Alhamdulillah, tanggal 30 Januari 2010 program kedua Jalan-jalan Cari Kawan Pepias berlangsung selama kira-kira 2 jam di sekitar taman KLCC dan disertai 9 ahli kita yang datang berasingan. Program bermula jam 6 petang dan berakhir selepas solat Maghrib.
Motif utama program ini adalah untuk mendekati remaja yang melepak di sekitar kawasan terbabit dan mengajak mereka untuk menyertai program-program Pepias di masa akan datang, insyaAllah.
Di sini disertakan sedikit gambar diambil sepanjang program. Thanx to semua yang hadir bagi menjayakan program mahu pun yang memberi sokongan moral. Semoga mampu melaksanakan lagi program seumpama ini. Amin.
5 comments:
salam,
tahniah atas penganjuran program yang bersifat turun ke lapangan, dan mendekati remaja secara door-to-door.
tak semua orang boleh buat macam ni, lagi, kalau sorang-sorang.. segan...
konsep 'direct selling' ni, bagus sangat, lagi kalau kerap diadakan, dibeberapa tempat dengan beberapa team..
seronok tengok anak muda berani mengambil pendekatan baru dan segar, walaupun kurang popular, seterusnya dapat meningkatkan kualiti peribadi seorang ahli!
Kalau diletakkan keutamaan program ini secara wajib bagi setiap ahli, sekurang2nya sekali, macam berat sangat ke? (macam assignment ala-ala)... just ponder...
ok.. yg penting, kena ada follow up kawan-kawan kita ni... kan...
TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA BIRO PEMBANGUNAN SOSIAL YANG DITERAJUI SDR.HARIS..TERUSKAN..!!!
hai encik rozaidi...puji program je.diari ape cer?
Fikrah Imayu: Terima kasih di atas ucapan tahniah. mcm mana pun, masih jauh lg matlamat dituju dengan program ini sebagai langkah pertama. InsyaAllah, moga dapat tercapai matlamat untuk mengajak sahabat2 kita yang baru ini untuk ke program2 Pepias di masa akan datang dan seterusnya mengajak lg rakan2 mereka.
Mengenai cadangan utk mewajibkan ahli pepias ikut program seperti ini walau sekali, mungkin boleh diaju kepada pimpinan kanan. Namun saya amat berharap program ini dapat dilebarkan sayap dengan kehadiran ahli yang datang dengan kerelaan hati. Sikit pon xpe. Janji best! hehe
Follow up tu insyaAllah. Btw, saya amat mengharap juga kehadiran senior dan seniorita seperti encik Fikrah Imayu turut serta selepas ini. Boleh menurunkan ilmu pada kami sekali. = )
Rozaidi: Tq encik Zaidi. = ) wey mane aci keje ari sabtu. kalo ko turun kan ke meriah lagi. lpas ni x turun siap! ahaha
Zafrul: Diari akademi pepias ke ni? huahua
tahniah..
satu program pembentukan jatidiri pendakwah yg bagus
mg Allah terus memberkati program2 yg baik dan adik2 terus menjadi dai yang baik!!
Post a Comment