09 January 2011

SHAH ALAM'S GATHERING (SAGA) 2011

Sesi fotografi SAGA 2011



Alhamdulillah ..pada tarikh keramat 8 Januari 2011, telah berlangsungnya satu program iaitu Shah Alam Gathering. Ia tercetus hasil perbincangan antara PEPIAS dan ABIM Shah Alam di Family Day's ABIM Shah Alam.

SAGA ini telah dijalankan Pusat Perniagaan Worldwide, Seksyen 13, Shah Alam. Seramai 21 orang telah menghadiri program ini. Peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM/STPM di Shah Alam dan yang belajar di Institut Pengajian Tinggi sekitar Shah Alam seperti UiTM dan UNISEL. Satu momentum yang baik untuk Cawangan Shah Alam.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang SAGA ini ialah Makan Bersama, Taaruf, Ice Breaking, dan Pelantikan Organisasi Baru di Shah Alam. Program ini telah dikendalikan oleh Naib Presiden dan Ketua Helwani PEPIAS Pusat. Aktiviti ini dijalankan dalam suasana yang ceria dan menarik.

Program ini telah mencapai sasaran dan mendapat respon yang baik daripada setiap yang menghadiri SAGA ini. Program ini telah bermula pada jam 11.30 pagi - 2.00 petang yang mana disudahi dengan solat zohor berjemaah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dengan SAGA ini secara langsung mahupun tidak terutamanya ABIM SHAH ALAM dan sahabat-sahabat yang menghadiri program ini. Dengan berakhir program ini, maka bermula perjalanan baru di Cawangan Shah Alam. Kami memohon sokongan daripada semua pihak untuk membangunkan usaha dakwah di Shah Alam.

Sekian, berita SAGA melaporkan. Nantikan SAGA 2..

P/s - SAGA vs GIGA..hehe...
Post akan datang akan diumumkan struktur organisasi baru di cawangan Shah Alam.

No comments:

Jumlah Pengunjung