12 February 2010

BEKERJALAH KAMU



Orang-orang bijak Yunani mengubati orang yang ditimpa keresahan, kesuntukan, dan penyakit psikologi lainnya dengan memaksa mereka bekerja di ladang dan kebun. Tidak berapa lama kemudian, pesakitnya punkembali sihat dan tenang. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

"...makan berjalanlah kamu ke seluruh penjuru bumi." (Al-Mulk: 15)

"Dan katakanlah: 'Bekerjalah kamu sekalian..." (At-Taubah: 105)

Orang-orang yang bekerja dengan menggunakan tangannya sendiri adalah satu kelompok manusia yang lebih bahagia, tidak dibebani dan tenang sekiranya dibandingkan yang lain. Cuba perhatikan para pekerja itu, mereka memiliki fikiran yang bebas dan fizikal yang kuat dikeranakan aktiviti, pekerjaan, dan latihan yang mereka lakukan.

"Dan aku berlindung kepada-Mu (Ya Allah) dari kelemahan dan kemalasan." (Hadith)

KEPADA-NYA AKU BERTAWAKKAL

Diantara perkara-perkara penting yang harus dilakukan oleh seseorang hamba agar memperolehi kebahagiaan adalah menyandarkan diri kepada Tuhan, tawakkal dan merasa cukup dengan perlindungan, penjagaan dan pengawasan-Nya atas dirinya. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"...apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)." (Maryam: 65)

"Sesungguhnya pelindungku ialah Allah s.w.t yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh." (Al-A'raf: 196)

"Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah s.w.t itu tidak ada ketakutan bagi mereka dan mereka tidak pernah bersedih hati." (Yunus: 62)


Petikan dari buku La Tahzan, buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran tulisan oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

---sumbangan ehsan dari http://artikelkamz.blogspot.com---

2 comments:

Awang Nyor said...

terlalu byk masa sbbkan org selalu cari salah org lain. Melupakan salah diri. Kerana itu mereka tinggalkan Adabul Ikhtilaf bila berselisih. Hilang tawaduk dan tidak menjaga maruah saudara Islamnya.

Ciptaan Terhebat said...

Syukur pada Allah kerana kita sering diingatkan...

Manusia itu pelupa, sekurang-kurangnya, jangan lupa untuk mintak nasihat...

Jumlah Pengunjung