18 January 2010

TENTANG WANITA...

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi di situlah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata."

Si adik tidak berpuas Hati. Lalu dipertikaikan lagi..."Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya.Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana di situ lah
kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun... wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanitayang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh."

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini,tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pada persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'.Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yang lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan...

*Wahai adikku... 1001 keindahan adalah penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.....

1 comment:

Ciptaan Terhebat said...

Hebat, hebat. Tahniah adik-adik HELWANI. Sentiasalah semat dalam diri bahawasanya seseorang yang pemikirannya strategis akan sentiasa mengubah ancaman kepada peluang dan menggunakan kekuatan menutup kelemahan.

Moga Allah berikan kepada serikandi-serikandi PEPIAS.

http://kamarulazami.blogspot.com

Jumlah Pengunjung