14 February 2009

USRAH UMUM PEPIAS CAWANGAN GOMBAK

Tarikh / Hari : 2 Feb 2009 / Isnin
Tempat : ADM LR 12, UIAM, Gombak
Buku : Fiqh Keutamaan (Prof. Dr. Yusuf Abdullah al-Qardhawi)
Tajuk : Bab 2 – Keutamaan Kualiti ke atas Kuantiti
(KEUTAMAAN DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN DAN PEMIKIRAN)

Isi :
1. Keutamaan Ilmu ke atas Amal:

 Ilmu mesti berdiri di hadapan perbuatan; dialah yang menjadi petunjuk dan
pembimbing segala amalan. Hadith daripada Muaz Ibn Jabal r.a: “Ilmu adalah
pemimpin, dan amal adalah pengikut.”

 Imam al-Bukhari menggariskan, ilmu merupakan syarat sahnya satu-satu
perbuatan dan perkataan; keduanya, perbuatan dan perkataan tidak akan
bererti tanpa adanya ilmu; Ia mesti diutamakan dan didahulukan ke atas
keduanya, kerana ialah yang dapat mengesahkan niat dan memperbetulkan amalan.

 Maksud sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang dikehendaki Allah untuk mendapatkan kebaikan, maka akan
diberikan ilmu kefahaman mengenai agama-Nya. Kerana seseorang yang berilmu
dan memahami ajaran agama Islam, ia akan mengamalkannya dengan benar dan
baik.”

 Sejajar dengan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW: BACALAH! Kerana, membaca
itu adalah kunci kepada gudang ilmu dan selepas itu barulah turun ayat-ayat
perintah untuk beramal dan berbuat.

 Seperti kisah Rasulullah dan pihak Khawarij:
I. Telah mendekat golongan itu kepada Rasulullah dan memerintah Rasulullah
untuk untuk berlaku adil dalam pengagihan harta ghanimah. Rasulullah
menjawab:
“Celakalah kamu..! Siapa lagi yang akan berlaku adil, apabila aku tidak
berlaku adil? Kamu akan merugi dan menyesal jika aku tidak berbuat adil.”

II. Golongan ini juga telah berkata kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah,
takutlah kamu kepada Allah..!” Rasulullah menjawab:
“Bukankah aku orang yang paling patut dan utama di muka bumi ini untuk
bertaqwa dan takut kepada Allah..?!”

 Rentetan itu, ada seorang sahabat yang meminta izin Rasulullah SAW untuk
menghukum bunuh golongan itu. Rasulullah mengingatkan:
“Solat, puasa dan amalan mereka jauh lebih banyak daripada solat, puasa dan
amalan kamu, namun mereka membaca al-Quran hanya sampai di tenggorokan
sahaja (tidak memahami; mereka lepas daripada (ikatan) agama seperti seutas
panah yang terlepas daripada busurnya.”

 Golongan ini juga dikenali dengan kaum yang: “berumur masih muda dan berakal
bodoh.”Kerana apa? Kerana mereka tidak memiliki ilmu yang cukup dan tidak
mempunyai kefahaman yang benar.

 Perbincangan:
I. Mengapa peperangan berlaku di zaman Rasulullah?
Kerana peperangan hanya berlaku apabila berlaku penolakan secara terang-
terangan dan melibatkan proses yang berperingkat – berunding, dakwah, utusan
dll
Hikmah menunjukkan betapa Rasulullah merupakan contoh yang terbaik yang
patut dicontohi dan diikuti.

2. Pentingnya Ilmu Bagi Seorang Mufti:

 Baginda Rasulullah SAW dengan sangat keras membantah orang-orang yang telah
berfatwa di zamannya mengenai seorang lelaki yang terluka parah untuk mandi
demi mengangkat hadas besar tanpa mengira keadaan lukanya. Fatwa tersebut
akhirnya mengakibatkan orang itu meninggal dunia.
 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Mereka (akibat fatwa itu) telah membunuhnya; biarlah Allah membunuh
mereka..! Mengapakah mereka tidak bertanya dahulu, apabila mereka tidak
mengerti; sesungguhnya ubat kebodohan adalah bertanya. Sesungguhnya orang
tersebut (yang terluka) cukup dengan mengambil tayammum sahaja (untuk
mengangkat hadas besarnya).”

 Perbincangan:
I. Wajib untuk setiap individu Muslim ketahui ilmu yang dipelajari benar atau
tidak.

II.Khilaf yang berlaku antara mazhab terjadi kerana setiap Imam hidup
dan berada di dalam zaman dan suasana yang berbeza.

3. Pentingnya Ilmu Bagi Para Pendakwah dan Guru:

 Seorang pendakwah hendaklah terlebih dahulu seorang rabbani. Iaitu: orang
yang mengerti, berilmu, beramal dan mengajarkannya kepada orang lain.
Seperti firman Allah yang bermaksud:

 “…Hendaklah kamu menjadi orang-orang ‘rabbani’, kerana kamu sentiasa
mengajarkan al-Kitab dan disebabkan kame sentiasa mempelajarinya.” (Ali-‘Imran: 79)

Abdullah Ibn ‘Abbas r.a mentafsirkan ‘rabbani’ sebagai:
para ulama yang bijak dan penuh hikmah. Pendapat lain mengatakan
bahawa ‘rabbani’: mengajarkan tentang ilmu-ilmu yang kecil sebelum yang
besar.

 Apa yang dimaksudkan disini oleh para ulama’ adalah pengajran itu mestilah
dilakukan secara sedikit demi sedikit dan berperingkat-peringkat. Di samping
itu, keadaan dan kemampuan para pelajar serta kesiapan mentaliti juga perlu
diambil kira.

 Sabda Rasulullah: “Berilah kemudahan dan janganlah menyusahkan, berilah
khabar gembira dan janganlah menyebabkan orang menjadi jauh..!”

 Di antara tuntutan ilmu ke atas setiap individu Muslim adalah berusaha
sekuat tenaga mencarinya sesuai dengan kemampuan akal dan persiapan
mentaliti.

 Berkata Amirul Mu’minin: “Bercakaplah kepada orang perkara yang boleh mereka
mengerti dan tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak boleh mereka fahami.
Adakah kamu ingin agar mereka memperbodohkan Allah dan Rasul-Nya..? (dengan
menyampaikan perkara-perkara yang sangat pelik kepada mereka, sehingga
mereka menolak)


4. Kesimpulan:


 Berkata-kata setiap sesuatu memerlukan ilmu dan pemahaman yang tinggi untuk
mengelakkan penyampaian dan penerimaan yang salah.

 Berusaha sekeras tenaga untuk mengumpul ilmu pengetahuan mengikut apa cara
sekalipun berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

 Ilmu dan amal perlu dilakukan secara beriringan kerana kurang satu
daripadanya akan menyebabkan kekurangan dan tidak lengkap.

 Kebijaksanaan dan hikmah (rabbani) memerlukan penghayatan ilmu yang tinggi
dan mendalam.

 Sebaik-baik perbuatan ialah perbuatan yang bersederhana.

 Ilmu boleh diperolehi daripada pembacaan buku dan pengalaman. Tetapi
penekanan dilakukan ke atas pembacaan buku.

 Setiap daripada kita perlu menerima ilmu dengan berlapang dada dan
menerimanya selagi benar.




5 comments:

bee(^_^) said...
This comment has been removed by the author.
bee(^_^) said...

huhu..panjang bebona ceramahnye..
bagus2..
teruskan pejuangn..
harap2 kami semua dapat ambik sedikit ilmu dari ceramah abg ni..
huhu..
uat r cite psl aktitv yg terbaru..
boring r..
dh xdpt join pgrm..
dpt th cite pun kira ok la..
abg kn suke bercite..
jd cite r..
huhu(^_^)

Ciptaan Terhebat said...

Hebat, PEPIAS makin hebat, tahniah kerana menjadi ahli PEPIAS, anda memang hebat...

Tetapi biar ilmu itu dipraktikkan bukan sekadar menjadi hiasan di blog sahaja...

Kemaskini blog, disamping diri sendiri...

http://kamarulazami.blogspot.com

JL PEPIAS 005/08 said...

ble nak update usarah nih...
hmmm

--a-- said...

salam'alaik... (^_^)

maap kepada semua yg sentiasa menanti pengisian usrah...

harap penantian tidak membosankan..

saya sedang berusaha untuk ke arah itu...

didoakan semoga usaha dipermudah..

maaf sekali lagi..

salam'alaik...=)

Jumlah Pengunjung