Usrah, ungkapan yang pendek namun punya matlamat yang panjang. Telah menjadi halwa telinga dikalangan ahli PEPIAS tentang ungkapan tersebut yang seringkali dijaja oleh abang-abang, kakak-kakak atau teman-teman seperjuangan. Namun, barangkali kerana sering diulang-ulang, justeru ahli-ahli kian boring dan tak boleh nak dengar dah ungkapan ini.
Tetapi pada pengamatan kasar, dapat dikoreksi bahawa yang memunculkan boring itu bukan kerana sering diulang-ulang tetapi kerana masih tak paham-paham. Hal ini baik buat ahli usrah, naqib atau dikalangan pimpinan sendiri. Analoginya adalah seperti orang yang sesat. Orang yang sesat akan wujud rasa resah, gelisah, keluh kesah kerana jalan keluar yang dicari-cari masih samar sedangkan hari makin gelap dan bekal kian kurang. Demikianlah halnya dengan ahli-ahli yang masih tidak tahu akan makna Usrah..
Bagi membantu memahami rasional amalan Usrah pada hari ini, mari kita fahami beberapa pesanan penting tinggalan Rasullullah SAW kepada kita umat akhir zaman ini.
- dipetik dari buku 40 hadith akhir zaman - Ahmad Fahmi Zamzam (http://40hadith.blogspot.com)
Hadith 1:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
Hadith 2:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(H.R. Abu Daud)
Sekiranya diteliti pesanan junjungan besar kita Rasullullah SAW yang telah digelapkan ayatnya bersama keseluruhan teks hadith diatas, dapat disimpulkan bahawa Rasullullah SAW telah memberi amaran kira-kira 1400 tahun dahulu, bahawa akan sampai waktunya kita, umat akhir zaman ini akan ditimpa bencana perpecahan yang dahsyat yang berakhir dengan siri-siri tragedi kekalahan, kemunduran dan pembunuhan yang menyanyat hati. Ini dapat kita pelajari melalui beberapa sedutan sejarah yang bakal dipaparkan pada siri mendatang Insyaallah.
No comments:
Post a Comment