Antara faktor umum yang boleh mencetuskan peperangan dikalangan umat Islam sendiri adalah seperti salah faham, bersangka buruk, terburu-buru, hasad dengki, curiga-mencuragai, jahil, fasik, dan munafik. Sekiranya perkara-perkara tersebut dapat diselia dengan baik nescaya umat ini akan terus bersatu membawa kekuatan yang tak dapat dikalahkan. Namun usaha itu tidak lebih berbanding kuasa Allah SWT yang menyatukan hati manusia. Jadi kata kunci disini ialah mengurus dan memelihara kesatuan.
Sebelum itu mari bersama meneliti beberapa kisah lagi yang bersangkutan.
Kerajaan Andalusia:
Setelah dibuka oleh Tariq b. Ziyad pada Rejab 97 H (711 M), 2 tahun kemudian bersama-sama Musa b. Nusair, seluruh semenanjung Sepanyol (termasuk portugal) dikuasai Islam. Kerajaan-kerajaan ini adalah kerajaan yang mendahului zamannya dan berusia ratusan tahun!
Namun kerajaan-kerajaan Islam disana jatuh satu persatu kerana perang saudara sesama sendiri. Yang pertama adalah perang saudara kerajaan Cordoba (1009-1013) yang hancur pada 1031M.
Kerajaan kedua mahsyur adalah kerajaan Toledo. Ini adalah pecahan kerajaan cordoba. Kerajaan ini sangat maju terutama dalam bidang Astronomi. Namun kerajaan kecil ini tidak dapat menandingi kerajaan kristian dari utara dan barat. Pada Safar 487H (1085), Raja Castile, Alfonso IV berjaya menakluk toledo. Semua usaha merebut kembali kerajaan ini gagal.
Kerajaan baki terakhir adalah kerajaan granada. Sememang kerajaan yang gemilang dari segi ilmu dan teknologi. Buktinya masih gah dan tidak dihancurkan oleh tentera musuh hingga ke hari ini. Kejatuhannya kerana berlaku perselisihan didalam Istana yang membawa kepada campur tangan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella (yang merupakan kerajaan besar kristian di Sepanyol). Akhirnya Raja Ferdinand dan Ratu Isabella ini mengalahkan kerajaan Granada dan tamatlah pemerintahan umat Islam di Sepanyol yang berusia ratusan tahun ini pada 1492..
Jadi ikatan persefahaman itu sangat penting. Ikatan pembentukan fikrah yang sama itu penting agar kepentingan peribadi dan matlamat-matlamat yang rendah tidak akan menjatuhkan matlamat yang lebih tinggi. Disinilah antara kekuatan dan tujuan usrah.. Membina fikrah dan ukhwah..
No comments:
Post a Comment