13 February 2009

Aku bukan budak PMG - Kenangan MCIIUM@CENFOS

Assalamualaikum keluarga PEPIAS sekalian. Apa khabar? Moga anda membaca tulisan ini dalam keadaan sihat, tenang dan lapang. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita.


1. Rakan2 adik2 PEPIAS sekalian. Tahniah saya ucapkan buat Mantan barisan kepimpinan PEPIAS cawangan PETALING JAYA kerana telah berjaya menganjurkan MINI MUKTAMAR 09. Persediaan yang serba ringkas tetapi dengan sambutan yang meriah. TAHNIAH!

2. Buat Mantan pimpinan yang baru setahun sempat saya berkenalan, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan yang telah dicurahkan. Teruskan bersama rakan rakan seperjuangan dan adik adik yang baru dilantik. Moga da'wah diteruskan bila melangkah ke kampus Kuantan & Gombak.

3. Buat adik adik cawangan Petaling Jaya yang baru dilantik, sukalah saya berkongsi pengalaman saya. No body - out of nowhere. Selepas SPM, kebanyakkan rakan2 sekolah saya menyertai program Mega PEPIAS ketika itu, Perkampungan Menara Gading (PMG6), dan sebahagian besar dari mereka diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM pada ketika itu.

4. Di matrik, saya memandang rakan2 PMG yang meggerakkan PEPIAS ini hebat. Masa kan tidak, mereka merupakan organisasi da'wah untuk seluruh Selangor! Mereka, dengan ukhwah yang telah terjalin ketika PMG6, bergerak aktif kesana sini memenuhi lapangan2 da'wah. Saya hanyalah no body yang memandang dari luar dengan kagum.

5. Ketika tahun pertama di UKC, sahabat saya Ajmal (sama sekolah - produk PMG), selalu mengajak saya menyertai bironya. Walau apa biro yang diamanahkan kepadanya, pasti saya menjadi sub-com nya. Saya yang sedia ada kagum, merasa teruja untuk turut serta. Tiap kali hadir ke biliknya, pasti disebutkan kepada saya, "zul, kau lah sahabat baikku."

6. Akhirnya, dengan rasa amat bertuah, sekali lagi saya di panggil oleh saudara Ajmal menjadi sub-com nya untuk program Mega PEPIAS, PMG7 di MCIIUM. Memang satu pengalaman yang cukup mengajar dan menyeronokkan. Walaupun letih, tetapi hati puas dan gembira. Teman2 sangat supportive menyebabkan kami bekerja penuh tekun dan semangat.

7. Tamatnya program tersebut, abang man (Presiden k-2), mengumumkan saf pimpinan PEPIAS cawangan PJ yang baru kepada seluruh penggerak PMG6. Saya, orang yang out of nowhere, disebut sebagai TYDP (Timb. Yang Dipertua) PEPIAS PJ pada ketika itu. Hampir saja saya rasakan ada sahabat lain yang bernama sama. Mungkin ahli lain pun ada yang tidak mengenali saya. Kerdil saya dikalangan orang2 yang saya kagumi. Namun, saya masih bersama ke saat ini..

8. Adakah sesuatu perkara itu kebetulan? Adakah bumi yg mengorbit matahari satu kebetulan? adakah kehidupan lebah dan semut yg kemas berorganisasi itu kebetulan? Subhanallah! Adakah anda hidup dikalangan berbilion manusia pada hari ini kebetulan? Semua adalah ketetapan dan dalam perancangan Allah yg maha bijaksana! Betul?

9. "Adakah kamu menyangka, kami menciptakanmu dengan sia - sia, dan kamu tidak akan kembali kepada kami?" (Al-Mukminun:115) Sia sia itu bukan sifat Allah. Jadi adik adik pimpinan PEPIAS cawangan sekalian, jangan rasa lemah dan rendah diri. Secara zahir anda dipilih manusia,namun hakikatnya, You are the choosen one! Berdirilah dan maju kehadapan!

10. "Allah tidak membebankan seseorang kecuali dengan apa yang termampu" (Al-Baqarah:282) Peganglah ayat ini dan berusahalah mempertingkatkan diri. Komited terhadap usrah, lazimi majlis2 ilmu. Telaah buku2, timba pengalaman baru. Tanamkan kefahaman ahli, satukan hati. Bincang, rancang dan laksanakan gerakkan dengan rapi dan teliti. Moga insan kembali mengerti tujuan hidup. Anda mampu mengubahnya!

1 comment:

radin fatihah husna said...

1) Budak PMG3; (tahun 1998) masih ada kedengaran berfungsi di mana-mana? Tentu sukar mencarinya, kan? RAsanya, dalam jemaah kecil PEPIAS-PKPIM-ABIM ini, sememangnya sukar juga untuk kita mencari ke mana sebenarnya kita sudah bawa produk program kita?

2) Sekali lagi, boleh membuka mata telinga kita untuk muhasabah tentang pengisian modul semasa dan selepas program. Kalau semasa program, rasanya, ramai trainer kita mampu aturkan... BAgaimana dengan selepas program? Sedangkan 'follow-up' sejurus selepas program juga, jarang-jarang kita mampu lakukan. inikan pula 'follow-up' jangka panjang? YAng mana masih bersama sehingga kini; harus dipelajari apa yang menyebabkan mereka masih bersama...

3) Dilantik sebagai pimpinan tidak dilihat sebagai suatu Tanggungan; yang juga membawa kepada makna bebanan, ia harus dilihat sebagai amanah pada masa yang benar. SEkaligus, memberi erti motivasi untuk menambah baik peribadi diri, dan rakan-rakan sekeliling.

4) Ntah siapa rakan sekeliling kita; mungkin masa mereka akan tiba untuk menjadi dan memikul amanah lain pula. DAn pada tika itu, beliau pula yang akan menambah baik diri kita! Maka, benarlah, semua orang keliling kita adalah aset berharga buat kita

Jumlah Pengunjung