28 October 2010

Pertahan amalan Usrah - Teras kekuatan keilmuan, kerohanian & ukhwah ahli

Amalan usrah kian dipandang sepi oleh segelintir ahli gerakan. Gerakan politik yang memperjuangkan Islam juga kian lemah kerana meninggalkan amalan ini. Natijahnya, ahli yang lemah dan jemaah yang berpecah belah. Belum ditambah lagi dengan kepimpinan yang tidak berdisiplin.

Dengan kefahaman ideologi perjuangan yang cetek,
1. halatuju perjuangan kabur,
2. mudah putus asa dan hilang punca,
3. tiada kesatuan fikr & amal.

Untuk itu, pertahankan amalan usrah ini dan tingkatkan dengan pengisian yang berkualiti dan berdisiplin.

Disiplin - berikut antara sikap yang harus dielakkan sebagai ahli usrah.

Semasa Usrah
1. Tukang tadah - hadir tidak bersedia & tidak menyumbang apa-apa dalam perbincangan.
2. Si Sombong - Membaca surat khabar, melayan internet atau SMS semasa orang lain membentang. Tetapi mengharapkan semua ahli Usrah dengar apa dikatakannya seolah - olah ulasannya perutusan orang besar.
3. Pencuri - Mencuri & menzalimi masa orang lain. Bila Naqib memberi peluang, tidak memberi sebarang respon sebaliknya bila sesi "round table" barulah mengulas dari topik pertama hingga akhir.

Kehadiran
1. Golongn akhirin - datang lewat, tidak meminta maaf atau memaklumkan lebih awal.
2. Golongan suka hati - Hadir atau tidakbergantung kepada hatinya kerana bimbang tidak ikhlas krn terpaksa.
3. Golongan ghuyub - Hilang tanpa berita. Tak hadir, tak maklumkan, malah hilang setelah diberikan tugasan untuk membentang. Inilah serendah-rendah taraf disiplin & kematangan sebagai ahli jemaah. Janganlah mana-mana ahli menjadi golongan ini.


Salah faham
1. Usrah adalah sesi berkongsi & bukannya sesi ta'lim dari seorang tok guru.
2. Yang menyatukan hati adalah Allah. Bukan sekadar melalui sesi yang menggembirakan hati. Ia dapat didorongkan melalui elemen usrah yang harus dipertahankan iaitu:
- solat berjemaah
- makan bersama-sama
- bacaan zikr ma'thurat
- sesi berkongsi ilmu

Untuk itu marilah bersama kita menginsafi dan berazam untuk Islah diri. Usrah adalah tiang-tiang bagi gerakan dan tapaknya adalah tauhid yang murni. Ia umpama elemen keluarga dalam masyarakat. Ibu bapa yang baik Insyaallah melahirkan anak yang baik. Keluarga yang baik insyallah akan melahirkan masyarakat yang baik. Sedarlah. Kita adalah sebahagian dari keluarga (USRAH) itu. Mahu masyarakat baik, mulalah dengan diri kita.

Jangan jemu & putus asa.

Moga Allah ampuni kekurangan diri & kita semua.



ISS - Ikhlas, Sungguh2, Sabar.



6 comments:

bintun malick said...

satu nasihat yang sangat2 bagus...]maceh ppepias

radin fatihah husna said...

ringkas dan bernas.
satu kesimpulan yg harus difahami kerana ramai ahli jemaah yg sudah salah faham aka tak faham erti usrah.

pertingkat disiplin jemaah. ingat.. gerakan kita adalah gerakan untuk menegak kebenaran dan keadilan!

Ciptaan Terhebat said...

penulisan ini terlalu optimis dengan mengharapkan ada yang membacanya... percayalah berapa kerat sangat yang membacanya, kalau baca pun tak faham, kalau faham pun tak buat, kalau buat pun tak sungguh-sungguh dan berjihad untuk_NYA...

Kita hari ini perlu realistik, buat berbanding cakap... moga apa yang tertulis ini terserlah yang pertama di dalam usrah PEPIAS Pusat!

tokz said...

bila berkata selalu bohong, bila berjanji selalu lambat, bila diberi amanah selalu khianat...

JL PEPIAS 005/08 said...

Apakah kita akan terus mengeluarkan produk2 seperti ini di masa depan? Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Dan semoga Allah memberi faham kepada kita semua.

JL PEPIAS 005/08 said...

Diriwayatkan dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda: “akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”

Jumlah Pengunjung