05 January 2010

Permulaan PEPIAS pada 2010


Sesi makan malam seluruh keluarga PEPIAS dan pimpinan PKPIM
(Kambing, Udang, Kentang bakar + kek harijadi ahli)

Pada 3 Jan 2010, bertempat di sekreteriat PEPIAS-ABIM Gombak, Kg Changkat, telah berlangsung majlis keraian bagi menghargai pengorbanan dan komitmen yg telah ditunjukkan oleh seluruh warga PEPIAS di dalam program2 besar kita seperti:

1.PEBIS
2.KKPI (utara selatan)
3.ISFEST09
4.PMG10

Saya mewakili PEPIAS Pusat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih terhadap kesudian pimpinan PKPIM pusat hadir bersama kita. Moga ukhwah lebih erat demi ummat. Pesan sahabat saya:

Janganlah kita memandang rendah org lain, kelak kita akan dipandng rendah, jgnlah kita merasakan org lain itu bodoh dan tak berguna, krn mungkin kita yang lebih bodoh dan tak berguna.

Makan ramai-ramai lagi berselera.

Pokoknya ialah, dalam program bukan untuk menentukan siapa yang byk buat kerja atau siapa yg lebih bnyk jasa atau siapa yg lebih penting dan mulia. Allah akan menilai kerja itu mengikut kadar masing2 dgn adil. Jadi, kita semua sama. Buangkan perasaan sombong dan berasa diri yg paling byk jasa. Adakah kita mengharap pujian orang?

Duit anda habis, kudrat anda letih. Tetapi itu tidak dpt dibayar dgn nilai pengalaman, ukhwah dan erti pengorbanan. Selagi tidak merasa, kita tidak akan tahu. Anda mungkin tidak perasan adik2 ku, tetapi saya melihat anda makin membesar dan matang dengankemahiran dan pengalaman. Moga ummat ini beroleh untung dengn keberadaan anda.



Bertelur sebiji, riuh sekampung.
(Asal bergaya walau bola masuk longkang)

Pada 2 Jan 2010, pertemuan ahli PEPIAS dan peserta PMG10 daerah Gombak telah berlangsung di pusat Bowling Selayang Mall. Pertemuan jam 11.00 pg itu dimulakan dengan sesi ta'ruf dan pengenalan ringkas tentang PEPIAS oleh saudara Zulhelmi Abdullah. Acara diteruskan dengan pertandingan bowling. Selepas solat zohor, aktiviti makan bersama di restoran satay hj samuri yang disusuli dengan pengisian dan makluman program oleh Timb. Pres, Abd Sukor & Naib Pres, Azali. Pertemuan bersurai sekitar 4 ptg.

2 perkara menarik yang ingin saya kongsikan ialah:

1. kesungguhan dan kebolehan adik2 baru menarik lebih ramai lagi rakan mereka untuk turut serta dengan kita (PEPIAS). Seorang adik tingkatan 4 mempromosikan PEPIAS kepada senior2 nye yg belajar di tingktn 6 dan di IPT. Hatta adik tingkatan 2 pn hadir sbg pendedahan awal untuk mereka. Ramai muka baru yg membawa tenaga baru.

2. seorang petugas di restoran hj samuri menawarkan 2 anaknya untuk turut serta bersama PEPIAS setelah melihat pertemuan ringkas kita di meja makan yang bukan kosong tetapi penuh makna. Sambil makan sambil mendapat pengisian. Santapan jasmani & rohani.

Andai kita ingin terus relevan sbg organisasi dakwah, bnyklah berusa utk turun ke masyarakat terutama yg terdekat seperti jiran sebelah rumah kita sendiri. Kalau dakwah telah menjadi eksklusif, tunggulah lenyap nye persatuan ini. Ingatlah ayat yang permulaannya

"abasa watawalla..."

cari ayat ini dan mengerti..


bersama 1 roll nasi impit



model terbaru restoran hj Samuri
(Resit dgn harga yg perlu dibayar.)



3 comments:

radin fatihah husna said...

tahniah dan teruskan perjuangan. Sesungguhnya, persaudaraan yang kita bina hari ini, harus disuburkan dengan pengisian dan fikrah yang sifatnya, dan Ruhnya ke arah fisabilillah dan menjadi khaifah yang berfungsi.

Kami, orang2 tua juga berbangga dengan benih2 yang semakin berkembang dan memberi hasil yang baik. InsyaAllah, kita teruskan usaha ini walau di mana kita berada...

Yang penting, kekuatan ini datangnya dari keikhlasan dan keazaman untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang hebat! Hebat di dunia, Hebat di akhirat!

Selamatkan keluarga kita
Hidup Biar berjasa

akutaktahu said...

Alhamdulillah

Hikmahnya sesuatu kejadian pastinya membawa kepada kebaikan.Selami dan fahami, InsyaAllah kita semua menemui keberkatan dalam apa jua yg kita lakukan bila kita yakin dan kita ikhlas kerana Allah taala.

Alhamdulillah

Membina ukhuwah bukan mudah tetapi meruntuhnya cukup mudah.Begitu juga mempertahankan aqidah dan pegangan ianya cukup sukar namun untuk meruntuhkannya teramatlah mudah

Alhamdulillah

Teruslah menjadi khalifah dan hamba yang mengoptimakan kekuatan dirinya dalam masa yang sama mengetahui dan memperbaiki kelemahan diri sendiri

WaAllahua'lam

JL PEPIAS 005/08 said...

"Andai kita ingin terus relevan sbg organisasi dakwah, bnyklah berusa utk turun ke masyarakat terutama yg terdekat seperti jiran sebelah rumah kita sendiri. Kalau dakwah telah menjadi eksklusif, tunggulah lenyap nye persatuan ini. Ingatlah ayat yang permulaannya"

Akan ke sahut dengan penuh semangat

Jumlah Pengunjung