04 February 2009

Mujahidah Sejati: Tribute to Helwani PEPIAS

1. Assalamualaikum. huuu ngantuk sekali mataku. apa kabar semua? dalam ngantuk ngantuk nih saya menulis gak takut terlupa. hari nih nak citer pasal helwani.

2. Apa perasaan seorang anak kecil yang kematian ayah sejak kecil lagi? Tiada ayah menyambut harijadinya, tiada ayah memujuknya, tiada ayah yang membawanya bersiar siar. Ayah hanyalah cerita rakan rakan sebaya. Dia sendiri tiada ayah untuk diceritakan. Sepi sendiri.

3. Apa perasaan jika kita punya ayah, tetapi tidak bertanggungjawab? Ayah kaki botol, tahi judi dan kaki perempuan. Ayah mampu tetapi tidak bekerja. Jika bekerja pun, nafkah habis untuk berhibur sendiri. Padahal adik beradik ramai. Kesian ibu menanggung. Orang kampung mengata. Malu dengan ayah sendiri.

4. Bagaimana pula anak yang tidak ber"bin"kan ayahnya? kerana dia lahir dari hubungan yang tidak sah. Emaknya hampir saja menggugurkannya. Seolah dia bukanlah suatu nyawa. Bagaimana mampu dia berhadapan masyarakat yang bertanyakan nasabnya? Bukan salahnya tetapi sepanjang hidup dia mungkin malu dengan kewujudannya sendiri.

5. Kisah kisah diatas adalah perkara perkara yang berlaku dalam masyarakat kita. Kematian ayah adalah menyedihkan, tetapi punya ayah yang tidak bertanggungjawab lebih menyakitkan. Tanpa bimbingan agama dan jati diri yang kukuh, si anak mungkin menderita sepanjang hayatnya. Hari ini mereka mungkin dikalangan sahabat kita, saudara kita, jiran kita, atau kita sendiri. Apa peranan kita? Melihat dan bersimpati sahaja? Mungkin kita sama seperti ayah yang tidak bertanggungjawab tadi!

6. PEPIAS sebagai persatuan Kebajikkan dan Pendidikan berperanan memberi ingat kepada masyarakat remaja Selangor khususnya tentang tujuan wujud manusia dan peranannya. Moga moga kecil lah bilangan manusia yang tidak tahu tanggungjawab yang lantas tidak bertanggungjawab. Jadi saya menyeru adik adik yang menyertai PEPIAS agar bersama kita menjalankan peranan tersebut. Inilah kerja kita. Kerana masyarakat bukanlah orang lain. Masyarakat adalah diri kita dan keluarga kita sendiri.

7. Peranan helwani: Saya pohon kepada seluruh organisasi helwani cawangan agar terus berfungsi sebagai pemberi ingat tentang peranan asas wanita. Sebagai gerakkan pelajar, fokus helwani PEPIAS adalah adik adik remaja perempuan yang kian meningkat dewasa. Namun tidak mengabaikan masyarakat wanita amnya. Relevan sebagai organisasi kenegerian, fokus helwani PEPIAS adalah masyarakat Selangor supaya mampu bergerak dengan effektif dan efisyen.

8. Masyarakat bertamadun lahir dari keluarga yang bertamadun. Ketika Ayah keluar mencari nafkah, ibu lah yang bertanggungjawab dirumah. Dialah yang menguruskan rumah baik dari segi makan minumnya, pakaian suami dan anak anaknya, pendidikan dan kasih sayangnya. Pendek kata dirumah dialah yang bertanggungjawab walaupun suami tetap ketua keluarga.

9. Anak anak yang dididik dengan baik kefahaman agamanya melahirkan generasi yang cemerlang. Maka dari rumahlah lahir tokoh tokoh yang terbilang, mujahid mujahid yang mempertahankan agama dan nilai hidup, juga para syuhada yang hidup mati penuh bermaruah. Tidakkah adik adik perempuan perasan betapa besarnya peranan adik adik?

10. Ibu yang paling rapat dengan anak. Dialah yang melahirkan dan membesarkan. Dia mampu membentuk anak anak menjadi suatu permata yang bergemerlapan. Sebagai isteri pula ia menyiapkan segala kelengkapan untuk suaminya turun berjuang, beribadah mencari rezeki demi mencari redha Allah.

11. Sesuai dengan zaman sekarang, wanita turut sama terlibat dalam bidang professional dalam membangunkan negara tetapi peranan asasnya itu tidak boleh dilupakan. Jadi saya berpesan kepada adik adik helwani PEPIAS supaya mencari ilmu bersungguh sungguh demi pembangunan umat Islam dan masyarakat dunia amnya. Kerana telah lama umat Islam menjadi pengguna dan tidak menjadi pengeluar. Jika mengikut putaran sejarah, sudah tiba masanya umat Islam kembali memimpin tamadun dunia!

12. Wahai Helwani PEPIAS. Atur langkahmu satu persatu. Dekati ahli yang masih remaja dalam hidup ini. Kerana jerat itu banyak sekali. Mungkin jerat kewangan, mungkin jerat keseronokkan. Mungkin jerat kejahilan dan mungkin jerat percintaan. Moga terbit dari helwani PEPIAS wanita wanita yang hidup penuh mulia dan bermaruah tinggi seperti Masyitah, Siti Sarah, Khadijah, Sumayyah dan Aishah. Moga hidup bangga seperti wanita wanita Palestin yang merelakan anak anak mereka syahid. Islam mengangkat martabat wanita. Berbanggalah sebagai wanita solehah!


Untukmu mujahidah sejati: Tribute to Helwani PEPIAS 09/10

3 comments:

tokz said...

Salam Perjuangan,

peranan golongan wanita dalam pepias memang tidak dapat dinafikan. memang menjadi pelengkap kepada lelaki.

dulu terdapat silibus kupu2 yang dibuat khas untuk pengisian usrah helwani. kenapa kupu2? kupu mempunyai kepak yang cantik, tapi bila ia disentuh, kupu2 tidak cantik dan menarik lagi.. itulah fitrah wanita.. carilah senior2 helwani bagi mendapatkan silibus kupu2 tu balik..

dalam abim ada modul bahagia menjadi gadis yang telah dijalankan di 2,3 tempat. bagi saya modul ini baik dan perlu dipertingkatkan lagi. ia mampu menjadi produk helwani untuk 'dipasarkan' ke seluruh selangor. bincanglah dengan kakak-kakak helwa nanti.

saya juga ingin melihat helwani dan helwa menerbitkan buku bertajuk 'menjadi suri pejuang'. isinya mengisahkan para isteri yang sentiasa menyokong dan memberi motivasi kepada si suami yang pergi berjuang.

saya amat faham apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak akan membataskan pergerakan helwani nanti. dalam kesibukan kerjaya dan keluarga, helwani dan helwa perlu memikir cara lain untuk memastikan mereka menyumbang walaupun dari rumah dan walaupun dengan sedikit masa yang ada.

Wallahua'lam
www.tokzam.blogspot.com

Ciptaan Terhebat said...

Ana sangat bersetuju dengan wak...

Adik-adik, teruskanlah apa yang menjadi harapan presiden itu... Tetapi harus juga diingatkan kepada HELWANI, kekuatan yang lahir daripada wanita tidak mampu untuk mengetuai segalanya kerana keterbatasana kalian...

Jadi berikanlah dorongan semangat dan pesanan baik kepada yag lelakinya agar mereka mampu mengetuai dan mendahului wanita dalam kepimpinan.

Wasalam

http://kamarulazami.blogspot.com

Maria Kamel said...

Hayya bil jihad..,

Duhai si cantik manis, keayuan wajah biar sealir tingkah, budi dan akal biar boleh menjawab kpd ketidakwarasan dan kekerasan..., masakan tangan yang menghayun buaian dibiar terkulai akhirnya, kita mampu gegar dunia, dgn generasi pengabdi Tuhannya, kalau tidakpun, biar sekurang- kurangnya, syurga dari mana- mana pintu, KITA boleh memilihnya... kerana kita SOLEHAH sifatnya...

Jumlah Pengunjung