31 January 2010

Jalan-Jalan Cari Kawan 30 Januari 2010

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, tanggal 30 Januari 2010 program kedua Jalan-jalan Cari Kawan Pepias berlangsung selama kira-kira 2 jam di sekitar taman KLCC dan disertai 9 ahli kita yang datang berasingan. Program bermula jam 6 petang dan berakhir selepas solat Maghrib.


Motif utama program ini adalah untuk mendekati remaja yang melepak di sekitar kawasan terbabit dan mengajak mereka untuk menyertai program-program Pepias di masa akan datang, insyaAllah.


Di sini disertakan sedikit gambar diambil sepanjang program. Thanx to semua yang hadir bagi menjayakan program mahu pun yang memberi sokongan moral. Semoga mampu melaksanakan lagi program seumpama ini. Amin.












28 January 2010

Mencelah sekejap ye...

Assalamualaikum,

Saya sedang mencari beberapa ikhwan dan akhawat untuk membentuk kumpulan Pembangunan Sosial Pepias. Tujuan kumpulan ini adalah bagi mencari dan melatih pelapis untuk menggerakkan program berbentuk pembangunan sosial dan kemasyarakatan dalam negeri Selangor.

Kriteria:

-Bersemangat tinggi untuk Islam
-Perwatakan gila-gila (tapi bukan gila ye, sakit jiwa sikit-sikit boleh dipertimbangkan )
-Berpandangan serta berfikiran positif terutama membabitkan remaja/belia bermasalah
-Sedia memerah otak dan keringat untuk mencari + melaksana program membantu masyarakat
-Berani dalam segala segi, termasuk mencuba teknik baru dalam dakwah (berani buat jahat pun boleh masuk, mari sini kita fikir dari sudut kejahatan dan cuba cari jalan penyelesaian)
-Bukan dewa azam

Sekian, wassalam.

HARIZ, BPPS PEPIAS
hareyz.benl@yahoo.com

27 January 2010

PEPIAS dan Sekolah Elit

Pada hari selasa yang lepas kerajaan telah mengumumkan beberapa senarai sekolah berprestasi tinggi (SBT) ataupun lagi menariknya boleh digelarkan sebagai antara sekolah-sekolah hebat dan elit di Malaysia ini. Sebanyak 20 buah sekolah di seluruh Malaysia telah terpilih untuk menerima penganugerahan tersebut.

Antara kelebihan yang diperoleh hasil dari anugerah ini ialah dimana ia menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan. Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan. Dan lainya:

  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
Apapun penganugerahan tersebut perlu diambil perhatian oleh persatuan-persatuan pelajar yang berdaftar diluar sana. Pasti dan pasti Persatuan PEPIAS yang memfokuskan kepada program 'turun sekolah ' perlu mengambil peluang dan ruang terhadap sekolah-sekolah elit tersebut. Jika kita menginginkan kadar ahli-ahli PEPIAS yang mempunyai kadar kualiti pemikiran dan pandangan yang kritikal dan tinggi, disitulah lubuk-lubuk yang perlu kita kerjakan. Paling kurang mengadakan satu program dibawah Persatuan Islam di sekolah itu pun sudah boleh diharapkan untuk memberi kesan kepada mereka. Paling tidak mereka sudah dan pernah mendengar nama PEPIAS, dan itu cukup memberikan kredit yang besar kepada PEPIAS, kerana pernah mengadakan program kepada mereka.

Benar, jika kita fokuskan kepada sekolah elit sahaja, siapa pula akan mengadakan program 'turun sekolah' kepada sekolah-sekolah 'cikai' yang mempunyai kadar kualiti pendidikan yang kurang memuaskan. Siapa pula yang sanggup untuk turun membuat program bersama 'pelajar-pelajar juvana'??

Mengadakan program disekolah elit tersebut hanyalah satu pandangan dan lontaran awal daripada penulis sahaja. Jadi ataupun tidak persoalan kedua, mahu atau tidak sahaja yang perlu menjadi persoalan pertama. Dan mungkin yang perlu difikirkan lebih utama sebelum mengadakan programt, adakah kita aka PEPIAS ini bersedia untuk memberi pengisian kepada pelajar-pelajar elit tersebut???

25 January 2010

PEPIAS minggu ini

3 aktiviti telah berlangsung pada minggu lepas:

1. Tamrin Nuqaba' PKPIM - dihadiri oleh 18 peserta dari PEPIAS dari pelbagai cawangan. diadakan di Kolej Dar Al-Hikmah selama 3 hari; 22 - 24 Jan 2010. Rata- rata peserta merasakan sangat teruja dengan pengisian yang diberikan dan mendapat ilmu yang sangat bernilai bagi melaksanakan usrah dicawangan masing-masing. Moga usrah PEPIAS cawangan dapat diperkasa dan lebih meriah.


Syarahan perdana Ust. Sidek berkenaan ta'dib


2. Usrah PMG 10 Gombak - program susulan ke-2 yang dihadiri oleh 9 org ahli usrah. berlangsung pada hari ahad 24 jan 2010 jam 9 pg bertempt di surau annur, jln sg. tua, gombak. dimulakan dengan ta'ruf, tafsir, sarapan pg dan tayangan video. tamat jam 12 tgh hari.


Sesi ta'aruf yang ceria

Pembentangan oleh naqib

Makanan Al Lazis: Sponsered by family br. Aizat

Tumpuan terhadap tayangan video


3. Mesyuarat AJKP PEPIAS 09/10 kali pertama - berlangsung pada 24 jan 2010, jam 6 ptg di kg. changkat. Majoriti ahli mesyuarat termasuk exco hadir. Antara yang dibincangkan ialah halatuju, hal-hal berkaitan exco, post mortem program setahun dan perancngn taqwim. tamat jam 10.30 mlm


Sesi Mesyuarat di Kg. Changkat

Makan malam seusai mesyuarat

20 January 2010

MOU ANTARA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) (365644 – V) DAN PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS) (PPBM 4872/09)

nota: maaf diatas kelewatan membuat posting berkenaan MOU ini.


Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara:

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

(365644 – V)

Sebuah Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi

Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan beroperasi di alamat

Bandar Seri Putra, Bangi

43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

(Pihak Pertama)

Dan

PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN

(PEPIAS)

Persatuan yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan

Pembangunan Belia 2007 yang beralamat di

Lot 1690 – 8, Jalan Dato’ Haji Kaharuddin, Kampung Changkat, Batu 6 ¾,

53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan.

(Pihak Kedua)

TARIKH

20 November 2009

TEMPAT

Pusat Konvensyen

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

1. BAHAWASANYA, KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan mengadakan program bersama dengan pihak kedua, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS).

2. DAN BAHAWASANYA, PEPIAS akan menganjurkan pelbagai program bersama dan memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk melairkan generasi yang berintelektual di kalangan masyarakat Islam.

3. DAN BAHAWASANYA, pihak-pihak telah bersetuju untuk mewujud dan menjalin kerjasama yang erat dan jitu dalam program berbentuk kerohanian, kebajikan dan kemasyarakatan antara kedua-dua pihak.

Dan bagi merealisasikan kerjasama ini, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mewujud dan menjalinkan kerjasama dalam hal yang berikut:

1. Pihak pertama boleh bersetuju membenarkan pihak kedua menggunakan nama KUIS dan kemudahan berkaitan dalam program yang dianjurkan oleh kedua belah pihak.

2. Pihak pertama bersetuju dilantik sebagai perunding aktiviti dan program yang akan dijalankan.

3. Pihak kedua akan bersetuju untuk menyediakan perancangan (taqwim) aktiviti dan program yang memerlukan kerjasama kedua-dua pihak.

4. Pihak kedua perlu menyediakan keperluan modul dan pengisian yang bersesuaian bagi setiap program yang akan dijalankan.

5. Kedua-dua pihak bersetuju memberikan komitmen secara kolektif bagi setiap aktiviti dan program yang akan dijalankan.

6. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjaga nama baik dan kredibiliti pihak yang bekerjasama.

PERJUANGAN YANG TAKKAN SELESAI

Salam perjuangan buat sahabat. Cuma ingin berkongsi sedikit rasa yang tertusuk di hati.
'PERJUANGAN YANG TAKKAN SELESAI'.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan permohonan biadab sebuah penerbitan yang ingin menggunakan nama Allah yang Maha Agung di dalam penerbitan agama mereka. Dan seperti biasanya, Alhamdulillah, masih ramai umat Islam di Malaysia yang prihatin dengan isu aqidah bangkit menentang tindakan yang boleh diibaratkan seperti 'cuba menjolok sarang tebuan' ini.
Namun, bukan isu mahu pun penerangan mengenai permohonan atau ketidak-releven permohonan itu yang mahu dikongsikan di sini. Yang ingin saya luahkan adalah mengenai pepatah "sudah terhantuk baru terngadah", atau pun pepatah yang lebih kasar sedikit mungkin boleh disebut "sudah tercirit baru hendak cari jamban". Mungkin pepatah pertama itu tidak pernah ada dalam kamus orang kita agaknya, atau pun sekadar dibuat sekadar buat menghiasi buku teks bahasa Melayu sahaja? Wallahua'lam.
Saya tetap memuji tindakan penentangan dan kebangkitan masyarakat Islam Malaysia terhadap isu kalimah Allah ini. Tetapi, adakah perkara yang terjadi baru-baru ini itu akan dijadikan pengajaran kepada kita sebagai umat Islam di sini? Mungkin ya, tetapi jika dilihat sejarah kita, mungkin tidak sama sekali. Masalah dengan umat Islam di Malaysia especially bangsa Melayu adalah KITA TIDAK PERNAH BELAJAR DARI KESILAPAN.
Apakah kesilapan kita sehingga mendorong tindakan sebuah penerbitan agama lain berani meminta nama Yang Maha Kuasa, Yang Tiada Tandingannya, Yang Kita Sujud KepadaNYA untuk mereka gunakan? Ini hanyalah salah satu daripada apa yang berani orang bukan Islam memperlakukan agama kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kita sering melaungkan kalimah Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! dalam demonstrasi sebaik sesuatu isu timbul. Tetapi di manakah kita di saat dan ketika lainnya? Di saat umat Islam saling memerlukan dalam perjuangan kehidupan? Di ketika perpaduan sesama insan seaqidah patut dititikberatkan?
Salah kita hanya satu kalau tidak beribu....hati kita tidak pernah bersatu. Islam tidak pernah dipandang sebagai perjuangan, hanya satu pegangan yang boleh diadakan dan ditiadakan mengikut kesesuaian jiwa dan nafsu kita. Persaudaraan menjadi barang mainan dan lawak kedai kopi sesama kita. Sunnah Rasulullah dianggap beban. Dan perkataan 'perjuangan' serta 'jihad' dipandang hina.
Sekarang mungkin boleh dikatakan 'tercirit baru hendak dicari jamban', mungkin beberapa ketika nanti jamban itu pun sudah tiada diambil orang, tinggallah kita umat Islam tercirit dalam seluar di tengah perjalanan, dicaci dan dihina di bumi sendiri...Tidak percaya? Teruskan dengan sikap 'ignorance' kita terhadap semangat persaudaraan, dan lihat sendiri. Jangan risau, ia tidak akan mengambil masa yang lama.
Menegakkan agama Allah bukanlah satu perjuangan yang belum selesai. Ia satu perjuangan yang takkan selesai.
Allahuakbar!

18 January 2010

TENTANG WANITA...

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi di situlah wahai adikku, kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata."

Si adik tidak berpuas Hati. Lalu dipertikaikan lagi..."Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya.Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana di situ lah
kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun... wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanitayang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh."

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini,tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pada persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'.Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yang lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan...

*Wahai adikku... 1001 keindahan adalah penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.....

Kisah Seekor Kupu-kupu...special dedication 4 HELWANI...

Kisah Seekor Kupu-kupu

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan...Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran...Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

15 January 2010

INDUKSI KELUARGA BESAR PEPIAS

Pada 8-10 Januari 2010 yang lalu, PEPIAS pusat dan cawangan telah selesai menjalankan sesi induksi bertempat di kg. kemensah, ulu kelang. Induksi mendapat sambutan hangat apabila kira-kira 50 ahli telah menghadirinya dan ianya berlangsung dengan penuh meriah dan bersemangat. Berikut merupakan rentetan perjalanan program.

Jumaat: Malam

Ta'ruf

Cara paling akrobatik memperkenalkan diri

Terlupa nama manja..


Ice Breaking

Trademark kumpulan 4 yang bersemangat

Ngauman anak harimau: aum..


Sabtu: Pagi (4.30 am)

Trecking

Sujud ke bumi: Solat subuh di hutan

Tazkirah pagi dari sheikh edi (pimpinan ampang)

Helwani turut memberi perhatian

Destinasi mula kelihatan ketika terbit matahari


Sarapan &
Pertandingan memasak
resipi hijau
(7.30 am)

Hidangan hijau 1

Hidangan hijau 2

Hidangan hijau 3

Pulang ke kem


Pembentangan Majlis PEPIAS:

1. Tarbiyah
2. Kaderisasi
3. Ekonomi

(2.00 pm)




Forum PEPIAS hari-hari

Kenapa bersama PEPIAS
dan masih bersama?

(7.40 pm)

Ahli Panel yang dipandu oleh Sifu Raden Imanuddin


Ceramah Tanzim haraki

(9.00 pm - tiada dalam gambar)


Mencari Shogun

(11.15 pm)

Aksi terbaik dari mereka yang terbaik!


Ahad

Bengkel dan Pembentangan Cawangan

(10.00 am)

Pembentangan cawangan Pandan

Pembentangan cawangan Ampang

Penutup

(4.10 pm)

Doa wehdah

Gambar kenangan kumpulan LIMA!!

Pose Cawangan Bangi

Terlalu lama menunggu public..

P/s: Wt senior ku, akan ku agihkn tugas ini semula. x de yg b'kesemptan update. wujudkan sidang redaksi persada pepias.





Undang-undang Syariah di Aceh

Gambar yang diambil pada 2 Disember 2009 merakamkan polis Syariah wanita Aceh (kanan) menasihati seorang wanita yang menunggang motosikal supaya memakai pakaian yang sopan semasa ditahan di satu sekatan jalan raya di Banda Aceh. - AFP

BANDA ACEH 14 Jan. – Suasana damai berjalan seperti biasa di mana kawasan pantai, anak kecil bermain ombak, gadis-gadis sunti bersembang di pantai yang berpasir dan muzik kedengaran dari corong radio daripada sekumpulan budak lelaki.

Namun, pantai terletak di Banda Aceh ini, merupakan satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Syariah sebagai kod perundangan dan keadaan menjadi tegang apabila anggota polis tiba dengan trak pikap.

Unit polis yang dipanggil ‘Wilayatul Hisbah’ ini menjalankan rondaan untuk mencegah aktiviti maksiat pasangan belum berkahwin, wanita Islam tidak bertudung atau memakai pakaian ketat, serta mereka yang minum arak atau berjudi.

Dalam keramaian di pantai, sentiasa ada pasangan duduk berdua-duaan walaupun tidak terlalu dekat, namun masih menjadi sasaran polis Syariah.

“Kamu masih belum berkahwin, kamu tidak boleh berdua-duaan di sini. Balik sekarang,” kata seorang polis kepada pasangan yang kemudian berjalan dalam kekecewaan ke tempat letak kenderaan.

Remaja perempuan yang memakai seluar ketat juga turut tidak terlepas daripada menerima tindakan.

“Kamu sepatutnya malu berpakaian begini. Balik ke rumah dan tukar pakaian kepada pakaian yang lebih sopan,” kata seorang pegawai lain kepada dua gadis berseluar jeans.

Indonesia merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia, namun Aceh adalah wilayah yang paling kuat melaksanakan undang-undang Syariah, selari dengan gelarannya sebagai ‘Serambi Mekah’ kerana ia merupakan wilayah pertama di rantau ini menerima Islam.

Aceh mendapat hak menggunakan undang-undang Syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi yang ditandatangani pada 2002 yang bertujuan menamatkan konflik antara pemisah Islam dengan tentera Indonesia yang telah meragut beribu-rubu nyawa.

Seramai 160,000 maut dalam tragedi tsunami Lautan Hindi pada 2004, yang membuka jalan ke arah perdamaian antara kedua-dua pihak serta kemasukan berbilion dolar bantuan asing. –

13 January 2010

Modul solat hari-hari

1) Pendekatan terbaik untuk menyelami satu sama lain adalah meluahkan dengan kata-kata. Setiap perkataan, pertuturan disulami dengan budi bicara dan berbekalkan rasionaliti akan menjadikan setiap hujahan difahami dan dirasai oleh semua pihak. Sudah tentu, faktor emosi harus diminimumkan kalau tidak mampu ditiadakan. Yang malangnya, ramai dari kita menganggap menjaga rahsia dan mendiamkan satu-satu isu dapat menjaga hubungan dengan lebih baik, dan menganggap, masalah akan selesai dengan sendirinya, lambat-laun.

2) Isunya adalah untuk memahami sesuatu tindakan, haruslah dengan kefahaman dan niat yang jelas. Selain itu, kaedahnya juga harus bersistematik dan berteraskan kepada satu-satu modul yang dirangka khusus untuk tindakan tersebut. Apa lagi kalau tindakan itu bersifat jangka panjang. Jika tidak disiapkan dengan kelengkapan ini, maka, akan berlakulah keciciran dan ketidak-setiaan atau keletihan di tengah-tengah perjuangan. Yang lebih membimbangkan, sasaran hala tuju yang semakin tidak jelas dan akhirnya, hanyut dibuai badai dan terus sesat entah ke mana. Ada lagi yang lebih teruk? apabila Tidak tahu pun, sebenarnya, diri sudah hanyut dan sesat dengan haluan yang sebarangan.  

3) Hari-hari kita diajar untuk memperbaharui niat dan syahadah. Paling kurang, 5 kali sehari dalam modul Solat. Ia merupakan perkara Wajib dalam rukun Islam. Kepentingannya diletakkan pada yang kedua selepas mengucapkan Syahadah; yang lebih ketara, WAJIB untuk menunaikannya walau dalam keadaan apa sekalipun, waima sudah mati! Hubungan dengan Tuhan harus jelas sepanjang hidup kita, supaya kita faham hakikat sebab musabab kenapa kita dihidupkan? dari mana kita datang? hendak ke mana kita akhirnya? dan siapakah kita? Nescaya, inilah modul khusus dari Allah, diajar Nabi kepada kita untuk memahami diri dan menjaga hubungan dengan Allah SWT.

4) Ambil modul yang sama yang dituntut dalam solat kepada kehidupan kita. Sama ada dalam kehidupan peribadi, kehidupan sosial, dan kehidupan kerjaya. Perbaharui niat dan komitmen. Pilih sikap Mahmudah dalam kehidupan ini untuk menjaga hubungan sesama manusia. Komitmen yang kita galas, kita kaitkan dan pastinya kita akan berjumpa dengan Pencipta yang maha Esa. Berhati-hati dalam berbicara. Berbicara pula dengan jujur dan ikhlas. Luahkan dengan hati yang tulus dan suci, dan lebih penting, penuh beradab dan disisipi dengan doa dalam setiap perlakuan kita. Juga ada tertib dalam mengharungi satu tindakan. Persis Solat.

5) Kadang-kadang, dalam tindakan, harus juga kita merendah diri, melihat dan mengucap salam kepada mereka yang berada di kiri dan kanan sebagai teman muhasabah dan penasihat kita. Walau dalam keadaan apa sekalipun, hanya jiwa yang tenang, berserta memahami setiap patah perkataan, dan mengawal setiap laku perbuatan kita, akan menjadikan kita 'Khusyuk' dalam mencari redha Illahi. Di sinilah benteng pertahanan diri dibina dengan mengabaikan kata-kata pujuk rayu, nista, cela, umpat, keji, hina, di luar sana. Dan akhirnya, kita akan berdoa dan bertawakkal untuk diri kita, dan semua umat semua di luar sana sampai kita mati.

Sesungguhnya, rasa manis itu hanya akan dapat dirasai bagi yang khusyuk.

Sebagai Ahli jemaah,
Barulah kita tanya diri semula, 'Khusyuk' kah amalan kita setakat ini? selama ini?

07 January 2010

Ketua Gereja Czech dakwa wujud proses mengislamkan Eropah

PRAGUE 6 Jan. - Pemimpin agama Katolik Prague yang akan bersara dan ketua Katolik Republik Czech, Miloslav Vlk memberi amaran tentang kewujudan proses mengislamkan Eropah dalam satu wawancara yang disiarkan di di sini, semalam.

"Eropah sering menolak akar umbi Kristian mengenai daripada mana asal usul kemunculannya, di mana ia boleh memberikan kekuatan untuk menangkis bahaya yang ia akan ditakluk oleh penganut Islam - yang sebenarnya berlaku beransur-ansur sekarang.

"Jika Eropah tidak mengubah kaitan dengan asal-usul Kristian, ia akan 'diislamkan','' kata paderi berusia 77 tahun itu, yang dinamakan sebagai pemimpin Katolik Prague oleh biskop Roman Katolik John Paul II pada 1991, menerusi laman webnya, www.kardinal.cz.

Pemimpin agama itu menyalahkan imigrasi dan kadar kelahiran tinggi di kalangan umat Islam sebagai membantu agama itu 'dengan mudah mengisi ruang kosong yang ada apabila rakyat Eropah secara berterusan mengosongkan hidup mereka tanpa ajaran Kristian'.

"Pada akhir Zaman Pertengahan dan awal zaman moden, Islam gagal menakluk Eropah dengan senjata. Kristian berjaya mengalahkan mereka ketika itu.

"Hari ini apabila pertempuran itu berakhir dengan 'senjata semangat' yang kurang di kalangan rakyat Eropah tetapi teguh di kalangan umat Islam, kejatuhan Eropah mula nampak,'' tambah paderi itu.

Vlk yang merasai penindasan bekas rejim komunis yang digulingkan pada 1989, pernah menyatakan kesediaannya untuk meletak jawatan sebagai ketua Katolik dua tahun lalu semasa berumur 75 tahun, sejajar dengan peraturan gereja, namun Pope Benedict XVI melanjutkan tempohnya kepada dua tahun lagi.

Menurut media Republik Czech, pengganti Vlk akan dinamakan minggu ini. - AFP


www.utusan.com.my

KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH: SUATU PERNYATAAN KEPRIHATINAN


PDFPrintE-mail
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)


Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.

Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”. Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “...a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss. Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values. It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts. The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

05 January 2010

Permulaan PEPIAS pada 2010


Sesi makan malam seluruh keluarga PEPIAS dan pimpinan PKPIM
(Kambing, Udang, Kentang bakar + kek harijadi ahli)

Pada 3 Jan 2010, bertempat di sekreteriat PEPIAS-ABIM Gombak, Kg Changkat, telah berlangsung majlis keraian bagi menghargai pengorbanan dan komitmen yg telah ditunjukkan oleh seluruh warga PEPIAS di dalam program2 besar kita seperti:

1.PEBIS
2.KKPI (utara selatan)
3.ISFEST09
4.PMG10

Saya mewakili PEPIAS Pusat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih terhadap kesudian pimpinan PKPIM pusat hadir bersama kita. Moga ukhwah lebih erat demi ummat. Pesan sahabat saya:

Janganlah kita memandang rendah org lain, kelak kita akan dipandng rendah, jgnlah kita merasakan org lain itu bodoh dan tak berguna, krn mungkin kita yang lebih bodoh dan tak berguna.

Makan ramai-ramai lagi berselera.

Pokoknya ialah, dalam program bukan untuk menentukan siapa yang byk buat kerja atau siapa yg lebih bnyk jasa atau siapa yg lebih penting dan mulia. Allah akan menilai kerja itu mengikut kadar masing2 dgn adil. Jadi, kita semua sama. Buangkan perasaan sombong dan berasa diri yg paling byk jasa. Adakah kita mengharap pujian orang?

Duit anda habis, kudrat anda letih. Tetapi itu tidak dpt dibayar dgn nilai pengalaman, ukhwah dan erti pengorbanan. Selagi tidak merasa, kita tidak akan tahu. Anda mungkin tidak perasan adik2 ku, tetapi saya melihat anda makin membesar dan matang dengankemahiran dan pengalaman. Moga ummat ini beroleh untung dengn keberadaan anda.



Bertelur sebiji, riuh sekampung.
(Asal bergaya walau bola masuk longkang)

Pada 2 Jan 2010, pertemuan ahli PEPIAS dan peserta PMG10 daerah Gombak telah berlangsung di pusat Bowling Selayang Mall. Pertemuan jam 11.00 pg itu dimulakan dengan sesi ta'ruf dan pengenalan ringkas tentang PEPIAS oleh saudara Zulhelmi Abdullah. Acara diteruskan dengan pertandingan bowling. Selepas solat zohor, aktiviti makan bersama di restoran satay hj samuri yang disusuli dengan pengisian dan makluman program oleh Timb. Pres, Abd Sukor & Naib Pres, Azali. Pertemuan bersurai sekitar 4 ptg.

2 perkara menarik yang ingin saya kongsikan ialah:

1. kesungguhan dan kebolehan adik2 baru menarik lebih ramai lagi rakan mereka untuk turut serta dengan kita (PEPIAS). Seorang adik tingkatan 4 mempromosikan PEPIAS kepada senior2 nye yg belajar di tingktn 6 dan di IPT. Hatta adik tingkatan 2 pn hadir sbg pendedahan awal untuk mereka. Ramai muka baru yg membawa tenaga baru.

2. seorang petugas di restoran hj samuri menawarkan 2 anaknya untuk turut serta bersama PEPIAS setelah melihat pertemuan ringkas kita di meja makan yang bukan kosong tetapi penuh makna. Sambil makan sambil mendapat pengisian. Santapan jasmani & rohani.

Andai kita ingin terus relevan sbg organisasi dakwah, bnyklah berusa utk turun ke masyarakat terutama yg terdekat seperti jiran sebelah rumah kita sendiri. Kalau dakwah telah menjadi eksklusif, tunggulah lenyap nye persatuan ini. Ingatlah ayat yang permulaannya

"abasa watawalla..."

cari ayat ini dan mengerti..


bersama 1 roll nasi impit



model terbaru restoran hj Samuri
(Resit dgn harga yg perlu dibayar.)



04 January 2010

Nik Aziz tidak setuju


NIK Abdul Aziz Nik Mat pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Jalan Telipot di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia ada hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 1 Mac 2009, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar di sini menegaskan, tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Ini kerana, kata beliau, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya badan rundingan itu diwujudkan secepat mungkin.

“Majlis rundingan itu boleh dianjur NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini. Orang kita tidak suka berdepan begini,” katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Larangan Kristian Guna

Nama Allah : Ulasan Ringkas

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

allahname.jpg

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.

Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Muharram 1431 H

01 Januari 2010

Jumlah Pengunjung