24 January 2011

Kem Sahsiah Remaja Islam ( KESARI ) 2011 Fasa 1 SMK SAS

Putera MANTAP

Peserta Perempuan Terbaik

Barisan Fasilitator yang MANTAP

Abg Pierre dan adik-adiknya

Peserta Lelaki Terbaik...Suke dialog dan suara dia " Kawan-kawan...."

Puteri MANTAP

Sedang memahamkan kiasan Abg RoRo

Pemberian barang amanah

Terkesima

Pada 19-21 Januari yang lalu, telah berlangsung Kem Sahsiah Remaja Islam ( KESARI ) 2011 Fasa 1 anjuran SMK SAS dengan kerjasama PEPIAS di Kem Bina At-Taqwa, Bukit Changgang. Seramai 50 orang peserta telah menghadiri program selama 3 hari 2 malam dengan jayanya. Peserta terdiri pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 SMK Sultan Abdul Samad, Banting. Program ini merupakan program sekolah pertama pada tahun 2011 ni.

Seramai 11 orang fasilitator PEPIAS telah menjayakan program ini sebagai Abang dan Kakak kepada peserta terbabit. Mereka ialah Abg Roro, Abg Syaiful, Abg Pierre, Abg Hazwan, Abg Amirul, Abg Amir, Abg Aiman, Kak Khaulah, Kak Hanis, Kak Fatin dan diketuai oleh ABG K. Peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil dimana setiap kumpulan mempunyai 8 atau 9 orang ahli. Sebanyak 3 LDK telah dijalankan iaitu T.I.M untuk LDK 1, LDk 2 pula kita memfokuskan kepada Potensi dan Jati Diri manakala di LDK 3 kita lebih kepada S.W.O.T. Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar dan baik. respon peserta terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan cukup memberansangkan dan positif. Semoga dengan berakhirnya program ini, menjadi permulaan buat adik-adik untuk mengatur langkah bagi merubah sikap yang tidak baik kepada baik.

Program ini merupakan kali kedua pihak SMK SAS menjemput PEPIAS. Alhamdulillah, pada cuti sekolah bulan3 nanti, pihak sekolah sekali lagi menjemput PEPIAS untuk menjayakan KESARI Fasa 2. Semoga dengan usaha-usaha yang kecil ini akan membuahkan hasil yang terbaik. Amin. Terima kasih pada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak. Syukran to Umi, Ustzah Qien, Ckg N, Teacher Hanieda dan lain-lain.Semoga ia menjadi medan muhasabah untuk diri kita. Syukran



Firman Allah :-
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka.
( Surah Ali-Imran ayat 110 )


No comments:

Jumlah Pengunjung