07 February 2009

Makhluk pelik dari Planet Zargus

1. Ahli keluarga PEPIAS datang dari pelbagai latar belakang yang unik. Tiap cawangan punya budaya tersendiri. Sesungguhnya manusia itu diciptakan berbangsa bangsa dan berpuak puak supaya dapat berkenal kenalan antara satu sama lain. Dan ukuran kemulian manusia di sisi Allah hanyalah mereka yang bertaqwa.

2. Suka lah saya menceritakan serba ringkas perihal cawangan cawangan yang ada. Cawangan X ni baik sekali ukhwahnya. Bagai adik beradik. Gurau sendanya pelik dan buat saya terkejut apabila kali pertama melihatnya. Bagi mereka menampar muka kawan adalah satu gurauan dan tanda sayang. ??? Bila mereka terasa malu malu kucing, mereka akan menggigit belakang kawannya. ??? Boleh bayang.. ? Namun mereka ahli kita dan kita menerima kepelbagaian ahli.

3. Cawangan Y ni juga tak perlu dipertikai ukhuwah mereka. Memang mereka cukup menjaga satu sama lain. Mereka ini gurauannya keras. Maksud saya kata kata mereka pedas.

4. Pernah mereka bermain main soal dan jawab. Seorang akan menyoal dan seorang akan menjawab. Pihak yang menjawabl ni memang meriah sikit mulutnya. Mungkin kerana bosan disoal, jadi pihak yang menjawab soalan bertanya kepada si penyoal. "Kenapa awak ni banyak soal ah? (Dengan nada budak budak). Dengan tenang si penyoal menjawab Sebab awak banyak cakap. Ha ha ha (Gelak buat2). Waduh.. senyap sekejap si penjawab tuh. Saya pun tak berani bercakap apa. Boleh bayang..? Namun mereka ahli kita dan kita menerima kepelbagaian ahli.

5. Begitulah serba sedikit gelagat ahli. Ada yang tegas, ada yang ramah, ada yang rock!. Pelbagai ragam. PEPIAS menyantuni kepelbagaian dan mencari satu titik persamaan. Bersatu bagi menyampaikan mesej da'wah! Memberi ingat pada diri sendiri dan masyarakat tentang sebab kewujudan manusia dan peranannya.

6. Ahli ahli PEPIAS hanyalah manusia biasa yang terkadang membuat salah dan ada yang selalu mengulangnya. Namun di hati mereka itu ada keinginan untuk memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik. Langkah demi langkah, hari demi hari, mereka berubah! ahli PEPIAS tidak harus menjadi penghukum tetapi pengajak.

7. Bersamalah kita mengkoreksi diri, menilai sejauh mana diri. Janganlah gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang yang dicari. Salah sendiri tak nampak, salah orang yang dicari. Berlapang dada, bersangka baik dan sentiasa memaafkan orang lain. Doakan jua kebaikkan walau kita sendiri disakiti.

8. Sesungguhnya hidup ini singkat dan tidak cukup masa utuk menambah musuh. Umat telah lama rugi kerana perpecahan dan masih lagi rugi sehingga ke hari ini. Banyak nyawa telah melayang di Palestin tetapi negara negara Islam masih lagi mementingkan diri.

9. Wahai keluarga PEPIAS. Cukuplah dengan permusuhan yang berlaku didunia ini. Bersihkan hati yang dengki dan bangga diri. Bila berselisih biarlah dengan adabnya. Memberi maaf tidak menambah hina. Manusia yang kuat adalah mereka yang sabar. Masih ramai masyarakat terabai. Janganlah kerana kita umat rugi lagi.

Ahli PEPIAS dari segenap penjuru, walau dari planet zargus... Asal bekerja untuk Islam.

3 comments:

tokz said...

Salam Perjuangan,

Saya setuju dengan pendekatan sdr presiden tentang tidak stereotype dalam pembentukan peribadi ahli pepias. Nabi membina Abu Bakar seorang kaya dengan iman, umar seorang yang agresif dengan iman, Uthman seorang lemah lembut dengan iman, Ali seorang yang bijak dengan iman. dengan kepelbagaian ahli ini maka jamaah akan menjadi kuat.

pimpinan pepias perlu mengnalpasti segera potensi dan kelebihan setiap ahli pepias, kemudian mengagihkan tugas kepada 'ahlinya' dengan tepat agar mereka dapat mekaukan kerja itu dengan semaksima mungkin. ada yang suka menulis, bercakap, melatih, berekreasi, bersukan dll yang perlu disantuni semuanya.

yang lebih penting adalah tarbiyah / latihan yang berterusan kepada mereka ini. usrah, tamrin dan majlis ilmu wajib dihadiri agar proses kefahaman dan penambahbaikan ahli yang berterusan terus berlaku. sekiranya gagal, maka aktiviti spt lelaki menarik perempuan dengan banner akan berlaku lagi. :)

Wallahua'lam
www.tokzam.blogspot.com

Ciptaan Terhebat said...
This comment has been removed by the author.
Ciptaan Terhebat said...

Presiden...

Majukan langkah jangan berhenti...
Penat akan datang tidak lama lagi...
Pasti suatu hari anda akan mengeluh kerana mereka akan mengharapkan Presiden melihat mereka sebagai mereka...

Presiden...
Jangan mudah mengeluh... Tahniah sehingga ke tahap ini...

http://kamarulazami.blogspot.com

Jumlah Pengunjung