05 January 2011

Dibalik Tenang Sg.Chinchin


Masjid Sg. Chinchin, Gombak, terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya tidak jauh dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan PULPA (Pusat Latihan PEPIAS - ABIM) sendiri.


PEPIAS mempunyai hubungan yang baik dengan Masjid ini. Sekitar tahun 2009 sahaja, PEPIAS telah mengadakan beberapa siri program di Masjid Sg. Chinchin seperti program PEPIAS prihatin, Induksi cawangan Gombak, kelas prep Masjid, dan Tamrin Ramadhan (TAMAR).



Di sebalik itu, sesungguhnya Masjid ini menyimpan khazanah sejarah yang sangat berharga untuk disemangati bersama.Masjid Sg. Chinchin telah dibina seiring dengan pembukaan Kg. Sg. Chinchin sekitar tahun 1894. Kg. ini telah dibuka oleh Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi. Namanya tersenarai sebagai 7 Wali Melayu, sebaris nama - nama ulama' terkenal seperti Tok Kenali, Tokku Paloh, dan Tn Hussein Kedah Al-Banjari (7 Wali Melayu; Penerbitan Hikmah, 1993).

Beliau tersenarai kerana ketokohan beliau sebagai Pengasas Kampung Islam Contoh; Membangun Perkampungan Berteraskan Syariat, Menegakkan Pusat Tarbiah Wa Ta'lim dan Menguatkuasa Undang-undang.

Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi berketurunan Mendeleng dan berasal dari Penyambongan di bahagian Sumatera Utara indonesia. Beliau telah membuka Kg. Sg. Chinchin 10 tahun selepas ketibaan beliau di Tanah Melayu. Terdapat sumber mengatakan bahawa Kg. Sg. Chinchin merupakan sebidang tanah kurniaan Sultan Selangor kepada beliau.



Turut behijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain.

"Mereka dari keturunan Mendeleng. Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah, seorang menetap di Tapah Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak berpisah."

- Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor.

(7 Wali Melayu; Penerbitan Hikmah, 1993)

Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi adalah khalifah ke-35 Tareqat Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai karamah. Beliau juga seorang pemimpin masyarakat yang bewibawa dan berjiwa sufi. Ini terbukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana satu struktur pentadbiran dan undang-undang yang dilagangnya sendiri dapat dipraktikkan.

Syariat Islam benar2 terlaksana di Sg Cincin krn al-Kholidi begitu bijak memimpin, mentarbiah di samping menyusun strategi pembangunan utk memenuhi tuntutan hidup.

Utk memastikan syariat Islam benar2 terjaga, al-Kholidi mewujudkan petugas2 (polis). Beliau juga membina 4 rumah penjara (4 buah) utk mendidik mereka yg melakukan kesalahan dan kesan bangunan penjara ini masih wujud hingga kini.

Dlm soal melaksanakan hukuman al-kholidi tidak bersikap pilih kasih. Siapa shj yg bersalah pasti akan dikenakan hukuman, bahkan salah seorg drp isterinya sendiri pernah juga dipenjara beberapa hari.

Dengan sokongan orang ramai, Syeik Muhammad Nor dapat membangunkan sebuah pusat pengajian (sekolah agama) yang bukan saja menekankan soal-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah. Utk tinggal dan menuntut ilmu di Perkampungan Islam Sg Cincin ini, al Kholidi tidak mengenakan sebarang bayaran. Tetapi mereka digalakkan menanam padi, mendulang bijih dan berkebun.

Sekolah agama itu kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sg Chinchin, Gombak.

Merujuk petikan yang bertajuk orang hidup dikebumikan (tabloid Kosmo), Sheikh Muhammad Nor Al-Kholidi, mewujudkan sebuah kubur olok-olok di bahagian luar mihrab Masjid Sungai Cincin, Batu 9, Gombak, Selangor.


Menurut Ketua Kampung Sungai Cincin, Wilayah Persekutuan, Abd. Rani Awang, 66, kubur itu dibina sekitar waktu pembinaan Masjid Sungai Cincin, iaitu pada tahun 1894 sekali gus bermaksud kubur itu sudah berusia lebih 100 tahun.

Lubang sedalam kira-kira dua meter yang hanya seluas 2.16 meter persegi itu mungkin tidak pernah digunakan untuk menanam sesiapa namun pengalaman dibiarkan di dalam liang lahad di dalam kubur itu untuk satu tempoh, dikatakan mampu mengetuk kesedaran dalam diri sesiapa saja tentang kematian.

Semasa Tanah Melayu diserang Jepun, Kampung Cincin bukan shj tidak putus makanan bahkan melimpah ruah pula rezeki yg datang. Perkampungan ini juga tidak tergugat sama sekali oleh kehadiran tentera Jepun. Kehidupan dan pengajian berjalan sebagaimana biasa
.


Muhammad Nor al-Kholidi meninggal dunia dlm usia 58 tahun pd 1932 dan meninggalkan begitu byk jasa dan murid.




RUJUKAN:

Raja Bilah and the Mandailings in Perak, 1875-1911

By Abdur-Razzaq Lubis, Salma Nasution Khoo

http://ainamulhasan.blogspot.com/2010/02/rawatan-kali-ke-12-21210-kak-raw.html

http://artmelayu.blogspot.com/2007/08/masjid-mosque-of-sungai-cincin-dan-and.html

http://artmelayu.blogspot.com/2009/01/masjid-lama-old-mosque-of-kampung.html

http://callisma2u.com/wali-melayu.php

http://mutalibattholib.blogspot.com/2010/03/7-wali-melayu.html

http://almariroboh.blogspot.com/2008/11/7-wali-melayu.html

http://openlibrary.org/books/OL1068899M/7_wali_Melayu

http://mutalibattholib.blogspot.com/2010/03/7-wali-melayu.html


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

http://ontahsapo.blogspot.com/2007/08/masjid-sungai-cinchin-gombak.html


http://www.mandailing.org/mandailinge/picpgb.htm

http://www.tslr.net/2007/11/batak-karo.html

http://nia-archystudlife.blogspot.com/2009/02/batak-house.html

http://www.mandailing.org/mandailinge/picpgb.htm

No comments:

Jumlah Pengunjung