14 February 2009

USRAH PIMPINAN PEPIAS CAWANGAN GOMBAK


Tarikh / Hari : 29 Jan 2009 / Khamis
Tempat : ADM LR 10, UIAM, Gombak
Buku : Fiqh Keutamaan (Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qardhawi)
Tajuk : Bab 2 – Keutamaan Kualiti ke atas Kuantiti
Isi :
1. Pendahuluan:
  • Di antara keutamaan kerja yang mesti diberikan keutamaan pada perspektif Shari’at Islam ialah mendahulukan kualiti ke atas kuantiti. Jumlah bilangan yang banyak dan besar bukanlah menjadi ukuran, akan tetapi kebaikan itu diukur mengikut mutu dan kualitinya.
    Ø Allah mencerca golongan majoriti kerana kebanyakannya tidak menggunakan akal, tidak bersyukur dan tidak tahu mengambil pengajaran. Firman Allah:

“Tetapi kebanyakan mereka tidak pandai menggunakan akal.” (al-‘Ankabut: 63)

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.” (Hud: 17)

  • Allah juga menyanjung golongan orang-orang beriman yang sedikit bilangannya tetapi pandai bersyukur atas nikmat kurniaan Allah. Firman – Nya:
    “ …kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; dan amat sedikitlah bilangan mereka itu…” (Sad: 24)
    “…dan sedikit daripada kalangan hamba-hamb –Ku yang pandai bersyukur.” (Saba’: 13)
  • Banyak orang yang mengulang-ulang hadith Baginda Rasulullah SAW bersabda:
    “Berkahwinlah kame dan beranak-pinaklah, sehingga bilangan kamu menjadi banyak. Sesungguhnya aku akan berbangga dengan banyaknya umat ke atas umat-umat yang lain.”[1]
  • Tetapi Baginda Rasulullah SAW tidak akan berbangga dengan umatnya yang jahil, fasiq dan zalim.
  • “Manusia itu lebih mulia daripada makhluk lainnya seumpama satu dibanding seribu.” [2]
  • Kisah kemenangan Rasullah SAW para sahabatnya di dalam pertempuran Badar:
    “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, walhal kamu pada ketika itu adalah golongan yang lemah (sedikit). Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu dapat berbuat kesyukuran.” (Ali ‘Imran: 123)
  • Oleh itu, faktor kemenangan dan kejayaan itu tertumpu kepada kemantapan iman dan kesabaran serta kecekalan, bukan kerana semata-mata banyak dan ramai bilangannya.
  • Kisah Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a dan beberapa sahabat yang sedang berehat:
    Berkata Umar: “Wahai sahabatku, berangan-anganlah..!” Salah seorang sahabat berkata: “Saya berangan-angan memiliki wang dirham yang dapat memenuhi tempat ini untuk digunakan untuk perjuangan di jalan Allah.” Dan orang kedua juga berangan untuk memiliki wang dinar untuk dibelanjakan di jalan Allah. Kemudian Khalifah Umar berkata: “Saya berangan-angan menjadi orang yang berkualiti seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Muadz Ibn Jabal, Salim Mawla Abu Huzaifah Ibn Yaman, kemudian saya gunakan mereka untuk berjuang di jalan Allah.”

2. Perbincangan / Pendapat / Kesimpulan:

  • Sesetengah perkara perlukan PENGHIJRAHAN untuk membina dan memajukannya, khusus kepada PENGHIJRAHAN diri sendiri.
  • Da’ie perlu merupakan seorang yang OPTIMIS dalam melakukan apa sahaja.
  • Rujukan Surah al-‘Asr sehingga akhir ayat, setiap daripada kita perlu menjadi AGEN YANG TERBAIK (QUDWAH HASANAH) dan mengekalkan SEMANGAT dalam berada di jalan Allah.
  • Penilaian Allah tidak sama dengan penilaian kita (manusia).
  • Tiada ukuran / nilaian kualiti yang sebenar untuk kita letakkan sebagai rujukan. Kerana, tidak semestinya, antara golongan sedikit di zaman sekarang adalah golongan yang Allah maksudkan sebagai berkualiti.
  • Jangan berhenti melakukan sesuatu perkara/ibadah kerana takut akan Riya’. Tetapi, lakukanlah dengan PERGANTUNGAN NIAT hanya kepada Allah.

________________________
[1] Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan al-Nasa’I dari Maqal Ibn Yasar. Kitab: Sahih al-Jami’ al-Saghir, bil (2940)
[2] Hadith Riwayat Imam al-Tabrani dari Salman al-Farisi r.a. Katanya: hadith ini darjatnya hasan. Kitab: Sahih al-Jami’ al-Saghir, (5394)

No comments:

Jumlah Pengunjung