27 January 2010

PEPIAS dan Sekolah Elit

Pada hari selasa yang lepas kerajaan telah mengumumkan beberapa senarai sekolah berprestasi tinggi (SBT) ataupun lagi menariknya boleh digelarkan sebagai antara sekolah-sekolah hebat dan elit di Malaysia ini. Sebanyak 20 buah sekolah di seluruh Malaysia telah terpilih untuk menerima penganugerahan tersebut.

Antara kelebihan yang diperoleh hasil dari anugerah ini ialah dimana ia menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan. Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan. Dan lainya:

  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
Apapun penganugerahan tersebut perlu diambil perhatian oleh persatuan-persatuan pelajar yang berdaftar diluar sana. Pasti dan pasti Persatuan PEPIAS yang memfokuskan kepada program 'turun sekolah ' perlu mengambil peluang dan ruang terhadap sekolah-sekolah elit tersebut. Jika kita menginginkan kadar ahli-ahli PEPIAS yang mempunyai kadar kualiti pemikiran dan pandangan yang kritikal dan tinggi, disitulah lubuk-lubuk yang perlu kita kerjakan. Paling kurang mengadakan satu program dibawah Persatuan Islam di sekolah itu pun sudah boleh diharapkan untuk memberi kesan kepada mereka. Paling tidak mereka sudah dan pernah mendengar nama PEPIAS, dan itu cukup memberikan kredit yang besar kepada PEPIAS, kerana pernah mengadakan program kepada mereka.

Benar, jika kita fokuskan kepada sekolah elit sahaja, siapa pula akan mengadakan program 'turun sekolah' kepada sekolah-sekolah 'cikai' yang mempunyai kadar kualiti pendidikan yang kurang memuaskan. Siapa pula yang sanggup untuk turun membuat program bersama 'pelajar-pelajar juvana'??

Mengadakan program disekolah elit tersebut hanyalah satu pandangan dan lontaran awal daripada penulis sahaja. Jadi ataupun tidak persoalan kedua, mahu atau tidak sahaja yang perlu menjadi persoalan pertama. Dan mungkin yang perlu difikirkan lebih utama sebelum mengadakan programt, adakah kita aka PEPIAS ini bersedia untuk memberi pengisian kepada pelajar-pelajar elit tersebut???

5 comments:

Zafrul said...

suatu info yang menarik..membuatkan kt perlu brsungguh dlm usaha dan terus mmperkasa ahli dan membuat sedikit modifikasi dlm pendekatan dan percubaan2 praktis prlu digalakkan..harapnya kt tidak syok sendiri..ala kullihal,thumbs up to sdr rozaidi yg berjaya membuat sy berfikir sejenak slps membaca info ini.semoga rakan2 lain turut sama berfikir.tahniah!!

Fikrah Imayu said...

tau tak kriteria pemilihan SBT ni?

ROZAIDI RUSMIN, 1984,Nov18 said...

Kriteria pemilihan SBT :

* Pencapaian akademik yang cemerlang.
* Melahirkan personaliti unggul.
* Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
* Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
* Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
* Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Mohd Zulhelmi Abdullah said...

dlm ucapan sy semalam di muktmar PEPIAS Bangi, sy sebutkan ttg usaha PEPIAS yg x jemu2 menjadikan sek. sbg pusat celik akidah. kita harus menjadi pelengkap kpd sistem pendidikan negara yg telah dirasai ramai belum mampu memberi pendidikan adab (ta'dib) secara menyeluruh. kita tidak boleh tunggu KPM dan terus menyalahkan kerajaan kerana pelajar saban tahun bertambah dan berubah. Harus kita bantu seramai yg mungkin.

Mohd Zulhelmi Abdullah said...

itu tugas kita dlm waktu terdekat. dlm jangka masa pjg, semua ahli kita yg berpotensi dan cenderung menjadi pendidik harus kita terapkan dgn kebolehan mengintegrasi ilmu sains & islam. hari ini tidak cukup bg seorg ust. menyatakan "lihatlah kebesaran Allah" atau "lihatlah luasnya alam". kebesaran & berapa luas alam ini? harus para ust. tahu secara mencukupi ilmu sains agar dalil2 yg dikupas itu masak, dan kewujudan Sang Pencipta itu dirasai. Begitu juga guru sains, tidak boleh sama dgn pendidik sekular, yg mana sainsnya adalah teori Darwin (Random Theory) dan alam ini tiada tuhan. Harus guru sains mampu mengaitkan sains dgn Al-Khalik. Pandngnku kpd ab ro yg kritis.

There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung