Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan ( PEPIAS PRIHATIN 2010 ). Program ini akan digerakkan oleh 200 aktivis yang merupakan ahli PEPIAS ke rumah golongan sasaran sekitar Negeri Selangor. Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM17000 untuk menyalurkan bantuan ke rumah-rumah yang terlibat. Maklumat ringkas berkenaan program adalah seperti berikut :
Tempat : 3 kawasan sasaran sekitar Sabak Bernam
Tarikh : 26-29 Ogos 2010 ( Khamis - Ahad )
Sasaran : Golongan asnaf , Anak Yatim. Hospital
3 comments:
Nak menjemput juga pada 14 dan 15 Ogos 2010, ABIM Selangor, Cawangan Gombak dan Sungai Buloh juga akan menjalankan Sinar Ramadhan Seorang Sekampit Beras, dijemput sama untuk hadir tak jauh pun dari changkat tu...
ape objektif sbnr prog ni?
Sape p.i.c sbnr prog ni?
knape kne wat sampai sabak bernam? kenape ramai sgt peserta?
ape fokus bulan ramadhan yg sepatutnye?
dah ukur baju di badan sendiri?
ke nak pisang berbuah dua kali?
ape berlaku dgn kepimpinan pusat?
objektif
1-menghayati tarbiyah Ramadhan
2-memupuk rasa prihatin,tanggungjwb,kasih sayang golongan muda kepada yang memerlukan
pengarah bagi progrm ni sdr lokman dari UIA..ni progrm PUSAT...dapat kerjasama dengan JAIS
sbb ape wat kat sabak bernam, coz last year kite wat gombak, kali ini kite pilih sabak bernam, next time kite pilih daerah lain plak...so x menjadi isu...
fokus bulan ramdhan ialah puasa..disinilah kita melatih diri kita ke arah kebaikan. spt membantu org, menguatkan ibadah..name pun ihya ramadhan iatu mengembangkan ramadhan..so jgn kecilkan skop hanya untuk tahan diri dari makan dan minum jew...
sbb ukur di bdan sendiri la kite nak wat progrm begini supaya dosa yang byk ni dikurangkan pahala yang kurang dibanyakkan...
insyaAllah kita akan belajar dari kesilapan..jangan hanya banyak mengomen, tp tidak membantu dari usaha kerja yang melibatkan turun padang..
alhamdulillah kepimpinan pusat berada dalam status yang stabil dengan melihat keadaan semasa PEPIAS.
Post a Comment