20 July 2009

Sejarah mungkin berulang - TOMOK

Akhir 90-an (zaman sekolah menengah), Lagu yang pernah dipopularkan juara baru One in a Million, Tomok, Sejarah mungkin berulang cukup-cukup popular. Sejarah merupakan sesuatu yang berulang. Bagaimana untuk memahaminya? Bergantunglah kepada sebanyak mana pendedahan yang telah anda lalui. Sepanjang penglibatan saya dalam PEPIAS, perkara yang sama berlaku pada setiap batch.

  1. Batch yang kecil: Beberapa orang yang saya kenal masih setia bersama PEPIAS atau jemaah adalah mereka yang hadir dari golongan ini. Mereka merupakan batch yang komited dan tetap teguh walau ahlinya sedikit atau hanya dirinya sendiri. Yang penting bagi mereka hanyalah berbuat. Dalam keadaan begini, kemahsyuran dan kehebatan bukanlah tujuan utama. Cukup bagi mereka menyediakan batch yang seterusnya agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Atas kekesalan dan iltizam untuk membangkitkan batch yang seterusnya, mereka bertungkus lumus memikirkan pelbagai cara dan melaksanakan pelbagai usaha bagi menjayakannya.

  1. Batch yang besar: Perlu saya nyatakan dari awalnya bukan semuanya seperti berikut tetapi sebahagiannya. Kumpulan ini punya rasa kebersamaan yang tinggi. Segala-galanya bersama tetapi mereka akan cepat tertipu. Dihadapan teman-teman yang ramai, kehebatan dan populariti sedikit sebanyak menjadi tujuan. Mereka ini bercakap cukup lantang hatta mengkritik secara terang-terangan. Tidak segan silu merendahkan orang lain sekalipun orang yang lebih senior berbanding mereka. Malah menggalakkan pula orang lain menyatakan sebarang ketidak puasan hati dengan cara yang cukup tidak berakhlak. Tetapi mereka yang cukup-cukup lantang biasanya cepat sekali perginya dari jemaah hatta tidak akan dikenali lagi oleh batch-batch selepasnya kerana terlalu mendadak hilangnya. Sunyi .. sepi..

Saya akan berasa kesal andai perkara ini tidak berkurangan atau andai saya biarkannya berleluasa di dalam PEPIAS. Kerana saya sudah melihatnya berulang kali. Sayang seribu kali sayang bila perbincangan dikalangan ahli hanyalah melingkari permasalahan ahli yang lain. Memahami pesan Saidina Ali, Khalifah keempat dalam suratnya yang mahsyur kepada gabenor mesir pada ketika itu, "semua orang melakukan kesalahan dan ramai yang melakukannya terus menerus". Selagi mereka setia dan bersedia untuk belajar dan diajar, maka tiada sebab untuk kita mengkritik mereka secara berlebihan apatah lagi meminggirkan mereka.

Saya juga berasa kesal dengan mereka-mereka yang lebih senior tetapi turut tidak berhikmah dan berakhlak dalam menangani masalah-masalah ahli. Ungkapan ”adik kau dah datang” atau ”adik dia... memanglah dia support” dengan nada yang sinis cukup-cukup menipiskan telinga saya. Ingin sahaja saya katakan, wahai penipu! Ukhwah apakah yang engkau anuti? Apakah maksud doa rabitah yang engkau fahami? Memang semua junior kita adalah adik-adik kesayangan kita. Malah mereka saudara dekat kita, saudara SeIslam! Malulah kita sebagai senior sebuah jemaah da’wah tapi terpesong dan tertipu kerana merasa diri mulia dan hebat!

Pesan ibnu masud, manusia akan binasa kerana dua perkara, 1. merasa bangga diri, 2. telah berputus asa. Bodohlah kita sebagai senior andai sama naik dengan ahli-ahli yang hatinya sakit memulau dan menceritakan keburukan orang lain tanpa sebab-sebab yang wajar secara terbuka. Dan lebih bodoh lagi andai kita tidak sedar bahawa kita juga mad’u dan diri juga bodoh. Tak kiralah senior cawangan atau yang lain..

3 comments:

radin fatihah husna said...

salam tuan,

1) jarang2 dengar / baca tuan punya komen yang daring dan tegas begini? Heh... Anyway, it's direct hit and, maybe the crash will make somebody will pay something so much!

2) Saya kira, ia akan menarik ramai umat PEPIAS untuk membaca dan memberi respon yang bercampur-campur. Heh, let see what happen. I feel so exciting to see what's coming!

JL PEPIAS 005/08 said...

Sesungguhnya Engkau tahu...
Bahwa hati ini telah berpadu..
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu..
Bertemu dalam keta'atan..
Bersatu dalam PERJUANGAN..
Menegakkan Syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya...
Kekalkanlah cintanya...
Tunjukilah jalan-jalannya...
Terangilah dengan cahya-MU
Yang tiada pernah padam..
Ya Rabbi Bimbinglah kami...

Lapangkanlah dada kami..
Dengan Kurniaan iman..
Dan INDAHNYA TAWAKKAL PADA-MU
Hidupkan dengan makrifat-Mu..
Matikan dalam SYAHID Dijalan-Mu
Engkaulah Pelindung dan Pembela..

Pecinta Islam yang dikasihi sekalian...
Apakah kau berbuat apa yang kau katakan?
Apakah Engkau Faham apa yang kau lafazkan?
Apakah kau faham islam yang kau anuti itu?
Besar manakah sumbangan kau pada Agama ini, pada jalan dakwah ini?
Mengapa kau memilih jalan ini atau wadah ini?
Apa yang kau cari dalam wadah ini?
Apakah engkau berbuat tetapi engkau berbuat kerna 'Dunia'?
Adakah Allah benar2 yang terbesar di hati kita? Atau bertuhan lainkah kita?
Apakah keberadaan kau dijalan ini hanya kerana taklif jawatan yang diberikan di mukmatar?
Apakah engkau adalah penghukum sedangkan amanah kau hanya sbg pengajak kpd kebenaran?
Apakah kau pernah merasa apa yang aku rasa?

Soalan ini hanya tinggal tulisan2 yang tertempel di halaman blog ini jika tidak difikirkan dan diperhalusi oleh anda semua termasuk SAYA.

Muhasabahlah kembali diri kita bersama... Jangan jadi seperti Singa, merasa diri hebat lalu menghukum sedemikian sahaja. Tapi jadilah seperti samanya kita dengan semut pada sifatnya... Saling membantu dan lengkap melengkapi bersama. Ingatlah kita dipandangan Allah adalah sama. Jadilah pengislah bukan pembawa bencana.

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan PeTIR dan KiLat, Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari, rupa-rupanya Allah memberi kita Pelangi..."

Salam Ukhuwah Fillah :-)

Ciptaan Terhebat said...

Perhatikan wahai adik-adik ku apabila kita membetulkan yang biasa dan jarang-jarang untuk kita membiasakan yang betul...

Masih ada ruang untuk diperbaiki... jangan menangis tetapi menyesallah...
jangan bermurung tetapi renung-renungkanlah...

Ingat, telinga paling dekat dengan mulut aku ialah telinga aku, masa berjalan... dunia tidak menunggu kita...

Jumlah Pengunjung