24 May 2011

Rasional Usrah Siri 2


Setelah kita sedar akan amaran awal yang diingatkan oleh Rasullullah SAW sebelum ini, siri ini akan mengenengahkan beberapa kisah yang relevan buat diambil sari pengajarannya. Sebelum itu, apa relevannya kisah-kisah dan hadith-hadith yang dibentangkan? Kata kuncinya adalah kesatuan.


PERINGATAN:

Amaran keras agar tidak sekali-kali menilai perselisihan diantara para sahabat yang telah ditakdirkan Allah SWT. Sesungguhnya para sahabat amat mulia dan sebahagiannya telah dijanjikan syurga. Tiadalah kelayakan bagi kita untuk mengatakan siapa dikalangan mereka yang benar atau salah sedangkan Rasullullah SAW memuliakan mereka. Disaat itu Islam kian tersebar keseluruh dunia, musuh kian bertambah dan fitnah merata-rata. Untuk itu cukuplah sekadar diambil kesan dari peristiwa tersebut sekiranya anda kurang jelas dengan kisah yang benar kerana kisah yang mahsyur pada hari ini adalah yang bercampur dengan kisah dari musuh Islam.

Persitiwa 1:
Perang Jamal & Perang Siffin - Semasa pemerintahan khalifah Islam yang keempat iaitu Saidina Ali R.A, berlaku beberapa isu berkenaan tuntutan mencari pembunuh khalifah ketiga iaitu Saidina Uthman R.A untuk diadili. Antara faktor yang menyebabkan salah faham dikalangan umat Islam adalah faktor tempat yang berbeza dan perhubungan yang terhad.

Dapat kita ketahui bahawa keadaan di Madinah pada ketika itu berbeza dengan keadaan di mekah dan Iraq. Bagi Saidina Ali, penangkapan tersebut harus mengambil masa kerana beberapa perkara lain perlu dijelaskan dan diperkuatkan terlebih dahulu memandangkan pemberontak begitu ramai dan banyak sekali yang bersembunyi dikalangan orang muslim.


Namun pada pandangan sahabat yang lain yang tidak berada ditempat tersebut, seolah-olah Saidina Ali R.A tidak mengutamakan isu tersebut dan melengah-lengahkannya. Jadi berlaku salah faham dan masing-masing membuat ijtihad masing-masing dalam keadaan yang serba samar dan musuh pemfitnah begitu ramai.

Golongan musuh terlalu banyak yang terdiri daripada golongan munafik, musyrik, pendendam daripada kerajaan-kerajaan yang telah kalah dan kerajaan-kerajaan yang sedang bermusuh dengan kerajaan Islam. Dikalangan musuh ini terdapat satu musuh yang tersohor yang telah menjadi pencetus dan memarakkan api permusuhan dikalangan umat Islam iaitu Abdullah bin Saba' seorang Yahudi yang pura-pura masuk Islam.

Perkara ini ditambah lagi dengan faktor ramainya muallaf baru yang tidak mendapat didikan terus daripada RAsullullah SAW dan masih rendah pemahamannya terhadap Islam. Juga mereka-mereka yang jahil terhadap agama sendiri. Malahan umat Islam yang ada telah mula lalai terhadap pegangan agamanya. Ini merupakan kesan langsung daripada perluasan empayar dan dakwah Islamiah.

Dapat disimpulkan disini, setelah segala faktor tersebut berkumpul, Allah SWT telah menakdirkan bahawa peperangan tidak dapat dielakkan dan berlakulah peperangan yang telah mengorbankan jiwa besar. Mengikut beberapa riwayat, dianggarkan kira-kira 10,000 sahabat telah syahid dalam perang Jamal manakala kira-kira 45,000 syahid dipihak Saidina Muawiyah dan 25,000 syahid dipihak Saidina Ali R.A dalam perang siffin. Moga mereka ditempatkan ditempat yang selayaknya disisi Allah SWT.

Berikutnya akan diceritakan sedutan kisah-kisah lain bagi memandu kita memahami akan kepentingan kesatuan..



No comments:

Jumlah Pengunjung