Ketika itu mazhab menjadi batu loncatan untuk mendapatkan pangkat dalam kerajaan. Sebagai contoh, sekiranya Sultan pada ketika itu bermazhab Syafie, maka ramailah yang akan memahirkan diri dalam mazhab tersebut supaya dapat diambil bekerja dalam kerajaan. dan begitu juga sebaliknya.
Mazhab juga dijadikan alat untuk meningkatkan pengaruh dan kekuasaan. Siapa yang lebih hebat berhujah, dialah yang akan lebih berpengaruh. Persoalan furuk terlalu digembar - gemburkan sehingga selalu terjadi pergaduhan dan membawa kepada peperangan yang menumpahkan darah.
Guru-guru mazhab diagungkan walaupun ada yang tidak mengamalkan Islam dengan baik. Murid-murid menjadi taksub dan taqlid membuta tuli. Ketika ini asas hujah adalah demi mempertahankan reputasi diri, bukan mencari kebenaran. Merasa terhina sekiranya kalah dalam perdebatan.
Dalam perpecahan yang sangat merugikan ini, tiga peristiwa menyanyat hati telah berlaku:
1. Kejatuhan kerajaan Andalusia yang mengorbankan ribuan malah jutaan nyawa. Jutaan juga yang murtad. Kerajaan Abbasiah tidak menghantar tentera bantuan kerana andalusia dari dinasti Umayyah.
2. Kejatuhan baitul maqdis. Perpecahan dan pertelingkahan dalaman mengakibatkan umat Islam terlalu lemah dan mudah ditindas. Pembunuhan dan kezaliman besar berlaku dan hanya dibebaskan oleh Sultan Salahuddin selepas 200 ratus tahun.
3. Kejatuhan dinasti Abbasiah yang diserang oleh Hulagu Khan. Kota baghdad pada ketika itu adalah kota paling ternama didunia seperti wujudnya Paris, London dan New York pada hari ini. Terlalu banyak nyawa yang gugur, terlalu banyak bahan tamadun yang musnah. Berakhirlah dinasti Abbasiah.
Berbincang tentang mengelakkan perpecahan, terdapat satu coretan pada pintu masuk kota Al-Hambra yang berbunyi:
negera akan makmur apabila ada 4 perkara:
1. Pemimpin yang adil
2. Ulama' yang ikhlas
3. Hartawan yang dermawan
4. Fakir yang mendoakan kesejahteraan yg lain.
Di antara elemen tersebut yang ingin ditekankan disini adalah elemen Ulama. Penting sekali adanya ulama' yang ikhlas dan berani. Ulama' yang ikhlas akan berkata benar dan tidak bertindak atas kepentingan peribadi.
Keberadaan Ulama' Su' (jahat) akan menyesatkan golongan marhaein (orang awam) dan boleh membawa kepada kerosakan yang besar . Kerana itu juga adalah penting untuk kita menuntut daripada Ulama' yang terpilih.
Mari bersama-sama kita teliti elemen - elemen diatas. 2 elemen yang menyebabkan perpecahan adalah manhaj ilu yang menyimpang dan syak wasangka. Usrah mengandungi 2 elemen yang mampu mencegah kepada perpecahan iaitu elemen ukhwah dan elemen ilmu.
Usrah merupakan pertemuan berkala yang mengeratkan silaturrahim dan menjauhkan syak wasangka. Dalam masa yang sama, usrah merupakan tempat perkongsian ilmu yang dapat memberi pencerahan yang jelas terhadap manhaj ilmu kita. Usrah dapat dijadikan medan untuk kita membandingkan dan menilai semula manhaj ilmu yang kita fahami sesama ahli usrah dan membuat penyelarasan semula yang sewajarnya.
dapatlah disimpulkan disini sememangnya tujuan usrah untuk menyatukan semula kelompok-kelompoik kecil ummat ini dengan ilmu dan silaturrahim..
No comments:
Post a Comment