07 February 2009

Coslow, Kentang aluminium foil: BBQ Changkat 8 Feb 09

1. Terima kasih kepada semua yang hadir. Masih lagi tidak dapat saya bayangkan kepenatan yang sanggup dipikul oleh keluarga PEPIAS bagi menjayakan program tersebut. Tak tidur malam, balik waktu dinihari membeli barang basah, duit tertinggal... Apakah yang bermain difikiran adik adikku ini sampai sanggup menanggung semua tu? Padahal ada dikalangan daripada ahli keluarga PEPIAS kita yang masih gigih memotong lobak (Buat Coslow) walau pun esoknya PERIKSA!

2. Dua orang adik PEPIAS terhiris jarinya. Satu darinya terhiris tiga jari serentak dan satu lagi menerima tiga jahitan di ibu jari tangannya. Apa yang mereka fikirkan? Masing masing punya cerita tersendiri hanya untuk program BBQ Kg. Changkat ni. Masing masing dengan kesusahan masing masing dan pengalaman masing masing. Moga anda juga dapat sesuatu dari kenangan program ini!

3. Ramainya ahli yang hadir menyebabkan saya agak gemuruh. Satu yang saya risau. Saya akan sia siakan anda! Sedarkah anda wahai ahli keluarga PEPIAS bahawa anda luar biasa berpotensi? Maka dengan sekadar majlis gotong royong dan BBQ, ahli yang hadir sudah menghampiri seratus orang! Tetapi andai saya gagal merancang, lemah jiwa semangat, maka umat akan rugi. Kiranya saya tidak bijak mengatur dan menyalurkan anda, maka umat akan terabai.

4. Jadi saya terfikir. Apa yang 80 orang mampu buat? Dalam perang badar, 313 orang tentera junjungan kita Muhammad SWT mengalahkan 1000 orang musyrikin Mekah. Dalam perang khandak, bila dikepung dari segenap pelusuk dan dikhianati penduduk Yahudi Madinah sendiri, Islam tetap menang. Ya itu adalah bantuan tentera Allah kepada muqarrabun tetapi adakah kita sekadar berkumpul dan tidak mendapat menfaat langsung? Jika anda punya kekuatan, apa yang akan anda lakukan?

5. Seronok melihat betapa meriah pusat komuniti Kg. Changkat. Ramai ahli keluarga baru yang saya belum sempat berkenalan. Namun selagi anda pernah dan ingin bersama kami, maka anda adalah ahli keluarga kami. Keluarga PEPIAS! Welcome to da' Club. Kita bukan sekadar bersama. Kita punya kerja untuk direncana dan dilaksana. Bersedia!

6. Atas prinsip rahmatan lilalamin, PEPIAS wajar memberi keindahan Islam itu kepada semua. Bukan sekadar terhadap ahli yang berserban dan berniqab, bukan sekadar untuk budak budak sekolah agama tetapi untuk seluruh umat manusia. Ya seluruh manusia! Hatta yang masih belum kembali muslim. Bukankah datangnya Junjungan mulia kita kepada masyarakat arab pada saat tiada seorang pun telah memeluk Islam?

7. Maka untuk itu PEPIAS menerima kepelbagaian. Saya berhasrat ahli keluarga PEPIAS dekat dengan masyarakat. Dekat dengan rakan rakan kampus dan dekat dengan komuniti sekeliling. Yang ditawan itu perutnya (Ayam & kerang bakar) yang kemudian itu hatinya. Yang ditawan itu hatinya (Rasa senang dan seronok bila bersama), yang kemudian itu imannya. PEPIAS, dekat di hati.

8. Kami, pimpinan PEPIAS pusat dan cawangan punya impian untuk Selangor khasnya. Tapi kami yakin, anda juga mengimpikan masyarakat yang baik pada waktu mendatang. Sudilah kiranya berkongsi impian anda sebagai keluarga PEPIAS bersama sama. Tuliskan impian dan cita cita PEPIAS anda pada ruangan komen di sini. Alahai bilakah kita boleh bertemu lagi..? Rindu padamu.. Hu2.

Lain kali bakar kambing golek plak. Selamat berkenalan... Zulhelmi - d'5th Pres.

8 comments:

Admin KBloG said...

jemput ke laman kami KBloG

www.kuisbloggergroup.blogspot.com

@pe@ce said...

terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Gotong-royong & BBQ ini.. Tahniah kepada semua... Diharapkan Majlis seperti ini dapat diadakan lagi agar ukhwah diantara setiap ahli PEPIAS akan semakin rapat dan berkekalan untuk sama2 berada di dalam wadah PEPIAS.. InsyaAllah... Mohon Maaf jika ada mengalami sebarang kesulitan atau masalah didalam menjayakan majlis ini.. Terima Kasih..

tokz said...

tahniah...

program hari keluarga yang ringkas tapi bermakna..

memang saje je buat tarikh tu sbb x bg abg dtg eh?

Anak Cucu ADAM said...

sememangnya bermakna
semua cawangan bersatu
inilah nilai keluarga yang kita mahu lihat
sedap atau tidak sedap
kita rasa sama2
sekiranya ada lagi, kita kasi ummpph lagi
biar keluarga yang kita bina ini akan dapat kekal sampai bila2
xnk da la yg majuk2, yg benci2, yg jeles2
ini bukan keluarga muhibbah
kita xnk rumahtangga kita bergolak
so aktiviti2 seperti ini perlu diteruskan

kebajikan masyarakat dijaga
kebajikan ahli jangan dilupai

CikguDin said...

alhamdulillah...
bagus dan bermakna..
moga terus berjaya..
jangan lupa nilai tarbiyah jemaah..
kepelbagaian perlu disantun..
tarbiyah perlu disusun..
redha Tuhan di pohon..
ps..tokz ..jangan nostalgik sgt.

Ciptaan Terhebat said...
This comment has been removed by the author.
Ciptaan Terhebat said...

Adik-adikku...

Pernah tak kita terfikir bahawa Islam ini untuk semua atau kita fikirkan Islam ini untuk kita sahaja...

Apabila ada majlis yang mengumpulkan ramai sebegini, harus difikirkan masyarakat setempat yang melihat, pasti mereka tertanya-tanya siapa mereka ini Persatuan belia mana pulak yang bergemuruh satu kampung dengan program yang orang kampung pun tak tahu...

Rasanya kalian sebagai ahli PEPIAS dan matang dalam kepompong, keluarlah sedikit untuk bersama masyarakat kampung... cuma pandangan...

http://kamarulazami.blogspot.com

Awang Nyor said...

trimas atas semua pandangan. kariah kpg tidak dilupakan tetapi apa terjadi menjangkaui perancangn. Saya dan pimpinan saya ambil sebagai peringatan. untuk semua, teruskan memberi komen.

Jumlah Pengunjung