat walaupun dia mempunyai ilmu Islam.
6. Seseorang yang mendapat didikan Islam secara kasar dan paksa, bukan mendapat didikan yang penuh berhikmah serta dapat mengikut suri teladan yang baik. Apabila bebas daripada suasana itu, maka dia pun bebas meninggalkan atau membuat secara lalai.
7. Seseorang yang asalnya tegas dengan prinsip, entahkan macam mana satu masa terpengaruh dengan dunia yang menipu, maka dia pun berubah prinsip hidupnya dari tegas kepada lemah mengamalkan atau lalai mengamalkannya.
8. Mungkin seseorang itu lemah kerana dia sendirian. Kawan-kawan tidak ada, maka di sini keberaniannya menjadi kurang atau luntur. Maka di dalam suasana yang tertentu, tidak berani lagi dia menyatakan kebenaran itu dengan tegas.
9. Boleh jadi juga seseorang itu karena ujian yang berat, dia tidak tahan lalu kecewa serta diburu oleh ketakutan. Akhirnya dia longgar atau rasa segan mengamalkan prinsip hidupnya.
Islam menyuruh Tegas, Bukan Keras
Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamalkannya, tegas mengeluarkan hukum. Tegas menyampaikannya atau menyatakannya dan gigih memperjuangkannya di mana saja dan di dalam keadaan apa sekalipun. Islam tidak menyuruh kita berlaku keras tapi menyuruh tegas.
Islam adalah agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi disuruh tegas. Kebanyakan umat Islam terutama para pejuang dan pendakwah-pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamalkannya. Di dalam mengamalkan, sama saja dengan orang lain.
Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memperkatakan hukum-hukumnya. Tegas kalau untuk orang lain tapi untuk diri sendiri longgar dan seenaknya. Di dalam menyampaikan Islam, dia mengata, mencaci dan menuduh kepada golongan-golongan yang tertentu. Adakalanya hingga sampai caci-maki, mengutuk dan menempelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya longgar, akhaknya rusak, kehormatannya tidak dijaga. Mereka menyangka cara itulah yang dikatakan tegas. Sebenarnya sikap mereka itu bukan tegas tapi keras.
Tegas ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak Islam. Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang, tidak ditujukan kepada mana-mana golongan tapi untuk semua, terutama diri sendiri. Dan orang yang berkata dan memperjuangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta keluarga. Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat menghormati hukum-hukum.Begitulah orang yang tegas dengan prinsip. Oleh karena tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras menyatakan dan memperjuangkannya, maka orang banyak jadi benci dengan Islam. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka takut dengan Islam. Melihat peribadi para pejuang dan para dai serta keluarga mereka, Islam itu tidak ada di dalam diri mereka. Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran. Keindahan tidak dapat dilihat karena bersikap keras bukan tegas.
5 comments:
sy berharap kepada author2 yang dilantik supaya tidak lagi copy paste artikel mcmni selepas ini. tindakan sebegitu sebenarnya memandulkan minda author2 bagi berfikir dan menulis sesuai dengan situasi semasa pepias. sekiranya tindakan sebegitu diteruskan maka ia akan memungkinkan anda disingkirkan sebagai author.
-Tegas dengan prinsip nih... heheh
teringin melihat artikel dari Mr Presiden..artikel asli Mr Presiden bak kata tokz
saya x suka orang yang bermuka-muka, bercakap seolah-olah tidak tahu dan berniat untuk menguji orang lain..
Tuan presiden yang dihormati,
lain kali, kalau nak letak apa-apa undang-undang, bagitau laa awal2... Mana ada law dalam persada PEPIAS ni kata tak boleh letak artikel orang lain!!! SEcara etika dan profesionalnya, i'm playing by the rules. Nobody brake it!
Ini dah kira tindakan keras! Tuan presiden, kalau nak bertegas, bagitau peraturan awal-awal. Masa invite author, letak rule and regulations.
Letak rules dengan penuh hikmah dan kasih sayang, Bukan terus bagi kata dua! Ini suatu tindakan yang sangat keras. BUKAN TEGAS DENGAN PRINSIP!!!
Harap Tuan presiden dan semua bloggers baca artikel yang dihantar ini dengan membudayakannya pada PEPIAS dan mana-mana gerakan dakwah.
apa yang penting,
1)etika kewartawanan / disiplin penulisan dipegang.
2)point relevan, betul dan tepat pada situasi semasa
mari kita budayakan budaya ilmu. membaca dan menulis artikel untuk tatapan ahli-ahli pepias dan semua.
Post a Comment