25 May 2009

Mesyuarat Gabungan Pengerusi Perhubungan Cawangan PEPIAS kali Pertama



Pada hari sabtu 23 Mei 2009 yang lalu, satu Mesyuarat telah diadakan bertempat di Sekreteriat PEPIAS Kampung Changkat. Mesyuarat yang julung kali diadakan menggabungkan seluruh Pengerusi cawangan membincangkan tentang pertukaran nama dan pindaan perlembagaan bagi urusan Pendaftaran dengan ROY (Registra of Youth).




Untuk makluman, bagi tujuan pendaftaran dengan ROY, PEPIAS haruslah menonjolkan pada namanya dan perlembagaannya sebagai sebuah pertubuhan bersifat BELIA. PEPIAS juga mestilah mendaftarkan enam (6) cawangan dibawahnya bagi melayakkannya menjadi pertubuhan diperingkat Negeri. Mesyuarat juga turut melibatkan beberapa ahli bagi membincangkan modul dan penyelarasan program-program pada minggu berikutnya.

Mesyuarat diteruskan pada hari ahad dengan pembentangan visi misi dan halatuju kepada seluruh pimpinan pusat dan cawangan. 5 halatuju telah ditetapkan, 1.Pemantapan kefahaman Islam dan kerohanian 2. Kaderisasi 3.Pengurusan 4.Pembangunan sosial 5.Kewangan. Mesyuarat dipengerusikan Presiden PEPIAS bermula jam 4.00 petang dan berakhir jam 6.30 petang.

Terima Kasih semua pimpinan pusat dan exco. Terutama cawangan yang susah payah datang dari jauh. Juga ahli-ahli yang tak putus-putus memberi komitmen yang luar biasa. Jazakallahufih.

2 comments:

akutaktahu said...
This comment has been removed by the author.
akutaktahu said...

mesyuarat mula pukul 4 hingga 6.30 ptg

harapnya mana yang perlu diutamakan tidak diakhirkan hanya kerana mesyuarat...

khuatir nanti keutamaan itu diselesaikan hanya kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa...

waAllahualam

Jumlah Pengunjung