17 December 2010

Induksi PEPIAS Pusat




Alhamdulillah, Induksi PEPIAS Pusat telah berjalan selama 2 hari 1 malam pada 11 dan 12 Disember 2010 di Sekretariat PEPIAS Kg.Changkat. Kehadiran penuh pimpinan kanan ke induksi kali ini diharapkan membawa makna yang lebih positif.

Slot pertama induksi dimulakan dengan sesi bersama mantan Presiden PEPIAS yang tidak asing lagi, Saudara Zamani Bin Mohd Karulani. Tajuk perkongsian yang dibawa ialah “Kembali kepada Landasan Perjuangan ISLAM”. Menariknya tajuk slot ini seperti menariknya pembawaan penyampainya sendiri. Penuh berhikmah, padat dan sarat dengan ilmu. Slot ini diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. Terima kasih atas kesudian anda untuk turun padang ke induksi anak Negeri Selangor.

Slot ke-2 kemudiannya disambung oleh Presiden PEPIAS, Saudara Mohd Zulhelmi Bin Abdullah yang membincangkan tentang ucapan dasarnya di Muktamar Agung Tahunan PEPIAS kali ke-19, “Mengisi Pemuda Perubah Ummat, Membangun Insan Diruntuhan Adab”. Antara perkara yang cuba disampaikan oleh Presiden PEPIAS melalui ucapan dasarnya ialah:

• Tentang kualiti ahli PEPIAS
• Akhlak sebagai ahli jemaah.
• Kelompongan dari segi pengisian (TARBIYYAH).
• Teknik pengurusan dan fasilitator.
• Keruncingan dan kurangnya “trainers” di kalangan ahli PEPIAS..
• Fokus PEPIAS bukan di tempat elit sahaja tetapi di kawasan kampung Melayu seperti Taman Medan dan sebagainya.
• Agar program masjid (SYABAB) tidak hanya di masjid-masjid besar tetapi sampai ke surau-surau pprt.
• Membangunkan pusat latihan dan mengadakan program yang realistik untuk masyarakat sekitar. Dalam erti kata lain, menjadikan Sekretariat PEPIAS di Kg.Changkat sebagai pusat latihan.

Slot ke-3 pula membincangkan tentang VISI, MISI, DAN HALATUJU PEPIAS. Setelah mengambil masa yang agak panjang, kata sepakat dicapai.




Kemudian, Slot ke-4 (Organisasi dan Bidang Tugas) diteruskan. Akhir sekali, diadakan perbincangan tentang taqwim PEPIAS bagi sepanjang tahun 2010/2011.

Semoga apa yang direncanakan dalam induksi kali ini dapat direalisasikan. Kami mengharapkan sokongan penuh dan doa dari anda semua. Selamat Bekerjasama!

-Membimbing dengan ilmu dan akhlak-

1 comment:

Fikrah Imayu said...

1) tahniah di atas permulaan yang baik. Semoga perjalanan selepas ini akan bertambah rancak dengan PEPIAS yg baru ini.

2) Semangat baru; Pastikan kualiti melebihi kuantiti. Mulakan dengan PMG. Apa cerita?

Gerak dengan seadanya dan sedayanya. Namun, bukan bermakna tiada daya usaha bersungguh-sungguh.

Yang pasti, program Jemaah sebagai Gerakan PKPIM-ABIM-WADAH perlu disertai dan diletak keutamaan!

There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung