15 February 2010

Alamak...pepias kalah futsal dengan warga emas ke...huhu

Pada 27 (Rabu) Januari 2010, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan perlawanan persahabatan futsal di Sports Planet Ampang. Pasukan yang turut hadir adalah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Tujuan utama futsal ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi perhubungan silaturrahim antara organisasi disamping menjaga kesihatan dikalangan ahli-ahli.Pada perlawanan tersebut, ABIM telah berjaya mengalahkan PKPIM sebanyak (9 - 4). Manakala perlawanan seterusnya dengan PEPIAS, ABIM berjaya menjaringkan 7 gol berbalas 3 gol (7 -3). Pemain yang mewakili ABIM adalah Mohd Raimi Ab. Rahim (SUA ABIM), Akmal Hisham (Exco Pembangunan Sosial), Mohd Firdaus Hamsin (Staf ABIM Pusat), Mohamad Nasir Ismail (Staf ABIM Pusat), Saiful Islam (Staf WADAH Pusat) dan Mohd Faridh (Pelajar Praktikal ABIM Pusat). Manakala Rashdan Abu Hasan (Staf ABIM Pusat) telah bertindak sebagai pengadil bagi kesemua perlawanan.

Oit2. Ni ape kes kalah dengan team warga emas ni? huhuhu. jangan maraaa aaa~

4 comments:

Titanium-Head said...

Baru perasan mase bukak website abim tadi daa...padan la senyap je x crite2 pon pasal lawan futsal ni. kekeke.
jom la ajak rematch dgn abim pusat balik. x puas ati ni. wuuu

Anak Cucu ADAM said...

jum

Ciptaan Terhebat said...

Hmm... tu belum turun habis tu... baru hantar satu team tu... hihihi

Titanium-Head said...

Cis...nampaknya kita perlu menebus kekalahan ini. wuuu~! kalao xdak sangat Epal yang x kaki kerusi, suruh helwani je la. Silap2 lg terer. dah la skang ni byk benda helwani lg hebat. hahaha = ))

There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung